Begitulah respons isteri saya ketika saya meminta pendapatnya berkaitan tawaran menjadi Pengetua di Kolej Kediaman Pertama atau lebih dikenali sebagai ASTAR.
Kolej yang tertua dan yang pertama dibina di perkarangan Universiti Malaya (UM) pada tahun 1959 ini adalah asrama bagi hampir 830 orang pelajar-pelajar UM yang kebanyakannya terdiri daripada para pelajar fakulti undang-undang, perubatan, pergigian, kejuruteraan, alam bina dan lain-lain.
Tawaran menjadi Pengetua ini sebenarnya datang secara mengejut pada penghujung tahun 2014. Saya dipanggil dan dimaklumkan tentang perkara ini oleh Timbalan Naib Canselor bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni pada ketika itu, Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof yang juga pensyarah subjek biokimia saya semasa saya menjadi pelajar pergigian tahun pertama pada tahun 1998 dan 1999.
Sememangnya saya merasakan yang saya tidak bersedia untuk menggalas tanggungjawab selaku Pengetua asrama pada ketika itu kerana merasakan diri saya terlalu muda dalam masa yang sama sedang memberikan fokus kepada bidang kraniofasial yang baru secara rasminya ditubuhkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Walaubagaimanapun, ASTAR juga tidaklah terlalu asing bagi saya kerana saya pernah menjadi felo atau penyelia pada tahun 2006 sebelum saya melanjutkan pengajian bidang kepakaran saya ke Hong Kong. Pada ketika itu, Prof, Madya Dr. Sabri Musa adalah pengetua ASTAR, dan saya akui beliaulah antara orang yang banyak memberikan dorongan kepada saya sepanjang saya belajar dan berkhidmat di Universiti Malaya
*********************
Saat-saat Pertama
Tidak kira ke mana hala tuju perjalanan hidup ini, jangan dilupa tempat asal usul kita. Surat bertarikh 19 Disember 2014 yang saya terima betul-betul membuatkan hati saya menjadi gusar dan tidak tenang. Sejujurnya, tidak pernah saya sangka yang pada suatu hari nanti saya perlu menjadi seorang Pengetua di salah satu kolej kediaman di Universiti Malaya, apatah lagi Kolej Kediaman Pertama yang merupakan kolej tertua dan bersejarah di universiti ini.
Tiada siapa yang boleh meramal masa depan dan mungkin tanggungjawab ini hanya seketika sahaja. Walaubagaimanapun saya percaya dan yakin yang tanggungjawab ini sebenarnya ujian dan peluang yang Allah berikan kepada saya untuk berbuat baik dan memberi semula selepas diberi peluang kedua untuk bangkit daripada fasa kegagalan dalam hidup saya.
Hidup saya sebagai pelajar bermula di Kolej Kediaman Kelima di mana saya menginap selama 8 tahun, kemudian di Kolej Kediaman Pertama selaku Felo selama setahun sebelum menjadi pelajar perubatan semula dan menginap di Kolej Kediaman Keenam. Sememangnya, Universiti Malaya telah menjadi universiti kehidupan untuk diri saya.
Hari pertama saya disambut gembira oleh kakitangan kolej yang telah lama saya kenali sejak tahun 2006. Selaku Pengetua saya akan dibantu oleh 5 orang Felo yang salah seorangnya sahabat saya Hazren Mohd yang juga adalah bekas Presiden ASTAR semasa saya menjadi Felo di sini daripada tahun 2006 hingga 2007, dan seorang lagi felo, Hairolnezam yang adalah rakan saya semasa di Kolej Kediaman Kelima dahulu.
Saya juga ingat lagi pada hari pertama saya sempat ke kantin asrama dan berjumpa beberapa senior-senior kolej untuk berkenal-kenalan. Salah seorangnya adalah Adibah Farliyana, seorang mahasiswi yang berkarisma dan amat passionate di dalam bidang yang beliau ceburi, Shamil Arif, Presiden pelajar ASTAR, Putra Irwan Shah, timbalan presiden pelajar dan juga seorang pelajar perubatan yang sangat peramah serta berkebolehan tinggi dalam bidang seni, Allahyarham Zaman Ismail.
Pemergian arwah Zaman Ismail secara mengejut pada 8 Januari 2016 sememangnya memberikan kesan yang mendalam kepada saya selaku seorang abang yang menjaga adik-adiknya yang lain.
Semoga roh arwah tenang di sana. Al-Fatihah.
*********************
Pesanan Naib Canselor, Guru Saya
2 Oktober 2015, saya menerima kunjungan daripada Naib Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Profesor Dr. Mohd Amin JalaIudin di Kolej Kediaman Pertama sejurus selepas selesai solat Jumaat. Beliau ialah seorang pakar bedah ENT, yang juga adalah guru saya semasa saya menjadi pelajar perubatan dahulu. Seorang yang sangat merendah diri, mudah didekati, mengambil berat tentang masalah-masalah pelajar dan juga tinggi ilmu pengetahuannya.
Sebagai seorang doktor, beliau sering mengingatkan kami pelajar-pelajar perubatan untuk sentiasa mengutamakan pesakit sama ada semasa menuntut ilmu mahupun apabila menjadi seorang doktor pada suatu hari nanti.
Saya masih ingat peringatan beliau kepada saya apabila mengetahui yang saya adalah pelajar perubatan yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
Firdaus, where do you live Are you staying in Kolej Ibnu Sina Kolej Ibnu Sina adalah asrama kediaman untuk kebanyakan pelajar-pelajar fasa klinikal kursus perubatan yang terletak betul-betul di belakang Pusat Perubatan Universiti Malaya.
No Prof. Im married with 3 children so I stay with them in Kota Damansara.
Be near to your patients because youre now married to the profession, your family is secondary.
Saya terdiam sahaja. Walaupun nasihat beliau mungkin tidaklah bermaksud untuk mana-mana doktor mengabaikan ahli keluarga sendiri, dan saya sendiri pada mulanya tidak bersetuju dengan ungkapan tersebut, tetapi semakin lama saya berkecimpung di dalam bidang kraniofasial yang memerlukan saya memberikan rawatan kepada pesakit kanak-kanak di samping memikul kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa mereka, saya secara peribadi merasakan ada betulnya nasihat guru saya. Atas nasihat beliau, saya tinggal di Kolej Ibnu Sina pada tahun akhir pengajian kursus perubatan. Dan beliau jugalah yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang Pengetua di Kolej Kediaman Pertama sekarang.
If a doctors life is of no value to his patients, then it is of no value to himself too.
*********************
Pertama Selamanya
Saya sukakan segala-galanya tentang ASTAR. Pelajar-pelajarnya, felo-felo saya, kakitangan kolej, kedai makan dan kedai runcitnya, pokok-pokok besar yang seusia dengan bangunanbangunan ala kolonialnya. Segala-galanya.
Secara jujurnya terasa terlalu cepat masa berlalu semasa saya berada di sini. Walaupun adakalanya saya berhadapan dengan isu-isu pelajar yang unik dan di luar kebiasaan, saya tidak pernah merasakan ianya sebagai satu bebanan.
Kunjungan pelajar ke rumah pada waktu malam untuk meminta nasihat samaada ketika berhadapan dengan masalah akademik ataupun peribadi telah menjadi kebiasaan. Selain e-mel, direct message dan surat, ada juga kes-kes yang melibatkan aduan yang saya terima melalui whatsapp. Semuanya saya terima dengan hati yang terbuka.
Awak, ada WhatsApp message lah. Kejut isteri saya.
Pukul berapa ni ya
Pukul 2.30 pagi. Takut ada emergency ke budak-budak ni, kata isteri saya.
Saya pun mencapai telefon bimbit dan buka WhatsApp message yang baru masuk.
Master, saya rasa kolej kita ini banyak nyamuk lah. Mesej yang tertera pada telefon bimbit saya.
Bermacam-macam kerenah pelajar-pelajar yang saya hadapi sejak menjadi pengetua di ASTAR ini. Ada student yang betulbetul menjaga tutur bicara, berakhlak tinggi, appreciative, menghormati orang lain dan pandai berdikari. Ada juga yang sebaliknya. Dan adakalanya, sesetengah pelajar dengan sifatsifat yang sebaliknya ini meluahkan perasaan dengan kata-kata kesat, sarcasm, mencaci pihak-pihak lain dengan pelbagai cara seperti dengan meninggalkan nota, bercakap kasar, memaki hamun dan juga meletakkan status yang kurang enak dibaca di ruangan sosial.
Secara peribadi, saya berpendapat setiap tindak-tanduk seseorang individu mencerminkan keperibadian, akhlak dan didikan yang diterima sejak kecil. Tidak mustahil suatu hari nanti apabila mereka telah matang ataupun berada di posisi yang memerlukan sikap tanggungjawab, akan berasa malu dan menyesal dengan tindakan yang mereka lakukan tanpa berfikir panjang pada hari ini.
Pada musim perayaan Aidilfitri tahun 2016, sejak daripada hari pertama Syawal, saya dan keluarga buat pertama kalinya berada di ASTAR dan hanya balik hari ke rumah ibu bapa dan kampung halaman untuk berada dekat dengan pelajar-pelajar yang tidak pulang ke kampung sama ada atas sebab peperiksaan ataupun terlalu jauh.
Apa yang menggembirakan saya sekeluarga ialah, sejak 1 Syawal, saya tidak putus-putus menerima kunjungan di rumah pengetua dan juga ucapan Aidilfitri daripada pelajar-pelajar yang tidak bercuti terutamanya daripada pelajar-pelajar bukan beragama Islam dan juga daripada pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak. Ada juga pelajar berbangsa Cina yang meninggalkan buah tangan di pintu rumah saya. Gesture seperti ini sememangnya tidak saya harapkan tetapi amat saya hargai dan menyentuh perasaan.
Sebagai seorang pensyarah, abang dan adakalanya seorang bapa yang pernah melalui zaman suka-duka remaja seperti mereka pada suatu ketika dahulu, saya cuma boleh memberikan mereka guidance dan platform untuk mereka mengenali diri sendiri di samping mengoptimumkan potensi dalam diri masing-masing serta berdoa agar mereka menjadi profesional-profesional yang beradab, beretika dan berjaya pada suatu hari nanti.
Mesej saya kepada mereka;
To all ASTARIANs, while youre in campus, take the opportunity to optimize your potential, learn as much as possible, enjoy campus life, learn to make mistakes, take responsibility and at the same time always remember to embrace and respect each other.
People come and go, whether youre a college master, a fellow, or a student. But there will be one ASTAR, the same old First Residential College, standing as strong as that huge Banyan Tree near our netball court, which has become a symbol and maybe even a silent teacher and has taught all Astarians to remember that our strength always come from our deepest roots.
To those who will be leaving ASTAR in the future, we would love to see you come back; and give back not just to this college but also to the university. For it is in giving, that we receive. To those of you who are still in this beloved place, let us together be part of this family to make ASTAR, to what me and my wife always like to refer as, OUR HOME.
We are ASTARIANs and ASTAR, is ONE.