DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 13
Aku tak rasa diri aku bagus sangat. Aku juga tak rasa diri aku perfect. Tetapi setiap kali aku tengok pesakit-pesakit aku, aku cuba menjadi yang terbaik. Aku cuba sedaya upaya aku untuk menolong dan membantunya. Aku tak mengharap semua pesakit-pesakit aku mengikut sepenuhnya nasihat-nasihat aku. Tapi aku harap setiap kali mereka datang jumpa aku, mereka balik dengan rasa gembira dan senang hati. Pada aku, aku tak perlu beri ubat mahal-mahal kepada pesakit aku supaya mereka kekal sihat. Yang penting adalah menolong mereka memahami dan menjaga kesihatan mereka seterusnya mencegah penyakit daripada datang. Kadang-kadang dengan sedikit nasihat, pesakit tak perlulah makan ubat macam-macam untuk kembali sihat.

Semalam ada satu makcik sekampung dengan emak ayah aku datang jumpa aku. Dia dah ada penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan tinggi kolesterol semenjak lebih 10 tahun yang lalu. Dia biasanya ambil ubat di klinik kesihatan sahaja. Setiap kali pergi, mesti kena marah dan bebel dengan nurse sebab gula dan darah tingginya tak nak turun-turun. Walau macam mana dia pantang sekalipun, masih tak nak turun juga. Nurse selalu takut-takutkan dia pasal potong kaki dan rosak buah pinggang.

Dia datang jumpa aku dengan membawa bekalan ubatubatannya. Ada 6 jenis semuanya.

Makcik dah jemu makan ubat ini. Dah bertahun makan pun masih tak nak turun-turun juga gula dan tekanan darah makcik.

Makcik nak tukar makan ubat doktor pula. Mahal pun mahallah. Janji sihat.

Makcik dah malas nak ke klinik kerajaan lagi. Asyik kena marah je dengan nurse.

Macamlah makcik ni budak kecik.

Ini antara luahan perasaan makcik tersebut.

Enam jenis ubat. Dua untuk darah tinggi, dua untuk kencing manis, satu untuk kolesterol dan satu lagi untuk cairkan darah. Ubatnya ada yang kena makan sekali, ada yang dua kali dan ada yang tiga kali. Enam jenis ubat selama 10 tahun. Satu yang aku pasti adalah makcik ni tak makan ubat dengan betul. Bekas ubat-ubatnya bercampur aduk. Aku tak yakin dia boleh ingat betul-betul mana yang nak makan pagi, makan petang, makan tengah hari dan makan malam. Tapi aku tak cakap kat dia. Nanti makcik tu merajuk pula dengan aku.

Bila aku check buku rekod dia, bukan doktor yang memeriksa dia setiap kali rawatan. Pembantu perubatan sahaja yang pada aku langsung tak merawat pesakit. Dia cuma sambung je list ubat yang makcik tu makan. 6 jenis sehari selama 10 tahun.

Faktor compliance adalah penting dalam penjadualan ubat terutama kepada makcik-makcik dan pakcik-pakcik. Aku prefer ubat-ubat yang makan sehari sekali ataupun maksimum 2 kali. Senang nak ingat dan pastinya dimakan ikut jadual. Jadi, aku tukar terus ubat makcik ini. Darah tinggi makan sejenis sekali sehari dan kencing manis sebiji 2 kali sehari. Waktu sarapan sekali dan waktu makan malam sekali. Ubat cairkan darah aku berhentikan tetapi ubat kolesterol aku suruh dia makan sebiji sekali sebelum tidur.

Makcik-makcik dan pakcik-pakcik ini manusia juga. Mereka mana nak dengar nasihat orang lain terutama yang lebih muda daripada mereka. Bapak aku sekadar contohlah. Walaupun anaknya seorang doktor. Dia pun jarang mendengar nasihat anaknya. Rokok tetap rokok. Air manis sudah mesti. Jadi, kenalah nasihat sikit-sikit. Jangan asyik nak dimarah je. Kecik hati makcik tu. Kena beri semangat kat mereka walaupun paras gulanya tinggi dan tekanan darahnya tang tu juga. Aku percaya, makcik ni boleh berubah.

Semalam juga ada satu lagi pesakit. Lelaki awal 40-an. Dia ni memang sah ada darah tinggi. Bila dia ke klinik swasta di bandar, doktor pun beri dia ubat darah tinggi. Lelaki ini kerja kilang dengan gaji sekitar RM1500 sebulan. Dia bukanlah tauke besar dengan BMW panjang menjalar. Tapi doktor beri dia ubat yang harganya 5 ringgit sebiji. Macam nak pengsan bila kena bayar bil seratus lebih.

Pada aku, itu tak adil kepada pesakit. Niat memang betul sebab nak beri ubat terbaik kepada pesakit tetapi tak semestinya ubat yang mahal tu sesuai untuk pesakit dan poketnya juga. Kalau gaji 10 ribu sebulan, ubat seratus lebih tu kira okeylah tapi kalau gaji seribu lebih, beri yang 15-20 ringgit cukuplah kan