Tak ada sebablah saya nak menangis, jawab Kharlissa sambil mencebikkan bibir.
Jadi, awak tak boleh tidur malam tadi soalan Khairul Rasheed menyakitkan hati Kharlissa.
Dia enggan memandang wajah lelaki di sisinya itu. Wajahnya masam. Dia memandang ke arah pintu lif yang tertutup rapat. Beberapa kali dia menekan punat di tepi pintu lif, berharap ia akan terbuka dengan segera.
Argh, menyampahnya lif ni! Kenapa lambat sangat Kharlissa bercakap sendiri meskipun di sisi ada Khairul Rasheed.
Kharlissa, awak marah kat saya Apa salah saya
Kharlissa masih diam. Dia enggan memandang Khairul Rasheed. Dadanya sedang terbakar dengan kemarahan. Bunga lily putih di kamar Shamila terbayang di ruang mata. Cantik sekali bunga itu terletak dalam vase kristal.
Kharlissa tidak menjawab. Dia melangkah laju menghala ke tangga. Biar saja dia gunakan tangga untuk turun meskipun kondo itu terletak di tingkat enam. Biarkan lututnya longgar dan tercabut daripada dia terus berada bersama dengan Khairul Rasheed. Dia rasa mual memandang wajah lelaki itu.
Lissa! Khairul Rasheed memanggil tetapi dia tidak langsung menoleh.
Tiba di tingkat bawah, Kharlissa menarik nafas tanpa merasa lelah. Kasut tumit tinggi yang tadi dipakai, dibuka dan dijinjing sahaja. Telapak kakinya menjadi sedikit kotor, memijak lantai yang berdebu dan jarang digunakan. Tetapi hatinya puas. Dia telah turun dengan jayanya. Bagus juga untuk kesihatan jantung. Namun jantungnya sejak kebelakangan ini selalu berdebar tidak keruan, panas dingin tidak menentu. Gara-gara lelaki yang satu itu!
Aduh, menyampahnya! Rungut Kharlissa sambil merenung kakinya yang agak kotor. Kalau dia terus memakai kasut, pasti akan membuat kasut kesayangan jadi kotor pula. Dia bergerak ke arah kanan tangga, di tepi longkang terdapat banyak kepala paip. Dia cuba membuka salah satu paip di situ untuk membasuh kaki. Mujur ada paip yang tidak berkunci dan dia dapat membersihkan telapak kakinya yang hitam dipaliti kotoran.
Kini dia termenung pula. Kakinya sudah menjadi basah. Tiada kain untuk mengelap kaki. Dia duduk di tangga, sambil termenung. Hatinya gundah. Kenapa dia harus bertindak melulu, mengikut hati yang marah. Kenapa dia harus marah dan sakit hati Kenapa
Terdengar derap kasut mendekati. Kharlissa memandang ke arah Khairul Rasheed yang bergerak ke arahnya. Di tangan lelaki itu terdapat sehelai tuala kecil. Khairul Rasheed nampak Kharlissa membersihkan kakinya di tepi pili tadi. Dia telah lama turun dan menunggu sahaja di ruang bawah. Apabila melihat Kharlissa yang kelihatan bingung melihat kakinya yang basah, dia terus ke kereta mengambil tuala kecil itu.
Kharlissa kaget apabila Khairul Rasheed datang kepadanya. Dia terus duduk membongkok, mencapai kaki Kharlissa dan mengelapnya dengan kain tuala tersebut. Kemudian menyarung kasut di kedua-dua kaki Kharlissa. Dia melakukannya tanpa sebarang suara. Kharlissa juga diam kaku dan membiarkan sahaja Khairul Rasheed dengan bebas memegang dan memakaikannya kasut.
Bangun! Awak dah lambat nak pergi kerja, kata Khairul Rasheed.
Kharlissa masih diam pura-pura tidak mendengar kata-kata lelaki itu.
Awak nak saya dukung awak ke kereta
Terus Kharlissa melonjak bangun dan berjalan ke kereta. Khairul Rasheed mengekori dari belakang.
Langsung tak ucap terima kasih, saya dah bawakan tuala untuk keringkan kaki awak, Khairul Rasheed menuntut.
Saya tak suruh pun awak buat tu semua. Awak ni ikhlas ke tak Balas Kharlissa sambil berdiri gagah di sisi keretanya. Dia memandang tajam ke dalam mata Khairul Rasheed.
Agh! Mata itu sedang memandangnya dengan lembut. Dua ulas bibir Khairul Rasheed yang terbentuk dengan penuh maskulin, menambat hati Kharlissa. Dia membayangkan kucupan syahdu datangnya dari bibir itu.
Oh, tuhan! Adakah aku sudah gila Apa yang sedang bermain dalam kepala aku sekarang Gila! Ini semua benar-benar gila. Aku perlu jauhkan diri daripada dia. Kharlissa terus bergerak ke kereta, namun tangan Khairul Rasheed segera menyambar lengannya.
Hari ni awak free Kita lunch
Awak sure ke awak free untuk lunch dengan saya Kharlissa memulang pertanyaan.
Cubalah jangan jawab soalan dengan soalan, balas Khairul Rasheed.
Awak datang nak jumpa saya tapi keluar makan dengan Shamila.
Sebab awak terlalu sibuk. Salah ke saya buat macam tu
Hah! Memang tak salah. Tapi tindakan kau tu terlalu menyakitkan hati dan menganggu fikiran aku sepanjang hari. Hatiku goyah, tidak tenang dan marah. Apakah kau mengerti Aku cemburukan Shamila setengah mati. Kau buat segalanya seperti tidak ada apa-apa berlaku, sedangkan hati aku bengkak. Jiwa aku menangis.
Kharlissa menggigit bibir, Memang tak salah. Awak boleh bercinta dengan sesiapa saja yang awak suka. Shamila tu sesuai dengan awak. Awak dan dia sama-sama anak orang bergelar. Memang cocok pilihan awak, Kay.
Memang cocok sangat!
Lissa, kenapa awak cakap macam ni
Jangan tanya saya. Tanya diri awak sendiri, jawab Kharlissa sambil jari telunjuknya menuding dada Khairul Rasheed yang berbalut dengan t-shirt putih bersih.
Lissa, saya tak pernah pandang status, jawab Khairul Rasheed dengan pantas.
Wajahnya terasa hangat. Dia merasakan dia sudah kehilangan Kharlissa. Wanita muda itu terlalu degil dan sedikit liar.
Kharlissa terus berjalan ke kereta, masuk ke dalamnya dan memecut pergi. Tidak sempat Khairul Rasheed membalas kata dia sudah hilang daripada pandangan. Lelaki itu hanya memandang jauh.
Kharlissa! Aku cintakan kau. Apakah kau mengerti perasaanku ini
HAI, Liss! Tak keluar lunch tegur Dato Emmer yang baru keluar dari kamar kerjanya. Lelaki itu memandang padanya bersama senyuman manis.
Err... belum lagi, Dato.
Tunggu sesiapa tanya Dato Emmer bagaikan meneka.
Kharlissa tersenyum. Dia menggeleng. Tiada panggilan daripada lelaki yang diharap-harapkannya.
Kalau macam tu, jom temankan I makan, ajak Dato Emmer.
Hmmm, boleh juga. Bila lagi nak minta boss belanja makan, balas Kharlissa mesra, cuba untuk bergurau.
Dato Emmer ketawa. Mereka bergerak seiring menuju ke lif. Sempat Kharlissa memandang ke arah bilik Shamila yang sudah gelap menanda gadis itu sudah keluar. Entah keluar lunch dengan siapa.
Dato Emmer membawa Kharlissa makan tengahari di Bangsar. Dia tidak sangka lelaki itu suka makan di gerai. Kharlissa menyangka Dato Emmer akan mengajaknya makan di coffee house.
I suka makan kat sini. Sejak muda dulu inilah tempat makan yang paling I gemari. Kalau minum petang, kat gerai hujung tu! Ada banyak pilihan kuih muih. I paling suka apam kelapa, cerita Dato Emmer tanpa disuruh.
Kharlissa mengangguk sahaja sebagai isyarat dia mendengar. Biarpun Dato Emmer ramah bercerita tetapi satu pun tidak masuk ke dalam kepala Kharlissa.
Dia terkenang Khairul Rasheed. Sepanjang pagi hingga ke tengahari kepalanya hanya diisi dengan ingatan terhadap lelaki itu. Aksi Khairul Rasheed yang lembut dan spontan, mengelap kakinya yang basah dan memakainya kasut sukar untuk dilupakan Kharlissa. Dia terbayangbayang wajah tenang lelaki itu yang sedang menunduk dan memegang kakinya yang putih bersih tanpa rasa kekok ataupun jijik. Dia mungkin tidak suka memegang kaki orang, tetapi Khairul Rasheed tidak kisah.
Makan tengahari dengan bosnya gagal untuk menjulang selera. Kharlissa makan sedikit sahaja, masih dihantui ingatan terhadap lelaki yang dirinduinya. Memang dia tidak dapat membohongi diri sendiri. Dia rindukan kehadiran Khairul Rasheed di sisi. Apakah masih ada pertemuan sedangkan Kharlissa terlalu ego untuk mengakui perasaannya sendiri
Rasa cinta Kharlissa terhadap Khairul Rasheed hari demi hari kian bersemi, membesar dalam diam. Cinta yang tidak pernah dikecapi terasa begitu indah walaupun ian belum terungkap. Mungkin cintanya akan lebur kerana jurang perbezaan yang begitu besar antara mereka berdua.
Sudah demikian lama Kharlissa terbiar dalam kesepian dan keseorangan. Kehadiran Khairul Rasheed amat bererti buatnya. Bersama lelaki itu dia lupa siapa dirinya dan pekerjaannya sebelum ini bagaikan sudah berkubur menjadi sejarah yang akan terus terkambus dek waktu.
Sudah hampir dua bulan mereka kenal rapat. Kharlissa tidak sangka begitu cepat hatinya jadi rapuh dan jatuh cinta. Dia hampir-hampir tidak percaya pada diri sendiri.
Lissa! panggil Khairul Rasheed semasa Kharlissa baru sahaja keluar dari gawang lif.
Kharlissa menoleh ke arah lelaki itu, Ya
Saya ajak kawan-kawan saya makan stimbot di rumah. Marilah join kami, ajak Khairul Rasheed.
Semua lelaki ke
Tak, ada dua orang perempuan, girlfriend diorang.
Kharlissa mengangguk. Khairul Rasheed tersenyum melihat Kharlissa datang mendekat lalu masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, empat orang manusia sedang duduk menghadapi meja makan. Mereka berbual sesama sendiri sambil makan.
Khairul Rasheed memperkenalkan Kharlissa dengan teman-temannya. Norman bersama teman wanitanya Ruby, Eddie pula berpasangan dengan Intan.
Hari tu kita dah pernah berbual tetapi tak sempat berkenalan secara rasmi, kata Norman. Nama saya Norman Hakim. Boleh panggil Norman ataupun Hakim.
Kharlissa mengangguk sahaja. Dia bersalaman dengan semua yang ada di situ. Tidak lama kemudian Khairul Rasheed mengangkat mangkuk besar yang masih panas berisi sup dari dapur. Di dalam mangkuk penuh dengan bebola daging, ayam dan ketam. Terdapat juga udang segar dan sayur kangkung. Stimbot itu dimakan dengan sos dan kacang tanah tumbuk.
Memang terasa enak, biarpun hidangan itu simple sahaja. Masing-masing makan dengan penuh berselera hingga akhirnya tidak cukup ruang lagi dalam perut. Sudah terlalu kenyang. Lebih kurang jam tujuh petang semua teman-teman Khairul Rasheed beredar pulang.
Kharlissa juga ingin beredar tetapi Khairul Rasheed menahannya.
Banyak cantik muka awak. Tengok pinggan banyak dalam sinki tu. Mari tolong saya cuci dan kemas dapur, kata lelaki separuh tegas dan separuh gurau.
Ala, orang lain semua dah balik.
Diorang balik awal tak apa, sebab rumah diaorang jauh. Rumah awak depan pintu rumah saya je. Cepat! Tolong kemas! gesa lelaki itu.
Huh, kalau tahu kena mengemas lebih baik tak payah datang tadi, rungut Kharlissa.
Apa awak kata tanya Khairul Rasheed yang berdiri di sebelahnya begitu dekat.
Kharlissa sedang terkial-kial memakai sarung tangan. Telapak tangannya tidak tahan dengan sabun pencuci. Jadi apabila mencuci pinggan dia akan menggunakan sarung tangan. Mereka sama-sama mencuci semua pinggan mangkuk, piring dan gelas. Semuanya dilap bersih dan kering lalu disimpan di dalam kabinet.
Lepas ni nak buat apa lagi
Awak buat kopi pula. Saya dah penat. Saya masak stimbot sorang-sorang tadi, kata Khairul Rasheed.
Dia sudah pun beredar ke ruang tamu, menghumban tubuh ke sofa. Dia berbaring di sana dengan aman. Kharlissa hanya memandang dari jauh sambil bercekak pinggang.
Amboi! Berlagaknya dia. Macam aku ni isteri dia pula! Suka-suka hati main suruh je buat kopi, rungut Kharlissa.
Namun apabila teringatkan aksi Khairul Rasheed pagi tadi, dengan rela pula dia membancuh kopi. Kopi yang dibancuh sesedap rasa, segera dibawa ke ruang tamu. Khairul Rasheed bangun apabila melihat Kharlissa menghidang kopi.
Rupa-rupanya awak pandai juga buat kopi.
Sedap! puji lelaki itu.
Sebenarnya saya tak berapa pandai. Tapi bila dah selalu sangat buat kopi untuk Dato, saya jadi mahir.
Hmmm, macam tu rupanya. Nampak awak seronok kerja dengan dia. Dia pun panggil awak Liss je. Terdengar manis pulak panggilan tu, sesuai dengan diri awak.
Kharlissa diam. Bekerja dengan lelaki itu bukanlah satu keseronokan tulen. Suatu hari nanti pasti akan terjadi satu tragedi. Tragedi yang ingin Kharlissa elakkan dengan sesungguhnya. Dia mengeluh berat.
Buat masa sekarang tak ada masalah. Saya bukan seronok sangat pun. Tapi lebih baik ada kerja daripada memerap di rumah sepanjang hari. Ada juga sumber pendapatan. Tak boleh terus guna duit simpanan. Bukit pun boleh rata kalau ditarah setiap hari.
Khairul Rasheed mengangguk.
Kenapa awak tak kahwin saja Awak cantik dan menarik. Pasti ramai lelaki yang mahu buat isteri. Mungkin Dato Emmer nak tambah lagi satu isteri, Khairul Rasheed sengaja berkata begitu untuk menjerat Kharlissa.
Kahwin Belum pernah terfikir, jawab Kharlissa dengan cepat.
Awak ada niat nak berkahwin ke Dah ada calon Dikembalikan kata-kata lelaki itu dengan soalan.
Mami saya desak supaya kahwin. Saya pun dah dua puluh lapan tahun. Mereka kata tunggu apa lagi Tapi saya masih kata nantilah. Tapi tak tahu sampai bila, Khairul Rasheed menjentik api rokok ke dalam ash tray, Kalau saya tak ada calon, mereka akan carikan.
Kharlissa hanya mengangkat kening. Siapakah calon yang paling sesuai yang akan jadi pilihan ibu bapa Khairul Rasheed Apa yang pasti, Dato Salihin dan Datin Zora tidak akan memilih Kharlissa sekiranya dia mengetahui latar belakang hidup Kharlissa di masa lalu. Sempat lagi Kharlissa berfikir begitu.
Bagaimana dengan Khairul Rasheed sendiri
Apakah dia akan menerima Kharlissa, seorang wanita kejam di masa lalunya Apakah lelaki itu sudi menjadikan dia isteri Tidak. Tak mungkin! Bisik Kharlissa sambil menggelengkan kepala. Justeru itu biar sahaja segala rahsia masa lalunya tersimpan dengan kemas dalam lipatan sejarah.
Awak ada pilihan awak sendiri Kharlissa cuba merisik hati Khairul Rasheed.
Khairul Rasheed mengeluh.
Entahlah, saya takut cinta saya tak berbalas, katanya dengan nada yang lemah.
Awak tak cuba suarakan isi hati awak pada dia.
Dia macam tak cintakan saya pun, balas Khairul Rasheed dengan wajah sedih, sambil menenyeh puntung rokok yang masih panjang ke dalam ash tray.
Tidak Kay... Tidak! aku cintakan kau. Cubalah kau ungkapkan perasaan kau padaku, pasti aku akan membalasnya. Aku sedang mencuba dan berusaha keras untuk memahami dirimu walaupun masih banyak perkara yang aku tak tahu tentang kau.
Hmmm, dah masuk waktu maghrib. Saya nak solat, katanya memberi isyarat supaya Kharlissa pulang.
Kharlissa mengerti dan dia bangun tanpa lengah.
Okey, terima kasih sebab ajak makan-makan tadi. Saya balik dulu, ucapnya dengan lembut.
Khairul Rasheed mengangguk dan menghantar Kharlissa hingga ke muka pintu.