Pak Cik Yusuf yang duduk di kerusi malasnya sambil menghirup air kopi panas, sesekali dia mengangguk kepalanya mendengar bebelan Mak Cik Melah. Namun, ayat yang satu itu menarik perhatian Pak Cik Yusuf. Dia tahu ada benarnya akan apa yang diperkatakan oleh isterinya itu. Memang semenjak dua menjak ini, banyak kes kehilangan barang terjadi. Disebabkan tiada bukti yang kukuh mengatakan si Naufal yang melakukannya, penduduk kampung tak mampu untuk berbuat apa-apa.
Farah, anak bongsu Pak Cik Yusuf dan Mak Cik Melah muncul dari pintu utama rumah untuk bersama-sama duduk minum petang dengan orang tuanya. Farah tidak melepaskan peluang cutinya untuk menghabiskan masa bersama ibu bapanya untuk minum petang.
Ish mak dengan ayah ni, tak baik tahu tuduh orang macammacam. Ada ke bukti mengatakan Naufal yang buat Suara Farah tidak berpuas hati. Tak ada, kan..., sambung Farah lagi tanpa menunggu ibu bapanya menjawab pertanyaannya.
Memang benar semenjak Naufal yang belajar di Australia itu pulang, banyak kejadian curi yang dilaporkan di Kampung Batang Kali. Namun, itu tidak bermakna Naufal yang melakukannya. Masakan tidak, Naufal seorang yang terpelajar, berbudi pekerti yang baik, datang dari keluarga yang mampu, ibu bapanya juga baik-baik saja, tergamak untuk melakukan hal demikian. Tidak logik!
Betul tu Farah, semalam Cik Ngah ajak Naufal datang rumah dia untuk mengajarkan anak dia bahasa Inggeris dan matematik. Alih-alih, hilang keychain yang dibeli suaminya dari Amsterdam. Alah, kamu tahukan keychain yang diatur depan cermin dekat ruang tamu Cik Ngah tu. Cerita Mak Cik Melah sambil membetulkan tudung yang dipakainya.
Pelik jugalah, kalau hendak menilai latar belakang Naufal, boleh dikatakan jejaka harapan kampung. Sudahlah orangnya good looking boleh la tahan, gentleman pula tu, bijaksana lepasan universiti luar negara walaupun masih menganggur tapi senang cerita, he is the perfect one. Ibu bapa pula baik, keluarga pun baik-baik belaka. Agama terjaga, nampak jugalah Pak Cik Murad dan Mak Cik Zai menghadiri solat-solat jemaah di masjid dan juga aktiviti-aktiviti masjid yang penting ditemani si Naufal. Yang menjadi masalahnya sekarang adalah, kenapa dia dituduh tangan panjang.
Adakah benar tuduhan tersebut atau sebaliknya. Dan Farah seperti ada perancangan tersendiri.
****
Pagi itu Farah siap sedia dengan seteko air kopi kegemarannya, sepinggan karipap tersedia di atas meja bulat di halaman
rumahnya, tempat biasa dia dan ibu bapanya lepak. Selain itu, diletak juga laptop ASUS kepunyaannya di atas meja tersebut bersama-sama dengan botol air kosong berwarna pink jenama Tupperware di sebelah kanan laptop. Manakala di sebelah kiri laptop disusun tiga buah buku iaitu buku bestseller; Diagnosis 1, Diagnosis 2 , dan sebuah novel Inggeris; Confessions of a Shopaholic. Di celah buku dan laptop Farah diletakkan kotak cermin matanya. Farah juga meletakkan beg sandangnya di salah satu tempat duduknya.
Nasib baik aku ada nombor telefon Naufal lagi. Tidak, payah juga rancangan aku nak berjalan. Ugh, harapnya aku boleh membantu rakan aku yang sorang itu. Menggunung tinggi harapan Farah untuk menyiasat apakah yang terjadi terhadap Naufal.
Lebih kurang 15 minit kemudian, Naufal tiba di halaman rumah Farah. Dia berbasa basi memberi salam sambil menghulurkan sebungkus laksa penang kegemaran Farah.
Suasana agak awkward kerana dua sahabat ini sudah lama tidak berjumpa apatah lagi bergurau senda seperti zaman kanakkanak mereka.
Selepas lebih kurang setengah jam mereka berborak, bertukar cerita dan derita. Farah meminta diri untuk masuk ke dalam rumah seketika kerana Mak Cik Melah telah memanggilnya. Agak lama Farah menghilang di sebalik pintu rumahnya meninggalkan Naufal di luar rumah.
Farah kembali ke halaman depan rumahnya, di kerusi dan meja bulat tadi. Farah, aku balik dululah, dah agak lama aku kat sini. Apa-apa hal kau WhatsApp aku ya. Aku pun bosan juga merenung siling, dinding, langsir rumah tu, kata Naufal.
Okey Naufal. Eh sekejap Naufal. Farah tegas kedengaran. Naufal, kau kawan rapat aku kat kampung ni. Tapi kenapa kau buat benda ni semua Setelah agak lama dipujuk, akhirnya Naufal beralah dan menceritakan segalanya.
Perkara ini bermula ketika dia belajar di Australia, dia terpengaruh dengan teman wanita. Teman wanitanya seorang yang suka membeli belah. Naufal menjadi terikut-ikut akan kegemaran teman wanitanya untuk membeli belah secara berlebihan. Namun begitu, lama-kelamaan, muncul kegemaran baru Naufal iaitu mengambil barang-barang orang lain. Pada mulanya dia akan meminta izin dengan tuan tanah untuk mendapatkan barang yang diingininya. Benar, dia mengambil dengan izin walaupun barang yang diambil tidak seperti yang dipinta. Lama-kelamaan, dia jadi lupa untuk bertanya sebaliknya terus mengambil apa sahaja kemahuannya seperti duit, keychain, magnet fridge, t-shirt dan sebagainya.
Kemudian, dia berasa perbuatan tersebut wajar dilakukan dan akan berasa tekanan jika tidak melakukannya. Setiap kali visit ke rumah sesiapa sekalipun, harus mengambil satu barang sebagai habuan dari rumah terbabit. Setelah mendapat apa yang dimahukan, dia pasti akan berasa puas. Walaupun sebenarnya dirinya telah memiliki sesuatu benda tetapi perasaan puas mengambil barang orang lain itu yang menjadikannya ketagihan.
Kadang-kadang aku rasa bersalah juga. Tuan rumah punyalah buat baik dengan aku, layan aku dengan makananlah, pakaianlah, tempat tidurlah. Tapi aku balas perbuatan mereka dengan mengambil barangan mereka. Tapi nak buat macam mana, aku tak mampu nak kawal. Luah Naufal. Ada bibit kesalan dalam riak mukanya.
Aku juga kesal dengan tabiat buruk Naufal. Aku berjanji bagi membincangkan perkara itu dengan Prof. Maryam, pensyarah merangkap mentor aku di universiti mengenai perkara tersebut.
Jangan-jangan Naufal, kata Farah sendirian setelah Naufal hilang dari pandangan.
Dan ketahuilah bahawa, pengetahuan manusia adalah terhad dan sedikit sahaja berbandingkan dengan kekuasaan Tuhan yang Maha Mengetahui, Maha Menghalusi, Maha Bijaksana.
****
Kleptomania; adalah salah satu masalah mental, namun masih ada yang belum dapat difahami keseluruhan penyakit tersebut. Didefinisikan kleptomania sebagai kemahuan untuk mengambil atau mencuri barang-barang bukan keperluan.
Namun begitu, beberapa kajian telah dilakukan untuk lebih memahami kleptomania. Berdasarkan kajian yang dijalankan, para penyelidik mendapati, kebanyakan subjek dalam kajian mereka adalah terdiri daripada golongan wanita, dengan purata umur 30 tahun. Manakala, purata jangka masa penyakit kleptomania ini adalah selama 6 tahun serta subjek-subjek yang terlibat dalam kajian tersebut telah mencapai tahap pelajaran ke peringkat universiti.
Pemeriksaan neurological subjek-subjek adalah normal. Namun begitu, beberapa subjek didapati mempunyai co-morbid obsessive-compulsive disorder, penyalahgunaan alkohol, beberapa subjek dilaporkan mempunyai mood disorder dan penyalahgunaan atau kebergantungan dadah (substance abuse or dependence).
Permulaan penyakit ini untuk setiap orang adalah berbeza. Dua subjek dilaporkan bermula setahun selepas pesakit didapati mempunyai masalah pemakanan, bulimia nervosa; beberapa tahun selepas onset of membeli belah secara berlebihan (compulsive buying) untuk dua subjek, manakala 6 yang lain dilaporkan berkait dengan mood disorder.
Berdasarkan buku diagnostic criteria DSM-5, untuk mendiagnosis seseorang sebagai mempunyai masalah
kleptomania adalah seperti berikut;
1. Gagal mengawal keinginan untuk mencuri objek yang bukan keperluan peribadi atau barang bernilai.
(Recurrent failure to resist impulses to steal objects that are not needed for personal use or their monetary value.)
2. Berasa tertekan sebelum melakukan kecurian.
(Increasing sense of tension immediately before committing the theft.)
3. Berasa puas atau tenang ketika melakukan kecurian. (Pleasure, gratification, or relief at the time of committing the theft.)
4. Kecurian bukan dilakukan kerana marah atau membalas kesalahan orang lain, dan ianya bukan kerana delusi atau halusinasi. (The stealing is not committed to express anger or vengeance and is not in response to a delusion or a hallucination.)
5. Kelakuan mencuri bukan berkaitan dengan conduct disorder, mania, atau antisocial personality disorder. (The stealing is not better explained by conduct disorder, a manic episode, or antisocial personality disorder.)