A.I.D.S. - 13
Cuaca Kuala Lumpur tidak menentu. Sepanjang minggu boleh menjadi dingin dan lembap. Hujan mengganas berlarut-larutan tanpa mengenal hari. Kadangkala, matahari muncul bersinar hebat sebagai perwira penyelamat dalam satu pertempuran berbahaya. Kadangkala sehari-harian mendung tanpa pancaran mentari yang bermaya dan lebih buruk ialah jerebu yang tidak lepas dari ruang angkasanya, menutup kebiruan langit dan menumpulkan perasaan senang dan tenang warga bandaraya. Kerana cuaca, bandaraya ini juga bermuram durja. Seolah-olah alam sedang berkabung panjang dan tanpa jadual tertentu.

Sebentar sahaja langit bersih menggoda kini bagaikan diserkup kain hitam, mendung berarak-arakan berhimpun di angkasa Kajang dan bertolak-tolak lagi supaya berserak-serak dan ia bertebaran membungkus langit kelam Kuala Lumpur. Siap dengan angin kencang yang menerbangkan dedaunan pucat dari rantingnya, juga menyelak-nyelak kain wanita yang terbelah sehingga ke paha. Angin itu berpusar-pusar menampar wajahwajah penunggu-penunggu setia bas mini yang baru pulang dari pejabat.

Resah alam itu berpanjangan seketika sebelum dengan kejam, mengoyakkan perut awam nimbus lalu bercurah-curahan hujan selebat-lebatnya menarik muka warga kota tambah panjang.

Sejenak, tidak lama ia mencurah-curah begitu, bagaikan telah puas mempermainkan manusia, matahari lambat-lambat muncul lagi, disambut sungutan yang tidak sudah-sudah. Betapa alam sedang memperolok-olokkan manusia!

Sikap alam yang bermain-main ini tidak menarik minat Baizura sama sekali. Cuaca dalam dirinya lebih buruk dari itu. Terlalu buruk. Sehingga dia merasakan alam meskipun tidak diendahkannya sedang mengejek-ngejek. Semacam berkata-kata. Aku pun begitu Bai, aku pun begitu juga! Dan ini sangat tidak menyenangkan Baizura Marwan lalu menambahkan serabut yang bermaharajalela dalam fikirannya. Sungguh-sungguh alam kacau ini mengacau. Walaupun dia tidak menunjukkan minatnya terhadap lakonan fantastik alam.

Baizura menggigit bibirnya sekuat hati dan dengan fikiran yang bertompok-tompok itu, dia tidak hairan kalau dia tidak menyedari yang bibirnya boleh berdarah digigit rapat sebegitu. Hampir sepuluh minit dia menunggu dan kesabaran telah sebati. Matanya kembali meliar ke seluruh kamar menanti yang dikhaskan di tingkat empat bangunan pejabat majalah The Observer. Dia menarik nafasnya dan duduk bersandar semula.

Tangannya tidak berdiam, ditarik keluar majalah The Observer isu Februari, hatinya meluap panas lalu dilemparkannya ke tepi. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah. Seseorang sepatutnya menyaman pihak majalah dan mengajar erti tanggungjawab dalam penyiaran. Hati Baizura kemas seketika apabila seorang wanita berpakaian lelaki dan berambut pendek melangkah masuk ke bilik menanti.

Maafkan saya, kalau menyebabkan awak tertunggu. Saya ambil cuti.

Baizura terkejut. Wanita itu menyedari riak terperanjat itu pada muka Baizura, dia tersenyum, Lebih baik jika kita berbincang di luar. Kita boleh bahagi-bahagikan usaha kita. Ooo, ya, jangan panggil saya Cik Pauletta lagi. Emm, panggil sahaja Paul. Saya senang begitu.

Baizura mengangguk. Bagus juga. Err, juga jangan bercik-cik dengan saya ehhh, panggil Bai, begitu.

Pauletta tersenyum mesra. Namun senyuman itu masih berbalut bimbang.

Pauletta membawa Baizura ke keretanya dan mereka menuju ke pangsapuri jurufoto tersebut. Pauletta yang kelihatan tenang menghidangkan seteko teh PG Tips dan biskut badam untuk Baizura. Itu sahaja yang ada kata Pauletta sempat berlucu. Mereka makan dan berbual-bual supaya lebih akrab dan mesra sebelum Baizura menimbulkan semula pokok soalan yang perlu mereka halusi.

Saya tahu J.C sudah berada di Malaysia sejak dua minggu lepas apabila akhbar dan majalah mula memburunya kerana gilakan berita sensasi.

Pauletta ketawa. Jangan salahkan media. Itu tugas mereka. Pauletta meneguk secawan teh lagi. Warna bimbang pada mukanya sudah pudar pada penglihatan Baizura.

Maksud kau memang tugas wartawan melaporkan isu-isu panas macam ini Baizura membeliakkan matanya.

Supaya masyarakat tahu ya! Tapi memanglah ia bukan satu kebaikan untuk mangsa, namun ia tetap keadilan dengan

caranya yang tersendiri juga....

Maksud kau Celah Baizura berang.

Ya, lihat Norman sebagai orang popular, bila media siarkan perbuatan itu, iajadi pengajaran untuk orang lain. Pauletta cukup tenang dengan senyuman tidak putus.

Tapi....

Ya, aku tahu, tapi ia tetap keadilan dalam bentuknya yang tersendiri. Jangan bimbang.

Baizura amat tidak berpuas hati tetapi dia enggan melanjutkan perselisihan itu. Matlamatnya menemui Pauletta lain. Bukankah itu soal peribadi

Suasana senyap seketika. Cuma bunyi kipas berputar ligat.

Dengar sini, bila hal J.C, ya ini hal J.C. Dia pun kawan aku juga. Tidak, lebih dari itu, malahan keluarga! Tapi soal homonya itu aku tak support. Ia perkara yang berbeza. Pauletta bersuara deras, dia agak radang. Aku bersahabat dengan J.C bukan bersahabat dengan sifat gaynya. Bezakan...

Aku sangat risau. Maafkan aku. Baizura mengalah terus. Suaranya mengendur serta-merta. Aku ke rumahnya tapi rumah itu tak seperti rumah. Rosak, penuh dengan contengan mengeji J.C.

Itu kerja-kerja peminat Norman yang sudah gila!

Sebab itulah aku khuatir, J.C hilang! Baizura kembali tidak tentu arah. Dia nampak terlalu gugup.

Jangan risaukan yang bukan-bukan. Pauletta acuh tidak acuh.

Baizura terkejut mendengar kata-kata itu. Kau

Pauletta tidak peduli, sebaliknya laju meneguk lagi dan lagi teh harum PG Tips itu. Aku tahu dia diserang, dia dicaci, dia dimaki, cukuplah AIDSnya. Kini pulang ke sini untuk dapat ketenangan, dia didera dengan cemuhan. Manusia ini gila betul-betul.

Baizura semakin tidak mengerti dengan sikap Pauletta. Paul, kau mabuk ke

Pauletta ketawa berdekah-dekah. Dia menekan-nekan perut. Bagi Baizura ketawa itu ibarat lakonan yang hidup semata-mata. Orang tak mabuk teh. Aku tak mabuk.

Baizura agak tersinggung dan Pauletta menyedarinya lalu bersuara lagi. J.C sekadar terkejut dengan kematian Norman.

Ah, haiwan itu! Baizura mengeraskan suaranya. Pauletta ketawa mendengar kejian Baizura.

Lihat kau sendiri membenci mereka. Kau bencikan J.C Kenapa Norman saja yang kau panggil haiwan. J.C kan teman homonya, nah, tentu mereka berdua haiwan!

Uh-oh. Baizura mengeluh pendek. Dia memerhatikan wajah Paul. Dia baru mengenali perempuan ini. Dia tidak tahu apa yang berlegar di kepala Paul, dan dia tahu Pauletta menyorokkan sesuatu. Sifatnya sebagai peguam mengajarnya begitu.

Pauletta menuang lagi teh PG Tipsnya. Dia tidak mengendahkan tetamunya yang barangkali tersinggung itu. Dia dihalau dari sebuah restoran kau tahu.

Baizura mengangkat mukanya, merenung Pauletta. Alasan

Pauletta ketawa kecil. Mereka kata menjangkit.

Baizura muram. Tidak ada yang lucu padanya. Kau tahu sesuatu, Paul, kau tahu banyak.

Pauletta menghirup tehnya. Minumlah teh kau tu, nanti aku pula yang habiskan. Dia ketawa, meletakkan cawannya dia atas meja. Kini mulutnya mengunyah biskut pula.

Kau tak serius! Kau tahu di mana J.C berada. Kau yang sembunyikan dia.

Pauletta berhenti mengunyah seketika tetapi kembali mengunyah dan menelan, meneguk tehnya lalu berdehem berkali-kali. Kau tak perlu tahu.

Kau tahu

Pauletta kesa mengaku. Dia mengutuk dirinya sendiri. Celaka kau Paul, kenapa kau mungkir janji. Binasa, binasa semuanya. Dan aku tak mungkin beritahu kau. Nadanya itu diangkuhkan. Kenapa Paul, aku juga kawannya, aku juga risaukannya.

Itu kemahuan J.C, dia tak mahu diganggu, malahan dia akan pulang ke New York secepat mungkin. Dah tiada apa di sini untuknya.

Dia ada aku! Baizura membentak.

Come on Bai, kau jangan bikin aku ketawa. Pauletta berwajah serius dan tegas di sini.

Aku cintakannya!

Pauletta tersentak. Dia memerhatikan wajah Baizura. Sayang kau dah buat silap! Mencintai seorang homo!

Aku cintakannya, aku cintakannya, cintakannya... Baizura semakin histerikal. Dia mulai menangis.

Cukup, cukup. Pauletta berdiri menghampiri Baizura. Akukan dah berjanji. Aku tak boleh mungkir. Pauletta bersuara lembut, memujuk kawan barunya. Dia memeluk Baizura dan mengusap rambutnya.

Aku cintakan dia, tolonglah beritahu....

Ini satu kesilapan Bai. Pauletta memujuk dari hatinya yang ikhlas dan jujur. Kau carilah lelaki lain, J.C bukan orangnya. Dia gay, dia pesakit AIDS, hidupnya singkat.

Sebab itulah beri aku peluang untuk menemuinya, aku takut dia meninggalkan aku tanpa sempat aku menyatakan hari ini.

Pauletta merenung tepat Baizura. Matanya berkaca-kaca. Kau serius nampaknya.

Tolonglah... Baizura merayu. Pauletta mengeluh lama dan panjang. Dia serba-salah. Ah, maafkan aku J.C.

***

Malam pekat gelintin. Namun dalam kelembutan malam itu, ada yang menyetubuhinya tanpa kerelaan malam sendiri. Buktinya, ada bulan hamil di langit, belum penuh bulatnya. Bintang menghias langit tetapi tidak cukup menerangi malam. Pelik, ada bulan, ada bintang-bintang, malam tetap gelap dan pekat hitamnya. Bintang tujuh beradik Pleiades keluar malam ini, namun malam masih murum metah.

Ombak pergi dan berpatah balik berulang kali mengikut hukum alam. Kadang-kadang begitu garang menghempas pantai. Tidak pula ia jemu. Sebuah tongkang belayar nun jauh di tengah. Beransur-ansur perlahan gerakannya. Cahaya dari tongkang tersebut bersepah-sepah di atas permukaan air. Angin sekali-sekala menjadi kuat, meniup-niup rambut. Bunyi ombak mendesah di telinga.

Baizura berdiri jauh dari J.C, merenungnya dan sekali-sekala berpeluk tubuh, menahan kesejukan angin pantai pada waktu malam. Angin mengibar-ngibarkan kemeja jarang Baizura. Perlahan-lahan, disengajakan, Baizura mendekati J.C.

Kau masih marah

J.C membisu. Tiada reaksi yang ditunjukkannya. J.C tidak berganjak merenung jauh ke tengah laut, melihat tongkang belayar. Dia kagum sendiri mendengar bunyi ombak, suara ombak. Irama nyaman.

Kau masih marah

Ombak di sini damai. J.C teringatkan lukisan Ombak karya Lokman M Zen yang kelihatan ganas dan tidak bertimbang rasa. Ombak sebegitu memang wujud. Ya, di dalam dirinya. Oleh itu dia ingin mencari ombak yang tidak menggelisahkan perasaannya.

Kau masih marah Cakaplah, kau marah seperti petang tadi

Ombak tidak mati. Ia tidak putus-putus. Ombak tetap berombakombak sepanjang masa. Ah, mendengar suara ombak, betapa amannya di Rantau Abang ini.

J.C, jangan buat aku begini, kalau marah pun, cakaplah sesuatu.

J.C merenung ke arah pasiran pantai. Dia tahu ada jejak-jejak di pasir. Ada bekas tapak kaki yang tidak putus-putus di sini. J.C kembali memasang telinga, suara ombak. Emm, ibarat mendengar konsert orkestra di Great Hall Of The Former Margraves Palace di Ansbach. Sayu dan sayup. Irama yang mendayu-dayu.

J.C tolonglah.

Masih membisu. Masih kedengaran suara ombak. Masih hebat irama itu. Masih tenang tanpa suara. Baizura memegang bahu J.C. Kedinginan begini tidak elok untuk kesihatan kau, J.C, bahaya. Mari ke dalam motel.

J.C tersenyum tiba-tiba. Dia berpaling merenung Baizura sambil matanya berair. Kau pernah baca novel Yasushi Inoue bertajuk Kaseki

Baizura terkejut. Dia lega J.C bersuara semula. Petang tadi J.C betul-betul meradang kerana tempat persembunyiannya dibocorkan. J.C juga mengusirnya. J.C bercakap sesuatu yang tidak mudah difahaminya kini, namun dia setia mendengar, dia sedia mendengar.

Watak utamanya Tajihei Ikki telah diberitahu ketika berada di Paris yang dia menghidap barah di pangkal usus kecil yang tidak boleh dibedah dan dijangka hidup setahun sahaja lagi.

Baizura tidak begitu peduli kata-kata J.C itu. Dia menatap muka J.C. Entah berapa lama lagi, J.C akan hidup Dia tahu HIV pantas merosakkan sel darah putih atau sel pembantu T.

Kau tahu, aku hafal perenggan-perenggan menarik novel ini.

Baizura tahu, apabila HIV menyerang sel T, sebahagian HIV akan menembusi sel T itu lalu menjadi sebati dan utuh. Tanpa sedar, sekarang sel T pula yang membantu biak kuman-kuman HIV. Oh, kejamnya AIDS!

Kau mesti dengar, Ikki tidak pernah bebas sesaat pun dari maut. Maut melangkah ke sisinya. Dulu, dia sentiasa bersama setiausahanya Funazu; kini dia sentiasa bersama maut. Jejak maut bagaikan gema jejaknya. Apabila dia berhenti, maut berhenti juga. Maut membelok apabila dia membelok.

Baizura sedar, fungsi sel T antaranya untuk merembes bahan tertentu untuk pembesaran sel limfa, merangsang koloni hematopoietik dan juga memulakan fungsi sel bukan limfa.

Dengar lagi, ini juga menarik. Dia berjalan ditemani maut. Sejak kelmarin ketika dia menerima panggilan telefon daripada Doktor Shirosaki tiba-tiba teman berjalan yang tidak diingini itu muncul di sisinya dan tidak pergi-pergi lagi. Sejak itu, mereka tidak berpisah sedetik pun.

Masih terngiang-ngiang di telinga Baizura penerangan yang diberikan oleh Paul. Dia masih ingat, sel T juga memulakan fungsi sel sitotoksik T dan sel penekan, di samping sel B dan sel NK. Sel T itu malahan mengaktifkan sel makrofag.

Dari jendela hotel dia melihat seorang yang sudah lanjut usianya di taman yang berhampiran, lalu berkata sendirian: Orang tua yang kesepian itu hanya ada secebis lagi hidupnya, tetapi gigih menjalani setiap saat yang masih ada baginya. Dia tidak tahu sebanyak mana sisa hidupnya, tetapi dia ingin menjalani setiap saat sebaik-baiknya. Aku harus begitu juga. Kau lihat, lihat betapa cantiknya pengolahan novelis Jepun itu.

Baizura berfikir-fikir sel makrofag itu adalah sekumpulan sel yang memainkan peranan utama untuk memusnahkan unsur-

unsur asing di dalam badan melalui proses tertentu. Dia juga arif yang sel sitotoksik T berfungsi memusnahkan sel yang diserang virus dan tanpanya risiko jangkitan virus B akan meningkat. Sel NK pula mencegah berlakunya barah.

Apa kata Ikki lagi Aku mahu hidup agar segala-gala sekitarku tetap bersih. Aku mahu lebih bertimbang rasa. Menolak orang ke tepi, memanjat ke atas kepalanya, itu tidak baik. Memburu wang semata-mata, itu pun tidak baik juga, sama seperti memerah otak agar lebih mahsyur lagi, lebih berkuasa lagi. Mendengar nyanyian burung lalu berkata, Ah burung menyanyi! melihat bunga-bunga lantas berkata, Ah, bunga-bunga berkembang! inilah cara hidup sejati.

Baizura masih melayang, sel penekan untuk menghentikan fungsi sel T apabila keadaan pada tubuh badan kembali pulih seperti sediakala. Dan kini sel T, dalam tubuh J.C sudah rosak dan punah. Segala-galanya sudah tidak berfungsi lagi, tidak beroperasi lagi. Sel T sudah mati peranannya.

Aku tidak tahu sama ada aku boleh melawan mati Bai, aku tidak bersedia menghadapi... J.C menangis teresak-esak. Baizura terpegun, sedar semula setelah belayar jauh.

J.C kau seorang lelaki.

Ya, ada kegelisahan seperti perempuan dalam diriku.

J.C kau kuat! Kau tabah!

Bai, aku tak mungkin terus hidup dan melepasi mati ini. Kalaulah aku bisa, aku tak ubah seperti dongeng Cina purba. Seekor ikan yang berenang hingga ke Sungai Kuning yang berjeram hebat, ikan jarang terdapat di situ. Kononnya manamana ikan yang terdaya berenang sejauh itu mendapat kuasa ajaib dan menjadi naga.

Ooo, J.C. Baizura simpati.

Alangkah bagusnya, kalau aku terjaga apabila mentari pagi naik di angkasa esoknya, aku telah memperolehi kuasa ajaib untuk terus hidup.

Tiada siapa dapat hidup selama-lamanya. Aku juga!

Bai, pergilah dari sini. J.C kembali menoleh ke laut. Tenang. Kenapa aku mesti beredar Baizura membantah.

Tanpa menoleh, J.C merenung ombak, mendengar suara ombak sambil berkata. Aku hina, jijik, keji, aku gay, jantan maksiat dan aku pembawa AIDS. Aku sampah!

Cukkkuuppp! Jangan jadi tolol, kau takutkan bayang-bayang kau sendiri. Mana keyakinan kau sebagai pejuang kebenaran di kalangan jurnalis dan wartawan. Kau bergelumang dengan mati semasa bekerja, sekarang kau tak mampu pula. Apa ini, lawak jenaka J.C, kau sendiri yang mereka-reka putus asa. Kau sendiri yang tidak mahu tabah. Kau bukan J.C aku!

Apa J.C memandang muka Baizura.

Betul kata Paul, kau bukan J.C aku. Bukan J.C yang aku sanjungi dan aku cintai suatu ketika dahulu. Kau pengecut dan ya, memang kau kotor!

Cintakan aku Apa kau ingat kau adalah Blanche Du Bois dalam teater Streetcar Named Desire arahan Tennessee Williams J.C ketawa dibuat-buat. Aku ni kotorlah...

Ya, kau hina! Pengecut memang hina! Kau sudah arwah rupanya. Aku bercakap dengan mayat.

J.C terkejut dengan perubahan mendadak Baizura.

Orang yang takutkan mati telah mati berkali-kali! Kau sendiri yang ajar aku dulu. Kau jadi lemah begini kerana Norman bukan

Jangan kau ungkit namanya di sini. J.C berang.

Kenapa Dia buah hati kau Buah hati apa, bila menyalahkan diri kau atas kesengsaraannya. Sedarlah sedikit, dia mahu membalas dendam, kau meninggalkannya tanpa restu. Dia sakit hati, dia dihantui dengan kekecewaan itu. Nah, dia dah pergi untuk selama-lamanya.

Aku akan pergi. Ya, seperti yang kau mahukan...

Mata J.C mengekori Baizura yang berlalu pergi. Dia menahan tangisnya kini.

J.C merenung ombak semula, mendengar suara ombak. Tidak ada ketenangan! Ombak tidak mendamaikan lagi.

Oh ya, Paul pesan, lusa majlis anugerah itu akan berlangsung. Kau masih ada tugas yang tertinggal. Pertama, etika kewartawanan kau yang kau pertahankan sangat dulu. Keduanya keberanian diri dan keyakinan. Jangan biarkan hantu Norman mengganggu kau. Pastikan, terpulanglah sama ada kau mahu terus jijik, hina dan kotor sehingga mati. Suara Baizura tenggelam timbul ditelan suara ombak.

J.C terus merenung ombak. Norman membelenggu aku Norman sayang menyeksa aku J.C melihat ombak, mendengar ombak. Hairan sekelip mata, ombak bertukar identiti. Tidak lagi mendamaikan, malah meresahkan. J.C berjalan menuju ke laut. Dia menetapkan fikiran.

Malam tetap gelap walaupun ada bulan dan ada bintangbintang.