Emak Nurul bergegas-gegas. Kemudian satu demi satu beg disusun teratur. Beg gantung dipastikan ada sentiasa di badannya. Ayah Nurul turun kemudian duduk di sofa kelabu betul-betul di tengah ruang tamu. Kemudian memakai stoking dari kaki kanan kemudian beralih ke kaki kiri.
Nurul dan Emaknya masih ke hulu ke hilir menyusun itu ini. Emak Nurul cepat-cepat ke dapur mengambil secawan kopi yang masih panas. Kemudian dihulur kepada suaminya. Anak-anak yang lain juga berkerumun di ruang tamu.
Ayah Nurul menghadiahkannya sebuah perjalanan indah selepas mendapat keputusan baik semasa Sijil Pelajaran Malaysia tempoh hari. Mereka semua akan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekejap sahaja lagi. Lapangan terbang yang baru sahaja dibuka itu semestinya menjadi idaman setiap sesiapa mahu menjejakkan kaki ke sana. Dikatakan lapangan itu merupakan yang paling canggih dan paling cantik di dunia.
Selepas beberapa bulan merancang, akhirnya mereka bertiga akan terbang pada waktu tengah hari menuju ke Jordan. Kemudiannya akan memasuki Palestin dan kembali ke Jordan dan terus ke Madinah pula. Perjalanan tiga masjid utama bagi umat Islam itu sangat-sangat dinanti-nantikan oleh Nurul. Malah beberapa kali beliau ujarkan kepada ibu bapanya untuk sampai ke sana satu hari nanti.
Sebanyak dua buah kereta sudah tersedia menanti di luar. Nurul bertiga akan dibawa oleh abangnya yang sudah pun bekerja. Manakala keluarga yang lain akan menaiki kereta yang lain. Sebelum berangkat, abangnya yang sulung melaungkan azan. Tiba-tiba suasana menjadi hiba. Semuanya berdiam diri dan menundukkan pandangan. Selesai sahaja azan berkumandang, abang sulungnya terus sahaja mengangkat doa. Memohon supaya segala kebaikan, kemudahan dan kesenangan dapat diberikan kepada mereka bertiga ini. Dengar sayup sayup suara sebak abangnya itu semasa membacakan doa panjang tersebut. Dan yang lain menyahut dengan menyebut, amin amin amin
Dari Bangi nak ke Lapangan Terbang, hanya memakan masa 40 minit sahaja. Mereka tidak terlalu berkejar-kejar ke sana. Jaraknya agak dekat dan tidak memenatkan. Selesai sahaja berdoa, masing-masing memasuki kereta dan kemudian terus sahaja berlalu menuju ke destinasi yang dituju.
Mereka memasuki perut bangunan yang cukup tersergam indah. Binaan seperti besi-besi besar yang menongkat bumbung yang luas itu menampakkan lagi seri lapangan terbang tersebut. Indah sekali.
Kemudiannya, mereka mengambil tempat letak kereta di Blok B aras dua. Setelah meletakkan kereta, laju sahaja abang-abang Nurul mengambil troli kemudian diangkatnya semua dan disusun di atas troli tersebut. Lalu dua troli tersebut ditolak masuk ke dalam terminal. Semuanya ikut berjalan laju menuju ke kaunter-kaunter pendaftaran.
Sudah dimaklumkan lebih awal dari ejen travel ini untuk berkumpul di barisan kaunter K. Jadi semuanya terus sahaja ke sana. Ayah Nurul terus berjumpa dengan Ustaz Mutawif dan menghulurkan salam. Kemudian, mereka diarahkan untuk menyusun semua beg secara teratur di situ. Proses check in akan dimulakan apabila semua Jemaah sudah berkumpul bersama. Mak, Nurul nak jalan-jalan pusing airport ni sekejap boleh
Okey jom. Mak pun nak cari buku. Mesti boring dalam kapal terbang tu nanti, kan jawab emaknya. Nurul angguk sahaja. Gembira. Kemudian emaknya memberi isyarat kepada ayahnya untuk berjalan-jalan sekejap di ruangan lapangan terbang yang amat luas tersebut.
Mereka berdua berjalan melihat sekitar lapangan terbang. Dari hujung kanan ke hujung kiri. Kemudian berjalan ke belakang dan kembali ke depan semula. Akhirnya di tengah-tengah mereka berjumpa dengan sebuah kedai buku. Dan dua-dua ketawa kerana sudah melaluinya beberapa kali sebelum ini. Dek kerana bergosip, bersembang dan melihat sana-sini, tak perasan kedai buku itu tersergam di tengah-tengah lapangan terbang.
Nurul membelek buku di rak Bahasa Melayu. Yang ada hanya satu rak sahaja. Itu pun hanya novel cinta dan buku-buku bibliografi tentang tokoh-tokoh dalam negara. Nurul menggeleng sahaja tidak ada yang berkenan di hatinya.
Emaknya pula masih membelek beberapa buku Bahasa Inggeris. Dari sebuah buku ke sebuah buku kemudiannya beralih ke rak lain. Nurul hanya memerhati selang dari beberapa rak dan kemudiannya berjalan perlahan melihat riak wajah ibunya itu memilih buku-buku untuk dibaca di dalam kapal terbang.
Assalamualaikum Nurul.
Waalaikumussalam, Jaja! Mak! Jaja!
Ya Allah! Lamanya tak berjumpa! Mereka berpelukan. Emak Nurul mengurut dada. Seronoknya dapat berjumpa dengan teman anaknya semasa bersekolah di Jengka dulu.
Kau nak ke mana ni Kemain siap bertudung litup bagai, insof! Gurau Jaja. Emak Nurul ketawa sahaja melihat keletah Jaja yang langsung tidak berubah.
Aku nak buat umrah dengan mak ayah aku. Eh result kau macam mana Nurul bertanya.
Jaja ketawa sahaja. Okey je. La power! 15 agregat! Haha!
Habis ini kau nak ke mana Nurul terpinga-pinga melihat kawannya itu siap berkasut sport bagai. Orangnya sudah kurus sedikit berbanding di sekolah dulu. Sudah pandai melawa dan yang paling pasti mulutnya sahaja tidak berubah.
Aku nak ke Korea!! Seronoknya! Hahaha!
Nurul dan Jaja bersembang kencang. Emaknya hanya melihat dan kembali membelek-belek bacaan yang ingin dibeli.
Kemudian terus ke kaunter bayaran dan membayar buku yang diambil tadi.
Nurul dan Emaknya bersalaman dengan Jaja sekali lagi. Saling bertukar telefon dan kembali ke kaunter masing-masing. Senyuman dari wajah Nurul masih belum lekang. Lantas dia menyeluk bahu ibunya dan meletakkan kepala situ. Berjalan bersama menuju ke kaunter K.
Lamanya berjalan, beli apa tanya ayah Nurul.
Bukulah, apa lagi abah kalau mak shopping. Nurul menyampuk.
Emaknya senyum sahaja sambil menunjukkan buku yang dibeli
Perhatian kepada Jemaah Umrah 3 Masjid Suci Al-Lutfi, sila berkumpul di hadapan kaunter K sekarang untuk taklimat penerbangan.
Sekumpulan keluarga demi sekumpulan datang ke kaunter K. Kemudian ketua mutawif memberi penerangan panjang lebar. Nurul, ayahnya dan emaknya mendengar dan memahami setiap satu perkara yang diberi tahu. Terutama bab-bab keselamatan semasa mahu masuk ke Jordan, Palestin dan di Lapangan Terbang Jeddah nanti.
Mereka mengangguk serentak. Adalah satu dua soalan dari Jemaah lain, kemudiannya dijawab kemas oleh ketua mutawif tersebut. Sesudah itu, pasport dan tag nama diberikan kepada setiap seorang. Seorang demi seorang dipanggil namanya!
Abdul Wahab!
Nurul Binti Abdul Wahab!
Eh. Nama itu.
Terus jejaka tinggi lampai tersebut menuju ke kaunter K. mencari-cari nama yang dipanggil itu tadi. Tidak ketemu. Kemudian berjalan dari hujung ke hujung. Juga tidak ketemu.
Aku yakin, itu adalah dia, dengus jejaka tersebut.
Ya Tuhan bantu aku. Temukan aku sekali lagi dengan dia. Beliau terus berlari-lari menuju ke hujung kaunter K. Kali ini berhadapan dengan cafe. Pun tidak berjumpa. Hampa.
Lalu beliau duduk dan menghela nafas panjang.
Teruk dah hidup aku ni, bertahun duk teringatkan orang yang sama. Namun Tuhan tak pernah mengabulkannya. Ya Tuhan, untuk sekali ini. Tolonglah temukan aku dengannya kembali.
Jejaka tersebut berjalan perlahan mendapatkan begnya. Kemudian melakukan proses check in di kaunter J. Sesudah it uterus sahaja berjalan untuk memasuki terminal antarabangsa. Sejak habis Sijil Pelajaran Malaysia tempoh hari, beliau suka sekali mengikuti aktiviti backpacking ke luar negara. Terutama negara-negara yang belum membangun. Pergi bersama dua tiga orang rakan lagi yang lebih kurang sebaya. Kemudiannya pulang dan menulis sedikit cerita dalam bentuk Zine. Dijual dalam harga RM2-3 satu dengan gambar pun ala fotokopi. Kadang-kadang boleh terjual dalam 200-300 naskhah. Bergantung kepada nasib. Itulah Kuala Lumpur tahun 1998. Tiket penerbangan yang agak mahal menjadikan tidak ada sesiapa yang sanggup untuk menikmati penerbangan ke mana-mana. Memang perlu simpan duit untuk mengembara.
Beliau sampai di bahagian imigresen. Kemudian berjalan terus menuju ke Gate C12. Sedang melalui gate-gate lain, kali ini jejaka tersebut memandang kelibat seseorang.
Nurul
Nurul!
Gadis itu menoleh. Ya Allah!
Aku dah nak naik flight!
Okey, kau ambil nombor ini, 03-892 3465! Nurul memberitahu nombor menggunakan isyarat jari jemarinya..
Leman mengangguk, kemudian melambai beberapa kali. Emak dan Ayah Nurul pun melambai sama. Nurul memberi senyuman paling manis di dunia. berjalan selangkah dua kemudian berpaling lagi dan mengangkat tangannya, lalu melambai kepada Leman.
Leman menyambut, tercegat dan memandang Nurul berjalan dan hilang dalam perut kapal terbang.
Ya Tuhan, ayah. Leman!
Ya sungguh! Tak sangka Nurul dapat jumpa ramai orang hari ini.
Kapal terbang pun mulai bergerak. Pramugari menjalankan tugasnya dan akhirnya berlepaslah mereka ke Jordan. Perjalanan yang mengambil masa lebih lapan jam itu tidak dirasakan. Naskhah yang dihadiahkan oleh Ustazah Nora dibawa sekali. Walau sudah dibaca berkali-kali, itu tetap beri perisa dalam kehidupannya.
Ada seronok dalam nilai membaca. Ada jiwa.
Leman termangu di sebuah sudut. Ya sungguh, itu sah Nurul. Dan dia amat-amat bersyukur Tuhan telah mengabulkan doanya.
Selang beberapa minggu, Leman pun sudah pulang ke Kuala Lumpur, beliau menelefon nombor yang diberi. Nyata masih tidak dapat bercakap dengan Nurul. Terasa menjengkelkan apabila bertanya-tanya tentang anak gadis orang di dalam telefon, telefonnya pula dari telefon awam. Lalu laju sahaja Leman meminta alamatnya dari emak Nurul dan syukur terus berjaya mendapatkannya.
Emak Nurul hanya sempat mengkhabarkan perkara tersebut kepada Nurul, dan tidak dapat menghubungi Leman semula.
Selang beberapa bulan, ada sebuah bungkusan sampai di rumah Nurul. Saat mahu berangkat ke Universiti pilihannya, Nurul membuka bungkusan tersebut.
Assalamualaikum Nurul,
Semoga kau sentiasa disayangi Tuhan dan terus sahaja dikasihi Para Nabi (selawat).
Ini aku, Leman yang kau sentiasa ingati (mungkin).
Aku hadiahkan kau sesuatu yang kau cukup gemar. Ia berupa keratan-keratan akhbar yang kau sukai ini. Dari tahun 1995 hinggalah ke hari ini.
Aku mengumpul semua ini bukan untuk aku. Ia untuk manusia yang pernah menjadi kawan dalam hidup aku. Saat aku pernah menempa kesusahan kehilangan orang yang aku terlalu akrab, aku pula meninggalkan kau.
Lalu aku merasakan Tuhan terlalu menyanyi aku. Dan aku berharap segala kasih sayang itu dicampakkan kepada aku melalui doa-doa yang aku pohon. Aku yakin, suatu hari nanti kita akan kembali duduk semeja dan bersembang laju dengan suara-suara orang matang. Dan terus sahaja menempa lagi satu sejarah dalam bentuk pertemuan, namun emosi yang berbeza-beza.
Nurul, lalu aku tampalkan segalanya di papan kertas ini kemudian aku lakarkan semuanya untuk kau. Kita pernah menjadi kawan rapat satu masa lalu. Dan kini, kita meminati orang yang sama. Orang ini pandai sekali bermain dengan suara. Lirik yang dilantunkan itu seolah memahami hati kita berdua. Kita jadi hidup dalam arus ini kerananya. Dan Tuhan pula melihat kita dengan cara yang begini.
Beberapa tahun lalu, aku menziarahi Imah. Dan beliau katakan kepada aku tentang kau amat-amat meminati insan ini. Lalu aku berusaha menyiapkannya untuk kau.
Dari awal beliau menyanyi, beliau lagukan Jerat Percintaan. Dan kini, beliau menghasilkan Wajah Kekasih. Terus sahaja keindahan lagu beliau dalam Joget Berhibur dan Cindai. Lalu aku juga jatuh cinta saat mendengar Purnama Merindu. Aku fikir semua itu satu kemanisan dalam sebuah penciptaan agung yang Tuhan berikan kepada kita semua.
Beliau berbakat. Sungguh. Dan semua itu disusun dalam lagu dan kemudian beliau suarakan dalam bentuk yang mendayu. Ada kala menjadi syahdu. Ada kala menjadi irama dalam hidupku.
Mulutku kadang-kadang terkumat-kamit menyanyikan Aku Cinta Padamu. Ya Tuhan, manisnya semua ini.
Setiap kali lagu itu berkumandang. Setiap kali itu jugalah aku mengingati kau. Walau sesungguhnya, jiwaku ini lebih dekat dengan perkara lain, namun ketahuilah, aku akan suka dengan apa yang kau suka.
Semoga berjumpa lagi.
Leman.
Nurul tersentak. Lalu dibuka sampul besar bersaiz A4. Sampul putih itu dibungkus dengan kemas sekali. Agak tebal dan dipegangnya dengan cukup erat. Lalu dibuka dan dikeluarkan dari sampul tersebut.
Nurul senyum sendiri.
Leman menyediakan untuknya semua keratan-keratan akhbar tentang Siti Nurhaliza buatnya. Ia dibuat dalam bentuk istimewa. Penuh dengan jalan cerita dengan lakaran anak panah berwarna-warni dan siap dengan beberapa ulasan yang ditambah dengan baik. Dari awal beliau memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini hinggalah ke album yang keempat, Adiwarna.
Hari itu, Nurul menuju ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Melanjutkan pelajaran dalam bidang farmaseutikal, setelah beberapa pilihan awalnya ditolak, lalu diterima sahaja bidang itu. Manakala Leman hilang sekali lagi buat kali ke berapa entah.
Dan hari itu, Nurul bersungguh berdoa, supaya suatu hari nanti Tuhan temukan dia kembali kepada Leman dalam apa sahaja bentuk kebaikan. Mahu sahaja semua itu dipersuakan dalam keadaan sangat bagus untuk beliau melakar kembali kisah-kisah mereka yang semakin panjang untuk dicoret.
Ya Tuhan, Tolonglah demi aku yang kerdil dan hina ini. Yang selalu berharap tentang perkara sukar untuk diluahkan dan susah untuk diceritakan. Namun, untuk Kau, ia menjadi mudah. Kau maha segala-galanya.
Wahai Tuhan yang maha penyayang, jagalah dia untukku.