SURAT DARI SYURGA: Kisah Benar Teoh Beng Hock - 13
Korban Pertama DAP

Kehadapan saudaraku Teoh Beng Hock,

Saya tidak mengenali kamu secara peribadi. Namun sekarang, siapa lagi yang tidak mengenali kamu yang bernama Teoh Beng Hock Wajah kamu yang ceria, wajah pilu tunang kamu dan tubuh kamu yang tersungkur di perkarangan bangunan di mana terletaknya ibu pejabat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor terpahat di dalam ingata semua.

Saya pernah jumpa kamu sekali sejurus selepas tsunami politik 8 Mac 2008 di mana kamu telah bertekad sebagai seorang anak muda cerdas yang idealis dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang kepada reformasi politik tanahair.

Kamu ingin membantu di dalam proses penyuburan demokrasi, kesataraan hak untuk semua, pelaksanaan tadbir urus yang baik, dan tuntutan reformasi dan keadilan. Kamu ingin menjadi sebahagian daripada proses pembaharuan dan transformasi tanahair kami. Kamu ingin memberikan perkhidmatan kepada rakyat melalui jawatan yang kami sendang pemebantu kepada ahli exco Selangor.

Malangnya, cita-cita kamu untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat dikuburkan apabila jasad kamu dirampas daripada keluarga dan sanak-saudara tersayang. Secara tiba-tiba ibubapa kamu kehilangan seorang putera, tunag kami menjadi janda, anak kamu yang belum dilahirkan kehilangan anaknya.

Kamu bukanlah korban yang pertama di tangan pihak berkuasa, ramai lagi daripada pelbagai kaum telah terkorban. Naun demikian, kamu merupakan korban pertama dari kalangan ahli DAP.

Saya masih berasa terkejut dan sedih sehingga kini. Tergamak SPRM sanggup membiarkan seorang saksi yang di bawah

tanggungjawab mereka ditimpa tragedi sebegini. Kami sedia maklum yang agensi-agensi keselamatan di negara kita sememangnya mempunyai elemen jahat yang tersembunyi, namun demikian, perbuatan khianat dan korup masih memberangkan kami!

Walaupun kebanyakan daripada pegawai-pegawai bersifat jujur, kehadiran segelintir kambing hitam sudah memadai untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap agensi-agensi ini. Susah kita hendak percaya bahawa mereka akan bersifat serius dalam kempen menangani gejala korupsi dan rasuah, apatah lagi dalam aspek menjaga keselamatan rakyat.

Persoalan kami kepada pihak polis, kenapa mereka membazirkan duit rakyat untuk menahan pemimpin-pemimpin dan anggota Pakatan Rakyat dan bukannya mengerah tenaga mreka untuk menangani kes-kes jenayah yang semakin berleluasa

Kami juga tertanya-tanya kenapa SPRM sanggup meluangkan 11 jam untuk menyoal-siasat kamu mengenai dakwaan penyelewengan berjumlah beberapa ribu ringit sahaja padahal kamu bukanlah suspek dalam pertuduhan. Lihat sahaja skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang mungkin berjumlah RM12.5 bilion yang diketepikan begitu sahaja Disamping itu, patutkah pihak polis dan SPRM berlagak seoralah-olah mereka adalah senjata politik Barisan Nasional

Namun demikian, saya ingin bertanya, apakah kesalahan kamu sehingga kamu disiksa dan didera sebegini Kamu bukanlah pencuri ataupun penyangak. Kamu hannyalah seorang yang berkhidmat dengan bertanggungjawab dan bercita-cita untuk mengubahkan hala tuju Malaysia!

Persoalan inilah yang membuatkan hati saya terhiris dan terluka!

Namun, masih ada sesuatu yang boleh kita lakukan kita boleh bertekad untuk menghalang tragedy seperti ini daripada berulang!

Kita harus memutuskan bahawa anak-anak muda kita yang cerdas dan berjiwa rakyat tidak lagi terkorban, baik di tangan polis ataupun

SPRM!

Tekad ini adalah tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira umur, bangsa, agama ataupun jantina! Kita mesti membaikpulih institusi-institusi dan agensi-agensi keselamatan Negara kita supaya keselamatan anak-anak kita terjamin!

Namun demikian, pengorbananmu akan kami ingat selama-lama nya. Tanahair Malaysia yang sempurna menjadi idaman rakyat akan kami pegang dan ssemat di hati. Kami akan bertekad untuk mencari keadilan untuk kamu.

Saudara Teoh Beng Hock, bersemadilah dengan aman dan tenang.

Nota Pengarang: Surat ini diolah daripada rencana Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng yang disampaikan pada 19 Julai 2009 di Petaling Jaya Selangor pada hari pengebumian mendiang Teoh Beng Hock.