DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 13
Aku di Shah Alam masa hal ni jadi. Umur aku 19 tahun. Muda remaja. Kalau tak salah waktu cuti semester tahun dua. Kalau dah namanya cuti semester, maka wajib sangatlah aku menunaikan tanggungjawab sosial melepak di rumah Tat Ang barang 3-4 hari.

Tujuan aku satu je, nak mengeratkan silaturrahim dengan ahli keluarga Tat Ang. Walaupun sebenarnya aku hanya touchdown di rumah beliau untuk tidur dan mandi, sambil menumpang beg dan makan rezeki yang mana ada. Lain dari waktu-waktu itu, aku akan hilang dalam keserabutan Kuala Lumpur hingga larut malam.

Aku baru mandi-mandi dan sedia nak sarapan. Hari tu aku dan Tat Ang dah rancang nak pergi bertenggek kat KLCC sambil usha makwe-makwe. Mana tau boleh sangkut yang lawa-lawa, boleh juga ajak pergi minum teh tarik kat Pelita sambil pekena sup kambing. Sekiranya tak ada makwe lawa yang sangkut, back up plan adalah menelefon kutu-kutu lain sekitar Kuala Lumpur untuk mengajak mereka menonton wayang bersama.

Siap je aku berpakaian, aku tengok ada dua missed calls kat handphone Erricson T28 aku. Nombornya ciput je, +0301.

Aku rasa ni mesti kerja budak-budak darjah tiga kat Vietnam main tekan-tekan nombor ikut suka hati. Lepas pula ke nombor aku. Lantaklah! Aku fikir simple.

Siap aku pakai baju, handphone aku berdering-dering. Nombor +0301 lagi. Aku angkat

Ini Pak Junaidi kah sayup aku dengar suara bernada orang tua berbangsa Indonesia di corong speaker handphone. Bukan. Salah nombor! Aku hang off.

Tat Ang tengah mandi dah hampir sejam. Aku turun bawah lepak-lepak sambil berborak dengan makcik beliau yang juga tinggal di situ. Baru nak mula berborak handphone aku bunyi buat bising lagi.

+0301. Nombor tadi juga. Aku angkat. Soalan sama. Ini Pak Junaidi ya Aku jawab pun sama. Bukan, salah nombor!

Tak lama dalam 4-5 minit lepas tu, handphone aku bunyi bising lagi. +0301. Nombor tadi juga.

Itu jam aku jadi hangin seluruh badan, tapi masih cuba kawal keadaan. Akal jahat aku pun datang menderu-deru. Aku mahu jawab sikit

Pak Junaidi ya Mamat Indonesia tu bertanya lagi dengan curios.

Ohh..mau cakap sama Pak Junaidi ya Pak Junaidi enggak ada. Dia sedang enak berak di jamban. Aku bercakap ala-ala Mamat Indonesia yang kerja buruh buat Supermarket TF.

Ada hal penting pak. Saya mahu bercakap sama bapaknya Junaidi, saya saudaranya dari Surabaya. Mamat Indonesia itu bernada terdesak.

Aku Rasa Bersalah Beb!

Boleh aja sampaikan pada saya pak. Nanti saya sampaikan sama Pak Junaidi ya Aku balas tanpa menunjukkan apa-apa perasaan.

Tup! Talian putus.

Aku senyum-senyum. Gaya lakonan mantap!

Treettt trettt treettt. Handphone berbunyi lagi. Aku tengok nombor sama. Aku biar sikit lagi. Agak lama baru aku jawab. Saja aku nak main psiko sama mamat Indonesia ni.

Pak Junaidi ya Suara curios dan cemas macam tadi juga.

Iyyyaaa..Junaidi di sini. Mau ngomong apaan Aku menyamarkan diri jadi mat Indonesia.

Aku ni, Siduarjo. Lekas pulang Junaidi! Ibumu mati lemas di sungai. Pulang segera Junaidi! Tup! Talian putus.

Badan aku diserang seram sejuk tak ketahuan. Aku terkedu. Aku diserang rasa berdosa. Ya Tuhan, ampunkan aku!

Treett treett treett

Treett treett treett

Aku tak angkat langsung dah. Aku tak pasti apa yang patut aku cakap pada Siduarjo.

Kejadian hari itu amat mengganggu jiwa nurani aku sampailah sekarang.

MORAL: Jangan bergurau tak tentu hala!