Ketika itulah saya lihat Krishnan berada di luar inkubator sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah saya. Seraya itulah pintu kaca mampat inkubator terbuka ke atas. Cairan itu mengeluwap sebaik sahaja bersentuhan dengan udara. Saya tergaru-garu kepala dibuatnya. Jaket hitam dihulurkan kepada saya. Krishnan menunggu saya menyarungkan jaket hitam yang labuh menutup melepasi paras lutut itu sambil menghisap cerutnya.
Berkepulan asap memenuhi ruang aneh ini. Saya sambilsambil itu cuba memahami apakah sebenarnya tempat ini. Pencahayaannya aneh. Penyerakan iluminasi sekata sepanjang horizon sehingga ke langitnya. Saya dapat rasa ada sesuatu yang berdengung dalam telinga saya. Tempat ini seolah bergegar tetapi pegun pada masa yang sama. Bagaimana harus saya perkatakan ya Saya dapat berdiri dengan tenang tanpa sebarang gegaran, tetapi hati saya memberitahu saya bahawasanya tempat ini punya oskilasi yang pantas sehinggakan ia mencetuskan perasaan pegun itu. Ia bergetaran pada kadar sekata dan pantas.
Jadi awak boleh rasa itu tanya Mitchelle yang tiba-tiba muncul di belakang saya.
Dari wajah awak sudah terserlah apa yang berada dalam kepala awak. Kami boleh baca setiap pemikiran makhlukmakhluk yang ada dalam semesta ini. Lihat! Semua ini adalah makhluk-makhluk yang berjaya kami kumpul. Namun kami hadkan satu makhluk untuk satu jenisan kehidupan sahaja.
Tempat ini kian mengecil. Kami takkan dapat mengekalkan saiz populasi sebegini. Mungkin ada yang kami kena lontar keluar. Kami pada mulanya berjaya menukar planet ini menjadi tempat yang boleh didiami oleh semua makhluk, tetapi ia tidak bertahan lama.
Alam semesta kita sebenarnya sudah berakhir, tetapi kami memang degil. Kami taknak mengalah. Kami mahu lawan dengan teknologi. Kami mahu kekalkan apa yang menjadi keunikan kepada alam semesta ini, yakni, kamu semua.
Namun kami bukan Tuhan. Dan kami tak percaya pada Tuhan. Kami sudah melangkaui transendental, yakni konsep yang masih dikira antropik bagi manusia. Tambah Krishnan pula.
Ikut kami ajak Mitchelle pula.
Mereka membawa saya menuruni lembah yang dipenuhi dengan kubah-kubah aneh. Saya sedar saya tidak lagi berada di bumi. Atmosfera tempat ini sedikit hangat. Pernafasan masih tidak begitu sukar. Berjalan sedikit sahaja sudah cukup untuk membuatkan saya sedikit mengah.
Apa tempat ini saya bertanya. Naif benar.
Di titik terendah kubah, sejenis sfera yang punya radius 2.5 meter berapungan dan melontarkan listrik yang seolah mengakar ke dalam tanah. Jika dilihat, listrik-listrik itu menjalar ke setiap ruang yang menempatkan kubah-kubah tadi.
Inilah pengakhiran dunia. Namun kami bekukan masa. Ah, masa hanya konsep bagi manusia. Namun bagi kami, masa adalah sesuatu yang punya kuantiti. Sesuatu yang boleh dikawal jumlahnya.
Inilah infiniti jawab Krishnan.
Infiniti Kenapa nak letakkan dalam infiniti saya tidak mengerti.
Sebab kewujudan adalah makna penting buat kita. Kami tak nak dikalahkan oleh alam semesta ini. Kami tak nak bergerak lenyap bersama alam tingkah Mitchelle pula.
Apa pula matlamat kita untuk terus kekal Kenapa tidak mahu lenyap saya bertanya lagi.
Krishnan menuding ke arah langit yang tidak lebih dari sekadar hamparan putih tak berhorizon dan berbentuk.
Lihat. Adakah awak rasa menjadi sesuatu di luar sana itu sesuatu yang bermakna Tidakkah manusia ini sedih sifatnya Bayangkan, awak adalah sebahagian dari sesuatu di luar sana dan tidak mampu berbuat apa-apa. Awak rasa kerdil dan tak signifikan. Namun anda tahu anda adalah hero kepada dunia ini. Hero kepada setiap kewujudan yang ada.
Awak rasa terhina.T erlalu hina. Awak menggunakan teknologi awak untuk memastikan alam ini tidak mengetawakan awak. Maka alam itu musnah dan mahu membawa awak bersama. Awak tolak lumrah alam itu kerana awak tahu kewujudan awak adalah lebih berharga dari mereka.
Begitulah apa yang kami lalui. Kami tinggalkan sedikit kewujudan kami melata di seluruh dunia, dari planet ke planet, galaksi ke galaksi dan melihat perkembangannya dengan rasa takjub. Dan tiba-tiba alam ini memilih untuk musnah.
Tidakkah awak rasa ini sesuatu yang tidak patut berlaku
Namun kami tahu, kami ada kemampuan untuk menghalang alam dari musnah keseluruhannya. Kami hanya perlu kumpulkan setiap cebis kami yang melata di seluruh dunia dan kumpulkannya di planet kecil ini.
Tahu nama planet kerdil ini
Dalam rekod manusia, tempat ini dilabelkan selaku KIC 8462852. Awak selaku angkasawan patut tahu tempat ini. Jika dahulu tempat ini dilabelkan selaku struktur mega makhluk asing, sebuah bintang yang begitu gah dan artifisial. Namun kami hanya mampu mengekalkan bentuknya sebegini.
Kemusnahan di luar sana, jauh lebih dahsyat dari apa yang kami jangkakan. Kami masih berusaha untuk bertahan. Dan salah satu dari usaha itu adalah menyedarkan awak dari tidur
Cerut dimunculkan lagi dan dihisap. Kepul-kepul asapnya lebih serupa wap dan pantas benar sebati dengan persekitarannya.
Krishnan tampak sedih.
Sugul.
Begitu juga dengan Mitchelle yang kini sedang mendongak memerhati langit kosong yang merupakan hamparan putih. Dia tidak gembira. Saya juga tidak dapat memikirkan apa indahnya langit kosong hamparan putih yang tak punya bintang-bintang bergemerlapan menyinarinya. Ataupun sekurang-kurangnya ada gemawan yang mencorak langit.
Ini hanya kekosongan.
Kau nak lihat apa yang ada di balik langit kosong tu tanya Mitchelle, tiba-tiba.
Saya mengangguk. Saya berharap saya tidak akan menyesal dengan anggukan itu. Mitchelle menggerakkan tapak tangannya di udara seolah menyapu sesuatu. Seraya itu jugalah hamparan putih itu lenyap. Ia digantikan dengan satu pemandangan mengerikan dan indah pada masa yang sama.
Sebuah lohong hitam sedang menyedut persekitaran kami ke dalam diameternya. Gegaran demi gegaran kecil yang kami rasai sebelum ini adalah impak yang dicetuskan oleh tarikan graviti lohong hitam tersebut yang begitu luar biasa.
Memahami bagaimana lohong hitam berfungsi amat penting. Bukan seperti apa yang manusia tahu, hipotetikal semata-mata. Kami telah melihat bagaimana satu peradaban musnah akibat sistem solar mereka disedut masuk ke dalam pusaran lohong hitam itu. Dan kami telah merencana strategi kami agar ia tidak berlaku kepada planet artifisial ini. Namun ini sahajalah yang kami mampu lakukan.
Struktur ini. Satu-satunya struktur yang masih utuh berdiri dalam dunia ini. Selain daripada kita, hanya ada lohong hitam. Lohong hitam di merata tempat jelas Mitchelle.
Persoalannya kini, adalah, mengapa mereka beria-ria mahu menceritakan hal ini kepada saya Adakah saya akan dapat membantu mereka menyelesaikan permasalahan lohong hitam yang sedang galak memusnahkan setiap objek di luar sana Saya tidak nampak signifikan saya untuk berada di sini.
Ikut kami
Saya tiada pilihan melainkan menurut sahaja. Saya hendak lari ke mana lagi Saya berharap saya dapat balik ke galeri seni Sentul dan mendapatkan Range Rover saya. Saya tak akan datang ke galeri ini lagi.
Kami kini menuruni lembah yang disertakan anak-anak tangga. Saya tidak faham mengapa mereka tidak menciptakan eskalator sahaja. Ataupun lif. Ataupun sejenis kenderaan yang boleh bergerak pantas ke bawah yang berada di luar imaginasi. Saya kini berdepan dengan makhluk asing yang berkemampuan untuk menghalang pengaruh graviti lohong hitam dan mereka ini tidak dapat mencipta kaedah yang lebih bagus untuk menuruni lembah. Aneh.
Sebelum sempat saya membantah, kami telah tiba di destinasi. Saya berasa seolah masa telah ditarik dari memori saya. Saya menoleh. Anak tangga begitu tinggi dan berlingkar-lingkar. Saya tidak percaya saya telah menuruni anak tangga itu tanpa berasa apa-apa.
Mitchelle menoleh ke arah saya dan berkata Inilah teknologi
Saya mengangguk dan akur. Mereka bukan makhluk asing sebarangan.