Sombong tu bapaknya. Kalau ditegur, menoleh hendak tak hendak. Tau-tau anaknya ikut Kristian.
Aku masih kecil, enggan bertanya lanjut. Kisah orang kampung datukku ditatap oleh seluruh rakyat Malaysia. Khabarnya, anak imam yang murtad. Ketika pulang ke rumah wak, aku tidak pernah bertanya. Walaupun teringin sekali melihat bagaimana keadaan kak Aishah yang dikurung di dalam kamar.
Bapaknya imamkan solat terawih di masjid, anak di rumah murtad.
Siapa, Wak Mak Long Jonah, anak datukku yang ketiga menyarung selipar dan duduk di pangkin, sebelah Wak. Wak Mesah, nama panggilan untuk datukku, Hamzah.
Itulah cucunya Imam Tahir.
Aku teringat bebelan Shuhada tahun lalu. Di Kuala Lumpur sahaja pendaftaran murtad meningkat dengan kadar 3000 orang. Aku berkira-kita, masuk tahun ini 516 orang telah murtad. Kak Aisyah bukan kes pertama. Sebelum ini beratus-ratus juga tetapi diselindung atas nama perpaduan kaum. Mengikut Jabatan Statistik dan Perangkaan, tiga tahun selepas kelahiranku iaitu 1989, 4776 orang Melayu memohon pendaftaran menukar nama Melayu kepada bukan Melayu kerana keluar dari Islam. Kenapa cerita di kampung kami yang digembar-gemburkan Adakah kerana namanya Aishah, seperti isteri Rasulullah. Tetapi kak Aishah tidak dipanggil Aishah. Nama timangannya Intan. Intan yang kini dipeluk setan.
Isu kak Aishah semacam menyimbah suatu kesedaran bahawa pemikiran dan jiwa Melayu yang lemah sedang terancam. Mengalahkan ketika Inggeris datang dengan mubalighnya. Mengalahkan ketika Tanah Melayu di jajah Jepun Shinto yang kini telah menjadi hantu di kampung kami.
Kak Aishah 25 tahun. Telah dewasa. Hafaz Yasin, hafaz surah Sajadah. Bukan seperti kami yang masih merangkak mengaji. Disebat ibu sehingga punggung berbisa pun masih malas mengayuh basikal ke rumah ustazah. Tetapi burukkah Islam pada mata kak Aisyah Sehingga tidak ada lagi rasa cinta pada Allah. Ah, mungkin ada pengalaman yang mendukacitakan sepanjang bergelar Muslim. Mungkin dianiaya Muslim lain sehingga hatinya hancur luluh lalu mogok kepada Allah. Mungkin dirasuk Jin Kristian, terminum holy water yang dijampi sehingga pecah ubun-ubun, kata orang. Apa pun, kami tidak tahu kuasa cinta. Cinta yang menguji hamparan iman dengan duriduri emosi di luar kawalan inderawi. Itulah kak Aishah, salah seorang gadis Melayu-Islam yang kecundang dalam perangkap cinta.
Keterlibatannya dalam gerakan Islam di ITM sia-sia. Pendedahan Islam yang banyak sehingga mampu membentes hujah Bible sia-sia. Air mata Imam yang telah dipandang serong orang kampung itu sia-sia. Masuk TV, keluar radio dan akhirnya harapan itu tenggelam dalam kehancuran helaian akhbar. Malaysia negara Islam konseptual. Kak Aishah dilindungi undang-undang sivil. Undang-undang syarak mengucapkan selamat tinggal kepada kedukaan umat Islam Malaysia.
Malaysia bukan negara Islam. Getus Shuhada tibatiba, penghujung tahun lalu.
Agama rasminya Islam, maka negara Islam. Kita juga menyertai persidangan OIC. Itu sahaja yang aku tahu.
Majlis rasminya Islam. Contohnya macam baju kita ni, luarnya baju kurung sekolah. Tapi sekarang kita duduk dalam tandas ni, berbual. Mak bapak kita tahu kita pergi sekolah. Semua orang tahu kita pelajar sekolah. Kita sendiri ponteng kelas. Jiwa dan tubuh kita telah keluar dari kelas. Begitu.
Tetapi kita masih tetap di sekolah. Maka, orang Islam yang jiwa dan tubuhnya telah keluar dari Islam, maka dia tetap di bawah naungan Islam, seperti kita terperuk di bawah naungan bumbung sekolah Aku semacam bebal.
Kita ikut acara rasmi. Orang berhimpun pagi, kita berhimpun pagi. Cikgu buat maulidurasul, kita makan sekali. Majlis penyampaian hadiah esok, kita sertai juga. Begitulah Islamnya negara cuma pada acara rasmi seperti perlantikan sultan, merasmikan parlimen, dan cuma sekadar tertulis pada helaian bercetak. Urusan politik, ekonomi, gaya hidup tidak mengikut syariah. Shuhada bosan menerangkan.
Rukun negara kan cuma kata Percaya kepada Tuhan. Maksudnya asal percaya, sudah lengkap dasar kerakyatannya. Aku teringat lukisan mural dinding sekolah yang ditengah-tengahnya tertulis kalimat Rukun Negara.
Shuhada bangun. Tangannya disilang ke belakang, dia berjalan mundar mandir di hadapanku. Lagaknya seperti peguam bela. Bilik persalinan di dalam tandas itu adalah sebuah dewan mahkamah yang besar baginya. Di dalamnya ada dua orang murid yang lari dari taklimat majlis penyampaian hadiah akhir tahun. Dua orang murid itu salah seorangnya menjadi peguam. Seorang lagi audien. Dinding sebagai pesalah dan Syiling sebagai hakim.
Apabila berlaku pertembungan antara hukum syarak dengan undang-undang sivil, undang-undang syarak akan terbatal. Artikel 4 pula menyatakan Mana-mana undangundang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak.
Hurm. Aku angguk.
Hei, Cikgu Normah cari. Kalian ada resepsi untuk majlis penyampaian hadiah. Kita kena berlakon ambil hadiah dari cikgu. Supaya esok majlisnya lancar. Anne mengerut kening. Mungkin terasa diganggu kerana ditugaskan Cikgu Normah untuk mencari kami.
Wafa di belakang Anne diam. Mungkin kerana dia satu-satunya sahabat kami yang tidak akan naik pentas esok hari. Shuhada akan ambil hadiah murid terbaik seluruh mata pelajaran. Aku Kajian Tempatan dan Anne, penerima penghargaan aktiviti kokurikulum. Wafa mengucapkan yang dia teringin sekali ingin cemerlang Pendidikan Islam, tetapi ditewaskan berpuluh pelajar lain. Wafa sekadar menjadi bahawa ketawa kami, anak-anak yang tidak mengerti.
Omelan terakhir Shuhada sebelum dia berpindah sekolah sekadar bermain di fikiranku. Tahun ini aku cuma boleh senyap. Anne duduk di kerusi paling belakang, jauh denganku. Sementara kami di kelas pertama, Wafa di kelas kedua. Aku sering curi-curi bertemu dengannya semasa pertukaran waktu antara mata pelajaran. Di darjah enam ini, Cikgu Normah meletakkan aku tepat di hadapan meja guru. Sebulan kemudian dia mengatakan,
Tahun ni Hanim akan dapat hadiah khas, murid paling senyap dalam sekolah. Menyindir.
Oleh kerana aku sudah tidak berteman, cerita tentang orang kampung datukku akhirnya tenggelam di bawa hembusan angin Selat Melaka. Ketika itu aku tidak merasakan, bahawa ia akan hadir semula seperti ombak yang menyambar pantai. Dan menghanyutkan seorang teman yang aku kenali.