Hamiza menjeling. Tajam jelingannya macam nak makan aku. Ada rasa masa tu, ada sesuatu yang ingin dia katakan kepadaku, tapi dia terus simpan di dalam hatinya. Bila aku lihat Melati meminta diri untuk ke tandas, aku tanya dia kenapa dia tak suka aku ikut mereka ke Muar.
Banyak yang awak tak tahu tentang dirinya, Emmet! katanya tanpa mahu memandang ke arahku. Matanya memandang kosong ke arah buku yang ditelaahnya pada ketika itu.
Tak apa, bila dah jumpa keluarganya nanti di kampung, saya akan tahu juga akhirnya. Semua saya akan tahu dari datuk, nenek, mak sedara, sepupu, alah satu kampunglah! kataku dengan suara separuh mengejek.
Dia hanya ada maknya sahaja...
Tahu lah!
Aku tak tahu apa masalah si Hamiza ni. Apa sesuatu tentang Mel yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan orang lain. Mungkin dia melakukan ini semua untuk kebaikan Mel. Aku sepatutnya lebih tahu tentang ini semua. Mungkin sebab itulah aku tak mahu bertekak dengannya lagi. Aku terus diam.
Kami ke sana sebab nak surprisekan mak dia yang akan sambut hari jadinya yang ke-40. Hamiza bersuara untuk memecahkan kesunyian.
Oh ye ke Kenapa tak bagi tahu awal-awal
Saya tak tahu pula awak nak ikut.
Okay, sekarang saya tahu.
Mat! Melati memanggil namaku dengan suaranya itu. Aku menoleh, tersenyum. Melati menyerahkan sebungkus hadiah kepadaku.
Eh, apa ni Mel Tanyaku.
Melati membuat bahasa isyarat meminta aku membuka bungkusan hadiah yang diberikan kepadaku itu.
Dia belikan hadiah ini kepada awak sebab awak belikan tas tangan untuk ibunya hari tu, beritahu Hamiza.
Alah, kan dia dah belanja saya makan, kataku. Aku membuka bungkusan hadiah pemberian Melati. Aku dapati Melati telah menghadiahkan sebuah album gambar kepadaku. Di dalamnya dia ada meletakkan beberapa keping gambarku yang telah diambilnya. Ada di antara gambar-gambar ini telah diambilnya tanpa pengetahuanku. Ada juga gambar yang telah diambil bersamanya. Ada juga gambar-gambar awan. Banyak bahagian album ini masih tidak diisi dengan gambar.
[Bahagian yang kosong itu kita isi bersama, ya]
Aku mengangguk. Aku mengucapkan terima kasih kepada Melati. Lepas aku terima hadiah ini daripada Melati aku terus terdiam tak banyak cakap. Aku tak pernah dapat hadiah macam ini daripada sesiapa pun sebelum ini. Hadiah ini tak mahal, tapi jelas ia adalah hasil kerja Melati sendiri. Dia kumpul semua gambar-gambar yang disukainya, lalu diletakkannya di satu tempat kemudian dihadiahkan kepadaku. Apa yang menjadi milikku sekarang adalah sebahagian daripada dirinya. Gambar-gambar ini datangnya melalui kaca matanya sendiri kepada dunia yang dilihatnya. Gambar-gambar ini tak bersuara kecuali kepada apa yang diPaparkan, dan ini sudah cukup untuk aku sedikit sebanyak memahami apa yang terkandung di dalam dunianya.
Jadi, esok petang saya dan Tamrin akan ambil awak berdua di hadapan rumah awak ya Pukul 6 petang.
Hamiza mengangguk. Melati cuba memahami apa yang diberitahuku melalui Hamiza sebelum dia memandang ke arahku dengan penuh khusyuk memandang ke arah beberapa keping gambar di dalam album pemberiannya.
Hamiza dan Melati sudah sedia menunggu di hadapan rumah sewa mereka sebaik sahaja aku dan Tamrin tiba untuk mengambil mereka. Mereka berdua duduk di belakang manakala aku dan Tamrin duduk di hadapan. Tamrin tidak banyak bercakap ketika dia membawa kereta kepunyaan abang Rastam ke arah selatan. Dia sebenarnya memang tak suka berbual ketika dia sedang memandu, lebih-lebih lagi apabila memandu di lebuh raya. Ketika kali terakhir dia ikut aku ke Johor Bahru, dia diam sahaja memandu, sedangkan aku tak habis-habis berbual dari KL sampailah ke Johor Bahru.
Hamiza memberitahu kepada Tamrin supaya keluar dari lebuh raya PLUS melalui Tol Tangkak. Aku memberitahu kepada Hamiza aku dan Tamrin tidak pernah ke daerah ini. Ketika kami berehat untuk sembahyang dan makan malam di Air Keroh tadi, Hamiza dah beritahu awal-awal dia boleh tunjukkan jalan. Dia kata kami hanya perlu pergi ke arah Gresik.
Pada malam itu kami ke Pekan Bukit Gambir. Ibu Melati menetap di situ. Dia tinggal di sebuah rumah kedai yang agak usang yang diperbuat daripada kayu. Di bahagian bawah rumah kedainya ini terdapat sebuah kedai gunting rambut. Apabila kami tiba ke sini, kebanyakan kedai di pekan ini sudah tutup termasuklah kedai gunting rambut ini.
Aku kena cari parking lah. Tak boleh park kat sini sembarangan, ujar Tamrin. Dia tak mahu meletakkan kereta abang Tamrin di tepi jalan.
Awak boleh park kat belakang rumah kedai ni. Tapi kena jalan sikit lah nanti.
Tamrin mengangguk. Dia meminta aku mengeluarkan beg-beg yang dibawa kami dari belakang kereta. Aku menurut sahaja. Melati membantuku. Hamiza pula menunjukkan jalan kepada Tamrin untuk mencari tempat meletak kereta.
Pekan kecil ini memang sunyi. Macam pekan koboi. Waktu malam hari macam ini yang ada cuma pemandu lori yang datang untuk makan atau berehat di sebuah kedai makan berdekatan yang masih dibuka. Kalau aku terpaksa duduk di sini aku rasa aku boleh mati kutu. Aku tak tahu apa aku nak buat.
Melati meminta aku naik ke tingkat atas. Aku menurut sahaja. Ketika sedang menaiki tangga seekor kucing berwarna hitam dengan pantas turun ke bawah lalu menyapa Melati. Melati meletakkan begnya ke tepi lalu terus mendukung kucing itu. Aku tersenyum lalu terus ke tingkat atas.
Di atas aku dapat melihat sebuah lorong yang kelam menuju ke arah beberapa buah bahagian yang telah dibahagibahagikan. Bahagian atas rumah kedai ini disewakan kepada beberapa orang penyewa.
Di hadapan salah sebuah bilik yang disewa aku dapat melihat seorang lelaki yang sudah agak berumur menyerahkan dua keping wang RM50 kepada seorang wanita berkebaya ketat dengan wajah yang jelita. Kemudian dia merenung ke dalam wajah wanita itu seolah-olah menunggu sesuatu. Dengan pantas aku menoleh ke belakang. Aku dapati Melati masih asyik mengusap-usap kucing hitamnya itu. Aku menoleh semula ke hadapan. Wanita itu berdecit lalu mengeluarkan dua keping wang RM10 yang disimpan di dalam celah dadanya. Lelaki itu tersenyum lalu berjalan ke arahku. Dia langsung tidak memandang ke arahku. Aku terus maju ke hadapan. Aku lihat Melati sedang mendukung kucingnya lalu berjalan mendekatiku.
Melati! Ujar wanita itu. Dia tercengang seketika sebelum dia cepat-cepat mendapatkan Melati lalu mendakapnya. Aku memandang ke arahnya. Dia membalas pandanganku. Memang wajahnya ada iras-iras wajah Melati.
Melati membuat bahasa isyarat memberitahuku bahawa wanita di hadapannya adalah ibunya.
Aku bersalaman dengan ibunya.
Kamu datang berdua sahaja Tanya ibu Melati.
Tak, saya datang bersama Hamiza dan seorang kawan
lagi.
Siapa namanya ni
Amat. Panggil sahaja Emmet.
Satu universiti dengan Melati
Ya.
Jurusan yang sama
Tak. Lain. Saya belajar dalam jurusan kejuruteraan.
Hamiza dan Tamrin muncul beberapa detik kemudian. Mereka terus bersalaman dengan ibu Melati.
Aunty... Mak dan ayah kirim salam, ujar Hamiza. Dia mengambil beg kepunyaannya dari bahu kananku.
Kenapa kamu tak beritahu awal-awal kamu hendak datang Tanya ibunya.
Mel nak surprisekan Aunty. Dia kata Aunty akan sambut birthday Aunty ke-40 tahun esok.
Ibunya mengusap-usap rambut Melati. Dia menjemput kami masuk ke dalam bilik sewanya yang kecil itu. Di dalam bilik sewa ini ada ruang tamu dengan sebuah TV kecil dan sebuah bilik tidur. Kipas berputar lesu di atas siling. Dua buah tingkap yang menghadap ke jalan besar dibiarkan tertutup.
Seperti yang aku katakan, bilik sewanya memang kecil. Kemudian Ibu Mel kata nasib baik lah budak Siam yang sewa di bilik sebelah dah balik negeri. Jadi bilik sebelah kosong. Daripada kata-katanya aku dapat tahu bahawa dia yang jadi tuan rumah kepada rumah kedai ini.
Melati meminta ibunya itu duduk di atas kerusi rotan di ruang tamu. Dia membuka begnya. Dia menyerahkan tas tangan yang kami beli di Petaling Street tempoh hari. SELAMAT HARI JADI! Katanya dengan sengau, tersekatsekat, di dalam suara yang tidak dapat didengari sendiri.
Ibunya memandang ke arah kami. Dia menutup mulutnya mungkin kerana menahan sebak. Dia mendakap Melati buat seketika sebelum dia mengambil bungkusan yang diberikan Melati. Dia membuka bungkusan tersebut lalu dia mengucapkan terima kasih kepada Melati kerana telah menghadiahkan tas tangan ini kepadanya. Aku lihat dia mengelap air matanya. Ada sesuatu yang membuat hatinya sayu.
Maafkan Mak kerana Mak tak dapat berikan apaapa kepada Melati selama ini, katanya dengan matanya tepat kepada Melati. Aku rasa Melati faham apa yang disebutkan oleh ibunya. Melati menyapu air mata yang jatuh membasahi pipi ibunya itu.
Kamu semua dah makan Tanya ibu Melati. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.
Sudah Aunty, jawab Hamiza bagi pihak kami.
Kamu berdua tentu penat, ujar ibu Melati memandang ke arahku kemudian ke arah Tamrin yang memang nampak kelesuan.
Tamrin dan aku tidak menjawab. Kami hanya mampu tersenyum. Ibu Melati berdiri lalu berjalan masuk ke dalam biliknya. Kemudian dia keluar dengan kunci untuk bilik sebelah. Dia mengajak aku dan Tamrin ke bilik sebelah.
Bilik sewanya ini kosong. Yang ada cuma dua buah bangku kayu, sebuah kipas dan dua keping tilam yang disandarkan ke tepi dinding. Aku rasa bilik ini sudah cukup memadai untuk kegunaan kami berdua.
Bilik air dan dapur ada di belakang. Kamu duduk di sini, nanti Aunty sediakan air, katanya kepada kami.
Aku mengangguk. Tamrin meletakkan begnya ke lantai. Sejurus selepas ibu Melati keluar dari bilik ini, kami terus saling berpandangan.
Kau tahu rumah ini rumah apa, kan Bisik Tamrin dengan perlahan kepadaku.
Aku menganggukkan kepalaku dengan perlahan. Dia tersenyum dalam kelesuannya seolah-olah memberitahuku bahawa selepas ini, kami tidak perlu bersoal jawab lagi dengan apa yang kami ketahui. Kemudian aku lihat Tamrin terus duduk di atas lantai lalu mengeluarkan laptop kesayangannya. Memang aku dah agak perkara macam ini tidak akan dijadikan satu isu baginya. Tamrin yang aku kenali tidak mahu menilai dan menghukum orang lain melalui perbuatan yang mereka lakukan.
Kita sebenarnya tidak berhak untuk menghakimi orang lain atau pun diri kita sendiri. Penghakiman adalah hak Tuhan, bukan manusia. Itulah kalimah-kalimah yang dikeluarkannya bila dia dapat lihat betapa sedihnya diriku selepas aku membaca keratan-keratan akhbar yang hangat memperkatakan tentang bapa aku satu ketika dahulu.
Sayangnya, tak ramai manusia macam Tamrin di dalam dunia ini.
Aku mahu ke belakang... Aku nak ambil air sembahyang, kataku kepadanya. Aku perlu selesaikan sembahyang Isya yang belum aku usai lagi.
Amat... Siapa nama ibunya Tiba-tiba Tamrin bersuara. Aku menoleh ke arahnya di muka pintu.
Kalsom, jawabku perlahan. Itulah nama yang telah diberitahu oleh Melati kepadaku ketika aku bertanyakan soalan yang sama kepadanya dahulu.