MY DARLING ANGEL - 13
SEGELAS susu untuk Haziq dibawanya naik ke atas. Elzaara segera memperbetulkan keadaan dan emosinya sebelum berhadapan dengan anak saudara kesayangannya. Dia tidak mahu menambahkan kesedihan yang dialami oleh anak saudaranya. Dia mengetuk pintu bilik Haziq dengan kadar yang perlahan tetapi tiada sebarang jawapan yang diterima sebagai respon.

Elzaara cuba melekapkan telinganya betul-betul di pintu bilik untuk mendengar sebarang bunyi ataupun sebarang pergerakan dari dalam bilik. Apabila tiada sebarang bunyi yang dia dengar daripada dalam bilik, hatinya sudah risau dan cuak. Elzaara membuka pintu bilik perlahan-lahan dan memanjangkan lehernya ke dalam untuk melihat Haziq malangnya susuk tubuh Haziq tidak kelihatan di mana-mana.

Mana pula Haziq pergi ni. Elzaara bermonolog sendirian sambil matanya meliar mencari Haziq. Dia meletakkan susu di atas meja dan menuju ke dalam bilik air. Tak ada!

Haziq, Haziq dekat mana sayang

Elzaara meluru keluar dan dia mulai panik. Kepalanya sudah memikirkan perkara yang burukburuk yang berkemungkinan terjadi kepada Haziq pada saat itu. Dia melewati bilik arwah Elfira dan kedengaran suara tangisan daripada arah bilik tersebut. Elzaara merapati dan melekapkan telinganya ke pintu dan mengecam akan suara tangisan itu.

Haziq! Dia mendengar Haziq sedang menangis sambil memanggil-manggil sebutan Mama dan papa. Dia membuka pintu dan terlihat Haziq yang sedang berteleku di atas katil sedang memegang bingkai gambar bersaiz 8R dan Elzaara tahu persis akan bingkai gambar siapa yang berada di dalam pelukan Haziq. Elzaara merapati Haziq dan mengusap bahunya.

Haziq, maafkan Acu sayang. Acu tak sepatutnya tengking Haziq. Acu tak sengaja. Maafkan Acu ya Acu tak tahu kenapa Acu boleh terlepas cakap dekat Haziq tadi. Maaf ya sayang. Elzaara memeluk dan memujuk Haziq yang sedang dirundung kesedihan.

Haziq memalingkan muka menghadap Elzaara. Matanya yang sudah basah dilimpahi dengan air mata tajam menikam wajah acunya. Haziq menghulurkan sesuatu dan di wajahnya terlukis seribu pertanyaan.

Acu, ini siapa Ini Mama Haziq ke Suara serak menampan di pendengaran Elzaara. Elzaara hanya diam membisu. Tiba-tiba matanya digenangi dengan air mata. Dia sebak! Haziq sudah mengetahui siapakah mamanya dan dia sudah tidak boleh mengelak mahupun menyorokkan apa-apa lagi daripada Haziq.

Acu cakaplah. Ini Mama Haziq ke! Mana Mama Haziq! Haziq menggoncangkan bahu Elzaara apabila tiada sebarang respon diterima daripada Elzaara. Hanya esakan kecil sahaja yang menjadi jawapan kepada pertanyaan Haziq.

Haziq, erm, dengar cakap Acu ya, jangan macam

ni. Tak baik sayang. Jom kita masuk bilik, Acu dah buatkan susu untuk Haziq.

Elzaara mengesat air matanya dan merangkul Haziq. Dia masih cuba untuk berdiplomasi dengan Haziq tetapi Haziq mengeraskan badannya dan mulutnya masih lagi mengulangi pertanyaan yang sama. Haziq meronta-ronta minta dilepaskan tetapi rangkulan Elzaara makin kejap dan Haziq tidak berupaya untuk merenggangkan rangkulan acunya.

Okey, okey Acu cerita. Haziq dengar baik-baik ya apa yang Acu nak cerita ni. Akhirnya Elzaara mengalah dan dia mengeluh sebelum bercerita tentang siapakah wanita yang berada di dalam bingkai gambar itu.

Ya, ini Mama Haziq, Kakak Acu. Nama Mama Haziq ialah Elfira Aqila binti Yusuf. Cantikkan Mama Haziq. Elzaara menunjukkan gambar yang dipegang oleh Haziq.

Haziq menuntaskan pandangannya ke arah di mana jari Elzaara menunjukkan gambar arwah Elfira. Gambar arwah Elfira yang sedang tersenyum manis itu membuatkan Elzaara rasa sendu. Terngiangngiang lagi wajah arwah yang suka tersenyum itu di hadapannya meskipun sudah sekian lama dia tidak melihat senyuman itu.

Mama mana Acu Kenapa Mama tak ada dekat sini dengan Haziq Mama tak suka Haziq ke Haziq dah lama teringin nak jumpa Mama. Sekali pun Haziq tak pernah jumpa Mama dengan papa.

Kepiluan mula menyelubungi kamar arwah. Rasa pedih di dada Elzaara bagaikan mahu meletup mendengarkan setiap pertanyaan Haziq yang begitu tulus untuk menemui mamanya.

Mama Haziq dah tak ada sayang. Mama Haziq dah meninggal dunia. Mama Haziq meninggal dah lama, lepas Haziq lahir lagi. Acu pun tak sempat jumpa Mama Haziq dulu. Sebak di hatinya tak mampu ditanggung lagi. Pecah takungan air mata yang telah sedaya upaya ditampung untuk mengelakkan daripada dia menangis di depan Haziq. Bergetar suaranya apabila dia mengungkapkan perkataan meninggal dunia.

Papa papa pun sama juga ke Acu

Sebaris perkataan membuatkan Elzaraa mengangkat muka dan Elzaara memandang tepat ke wajah Haziq. Elzaara tiada jawapan untuk soalan itu. Dia cuba untuk mengelak daripada menjawab soal lelaki yang telah memusnahkan kehidupan Kakak kesayangannya.

Maafkan Acu, Haziq. Acu tak boleh nak jawab itu. Gumam Elzaara.

Haziq memandang ke dalam anak mata Elzaara tetapi Elzaara cepat-cepat mengelak. Wajahnya dipalingkan sambil mengesat air matanya yang sedari tadi tak berhenti-henti mengalir. Haziq terus-menerus memandang Elzaara yang sedang mengesat air matanya. Hanya dengan pandangan redup Haziq sahaja sudah mampu meruntuh dan merobohkan tembok keegoan Elzaara yang tinggi melangit.

Acu...

Ya sayang. Apa Haziq tanya tadi

Papa.

Erm, papa Haziq pun tak ada. Ringkas sahaja jawapan Elzaara.

Papa ikut Mama ke

Dah tengah malam ni. Jom masuk tidur ya. Esok Acu bawa Haziq jumpa Mama ya Sekarang Haziq kena minum susu, gosok gigi lepas tu tidur. Elzaara dengan segera menyuraikan pertanyaan Haziq soal mama dan papanya. Dia segera mengambil bingkai gambar arwah Elfira dan meletakkan kembali di atas meja lalu memimpin Haziq kembali ke bilik tidurnya.

Haziq yang berpuas hati dengan jawapan acunya hanya menurut dan mengikuti sahaja arahan acunya dan dia bersegera menghabiskan susu dan bergegas ke bilik air untuk menggosok gigi.

Acu, dah.

Haziq yang sudah lengkap berpakaian lalu dia memanjat katilnya. Elzaara menyelimuti Haziq dan mengucupi dahinya sebagai tanda kasih dan sayangnya. Lampu tidur di bilik di suramkan dan Elzaara mencapai gelas susu untuk beredar keluar. Baru sahaja kaki ingin melangkah keluar tiba-tiba tangan Elzaara dipaut erat.

Acu, janji ya esok kita jumpa Mama dengan papa mata Haziq yang terpejam menuntut janji.

Erk...

Acu... Janji ya

Ya sayang. Acu janji. Sekarang ni Haziq tidur dulu ya. Haziq dah baca doa sebelum tidur ke Haziq menggeleng!

Ok, Haziq baca doa dulu lepas tu tidur ya. pujuk Elzaara.

Haziq menadahkan tangan dan mula dua ulas bibirnya bergerak membacakan doa sebelum tidur. Sempat juga Haziq menyalami dan mencium tangan Elzaara. Haziq minta maaf ya Acu sebab Haziq nakal tadi. Suara Haziq serak memohon maaf kepada Elzaara. Mungkin juga kerana dia banyak menangis tadi.

Tak apa sayang. Haziq tak salah, Acu yang salah tadi. Acu minta maaf ya. Muah... Elzaara mencium dahi anak saudara kesayangannya dan memeluk Haziq untuk menemankannya sehingga tidur. Setelah dia pasti Haziq sudah terlena, Elzaara bangun dan dia menutup pintu lalu menuruni ke dapur menuju ke singki untuk mencuci gelas susu Haziq tadi sebelum beredar masuk ke biliknya. Tiba di bilik dia mencapai handphonenya dan mencari icon sampul surat dan menaip.

Elzaara:

Salam Lyn, esok kau free tak

Sepuluh minit berlalu dan kedengaran handphonenya berdering menandakan terdapat mesej yang masuk dalam peti simpanan,

Lyn:

Yup. Free. Whats up Nak ajak aku makan ke

Elzaara:

Ish kau ni, makan jelah yang kau tahu kan. Ada hal sikit nak jumpa kau. Boleh tak

Lyn:

Ya boleh je. Kat mana Bila

Elzaara:

McD Gombak okey Dalam pukul 12.

Lyn:

Alright. See you there.

Elzaara:

Okey, thanks Lyn.

Lyn:

No problem

Elzaara meletakkan handphonenya di atas meja sisi dan hatinya yang gelisah memaksa untuk dia mengunjungi kamar Kakaknya. Dia mencapai bingkai gambar tadi dan terus mengusap-usap gambar tersebut. Wajah arwah Elfira yang tersenyum manis menyebabkan air mata Elzaara kembali bertakung.

Kak Fira, maafkan adik ya Kak. Adik terpaksa bersikap ego dengan Haziq sebab adik tak ada kekuatan untuk menceritakan perkara yang sebenar pada Haziq. Adik tak nak emosi dia terganggu kalau adik cerita dekat dia apa yang berlaku sebab dia masih kecil lagi.

Belum sampai masanya lagi untuk dia tahu perkara pahit yang menimpa Akak dan juga dia dulu. Adik tak sanggup nak ceritakan semuanya pada dia sebab adik sendiri masih belum kuat nak terima hakikat yang Akak sebenarnya dah tak ada. Adik dah janji dengan Haziq untuk bawa dia jumpa Akak esok. Adik mengharapkan yang adik akan kuat untuk menghadapi masa-masa genting ni. Adik akan cuba terima hakikat ni dan cuba kuat untuk Haziq, itu janji adik. Harap Akak akan percayakan adik ya, luah Elzaara.

Dia cuba untuk membuka pintu hatinya menerima hakikat meskipun sangat sulit dan pedih untuk dia terima. Tanpa disedari Elzaara melelapkan matanya di atas katil arwah bertemankan teddy bear kesayangan arwah Elfira.