Tiada Tajuk - 13
Bab 13

"Dia lompat"

Lelaki itu senyum.

"Lebih seperti... terbang."

Tsai mengerutkan dahinya terhadap pernyataan lelaki itu. Namun disambut lelaki itu dengan senyuman yang lebih lebar. Bersama sedikit tawa yang meronta untuk keluar dari dadanya yang berombak beberapa kali. Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Tsai.

"Nama saya Han..."

"Han Are you chinese"

"Heheh... I am a mix of many races. Kalau nak senaraikan satu-satu memang takkan habis," guraunya sambil ketawa.

Tsai tidak terkejut. Memang wajah lelaki itu unik. Matanya sepet namun kulitnya sawo matang, hidungnya tinggi mancung walaupun bibirnya penuh dan rambutnya hitam pekat walaupun matanya biru cair.

"So... membantu tak novel yang saya hantar tu" kata Han.

"Novel apa"

"Berapa banyak novel yang orang hantar pada awak Novel hitam tu la."

"You yang hantar novel tu"

Han mengangguk.

"Kenapa" soal Tsai.

"That is for you to figure out..."

"How"

Han mengangkat bahunya.

"Tak tau. Tapi yang saya pasti, awak ada cukup kepandaian untuk merungkainya."

"Saya masih tak faham..."

"Hmm... kalau macam tu, mungkin awak boleh minta nasihat dari dia..."

"Dia Siapa dia"

"Dia yang tahu segalanya..."

Perhatian Tsai beralih seketika apabila pihak yang berkenaan datang untuk mengangkat mayat tadi. Hanya beberapa saat saja matanya mengalih tumpuan. Namun apabila Tsai menoleh kembali, Han sudah tiada. Pergi entah ke mana.

Tsai pulang dalam keadaan yang buntu. Cerita pendek 'Terapung' dibeleknya sekali lagi. Cuba mencari apa yang dimaksudkan oleh Han tadi. Tapi Tsai masih tak menjumpai apa-apa. Cerita itu hanyalah baginya sebuah rekaan sains fiksyen.

Tsai meraba tangan sebelah kanannya. Terasa sengal. Pedih. Tsai memeriksa. Ada suatu tanda merah pada lengannya. Macam satu kesan... suntikan. Pada belah yang sama dimana Han berdiri tadi. Di sebelah kanannya.

Tsai mulai berpeluh. Rasa tak senang hati. Adakah Han menyuntiknya dengan sesuatu Dia mulai bimbang. Takut. Tubuhnya tiba-tiba panas. Namun dia menggigil seperti sedang kesejukan. Nafasnya juga turun naik.

Tsai bangun dan keluar dari pejabatnya yang menyesakkan. Dia kira angin malam yang segar mungkin dapat membantu.

Tsai mendongak ke langit yang hitam dan kosong. Aneh, langit yang tadinya kelihatan begitu jauh seolah-olah semakin menghampirinya. Tsai melihat ke bawah. Kakinya sudah tidak mencecah tanah. Tsai meronta-ronta dan menjerit tapi tiada siapa berdekatan situ untuk mendengar atau melihatnya.

Tsai terapung semakin tinggi. Melihat bangunan-bangunan di bawahnya yang semakin mengecil. Semakin jauh. Semakin hilang. Sehingga yang dapat dilihat hanyalah tompokan warna dan kelipan lampu yang tertutup dengan awan.

Tsai terus menjerit dan meronta. Namun kekurangan oksigen di atas sana telah membuatkan dia tidak sedarkan diri. Lalu dia terus terapung. Sehingga ke ruang dan masa yang tiada.

- Habis -

Munir melipat kertas tersebut. Diletakkan di tepi. Kemudian Munir tengok Adib yang sedang leka bermain dengan patung action figure yang dihadiahkan olehnya semasa harijadi Adib yang lepas. Patung watak adiwira terkenal itu Adib goyang-goyangkan. Dihalakan ke atas ke bawah ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah seperti patung tersebut sedang... terbang.

Munir mengeluh panjang. Sesak dengan keadaan sekarang. Hatinya belum sempat aman dari kejadian dua tahun lepas. Kini sudah kembali bergolak. Bahunya rasa bagaikan hendak bongkok, terbeban dengan cerita, kisah, novel, yang tak henti-henti menyerangnya dengan ketidaktahuan. Munir benci pada perasaan ini. Perasaan tidak mengetahui.

Mindanya terus terpanggil kembali kepada dua kisah yang dibacanya hari ini. Ada menyebut tentang 'dia yang tahu segalanya'. Siapa 'dia' Soal Munir pada dirinya. Walaupun hakikatnya Munir ingin membawa soalan itu kepada Adib. Tapi Munir tahu ianya tiada guna. Adib akan terus membisu. Terus berpura-pura tidak tahu. Sedangkan senyumannya, seolah-olah dia tahu segalanya.

Suraya datang kelam-kabut bersama telefon bimbit Munir dalam tangannya.

"Zaiful telefon..." kata Suraya sambil menghulurkan kepada Munir.

Munir menjawabnya.

"Aku dah check nama-nama yang kau suruh tu. Tak ada rekod pasal Azim atau Elmira. Kalau ada pun tak berkenaan dengan kes ni ataupun dengan kes macam dalam cerita tu," kata Zaiful.

Semangat Munir jatuh mendengar maklumat itu.

"Tapi memandangkan kau dah saran benda ni, jadi aku check sekali nama-nama dan watak-watak yang berkenaan dengan Kisah 2 dan Kisah 3 jugak."

"So"

"Err... nampaknya memang ada seorang penyiasat persendirian berpangkalan di Damansara yang dilaporkan hilang tahun lepas. Sampai sekarang belum selesai kes tu."

Semangat Munir kembali melonjak. Munir dapat rasa ada sesuatu di situ.

"Yang Kisah 3 pun kau dah periksa" soal Munir.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Zaiful dapat menemukan sesuatu yang berkaitan dengan Kisah 3