Kristal Berdarah - 13
BAB 12

Mira nyenyak di katilnya. Tidurnya begitu tenang dan damai. Udara dan kesunyian di persekitaran menam bah kan kenyenyakan tidurnya itu. Dan di dalam tidurnya, Mira bermimpi.

ada seorang pemuda bertubuh tinggi lampai, beram but panjang hitam berkilat hingga ke paras bahu. badan nya be gitu sasa. Pemuda itu terlalu kacak. Pemuda itu ti dak lang sung mengenakan sebarang pakaian.

Tubuhnya membayangkan kehangatan dan kemesraan. Dia berjalan ke katil Mira. Mereka berpelukan dan berku cupan. air mata lelaki itu jatuh ke kulit muka Mira.

Pemuda itu bersuara perlahan, Jangan beritahu se siapa yang aku datang.

aku tak akan beritahu sesiapa tentang kau, sayang. Mereka tak akan memahaminya.

Mereka berasmara di katil Mira, kemudian pemuda itu pergi, berlalu meninggalkan tubuh Mira yang terdamp ar lemah di katil.

Mira mengalihkan tubuhnya. Tersenyum di dalam tidurnya; mengetahui tentang kebenaran mimpinya.

Di tepi jalan tanah merah...

Seorang pemuda bangun perlahanlahan. Dahinya be rasa sakit. Seluruh badannya sengal. Pandangannya tidak stabil tetapi mujurlah tiada sebatang tulangnya pun yang patah ataupun mengalami kecederaan yang berat.

Dia cuba mengimbangi pergerakannya. Ternyata dia ti dak berdaya. Dia terhenyak ke perdu pokok di belakang nya.

Sial! bala apa pula yang menimpa aku ni Di dalam ke ge lapan yang menyerkup sekitar lembah dan per gu nungan itu, dia mengeluh. Dapat dirasakan kabus berat mengitari seluruh kawasan itu

Dia cuba menajamkan pendengarannya. namun yang didengarinya hanyalah jeritan unggas hutan dan suara angin menyapa dedaunan. Sesekali dia terdengar bunyi asing di tempat dia berdiri.

ni semua motosikal tu punya pasal. Kalau tak, dah tentu aku berjaya ikut mereka. Sekarang, apa yang boleh aku buat aku tak bawa torchlight, aku tak bawa khemah. Yang aku bawa hanyalah motosikal buruk ni. Dia cuba menoleh ke arah motosikal di sebelahnya.

Kegelapan terlalu pekat. cahaya rembulan tiada lang sung. Mungkin bulan sudah terlindung dek awan tebal. atau barangkali juga bulan memang tidak akan muncul lagi. Dan kerana itu, dia langsung tidak dapat melihat ke du dukan sebenar motosikal yang sepatutnya mem berikan kemudahan tetapi sebaliknya.

Kacau! Kacau! Takkan aku nak bermalam di sini

Dia teringatkan sesuatu; pemetik api di dalam kocek jaket kulitnya. Pantas dia menyeluk dan mengeluarkan pemetik api tersebut. Dia menghidupkannya.

Dan sebaik sahaja pemetik api tersebut menyala, dia terpandang seseorang sedang bertenggek di atas motosikal yang terkedang di tepi pokok besar.

arrkk!! Dia menjerit sebelum pemetik api terpadam.

Perasaan takut tibatiba mencuak seluruh jiwanya. Pisau besar bergerigis yang akan digunakan untuk mem bunuh mangsa seperti yang diarahkan oleh Zulkifli, tidak mampu menjadi pendorong semangat kepadanya. entah mengapa, tibatiba sahaja dia berasakan, dia per lu melarikan diri dari situ. Dia perlu menyelamatkan diri daripada orang yang sedang bertenggek di atas moto sikal. Dia seperti dapat merasakan, lelaki tua itu ingin mem balas dendam terhadapnya. Dendam kerana cubaan membunuh yang dilakukan semasa di bandar.

Kekuatan dikumpulkan Dia berlari pantas. Walaupun tanpa arah dan tujuan. Dia meredah setiap ranting yang menjulur. Dia tidak memped ulikan tamparan daun ke mukanya. Dia tidak menghiraukan sama ada dia mengikut jalan sebenar atau tidak.

Di dalam lariannya dia sempat berfikir, bagaimana si pengemis buta bersama ularnya tahu dia berada di dalam hutan ini Dengan kenderaan apa pengemis itu men je jakinya Dan yang paling utama, peralatan dahsyat apa yang digunakan oleh pengemis itu untuk melihat

namun dia masih berasakan kemujuran kerana pe

nge mis tua itu masih tidak melepaskan ular tedung di da lam bakul rotan untuk membunuhnya. Pengemis buta itu sekadar memperlihatkan dirinya seolaholah ingin menyampaikan amaran maut kepadanya.

Hahahahahahaha....

Dia mendengar hilaian panjang. Hilaian seorang lelaki. Hilaian milik pengemis tua...

Langkahnya dipacu seperti kuda gila. Dia benarbenar diserang ketakutan. Kegelapan dan serkupan hutan di se ke lilingnya tidak begitu dihiraukan lagi. Yang paling penting, dia perlu melarikan diri dari pengemis buta itu.

Tibatiba sahaja dia berasakan pengemis buta itu ada lah pembunuh yang paling hebat di dunia ini. Dia berasakan pengemis buta itu mempunyai kaedah yang cukup berlainan untuk menjalankan kaedah pembunu hannya berbanding pembunuhpembunuh lain.

Jalil, kau lupa satu perkara! Kau tak boleh bunuh aku. Ular aku akan sentiasa menolong aku! aku berada di mana saja kau berada!

Jalil berhenti sejenak. Dia memandang ke kiri dan kanan. Dia bingung. Dia seperti berada di dalam sebuah kotak hitam yang sempit. Di manamana sahaja, yang kelihatan hanyalah warna hitam.

Sedangkan pada masa yang sama, pundipundinya se makin penuh. Dia tidak mempunyai masa untuk mengikut kehendak alam mengikut cara biasa. Dia terpaksa melepas najis kecil itu di antara langkahnya.

Selama dia menjalankan tugas yang diberikan oleh pengarah urusan Setia Jaya yang baru Zulkifli dia tidak pernah mengalami keadaan yang sebegitu. Segalagalanya berjalan mengikut perancangan. Dia tidak pernah gagal. Dia tidak pernah diserang rasa bimbang. Tetapi sekarang...

Jalil tidak sedar yang dia sekarang sedang melewati satu jurang yang begitu dalam. Dia terus berlari-berlari bagaikan dihambat oleh manusia tidak berkepala.

Dan sesedarnya... dia telah terlewat. Kakinya tidak menjejaki permukaan bumi lagi.

arggghhhhh!! Laungan panjang memecah keheningan rimba itu. air terjun terus menderu. Unggasunggas yang menya nyi kan lagu tanpa seni kata bagaikan memberi penghor matan. Mereka bagaikan sepakat untuk memberhentikan nyanyian masingmasing. Hanya apabila jeritan panjang itu tidak kedengaran lagi, mereka kembali bersuara. na mun kali ini suara mereka terlalu sayu, seakanakan mera tapi pemergian seorang wali.