Hakimi dan Badrul beredar ke pejabat.
Entahlah, Mak Cik, keluh Arissa. Dia sendiri tidak pasti. Bingung bila setiap hari kena memasak.
Mak Cik Ruhaya senyap sambil memandang sekitar dapur. Sejak perbualannya dengan Hakimi tempoh hari dia merasa serba tidak kena dengan sikapnya sendiri. Entah mengapa dia merasa kasihan dengan Arissa. Bimbang gadis itu diapa-apakan oleh Puan Hanim kelak setelah mendapat tahu pernikahan rahsia mereka berdua.
Astaghfirullah al-azim, jahat sungguh telahannya terhadap Puan Hanim. Mak Cik Ruhaya menggeleng sendiri.
Kenapa Mak Cik Pelik melihat wanita itu menggeleng tiba-tiba. Ada masalahkah Mak Cik Ruhaya ni Hatinya bersoal sendiri pula.
Mak Cik Ruhaya memandang Arissa. Spontan tangannya menarik gadis itu ke ruang makan. Duduk kejap. Mak Cik ada benda nak cakap dengan Arissa. Mak Cik Ruhaya sudah pun duduk di kerusi meja makan.
Lambat-lambat Arissa melabuhkan punggungnya di kerusi makan lapan tempat duduk. Dadanya sedikit berdebar-debar dengan reaksi Mak Cik Ruhaya sebentar tadi. Terkejut dia dengan reaksi wanita itu. Takut melihat wajah wanita itu berubah rupa menjadi sedikit garang.
Kenapa Mak Cik Teragak-agak Arissa menyoal.
Arissa ada tujuan lain ke nikah dengan Kimi ni Akhirnya soalan itu keluar juga dari mulutnya. Sudah lama disimpan sejak mengenali gadis itu.
Terkesima Arissa mendengar soalan wanita itu.
Apa yang Encik Kimi cerita pada Mak Cik Arissa mula cemas.
Dia nikah Arissa sebab dia tak mahu kahwin dengan Wafa. Sukar hendak percaya alasan Hakimi tempoh hari. Serasanya lelaki itu punya agenda lain.
Arissa senyap.
Arissa ada tujuan lain nikah dengan Kimi ke Mak Cik Ruhaya mengulangi kembali soalannya tadi.
Apa maksud Mak Cik ni Dia kurang faham dengan soalan tujuan lain. Apa maksud wanita ini
Betul-betul Arissa cintakan Kimi Wanita itu terus menyoal soalan mendesak. Lama dia memandang wajah gadis itu. Wajah itu kelihatan seperti orang keliru dan hilang punca.
Terkelip-kelip mata Arissa memandang Mak Cik Ruhaya.
Tak elok buat main-main dengan akad hari tu tau! Rasa tegang dadanya menahan rasa yang tidak menentu. Atau memang Arissa bercita-cita nak kahwin dengan orang kaya sindirnya.
Mak Cik! Terkejut dia mendengar tuduhan wanita itu. Tak baik Mak Cik tuduh saya macam tu. Tiba-tiba dia merasa kecewa dengan wanita yang dianggap seperti ibunya. Rasa nak menangis pun ada.
Habis tu apa sebenarnya ni Arissa Cuba cerita dengan Mak Cik Mak Cik tak faham. Masakan sematamata Kimi nak mengelak dari kahwin dengan Wafa. Tentu ada perkara lain kan
Masakan dia hendak cerita kisah disebalik pernikahan dia dan Hakimi. Malulah dia!
Tak ada ribut taufan, tiba-tiba Kimi nak nikah dengan Arissa. Selama 2 tahun bertunang, Mak Cik tak pernah tengok dia keluar dengan mana-mana perempuan atau bawa perempuan balik ke rumah, cerita Mak Cik Ruhaya.
Apa maksud Mak Cik ni Perempuan ini benarbenar mengelirukannya.
Arissa tahu apa maksud Mak Cik kan
Saya tak jelas Mak Cik. Cuma tadi Mak Cik tuduh saya nikah dengan Kimi kerana harta dia. Bukan itu sebabnya tapi pada saya terpulanglah pada Mak Cik nak percaya atau tidak. Perlahan suara Arissa menyatakan pendapatnya.
Cukuplah Hakimi percaya saya.
Entah mengapa dia merasa begitu sedih sangatsangat dengan telahan yang dilemparkan oleh wanita itu. Ya, jika orang lain pun pasti akan bertanggapan seperti Mak Cik Ruhaya. Dia bernikah kerana Hakimi lelaki kaya.
Arissa betul-betul sayangkan Kimi ke
Sekali lagi soalan wanita itu membuat dia terkesima. Namun akhirnya dia mengangguk sebagai tidak mahu dicurigai oleh wanta itu lagi.
Mak Cik Ruhaya senyap. Lama dia memandang Arissa yang memandangnya. Ada rasa simpati dengan gadis itu dan melihat dari sikap dan tingkah Arissa, dia tahu gadis ini seorang yang baik.
Yalah... akhirnya Mak Cik Ruhaya mengangguk. Kalau macam tu jaga hati Hakimi elok-elok, pesannya.
Insya-Allah, Mak Cik. Lelah menjaga pesanan wanita itu. Ya Allah, kenapalah semua ini mesti berlaku.
Mak Cik tak maksudkan apa-apa Arissa. Mak Cik bimbangkan Arissa je, jelas Mak Cik Ruhaya pada maksudnya yang sebenar.
Terima kasih sebab bimbangkan saya. Selama ni tak ada orang pedulikan diri saya. Arissa mula rasa sebak.
Sebak hati Mak Cik Ruhaya mendengar keluhan gadis itu dan dia faham dengan maksud Arissa.
Dahlah... Mak Cik jangan bimbang. Insya-Allah... tak ada apa-apa jadi pada saya nanti. Arissa cuba memujuk agar wanita itu tidak terlalu memikirkan tentang dirinya.
Mak Cik Ruhaya mengangguk beberapa kali.
Mak Cik, panggil Arissa perlahan sebaik dia bangun dari duduknya. Begitu juga dengan Mak Cik Ruhaya.
Ya Wanita itu menolak kerusi makan ke dalam.
Boleh... tidak pasti sama ada patut atau tidak diteruskan menyatakan permintaannya.
Boleh apa
Lama Arissa memandang Mak Cik Ruhaya.
Boleh... saya peluk Mak Cik Mata Arissa mula berkaca.
Terkesima Mak Cik Ruhaya dengan permintaan Arissa. Hatinya sebak tiba-tiba. Namun didepangkan tangannya untuk gadis itu.
Arissa senyum lalu memeluk Mak Cik Ruhaya. Erat dia memeluk wanita itu. Rasa terubat rindunya terhadap orang tuanya yang sudah lama pergi.
Lama sangat saya tak rasa peluk Mak dan Ayah saya.
Mahu sahaja dia menangis mendengar keluhan Arissa.
ENCIK KIMI, panggil Arissa sambil mengetuk pintu bilik lelaki itu.
Beberapa ketika dia menunggu, lelaki itu membuka pintu biliknya dengan berbaju Melayu dan berkain pelekat. Mungkin Hakimi baru lepas bersolat isyak. Kalau dahulu gambaran orang kaya difikirannya agak berbeza. Tetapi melihatkan kehidupan Hakimi yang sebenarnya pandangan itu berubah. Lelaki itu sama seperti lelaki lain apabila berada di rumah.
Kenapa soal Hakimi memandang Arissa.
Encik busy ke
Lama Hakimi memandang Arissa.
Awak ni kena belajar panggil saya dengan panggilan lainlah. Masakan nak panggil Encik depan Umi saya nanti.
Dah mulalah datang mengada-ada si Hakimi ni, dengusnya.
Encik nak suruh saya panggil apa Nak bertanya pun dia rasa segan dan malu. Macam gedik sangatlah.
Abanglah! Dah orang Melayu walaupun muka saya macam hero Korea kan Hakimi ketawa kuat.
Pleaselah Encik, jangan perasan, selar Arissa lalu melangkah hendak meninggalkan Hakimi.
Ehhh... pantas Hakimi menyambar tangan Arissa.
Terkejut Arissa. Spontan dia menarik tangannya semula. Kenapa
Eh... tadi awak datang ke bilik saya ketuk bilik saya. Ini dah tanya kenapa pula Awak kenapa Rindukan saya usiknya. Sengaja mahu melihat reaksi Arissa.
Ooo... aah... eh, bukan. Bukan rindu dengan Encik. Tangan Arissa bereaksi menidak dengan soalan Hakimi sekejap tadi. Hakimi sengih. Ada apa
Ada benda nak tanya Encik ni, kata Arissa perlahan dan baru dia teringat akan tujuannya ke bilik Hakimi.
Awak ni bercakap perlahan sangat. Macam bersungut. Cuba cakap kuat-kuat sikit. Saya tak dengar tau! komplen Hakimi.
Arissa bercekak pinggang memandang Hakimi. Geram pula dia dengan lelaki itu.
Ada benda saya nak tanya Encik! keras dan kuat dia bersuara.
Hakimi sengih. Ooo... apa dia
Encik rasa, rancangan Encik ni akan berjalan dengan lancar ke Arissa menyoal.
Jenuh kepalanya memikirkan perkara yang dipersoalkan oleh Mak Cik Ruhaya siang tadi. Persoalan yang diajukan oleh wanita itu telah membuat dia berada dalam keadaan yang tidak tentu arah.
Harap-harap begitulah. Kenapa Hakimi masih memandang isterinya. Arissa kelihatan comel dengan t-shirt besar dan seluar tidur belang-belangnya.
Pasti ke Puan Hanim pulang selepas dua tiga bulan Sekali lagi dia menyoal.
Lama Hakimi memandang Arissa sambil tangannya sudah seperti menahan bingkai pintu bilik.
Apa maksud awak ni
Soalan-soalan Arissa ni kadang-kadang menakutkannya. Inilah akibatnya terlalu banyak masa dan banyak berfikir yang bukan-bukan, keluh Hakimi sendiri.
Bagaimana tiba-tiba Umi Encik tak balik langsung dalam dua tiga bulan tu Arissa ingin tahu bagaimana kedudukan dirinya selepas dua tiga bulan seperti yang dijanjikan.
Hakimi tidak segera menjawab. Dia ada juga memikirkan namun hatinya kuat mengatakan yang Uminya tidak akan lama di sini tambahan Walidnya masih tidak sihat di Doha.
Walid saya baru je operate jantung sebulan yang lepas. Mustahil Umi nak tinggalkan dia lama-lama dia sana, jelas Hakimi. Memang dia pasti sangat perkara itu.
Katakan tiba-tiba Encik Razali mahu kembali ke sini soal Arissa.
Eh, awak ni jangan nak takutkan saya tau! bentak Hakimi geram.
Encik takut Saya lagi takut tau. Saya ni orang luar... Encik tu anak dia orang! balas Arissa geram.
Apa awak fikir yang Walid saya akan kembali ke sini!
Kan Encik kata kelmarin... mesyuarat di KL berkaitan dengan resorts kat Langkawi tu. Itu kan baby kesayangan Encik Razali sejak dulu lagi. Dia ingat boleh up dulu resorts tu... tapi Dato nak juga melabur di Iskandar Malaysia untuk Hotel Sweet Arena tu dulu, jelas Arissa.
Awak ingat lagi
Mana boleh lupa Encik... saya, Mr Julien, Encik Harun Rahman, Pengurus Besar Projek, dari Sweet Arena Management. Lepas tu entah siapa lagi pergi dari opis management KL ke Langkawi untuk tengok tapak projek tu. Encik Razali minta saya dan Mr Julien buat survey resorts di sana sebelum tu, jelas Arissa.
Memang dia masih ingat tentang proposal yang dipinta oleh Encik Razali lama dulu. Dan dia masih ada menyimpan salinan untuk dijadikan rujukannya nanti. Padanya itu adalah salah satu proposal terbaik dan telah mendapat pujian daripada Encik Razali dan Dato Ilyas dari Sweet Arena Management bagi tujuan promosi.
Namun projek itu terpaksa ditangguhkan apabila majoriti ahli lembaga pengarah Sweet Arena Management bersetuju mahu membangunkan hotel di Johor Bahru dahulu. Kecewa dengan keputusan tersebut Encik Razali kembali semula ke Doha. Dia tahu lelaki itu begitu kecewa dengan keputusan Dato Azizan dan sebahagian ahli lembaga pengarah.
Hakimi mengangguk. Awak yang buat proposal tu kan
Jadi Encik Razali akan balik nantilah ya Arissa menyoal. Entah mengapa dia merasa tidak sabar hendak bertemu dengan lelaki itu semula.
Tak... saya tak rasa untuk masa ni Walid saya akan balik ke Malaysia. Dia perlu berehat lagipun doktor nasihat supaya dia tidak membuat perjalanan jauh dalam tempoh 6 bulan ni, jelas Hakimi.
Ooo... Arissa pula mengangguk.
Dah... jangan risau pasal hal tu. Doa banyakbanyak biar Umi saya balik cepat ke Doha.
Ya, baik Encik... Arissa mula melangkah hendak meninggalkan Hakimi.
Boleh tak jangan panggil Encik. Belajar-belajarlah panggil abang. Hakimi sengih.
Ya, baik, bang! keras suara Arissa sebelum melangkah menuju ke tangga.
Tak sanggup dia bertekak dengan Hakimi hanya disebabkan gelaran sebegitu. Lebih baik dia tidur.