SEOUL LOVE STORY - 13
Sebulan sudah berlalu. Jaejoong belum sempat lagi pulang untuk bertemu Abriel. Jadualnya yang sangat padat juga membuat dia jarang dapat menghubungi Abriel. Mujurlah dia selalu mengirim e-mail yang mengandungi gambargambarnya bersama ahli kumpulan Blue yang lain, acaraacara yang mereka jalankan dan orang yang ditemuinya. Gambar-gambar yang dihantarnya kadang-kadang agak lucu sehingga membuat Abriel tertawa sendiri.

Ada satu dari gambar-gambar itu yang dilihatnya lebih dari 2 minit. Gambar Yoohwan sedang menyalakan rokok di sebuah kedai makan dengan kaki diletakkan di atas meja. Gambar itu diberi tajuk Handsome Guy #1 oleh Jaejoong dan kali ini Abriel terpaksa bersetuju dengannya. Gambar itu memiliki aura seksi luar biasa. Gaya seorang lelaki yang tidak sedar betapa kacaknya dirinya sehingga ramai perempuan yang histeria kerananya. Seperti gambar James Dean yang pernah dilihatnya dahulu. Sekarang dia tahu kenapa begitu ramai gadis yang sanggup berlutut di kaki Yoohwan.

Jaejoong berbeza sekali dengan Yoohwan. Pesona seksi Yoohwan muncul saat dia tidak berada di atas pentas. Saat membuat persembahan, dia kelihatan seperti lelaki kacak yang sopan dan penuh budiman. Sebaliknya aura seksi itu akan terpancar di wajah dan gerak geri Jaejoong. Walaupun dia selalu kelihatan dingin di depan orang yang tidak mengenalinya, Abriel tahu dia seorang lelaki yang mesra dan menyenangkan.

Agak mudah menjalin hubungan dengan lelaki itu sekarang. Walaupun Abriel masih sering malu-malu saat menerima SMS atau panggilan dari Jaejoong, terutama saat lelaki itu menuturkan kata-katanya dengan nada manja atau menggoda. Kadang-kadang Abriel memerlukan masa untuk menjawab soalannya, sehingga Jaejoong sering tertawa kecil. Saya faham. Kita cuba, selangkah demi selangkah sampai satu hari nanti awak tak akan malu bila saya kata saya nak cium awak.

Abriel juga masih belum terbiasa dengan rutin menceritakan tentang harinya pada Jaejoong, ataupun soalan Jaejoong tentang ke mana dia pergi, bersama siapa, jam berapa pulang, adakah pintu rumah sudah dikunci atau sebaliknya. Jaejoong mengharapkan laporan darinya seperti mana yang dilakukannya pada Abriel. Kata Yoonmi, itu perkara biasa dalam sesebuah perhubungan. Kadang-kadang pula Jaejoong seperti sengaja memancing Abriel agar bertanya keadaannya di Jepun. Jari-jemarinya juga sudah mula biasa menghantar pesanan ringkas untuk mengirimkan khabar buat lelaki itu. Termasuk kerisauannya tentang lelaki itu yang selalu bekerja keras sehingga lewat malam.

Memang agak aneh rasanya mempunyai perasaan indah saat menerima SMS atau panggilan daripada kekasih. Kata rakan-rakannya, Abriel nampak berseri-seri sekarang. Yoonmi sendiri sungguh riang saat mendengar Abriel mengakui tentang hubungannya dengan Jaejoong. Katanya dia sudah menyangka itu yang akan terjadi kerana Jaejoong tidak pernah bersikap begitu dengan manamana peminatnya. Berbeza dengan Yoohwan. Sehingga kadang-kadang Abriel hairan, kenapa dua lelaki itu selalu dibanding-bandingkan.

Kata Yoonmi, Yoohwan dan Jaejoong mempunyai personaliti yang cukup berbeza, seperti kutub utara dan kutub selatan. Sifat dan karakter mereka saling berlawanan. Peminat selalu menganggap Yoohwan mudah didekati, seperti seekor arnab comel. Dia selalu tidak menolak seandainya ada peminat yang meminta tandatangan atau bergambar bersama. Di depan rumahnya selalu dipenuhi peminat yang teringin untuk melihatnya walaupun cuma sekejap. Cuma sekarang dia sudah pindah ke kawasan yang lebih elit dan tersembunyi dari orang luar.

Kalau Jaejoong pula adalah lawan kepada sikap Yoohwan. Orangnya sangat misteri, tidak suka mendedahkan diri kepada sesiapa sahaja di luar kerjayanya. Namun ketika bersama Abriel, dia begitu mesra dan lucu. Yoohwan pula kelihatannya seperti mempunyai agenda tersembunyi. Tingkahnya selalu berubah-ubah, seperti siang dan malam. Ya, kedua-dua lelaki itu memang sangat berbeza sekali.

Satu-satunya persamaan mereka adalah sikap keras kepala. jjj

Hari ini Abriel telah meminta cuti dari Nenek Kim. Dia perlu menyiapkan tugasan kuliahnya yang agak banyak. Dia baru sampai di rumah selepas seharian berada di perpustakaan bandar, mencari rujukan tentang fesyen 80an seperti yang diminta oleh pensyarahnya. Yang dia ingat tentang zaman itu adalah gambar Mama dengan rambut menggerbang dengan baju yang ketat dan berlapis-lapis. Mereka fesyen diinspirasikan tahun 80-an agak sukar bagi Abriel kerana dia tidak begitu faham dengan fesyen yang dikenakan oleh wanita pada waktu itu. Adakah dia patut merujuk dengan ibunya sahaja

Saat sedang berfikir, tiba-tiba loceng pintunya berdering. Tadi dia memutuskan untuk memesan piza saja kerana badannya terasa letih dan dia malas untuk memasak. Boleh tahan! Baru dua puluh minit yang lalu dia menghubungi restoran piza itu.

Abriel membuka pintu dan terjerit kecil kerana tiba-tiba ada suara yang menegurnya. Awak gila ke Buka pintu terus tanpa tanya siapa yang di luar

Jaejoong! Abriel terbeliak. Awak buat apa di sini

Mungkin soalan itu kedengaran bodoh kerana Jaejoong tertawa besar sebelum memicit hidungnya dan melangkah masuk tanpa dijemput. Buat apa Tentulah sebab saya nak jumpa girlfriend saya. Susah payah saya mintak kebenaran untuk pulang sehari lebih awak sebab saya nak jumpa awak.

Sampai saya sanggup menipu

Kata-katanya terputus. Tubuhnya dipeluk hangat dari belakang oleh sepasang tangan kecil itu. Dia tersenyum bahagia. Wow. Memang awak rindukan saya ke

Dia membalikkan tubuhnya. Wajah Abriel direnung sejenak sebelum dia membalas pelukan gadis itu. Awak okey soalnya. Abriel mengangguk, renungan matanya lembut. Baguslah. Ini barulah kekasih saya. Dia menyentuh dahinya pada dahi Abriel. Saya rindukan awak. Awak tak tahu betapa susahnya saya kena menahan diri dari balik dan berjumpa dengan awak setiap hari.

Really soal Abriel manja dalam bahasa Inggeris. Sengaja mengusik Jaejoong. No flowers for me

Jaejoong menutup matanya. Suara Abriel seperti muzik di telinganya. Hmm soalnya. Kurang mendengar soalan kedua Abriel tadi.

Tak ada bunga soal Abriel lagi. Kalau dalam drama kan mesti hero akan datang bawa bunga untuk heroin saat mereka bertemu selepas sekian lama tak berjumpa.

Jaejoong membuka matanya. Awak nak bunga atau awak nak kisah cinta macam dalam drama

Dua-dua sekali. Kan saya bercinta dengan artis. Lagi pun kalau kisah cinta dalam drama kan selalunya akan happy ending, kan

Hmm.. betul, ujar Jaejoong dengan senyuman nakal. Mereka berkahwin, dapat sepasang anak. Yang lelaki kacak seperti ayahnya, yang perempuan cantik seperti ibunya. Bahagia sampai ke akhir hayat. Begitu

Abriel mencebik. Bila awak yang ceritakannya terus jadi tak berapa romantik.

Jaejoong tertawa lagi. Saya memang tak romantik orangnya. Tapi soal bunga, akan saya uruskan, katanya. Dakapannya dieratkan.

Tipu. Mustahil orang yang tak romantik akan dapat menulis lagu cinta yang mendayu-dayu dan menyentuh perasaan. Jangan nak tipulah, usik Abriel nakal. Dia cuba melepaskan diri daripada pelukan Jaejoong namun pemuda itu memeluknya semakin erat. Dan Abriel hanyut dalam pelukan itu. Bolehkah dia katakan lelaki yang indah parasnya ini adalah miliknya

Abriel menyentuh bibirnya pada bibir Jaejoong. Perlahan. Mata Jaejoong yang tadinya tertutup kembali terbuka. Penuh tanda tanya. Abriel tersenyum sebelum mengucapkan lirih.

Welcome home, darling. Im home, sahut Jaejoong.

jjj

Saat Jaejoong menyatakan hasratnya mahu bermalam di situ, Abriel agak kaget. Walaupun sudah beberapa kali Jaejoong bermalam di situ, dia tetap masih merasa kekok.

Macam mana saya nak balik ke rumah saya Saya lupa ambil kunci apartmen dari pengurus saya. Please rayu Jaejoong.

Tapi. Abriel masih ragu-ragu, lagi-lagi selepas tadi dia menunjukkan kemesraan pada lelaki itu.

Kan saya pernah tidur dekat sini sebelum ni kan

Tapi itu sebelum.

Awak takut saya buat yang bukan-bukan ke pintas Jaejoong, segera mengerti kenapa Abriel tiba-tiba kekok. Jangan risau. Saya takkan masuk dalam bilik awak kecuali kalau berkaitan soal hidup dan mati.

Abriel tersengih. Akhirnya dia tidak ada pilihan lain selain daripada membenarkan lelaki itu tidur di sofanya seperti selalu, manakala dia tidur di dalam bilik. Bezanya, saat ini kedua-duanya sukar melelapkan mata, apatah lagi saat menyedari kekasih hati begitu hampir dengan mereka, walaupun dipisahkan tembok batu. Setelah malam begitu larut barulah kedua-duanya terlena kerana keletihan.

Pagi itu, Abriel memerhatikan Jaejoong yang masih pulas di sofa. Ingin rasanya untuk berbaring di sebelah lelaki itu dan memeluknya erat, berkongsi kehangatan pada pagi yang dingin itu. Tetapi adakah ia cuma satu pelukan atau ada hasrat lain yang akan mengambil-alih selepas itu. Dia tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti dia akan bebas berpelukan dan berciuman dengan lelaki itu.

Telinga Abriel menangkap igauan lelaki itu dalam tidurnya. Sepertinya dia sedang bercakap dengan pengurusnya kerana dia berkata sesuatu tentang keletihan dan mahu diberikan peluang berehat. Abriel tersenyum. Dia duduk di atas lantai di sebelah sofa dan merebahkan kepala ke lengan lelaki itu. Hangat dan selesa. Degupan jantung lelaki itu begitu menenangkan. Akhirnya dia kembali tertidur di situ, berbantalkan lengan Jaejoong.

jjj

Jaejoong terbangun dengan perasaan bahagia yang luar biasa. Abriel tersandar di lengannya, turut terlena pulas. Wajahnya kelihatan tenang dan manis sekali. Perlahanlahan Jaejoong mengucup bibir itu. Gadis itu menggerakkan kepalanya tetapi masih tertidur. Perlahan-lahan Jaejoong melepaskan lengannya yang dijadikan bantal oleh gadis itu. Tanpa membangunkan Abriel, dia membaringkan gadis itu di atas sofa dan menyelimutinya.

Kemudian dia bergerak ke dapur. Niatnya mahu memasak sarapan untuk Abriel. Namun SMS yang diterima dari Yoohwan membuatnya terpaksa membatalkan niatnya. Kata Yoohwan, mereka sudah sampai di Seoul dan sedang menuju ke apartmen. Ada sesi penggambaran jadi mereka harap dapat bertemu Jaejoong di apartmen dalam tempoh sejam lagi.

Selepas mandi, Jaejoong membangunkan Abriel lembut. Abriel membuka mata perlahan-lahan. Kenapa soalnya dengan suara serak.

Saya kena balik. Ada photoshoot pagi ni. Nanti saya telefon awak, okey

Abriel mengangguk. Awak tak nak sarapan dulu soalnya sambil bingkas bangun.

Jaejoong menggeleng. Tak apa. Nanti akan ada disediakan sarapan di sana. Awak mesti makan tau Jangan sampai turun berat badan nanti orang kata saya tak bagi awak makan cukup, ujarnya sambil tertawa kecil.

Dia mahu mengucup bibir Abriel tetapi Abriel mengelak. Kenapa soal Jaejoong sedikit hairan.

Abriel menekup bibir dengan tangan. Belum berus gigi.

Jaejoong tertawa. Dia mengucup pipinya sebagai ganti. Saya tak kisah pun.

Abriel memukul bahu Jaejoong manja. Tipu. Jaejoong menyambutnya dengan tertawa riang.

jjj

Sesi penggambaran pagi itu berjalan lancar tetapi ahliahli kumpulan Blue kecuali Yoohwan agak pelik dengan perubahan sikap Jaejoong pagi itu. Jaejoong yang tidak sedar dirinya sedang diperhatikan masih leka dengan telefon bimbitnya sambil tersenyum-senyum. Kerap kali juga dia bertanya bila sesi fotografi itu akan tamat, seperti sudah tidak sabar-sabar lagi untuk pergi ke suatu tempat yang lain. Tetapi wajahnya dipenuhi senyuman dan tawa. Sesiapa pun yang melihatnya pasti tahu yang lelaki itu sedang dilamun cinta.

Jadi bila kami boleh jumpa dia, hyung soal Junho polos.

Jumpa siapa soal Jaejoong dengan kening berkerut.

Perempuan yang dah berjaya buat hyung kami jadi seperti orang gila.

Jaejoong tertawa senang. Kamu semua dah jumpa dia. Dua kali. Ingat tak

Tapi bukan secara rasmi, sahut Ilwoo pula.

Okey, okey. Nanti aku tanya dia dulu sama ada dia sudi ajak kalian semua makan malam atau tak.

Jaejoong bingkas bangun dan keluar dari bilik itu untuk menghubungi Abriel. Yoohwan yang hanya diam dari tadi tiba-tiba bersuara. Aku tak ikut. Eh, kenapa soal Junho.

Ada temu janji, sahut Yoohwan singkat.

Ish. Asyik keluar dengan perempuan. Sekali-sekala ikutlah aktiviti dengan kami. Lagi pun kita kenalah meraikan kebahagiaan kawan sendiri.

Yoohwan tersenyum sambil menggeleng. Tuhan saja tahu betapa dia tidak mahu meraikan kebahagiaan Jaejoong saat ini. Dia tidak tahu apa yang akan dilakukannya kalau dia bertemu lagi dengan Abriel. Mungkin dia akan bertindak gila dan memeluk atau mencium gadis itu di hadapan semua orang. Itu pun tidak akan dapat mengurangkan rasa rindunya. Dia tidak pernah mempunyai perasaan sebegini dengan seorang perempuan. Dan yang lebih malangnya, perempuan itu adalah kekasih hyung nya. Jadi lebih baik dia mengalah sahaja.

jjj

Abriel tersenyum senang saat sekumpulan lelaki itu masuk ke dalam apartmennya. Semua anggota Blue yang datang membawa buah tangan untuknya dan dia menyambutnya satu persatu sehingga tangannya penuh. Jaejoong yang masuk paling akhir mengucup pipi Abriel sebelum menolongnya membawa bakul buah-buahan, aiskrim, kek dan sebotol jus anggur ke meja makan yang sudah dipenuhi pelbagai jenis masakan. Sejak Jaejoong menghubunginya tengah hari tadi, Abriel sibuk memasak pelbagai jenis makanan untuk menjamu tetamunya malam itu.

Suasana apartmen Abriel yang selalunya sunyi itu kini riuh rendah dengan ketawa dan usik-mengusik di setiap ruang. Junho yang memang terkenal sebagai pelawak kumpulan Blue paling riuh suaranya. Namun seperti ada sesuatu yang kurang.

Yoohwan tak ikut soal Abriel pada Jaejoong. Saya dah siapkan makanan untuk enam orang.

Dia ada temu janji, katanya, sahut Jaejoong tanpa menyedari niat Abriel bertanya. Ah, of course. Dia kata dia ada date padahal sebenarnya dia benci kan aku sampai tak nak tengok muka aku. Tetapi Abriel tidak berkata apa-apa pada Jaejoong.

Jangan pelik. Dia tu memang macam tu. Hidupnya dikelilingi wanita-wanita cantik dan dia perlu sentiasa menambah koleksi wanita-wanita yang didampinginya, kata Kibum sambil menyuap nasi.

Betul. Dia pernah kata yang dia tak akan kahwin. Tapi aku pelik. Mustahil dia nak terus macam tu sampai bila-bila ujar Junho serius. Hidup apa kalau macam tu

Ilwoo menyahut selamba. Biarkanlah dia. Bukan semua orang ada keinginan hidup yang sama.

Aku rasa dia tak nak kahwin sebab dia terlalu sukakan perempuan. Dia tak nak terikat dengan satu pilihan saja, ujar Kibum.

Abriel mendengar dengan saksama. Dia pasti itu sebabnya Yoohwan tidak pernah kekal dengan seorang perempuan. Dia tidak sukakan komitmen. Dia suka ditemani wanita tetapi tak mampu bertahan dengan seorang perempuan saja. Sulit membayangkan Yoohwan akan berkahwin dan setia dengan seorang perempuan sahaja sepanjang hayatnya.

Mungkin belum ada seorang perempuan yang benar-benar dia suka sehingga membuatnya mahu menjalin hubungan serius, ujar Jaejoong yang seperti memahami perasaan Yoohwan. Yang lain mengangguk, setuju dengan pendapat Jaejoong. Mereka kemudian sambung bercerita mengenai wanita-wanita yang pernah didampingi Yoohwan, yang kadang-kadang terselit kisah-kisah lucu dan dramatik sehingga Abriel ketawa besar dibuatnya.

Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Abriel dan Jaejoong saling berpandangan. Awak ada jemput orang lain soal Jaejoong pada Abriel. Disahut dengan gelengan oleh Abriel. Dia bangun dan berjalan menuju ke pintu. Interkom di tepi pintu ditekan. Siapa tu

Aku. Yoohwan.

Abriel kaget bukan main. Dia melepaskan selak pintu dan membukanya. Yoohwan berdiri di depan pintu dengan wajah agak serba salah. Dia agak tersipu-sipu saat melihat Abriel di hadapannya. Kau kenapa Jemput masuk, ujar Abriel.

Yoohwan melangkah masuk untuk pertama kalinya ke dalam apartmen kecil gadis itu. Matanya memandang sekeliling sementara teman-teman menyeru namanya dan mengajaknya duduk dan menyertai mereka makan. Saat berjalan, matanya melihat gitar Jaeejong di tepi tingkap dan tabletnya di atas meja.

Ah, apa yang dia harapkan Ini kan rumah kekasih Jaejoong hyung, jadi logiklah kalau barang-barang Jaejoong ada di mana-mana. Fikirannya boleh menerima fakta ini tetapi hatinya tetap enggan. Ada sesuatu yang panas di dalam dadanya. Adakah dia sudah membuat keputusan yang salah untuk datang ke sini Tadi memang dia di kelab malam, duduk minum bersama seorang lagi wanita cantik yang sudah pasti sedia menemaninya sampai ke pagi. Namun godaan untuk menatap wajah Abriel lebih kuat sehingga akhirnya dia memutuskan untuk datang ke rumah gadis itu.

Saat melihat Abriel yang sedang duduk sambil berbualbual riang dengan Junho, hati Yoohwan berdebar-debar. Malam itu akan dilaluinya dengan sebaiknya. Ya, memang dia tidak mendapat gelaran ahli kumpulan Blue yang paling peramah tanpa sebab. Dia pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa juga dalam apa saja situasi. Dia boleh menyarung apa saja topeng untuk melindungi sifat sebenarnya yang introvert. Bahkan ada perempuan yang pernah kata, Yoohwan boleh melepaskan dirinya daripada hukuman gantung sekalipun hanya dengan tersenyum dan memaniskan muka.

Kadang-kala dia menangkap dirinya memerhatikan Abriel terlalu lama, namun syukurlah ia tidak disedari oleh sesiapa. Cuma dia dan mungkin Abriel sendiri saja yang menyedarinya dan tahu yang dia sedang berpurapura. Dia tidak banyak menyertai perbualan, sebaliknya dia menikmati pemandangan wajah Abriel yang sedang tersenyum, tertawa ataupun serius.

Jaejoong yang menyedari kebisuan Yoohwan yang agak aneh malam itu segera bertanya Kau okay soalnya. Selalunya kau yang paling bising, lagi-lagi di depan perempuan.

Yoohwan tersentak sebelum tersenyum, cuba menyembunyikan kekagetannya atas soalan yang dilontarkan oleh Jaejoong. Kenapa hyung cakap macam tu

Jaejoong mengangkat bahu. Selalunya kau tak begini depan perempuan. Tapi depan Abriel kau terlalu sopan. Macam mengawal diri. Kenapa Kau tak suka dia

Yoohwan hanya membalasnya dengan senyuman nipis. Perbualan itu tidak diteruskan lagi. Mereka menghabiskan makan malam yang disediakan Abriel sambil mengucapkan terima kasih kerana gadis itu telah menyediakan makananmakanan yang enak sekali.

Saat dia sedang duduk di tepi tingkap sambil memandang ke luar, Yoohwan dihampiri Ilwoo. Lelaki berwajah serius itu memandangnya untuk berapa ketika sebelum membuka mulut. Saat itu yang lain sedang duduk mengelilingi meja kopi sambil bermain permainan papan Monopoli yang membuat mereka semua ketawa riuh rendah.

Kau tahu apa yang kau buat ni bahaya, kan

Yoohwan memandang Ilwoo, tidak mengerti. Maksud hyung

Ilwoo menghela nafas panjang. Aku tahu perempuan itu cantik dan menarik, tapi dia bukan gadis seperti yang biasa kau dampingi. Sebab itu aku menganggapnya bahawa. Aku tak boleh halang kau daripada buat benda yang bukan-bukan. Hati kau adalah milik kau dan aku tak boleh mengaturnya. Tapi aku nak ingatkan kau, tidak ada perempuan yang lebih berharga dari masa depan dan persahabatan kau dengan orang lain. Fikir baik-baik.