SAAT AKU BERPALING - 13
NADHIRAH merasakan betapa otaknya buntu dan berserabut. Dia tidak tahu ke mana harus dituju tika ini kerana Nadhirah pasti bahawa Imran akan menunggunya di SP Utama. Dia dapat merasakan yang Imran akan berusaha mencarinya malam ini.

Wajahnya berkerut menahan rasa dan dia terus menekan pedal minyak di atas jalan raya yang semakin lengang. Akhirnya Nadhirah memberikan isyarat lampu. Dia membuat pusingan U menuju ke GlennEdith Specialist. Imran sudah tiada kini hanya Alana lah tempat yang ada buatnya.

Hey, kau buat apa dekat sini Alana menegur Nadhirah. Dia baru sahaja keluar dari bilik pembedahan.

Saja. Datang nak tengok muka kau. Nadhirah tersenyum sambil mengangkat bungkusan makanan yang dibelinya untuk Alana.

Aku penat. Alana memuncungkan mulutnya dengan gaya manja.

Lama ke operation tadi

Dekat enam jam juga. Ada komplikasi sikit. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Cik kak, lain kali sebelum datang sini tolong call aku dulu. Tak cakap langsung pun yang kau nak datang. Buatnya aku tak ada tadi macam mana Alana membebel sambil dia mengikat tali kasutnya yang terlerai.

Ala kalau kau sibuk pun aku letak aja la bekal ni dekat meja kau. Bukannya susah pun. Jawab Nadhirah.

Bekal Apa kau belikan untuk aku Mata Alana tertancap kemas pada beg kertas yang tergantung di tangan Nadhirah. Pucuk dicita ulam mendatang. Alana memang sudah kelaparan. Perutnya sudah kebuluran meminta makanan.

Nasi putih, peking roast duck, udang goreng mentega, sup sayur dengan sotong goreng masam manis. From your favourite Chinese restaurant. Kau belum makan kan

Sebab ni la aku sayang kau Nad. Perut aku memang dah lama sangat dah berkeroncong minta diisi. Thanks darling. Pipi Nadhirah dicubit manja.

Habis tu, kita nak makan di mana

Yang mana satu kau nak Nak makan dekat caf ataupun dalam bilik rehat aku Alana mengutarakan beberapa pilihan.

Kau nak mandi dulu kan Kita makan dekat bilik aja la. Memandangkan Alana baru sahaja selesai menjalankan pembedahan, Nadhirah pasti yang rakannya ini mahu membersihkan diri dahulu.

Aku rasa macam nak peluk je kau Nad. Kau macam dah boleh baca aku punya fikiran. Bangga aku.

Alana merasa terharu. Nadhirah sememangnya pandai meneka. Dia kelaparan setelah beberapa jam berada di dalam bilik bedah. Syukurlah ada yang sudi datang membawa bekal. Jika diikutkan habit buruk Alana, makan akan menjadi perkara ketiga yang akan dilakukan. Selalunya, dek kerana terlalu penat, dia akan membersihkan diri dan terus menghilangkan diri di balik selimut. Tidur dan rehat menjadi keutamaannya.

Dah 10 tahun kenal. Of course aku boleh baca.

Teruk sangat ke kerja hari ni

Macam selalu, tapi hari ini aku kena attend dua pembedahan dekat 10 jam juga. Penat gila.

Lepas ni kau kena sambung bertugas lagi ke

Tak. Dah habis dah. Aku nak balik terus lepas ni.

Kalau macam tu, jom kita makan. Lepas tu kau tidur aja ya

Mereka berdua kemudiannya berjalan menuju ke kafeteria bagi membeli minuman dan sedikit kuih. Setelah berjaya membeli apa yang patut, Nadhirah kemudiannya dibawa masuk ke dalam bilik rehat Alana yang berada di tingkat satu.

Sedapnya Nad. Dah lama aku tak makan makanan macam ni tau. Lidah aku ni macam dah tak dapat nak beza lagi yang mana sedap dengan yang mana tak, sebab dah selalu sangat makan dekat kafe je. Jemu tahap dewa dewi dah. Adu Alana.

Telan la dulu benda tu baru cakap. Kang tercekik baru tau.

Aku lapar la. Jangankan dinner, lunch pun aku belum makan. Tak sempatlah. Inilah my first lunch, tea break, dinner dan supper aku tau.

Tahu. Nak buat macam mana. Dah tugas kau kan. Reda ajalah Alana.

Aku memang reda, tapi bila perut dah lapar sangat, keredhaan dan kepasrahan aku tu macam menipis pula.

Agaknya sebab ni la badan kau dah kurus keding. Macam dah terkurang zat sangat dah ni.

Kau tahu tak apa. Sibuk betul aku minggu ni. Nak tukar baju pun tak sempat.

Kenapa Ramai sangat ke pesakit

Ramai Nad. Dia orang macam berjanji pula nak jatuh sakit minggu ni. Hairan betul aku sebab banyak betul pesakit minggu ni. Tak menang tangan.

Ada ke pula macam tu. Nadhirah ketawa mendengar kata-kata Alana.

Mengurus orang sakit tu satu hal. Nak mengurus ahli keluarga dia orang tu yang paling aku malas tu.

Apasal

Komen itu ini, merungut tak habis-habis. Ada juga yang datang bersyarah dekat kami. Kadang-kadang kerja aku ni dah kalah macam kuli pun ada rasanya.

Jangan lah cakap macam tu. Kau untung tahu, terpilih jadi orang yang bertanggungjawab membantu orang lain dalam kesusahan. Banyak pahala tu.

Betul juga apa kau cakap tapi bila dah penat sangat kerja, masa tu lah aku rasa nak mengamuk tu. Tak apa lah, aku akan berusaha untuk mengikhlaskan diri ini. Alana mencurahkan rasa hati. Banyak cabaran yang dilaluinya sepanjang berkhidmat di sini.

Kau tak nak makan sekali ke Alana masih sibuk memenuhkan perutnya.

Tak nak lah, aku dah makan tadi. Kenyang sangat. Nadhirah sebenarnya sudah tiada selera. Hilang semua seleranya apabila mengenangkan kejadian yang terjadi di rumah Papanya menerjah fikiran.

Lain kali kalau kau nak datang, beritahu la dulu. Aku selalu masuk dewan bedah sekarang ni. Takut juga kalau masa kau datang aku tak ada nanti.

Saja la datang nak jumpa kau. Nadhirah sekadar tersenyum hambar.

Yang kau berbaju kurung sakan lewat-lewat malam ni dari mana Takkanlah kau sengaja bersiap cantik macam ni sebab nak datang jumpa aku je.

Tak kuasa aku nak bersiap cantik-cantik macam ni semata-mata nak datang jenguk kau ja.

Habis tu

Malam ni, kan Adelia bertunang. Aku dah cakap dekat kau masa kita dekat Cameron hari tu. Aku datang straight dari rumah Papalah.

Aku lupa. Busy sangat sejak kebelakangan ni. Macam mana majlis Alana teruja mahu tahu.

Ramai juga jemputan Puan Sri tu. Rombongan pihak lelaki pun ramai. She seems happy and pretty tonight.

Adelia happy Baguslah tu selalunyakan dia tu asyik moody aja. Kutuk Alana sesedap rasanya.

Memang itulah Adelia yang dikenalinya sejak dulu. Seingat Alana, selama dia menjadi tutor kepada Nadhirah di rumah agam Tan Sri Malik, tidak ada satu hari pun Adelia melemparkan senyuman. Monyok aja muka macam tikus mondok.

Mesti meriah, kan Makan apa dekat sana

Tak adalah yang istimewa sangat. Macam biasa, nasi, kari, dalca, puding, cake, sweet and etc. Aku telan aja semua.

Kau ada snap gambar tak Teringin pula aku nak tengok wajah jejaka yang malang sangat nak

berbinikan Adelia tu.

Ada. Nadhirah mengangguk.

Nak tengok, nak tengok. Alana tiba-tiba bertukar menjadi penyibuk. Beria-ia benar dia mahu melihat bakal suami Adelia.

Sekejap. Nadhirah mengeluarkan telefon pintarnya lambat-lambat.

Dia cuba menenangkan diri di hadapan Alana. Memandangkan tadi dia sudah terkejut beruk, kali ini dia mahu tengok juga apa reaksi Alana melihat gambar berkenaan.

Nah, inilah jejaka yang menjadi tunangan Adelia. Kau tengok lah. Telefon Nadhirah dihulurkan kepada Alana. Nadhirah membiarkan sendiri Alana untuk membelek sekeping gambar sekitar majlis berkenaan.

Oh my Alana terkejut bukan kepalang. Dia seakan-akan tidak dapat mempercayai apa yang sedang ditatapnya.

Betul ke ni

Hurm, betul lah.

Celaka punya jantan. Aku paling pantang jumpa lelaki macam ni. Maki si Alana tanpa lapik menunjukkan darahnya sudah naik ke kepala.

Dahsyat juga kau maki hamun orang. Thanks, aku pun teringin nak memaki dia dari tadi cuma tak terkeluar di mulut je. Nadhirah tersenyum kelat.

Jangan senyum macam tu! Benda ni serius kau tahu tak

Tahu. Tapi, aku nak buat macam mana lagi

Kau orang ada masalah ke sebelum ni

Setahu aku tak ada. Nadhirah menggelengkan kepalanya. Dia masih kelihatan tenang seperti selalu.

Kau macam mana

Sekarang ni, macam tak apa sangat. Tapi, lepas ni belum tahu lagi.

Kenapa sampai macam ni

Kalau tanya aku, memang aku tak ada jawapan.

Bila dia cakap dengan kau pasal hal ni

Dia tak cakap apa-apa langsung Al. Awalnya aku sendiri pelik kenapa dia boleh ada dekat situ.

Kau orang ada bergaduh tak

Kami sepatutnya ada lunch esok. Dia sendiri yang aturkan tempat semua. Aku tak jangka langsung.

Dia tahu tak kau ada dekat situ Dia nampak kau tak Alana mula berwajah serius. Dia pula yang terasa seperti mahu mengamuk sekarang.

Aku tak tahu. Imran nampak aku, tapi aku tinggalkan majlis dulu. Dia tak sempat nak cakap apaapa. Nadhirah menongkat dagunya sambil membelek botol oren yang dibeli Alana. Dia sedang bermain dengan perasaan sendiri. Memujuk hati agar tenang.

Dia tahu tak kau adik Adelia Adelia pula macam mana Dia tahu tak yang Imran tu teman lelaki kau

Adelia pula tak ada cakap apa-apa pun pada aku. Kalau dia tahu yang Imran ada hubungan dengan aku sebelum ni, aku rasa awal-awal lagi dia dah buka kitab mengejek aku. Tapi, dia tak buat macam tu pun. Jawab Nadhirah tanpa memandang wajah Alana yang sedang memerhatikan tingkah lakunya.

Sehelai tisu yang berada di atas meja, diambil oleh Nadhirah. Dilipat-lipat menjadi sampan. Dia memang begitu, tatkala dia gelisah, tangannya akan bergerak sendiri menyibukkan diri.

The only thing I know, pertunangan ni di atur keluarga. Papa aku ada cakap yang Adelia akan dijodohkan dengan kenalan keluarga. Pilihan mak tiri aku.

This is too much, kenapa kau tak berdepan terus dengan dia orang Tanya Imran, tanya Adelia Tanya Papa kau. Mana tahu kalau-kalau dia dipaksa untuk berkahwin dengan Adelia. Kau orang still ada peluang. Soal Alana yang sedang memandang gelagat Nadhirah. Peluang untuk apa

Berbaik. Kalaulah dia dipaksa, kau orang masih ada peluang untuk perbetulkan keadaan. Berterus terang dengan parents kau orang. Mungkin dia orang boleh tolong.

Nak tolong apanya Kau nak ke aku berbaik semula dengan Imran. Aku tengok dengan mata kepala sendiri yang dia tengah bergelak ketawa. Cuba kau tengok gambar ni betul-betul, tak mungkinlah dia terpaksa.

Lagipun dia dah tiga puluh empat tahun Al. Terlalu tua untuk kalah dalam paksaan. Bukan budak kecil pun.

Paling tidak Nadhirah, aku rasa kau perlukan penjelasan dari Imran. Dia duakan kau. Bukan dengan orang lain. Dengan Adelia pula tu. Kau sepatutnya berdepan dengan dia dalam majlis tu juga. Biar dia sedar yang dia tak boleh nak terus sembunyikan perbuatan dia ni. Alana benar-benar kesal. Tingkah Nadhirah yang selalu sangat mengalah membuatkan dia tidak senang duduk.

Kau tengoklah wajah dia orang. Boleh menang award couple of the year tu. Entahlah Alana, aku tak nak dengar suara Imran lagi. Aku mati akal sebab tu aku terus keluar. Aku macam tak layak.

Siapa cakap yang kau tak layak Kau anak Tan Sri Malik, kau kekasih Imran, kau dijemput. Kau patut dapatkan jawapan. Bila kau tinggalkan majlis tu macam tu je, aku rasa kau cuma bagi Imran peluang untuk reka alasan.

Aku dah tawar hati dengan Imran. Lagipun siapa aku Alana Siapa aku nak buat macam tu Aku tak ada tempat pun dalam rumah tu. Tak ada sesiapa yang peduli pun dengan kehadiran aku. Takkanlah aku nak rosakkan majlis orang macam tu. Nadhirah kelihatan seperti sudah berserah dengan takdir.

Macam orang bodoh, kan Soal Nadhirah tibatiba.

Kau baru tahu sekarang ke Alana sebal.

Berapa kali aku nak cakap dengan kau, jangan biarkan dia orang pijak kepala kau, kau nak ke Adelia rampas lagi kebahagiaan kau Kau anak dia, takkan sikit pun Tan Sri Malik tak boleh nak ambil kisah pasal kau Kau ada hak untuk turut sama dalam rumah tu.

Tu rumah kau juga.

Entahlah. Aku mati akal. Nadhirah ketawa.

Sebiji pau yang ada di depan mata disumbat masuk ke dalam mulut. Payah, tapi dia telankan juga kuih yang ada bagi menenangkan hati kononnya.

Sakitnya hati aku tengok muka kau sekarang Nad. Serius aku sakit hati. Bila kau nak berubah aku pun tak tahu. Kau tak patut keluar dari majlis tu tanpa berdepan dengan Imran tau. Its unfair.

Alana tidak jadi menelan kuih pau keduanya sebaik sahaja melihat Nadhirah yang sedang berpurapura berselera. Mati terus selera makannya walaupun dia cuma sempat makan awal pagi tadi kerana terlalu sibuk.

Aku pun tengah sakit hati dengan diri aku sekarang. Rasa bodoh sangat. Rasa kecil sangat. Nadhirah ketawa kecil. Sukar untuk dibaca reaksi tenangnya ini. Geramkah Gelisahkah Susah hati

Makan hati