SEMBANG TEPI JALAN - 13
9Febnuni2007 Kematian adalah permulaan untuk sebuah kehidupan yang abadi. Betulkah Bukankah kita masih belum mati lagi, bagaimana untuk kita tabu Kalau begitu, tunggu apabila dah terputus perhubungan dengan dunia - kita akan sama-sama tahu nanti. Kita perlu mcncintai mati seperti kekasih dari dunia yang lagi satu yang sering menggamit mengajak kita pulang ke pangkuannya. Itu misteri melebihi hebatnya misteri segitiga Bermuda yang masih belum tersingkap ceritanya. Apa ramuan untuk mencintainya Bukan kerana takut, bukan kerana terpaksa, bukan sebab apa-apa. Jadikan ianya satu amanah untuk menerima ketentuan yang sudah sebegitu sejak azali. Orang yang beriman sering merindui mati. Itu yang diperkatakan. Aku setuju walau sering berkecuali dalam banyak hal. Subjek iman itu sendiri subjektif dalam hukum dan pengertiannya. Secara kesimpulannya, kita tidak akan tahu siapa yang dicinta dan dikasihinya. Mudah-mudahan akan tergolonglah kamu di dalam golongan yang itu. Kita manusia sering terpesona dan tertipu dengan tipu daya permainan dunia yang berkehcndakkan itu ini. Ibu aku sudah 82 tahun. Masih sihat dan tenang dalam menghadapi hari-harinya. Tanggungjawab kita untuk lebih memahami kehendak dan kemahuannya dan aku merasa perlu untuk duduk di dalam kelompok yang bertanggungjawab terhadap kehidupan ibu aku. Aku lahir dari benihnya. Bukankah itu bukti wujud kejadian yang maha nyata