DIAGNOSIS2: PROGNOSIS - 13
Acute dyspepsia

Istilah yang digunakan untuk merujuk kepada sakit pedih pada ulu hati atau kawasan perut yang biasanya disebabkan oleh masalah penghadaman ataupun ulser pada perut.

Acute glomerulonephritis

Keradangan yang berlaku pada struktur glomeruli buah pinggang yang mengakibatkan fungsi buah pinggang terganggu. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, penyakit tisu dan lain-lain.

Acute pulmonary edema

Pengumpulan cecair pada ruang alveoli dan parenchyma paruparu yang biasanya disebabkan oleh kegagalan jantung, buah pinggang ataupun kecederaan pada paru-paru.

Active resuscitation

Proses menyelamatkan pesakit ketika jantung berhenti berdenyut dimana doktor akan melakukan tekanan dada atau CPR dan juga memasukkan tiub ke dalam rongga pernafasan untuk membantu pesakit bernafas.

Adrenaline

Ubat yang digunakan sewaktu pesakit mengalami kegagalan jantung untuk berfungsi.

Adhesion

Merujuk kepada struktur dalaman badan yang melekat sama ada disebabkan komplikasi pembedahan ataupun disebabkan proses sesuatu penyakit itu sendiri.

Ambulance call

Tugas yang dijalankan oleh anggota pra hospital di jabatan kecemasan untuk mengambil mangsa yang mengalami masalah kecemasan di luar kawasan hospital.

Ambu bag

Alat yang digunakan untuk memberi bantuan pernafasan kepada pesakit. Ia mengandungi tiga bahagian utama iaitu topeng muka, injap dan beg simpanan udara.

Apex beat

Kawasan di mana denyutan nadi yang dirasai paling kuat di kawasan dada dan biasanya paling ke tepi dan kebawah dari tulang sternum. Ia biasanya dijadikan rujukan untuk menentukan sama ada saiz jantung normal atau membengkak.

Atrial fibrillation

Keadaaan di mana ritma jantung tidak normal disebabkan ketidaknormalan penghasilan caj elektrik di ruang atrium jantung.

Axillary line

Garisan bayangan memanjang yang diambil dari pertengahan ketiak.

Attachment

Latihan sangkut di mana-mana unit atau jabatan tertentu.

Asystole

Merujuk kepada keadaan di mana tiadanya aktiviti elektrik yang dihasilkan jantung.

Antenatal

Keadaan ibu mengandung.

B cells dalam pancreas

Sejenis sel di dalam kelenjar pankreas yang menghasilkan hormon.

Blood pressure

Merujuk kepada tekanan darah dan dibahagikan kepada tekanan darah atas (sistolik) dan tekanan darah bawah (diastolik).

Biasanya disebut sebagai singkatan BP.

BP cuff

Merujuk kepada bahagian pada mesin merekod BP yang diletak disekeliling lengan.

Blood crossmatch

Proses dimana kumpulan darah pesakit ditentukan dan seterusnya memilih darah yang sesuai untuk di transfusi kepada pesakit bagi mengelakkan kesan sampingan andai kumpulan darah yang tidak sesuai diberi kepada pesakit.

Basal crepitition

Bunyi seperti daun kering diramas yang boleh didengari pada bahagian dada melalui steteskop sekiranya terdapat ketidaknormalan pada struktur paru-paru atau jantung.

Bagging

Merujuk kepada perbuatan menggunakan ambu bag untuk membekalkan oksigen kepada pesakit dan juga mengambil peranan yang dimainkan oleh paru paru.

Brought in death

Keadaaan apabila pesakit yang dibawa ke hospital sudah tidak mempunyai tanda-tanda kehidupan seperti tiada denyutan jantung, tiada pernafasan dan tanda vital tidak dapat direkod.

Caeserean section

Pembedahan untuk mengeluarkan bayi.

Cardiac arrest

Keadaan yang berlaku di mana jantung berhenti berdenyut dan sistem pernafasan juga terhenti.

Cardiac enzyme

Pemeriksaan darah yang membantu doktor membuat penilaian sama ada pesakit mengalami serangan jantung. Sel jantung yang cedera akan merembeskan enzim yang mana bacaannya akan direkod melalui mesin.

Cardiac monitor

Alat berkomputer yang digunakan untuk merekod aktiviti jantung khususnya irama jantung dan bacaan nadi. Sesetengah mesin juga dilengkapkan dengan fungsi untuk membaca kadar pernafasan, kepekatan oksigen di dalam darah dan tekanan darah.

Cervical collar

Alat yang dipasang pada leher khusus untuk mangsa trauma yang disyaki mengalami kecederaan pada tulang leher.

CPR cardiopulmonary resuscitation

Prosedur menyelamatkan pesakit yang mengalami cardiac arrest dan merangkumi bantuan pernafasan, tekanan dada dan pemberian ubat-ubatan tertentu.

Chest compression

Tekanan dada yang merupakan salah satu komponen dalam CPR.

Chest tube

Tiub yang dimasukkan kedalam rongga thorax pesakit yang mengalami masalah seperti pengumpulan udara (pneumothorax), pengumpulan air (pleural effusion), pengumpulan darah (hemothorax) dan lain lain.

Congenital heart disease

Masalah jantung kongenital ataupun sejak dari lahir. Keadaan biasanya berlaku sejak dari dalam kandungan.

Collapse

Istilah tidak formal kepada cardiac arrest.

Compartment syndrome

Kumpulan otot dan daging di bahagian kaki atau tangan biasanya tersusun di dalam ruangan tersendiri. Sekiranya berlaku kecederaan, struktur yang berada di dalam ruangan ini akan mengalami keradangan dan dipenuhi dengan cecair atau darah yang mana akan meningkatkan tekanan di dalam ruangan tersebut. Peningkatan tekanan seterusnya akan menghimpit salur darah dan limfa dan seterusnya mengakibatkan rasa sakit dan boleh membawa kepada kematian anggota tangan atau kaki sekiranya tidak dirawat.

Congestive cardiac failure Tahap akhir kegagalan jantung.

Congenital pneumonia

Jangkitan paru-paru pada bayi yang baru dilahirkan dan biasanya dijangkiti dari dalam rahim atau melalui plasenta.

Circulation

Merujuk kepada jantung dan sistem pengaliran darah.

Close manual reduction

Prosedur yang dilakukan untuk mengurangkan kepatahan dan seterusnya membetulkan allignment tulang.

Cross infection

Jangkitan kuman kepada pesakit yang diperolehi dari persekitaran yang tidak steril.

Debulking surgery

Pembedahan membuang ketumbuhan kanser dan struktur sekeliling yang menjadi potensi untuk kanser merebak.

Defibrillator

Mesin yang digunakan untuk menganalisa ritma jantung dan berkeupayaan untuk memberi rawatan renjatan elektrik melalui pad kepada pesakit yang mengalami ventricular fibrillation ataupun pulseless ventricular tachycardia.

Diabetes mellitus Kencing manis.

Diabetic foot

Merujuk kepada pelbagai jenis kecederaan pada kaki pesakit kencing manis.

Differential diagnosis

Senarai beberapa penyakit yang mungkin terjadi kepada pesakit berdasarkan kumpulan simptom atau tanda yang ditunjukkan.

Digital Rectal Examination/Per rectal examination

Pemeriksaan lubang dubur dimana doktor akan memasukkan jari kedalam lubang dubur pesakit bagi menilai penyakit.

Dislocation Terseliuh.

Dormicum

Ubat pelali.

ECG electrocardiogram

Mesin yang disambungkan pada tangan, kaki dan juga dada pesakit yang digunakan untuk menganalisa aktiviti elektrik jantung pesakit. Hasil analisa akan membantu doktor untuk mengetahui masalah jantung.

Emergency medical despatch

Pasukan yang biasanya terdiri daripada paramedik yang ditugaskan untuk merawat dan mengambil pesakit yang mengalami kecemasan di luar kawasan hospital. Pasukan ini biasanya turut disertai pemandu ambulans, jururawat dan juga doktor.

Endotracheal tube

Tiub yang digunakan untuk memberi bantuan pernafasan sewaktu prosedur intubation. Tiub tersebut dimasukkan kedalam salur pernafasan melalui mulut.

Episiotomy

Prosedur di mana kawasan faraj digunting untuk membesarkan bukaan faraj bagi membantu kelahiran bayi.

Evacuation of the product of conception

Prosedur yang digunakan untuk mengeluarkan sisa-sisa yang tertinggal di dalam rahim setelah pesakit mengalami keguguran.

Flat (baby)

Merupakan istilah tidak formal yang merujuk kepada bayi yang dilahirkan tidak vigarous iaitu kombinasi masalah pernafasan, jantung dan aktiviti gerakan anggota badan.

Gastroenteritis Cirit birit.

Gastrointestinal

Merujuk kepada saluran pemakanan bermula dari mulut hinggalah ke dubur.

Greenstick fracture

Sejenis kepatahan yang berlaku di dalam kanak-kanak.

Group b streptococcus infection

Jangkitan kuman yang diakibatkan oleh bakteria streptococcus jenis B.

GCS Glasgow Coma Scale

Satu sistem yang digunakan oleh anggota perubatan untuk menilai tahap kesedaran dan kecederaan otak. Ia mempunyai tiga komponen iaitu respon mata (1-4), respon vokal (1-5) dan respon sistem motor (1-6). Skor paling rendah adalah 3 iaitu pesakit berada dalam keadaan koma. Skor 3-7 merujuk kepada kecederaan parah otak, 8-13 sebagai kecederaan sederhana dan 14-15 sebagai kecederaan minima.

Gynaecology

Bidang berkait dengan masalah sakit puan.

Haemodialysis

Kaedah mencuci buah pinggang untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.

Hemolytic anemia

Keadaan kekurangan darah di dalam badan yang diakibatkan oleh sel darah merah menjadi pecah. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit.

Hypothermia

Keadaan yang berlaku apabila suhu badan jatuh dibawah paras 35 celcius. Tahap keseriusan bergantung kepada suhu badan.

Hip fracture

Patah tulang punggung.

Hypovolumic shock

Keadaan yang berlaku apabila tekanan darah menjadi rendah diakibatkan oleh kekurangan cecair badan atau darah.

Hysterectomy

Pembedahan membuang rahim.

Hydrogen peroxide

Sejenis larutan yang digunakan untuk mencuci luka.

Intubation

Proses dimana tiub dimasukkan kedalam rongga pernafasan melalui mulut bagi mengambil alih peranan yang dimainkan oleh paru-paru.

Intubation cart

Juga dipanggil sebagai crash cart iaitu troli yang mengandungi banyak ruang dan berisi peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat pesakit yang collapse.

Infectious Mononucleosis

Penyakit yang disebabkan oleh virus Epstein Barr yang biasanya menyebabkan demam, keradangan dinding kerongkong dan pembengkakan biji limfa. Ia juga boleh mengakibatkan komplikasi lain seperti keradangan pada ginjal.

Intravenous line

Jarum khas yang dipasang kedalam salur darah dan dilekatkan pada kulit untuk tujuan pemberian cecair atau ubat-ubatan.

Intracranial bleeding Pendarahan dalam kepala.

Jugular venous pressure

Tekanan yang dihasilkan pada dinding vena jugular di leher.

Lactose intolerance

Keadaan dimana salur pencernaan tidak boleh menghadam bahan makanan khususnya susu yang mengandungi gula laktosa.

Lipoma

Benjolan lemak pada kulit.

Laryngoscope

Alat yang digunakan untuk membantu ahli perubatan melihat struktur rongga pernafasan dan peti suara bagi tujuan intubation.

Log roll

Proses dimana beberapa ahli perubatan menstabilkan pesakit dan seterusnya meletakkan pesakit dalam posisi mengiring untuk menilai kecederaan pada bahagian belakang dan dubur pesakit.

Manual removal of the placenta

Proses untuk mengeluarkan uri yang melekat pada dinding rahim dengan cara memasukkan tangan kedalam faraj dan seterusnya kedalam rahim.

Mature teratoma

Sejenis ketumbuhan pada kilang telur (ovari).

Metabolic acidosis

Keadaan dimana terdapat peningkatan kandungan asid dalam plasma darah yang boleh menyebabkan fungsi badan terganggu Morning round

Aktiviti harian pegawai perubatan di mana mereka akan melihat perkembangan pesakit di dalam wad dan seterusnya membuat penilaian sama ada perlu dikekalkan rawatan sedia ada, perlu dilakukan penyiasatan lanjut atau selamat untuk dibenarkan pulang.

Muscular dystrophy

Sejenis penyakit dimana mutasi gen telah menyebabkan penghasilan protein yang tidak normal. Akibatnya, pesakit mengalami kelemahan fungsi otot dan juga kekurangan densiti otot.

Myocardial infarction Serangan jantung.

Nasal prong

Tiub yang disambung pada tangki oksigen yang digunakan untuk membekalkan oksigen pada pesakit.

Nephritis

Keradangan pada buah ginjal.

Observation ward

Wad pemerhatian biasanya di jabatan kecemasan dimana pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad tetapi perlu diperhatikan untuk betul betul stabil sebelum dibenarkan pulang.

Obstetric

Perihal berkaitan ibu mengandung.

Oophorectomy

Pembedahan membuang ovari (kilang telur).

Open cardiac massage

Prosedur yang dilakukan apabila pesakit yang mengalami trauma pada bahagian thorax hingga menyebabkan jantung berhenti berdenyut. Dalam kes ini, doktor akan melakukan torehan pada dada dan seterusnya menekan jantung menggunakan tangan supaya pengaliran darah keseluruh badan berlaku dan jantung berada dalam keadaan yang membolehkan terapi elektrik diberikan.

Optic disc swelling

Pembengkakan pada disk optik didalam mata. Biasanya ia menunjukkan terdapatnya peningkatan tekanan dalam otak.

Oropharyngeal airway

Alat yang dimasukkan kedalam mulut untuk menambahkan keberkesanan proses memberikan oksigen kepada pesakit yang tidak sedarkan diri.

Parkinson

Penyakit saraf yang disebabkan ketidaknormalan pada struktur otak.

Passing over

Proses dimana ahli perubatan akan menerangkan keadaan pesakit yang dirawati mereka kepada rakan setugas selepas syif mereka tamat ataupun sekiranya pesakit dimasukkan ke wad atau hospital lain.

Peritoneal dialysis

Prosedur mencuci buah pinggang dengan cara menebuk lubang pada perut dan dimasukkan tiub. Cecair khas akan dimasukkan dan seterusnya dibuang dari perut secara berulang kali sehinggalah paras urea (garam berbahaya dalam darah) menurun.

Positive reinforcement

Teknik psikologi yang dipopularkan oleh B.F Skinner dimana sikap/ fikiran positif akan menghasilkan impak yang membawa kepada perubahan baik pada diri.

Post natal

Selepas bersalin.

Proliferative Diabetic Retinopathy

Komplikasi penyakit kencing manis yang mengakibatkan pertumbuhan salur darah tidak normal di dalam mata.

Pitting edema

Keadaan yang biasanya disebabkan masalah pengumpulan air berlebihan dalam badan. Akibatnya apabila ditekan pada betis, maka akan terhasil bentuk kawah pada kulit.

Placenta abruptio

Uri terlepas dari dinding uterus secara tidak matang dan mengakibatkan pengumpulan darah di belakang uri tersebut.

Pneumothorax

Pengumpulan udara di antara dua selaput yang membalut paruparu dengan dinding thorax.

PPROM (preterm prelabour rupture of membrane)

Air ketuban pecah sebelum adanya tanda-tanda bersalin sewaktu usia kandungan masih belum matang (dibawah 37 minggu).

PROM (pre labour rupture of membrane)

Air ketuban pecah sebelum adanya tanda-tanda bersalin sewaktu usia kandungan menjangkau tempoh matang iaitu selepas kandungan berusia lebih 37 minggu.

Reduction of dislocation

Proses mengembalikan sendi yang tercabut kedalam soketnya.

Registrar

Biasanya pelajar perubatan lanjutan ijazah senior yang menjalani latihan untuk menjadi pakar.

Retractor

Alat yang digunakan untuk meluaskan skop pembedahan.

Rhonci

Bunyi berirama yang dihasilkan oleh penyempitan salur pernafasan bronchus dan biasanya didengari di dalam pesakit asthma ataupun alahan yang teruk.

Secondary survey

Proses menilai kecederaan pesakit trauma di Jabatan Kecemasan selepas pesakit distabilkan dari keadaan yang boleh membunuh mereka.

Scoline

Ubat yang digunakan untuk melumpuhkan otot sewaktu proses intubasi dilaksanakan.

Scrubbing

Proses mensterilkan anggota tangan dan seterusnya memakai gaun pembedahan.

Skin graft

Pembedahan pemindahan lapisan kulit.

Sinus rhythm

Ritma normal jantung.

Streptokinase

Ubat yang digunakan untuk memecahkan thrombus yang menyebabkan penyumbatan dinding arteri koronari dan serangan jantung.

Severe sepsis

Jangkitan kuman yang teruk hingga mengakibatkan pesakit berada dalam keadaan kritikal seperti tekanan darah menjadi rendah, pengumpulan asid berlebihan di dalam darah dan kegagalan fungsi organ utama seperti jantung, otak dan buah pinggang untuk berfungsi.

Septicaemia

Keadaan di mana pesakit mengalami jangkitan kuman.

SLE systemic lupus erythematosus

Sejenis penyakit tisu yang boleh mengakibatkan pelbagai jenis ketidaknormalan pada fungsi badan.

Sterility

Bebas dari kuman yang boleh menyebabkan penyakit.

Sub-arachnoid hemorrhage

Sejenis pendarahan di dalam otak yang berlaku di bawah lapisan arachnoid (selaput otak).

Syntometrine

Ubat yang disuntik pada paha selepas pesakit melahirkan bayi untuk mengakibatkan pengecutan dinding rahim dan seterusnya mengurangkan komplikasi pendarahan selepas bersalin.

Thrombus

Plak yang terbentuk di dalam salur darah kesan daripada mendapan darah beku.

Thallasaemia major

Merupakan penyakit genetik yang menghasilkan sel darah merah yang tidak normal dan senang pecah. Akibatnya pesakit mengalami anemia dan selalu memerlukan proses pemindahan darah.

Triage

Proses untuk memberikan kategori kepada pesakit yang menentukan tahap keseriusan pesakit. Biasanya dibahagikan kepada merah (kritikal) yang memerlukan pesakit dirawat segera, kuning (separa kritikal) yang mana pesakit perlu dirawat dalam masa 30 minit, hijau (tidak kritikal) di mana waktu untuk dirawat adalah antara 30 minit ke dua jam, dan putih/hitam (pesakit sudah meninggal dunia).

Vaginal examination

Pemeriksaan faraj, bukaan dinding rahim ataupun penyakit pada dinding rahim.

Ventricular fibrillation

Keadaan dimana terdapat aktiviti elektrik yang tidak normal pada dinding ventrikle jantung. Rawatan renjatan elektrik harus diberikan untuk memulihkan fungsi jantung.