SUATU HARI NANTI MANUSIA AKAN MELUPAKAN TUHAN - 13
Isa...

Isa...

Sinar suria (sudahlah Dataran Pembebasan maha tandus kawasannya) menyilaukan pagi. Dia memanggil Isa berkali-kali tetapi masih tidak berjawab. Jujurnya dia lapar dan mahukan Susu Kambing seperti semalam.

Jujurnya dia bersalah, dan ingin meminta maaf atas kecabulan perilakunya semalam.

Isa...

Pemuda yang dicari-cari Razief muncul di hadapan pintu; dia hanya memakai seluar lusuh kerana satu-satunya helaian baju kepunyaannya tergantung di bahu Razief. Peluh mencumbui badannya, ada lingkar kain putih yang terlilit di kepalanya. Isaiah kelihatan sungguh penat. Lencun badannya turut merajai seluar nipisnya.

Isa.

Kenapa

Pintu rumahnya ditutup perlahan; terus dia menuju ke kawasan dapur rumah sebelum ditahan Razief.

Aku ... aku ... Isa, aku ...

Kenapa ...

Aku... minta maaf.

Aku nak ke dapur... kita bersarapan nanti.

Cynthia.

Cynthia cantik orangnya; tidak terlalu tinggi dan

tidak terlalu rendah. Tidak terlalu pemalu dan tidak terlalu liar. Tidak terlalu pintar dan tidak terlalu dangkal. Pendek kata, Cynthia itu molek dimatanya. Panjang kata, dia ingin menyunting Cynthia untuk dijadikan wanita yang halal di mata Alif Lam Lam Ha.

Isaiah masih ingat ketika dia bertemu Cynthia di pantai; gadis itu selalu memberontak dan akan mencuricuri keluar untuk ke pantai. Mungkin Cynthia sukakan pemandangan yang damai dan keindahan pesisir yang memutih; atau barangkali Cynthia sebenarnya bertandang hanya untuk mengintai Isaiah di saat bot kecil milik pemuda proto-Human mendarat di jeti. Waktu itu, Isa masih lagi seorang nelayan (ah, sekarang pun dia masih lagi seorang nelayan; pencerita ini, suka berputar-belit!) dan Cyn masih lagi seorang gadis misteri yang selalu ada di pesisir.

Cynthia, gadis pesisir.

Kenapa kamu sukakan aku, Cyn

Cyn tunduk.

Pipinya merah. Kuntuman senyum cuba disembunyi dengan keikalan rambutnya. Petang itu bayu pantai berhembus kencang; mungkin sedang meraikan cinta dan rindu dendam.

Isa, aku jatuh cinta setelah aku renung matamu dalam-dalam.

Mata

Iya. Matamu, Isa. Matamu, takkan pernah tua,

takkan pernah hilang bara cintanya.

Sebulan selepas itu Cynthia berkahwin dengan pasangan pilihannya, Bill. Bill bukan seorang nelayan. Bill kaya malah sungguh rupawan. Cynthia yang dahulunya jatuh cinta dengan keindahan mata Hazel Isa, kini sudah jatuh cinta dengan keindahan harta pusaka Bill yang tidak terkira. Ah, manusia jenis itu sememangnya dicipta untuk berpura-pura, sebelum mengambil kesempatan dia atas kebaikan (dan cinta) orang lain. Namun dia terpaksa bersetuju dengan hati kecilnya, bahawa Bill itu selayaknya menjadi milik Cynthia. Mereka berdua sama-sama padan, sama-sama neo-Human!

Ah!

Pergelangan tangannya terlanggar gelas yang dipenuhi susu kambing; habis tumpah susu ke lantai, habis berderai kaca yang berantakan. Seremuk hatinya barangkali.

Seremuk hati kacanya, bagai dihempas ke batu berkali-kali!

Isa... Kamu... okay

Diam! Kau jangan sibuk! Neo-Human semuanya sama! Diam!

Cynthia kini janda beranak tiga. Bill berkahwin dengan seorang foreigneo dari Bosnia. Isa masih lagi seorang nelayan.

***

Kuih lapis.

Ada sesuatu mengenai kuih lapis yang menjadi kegemarannya. Barangkali rasanya yang lemak-lemak manis. Barangkali rupanya yang indah berlapis-lapis. Barangkali itulah sahaja kuih yang dia tahu mengadun uli. Barangkali kuih lapis itu mengingatkannya kepada dataran asal tanah ini sebelum neo-Kuala Lumpur tercipta.

Empat belas melintang jalurnya; semua negeri dalam Malaysia.

Sebak.

Cincip, aktifkan air-car milikku. Juwita menelan potongan terakhir itu.

Dia bukan sahaja wanita berkerjaya; tetapi wanita yang kendiri. Kali ini dia memandu air-car tanpa bantuan peranti artificial intelligent, Cohedron. Dia berbeza dari Tinta Pujangga yang memerlukan sepuluh pemuda sasa untuk menyanjungnya dengan arakan tandu titanium.

Juwita bukan seorang sejarawati; dia saintis yang selesa melakukan rutinnya sendiri.

Tujahan daya air-carnya itu membawa Juwita ke Kempleks Pertahanan; di sana dia sudah dikhabarkan bahawa Jaafar dan Pujangga sudah lama menunggu. Entah bagaimana Pujangga dan Jaafar mampu bertahan di dalam bilik yang sama kekal menjadi misteri kepadanya. Mungkin mereka tidak seperti pemimpin proto-Human dahulu yang mendasari kepentingan dan agenda peribadi dalam pentadbiran negara.

Sampai terjual sudah, bumi dipijak milik orang.

Pujangga, Jaafar, khabarkan aku dalangnya!

Wanita besi, Srikandi MahaMencipta Mama Juwita membelah ketegangan nuansa bilik persidangan dengan karismanya. Saintis ulung itu tidak mahu berbasa basi dengan isu picisan; dia ingin tahu dalang di sebalik serangan sial yang cuba menggoyah neo-Kuala Lumpur tadi. Malah megalopolis itu sedang dibaik pulih oleh gerombolan polis Cyborg yang mampu bekerja melebihi had daya neo-Human biasa.

Srikandi MahaMencipta yang mencipta!

Srikandi.... ini kerja jahat Kesatuan Isratin! Jaafar bangun sebagai tanda hormat akan kehadiran Mama Juwita, juga tanda protesnya kepada Tinta Pujangga kerana Laksamana Jaafar tidak pun berdiri menyambut ketibaanya. Pujangga mencebik.

Apa mahunya, Jaafar

Khabarkan pada kami, Jaafar. Pujangga mencelah, ini peluang terbaiknya.

Delegasi kepimpinan ketenteraan neo-Human sudah beredar untuk ke avenue masing-masing. Mereka terapung-apung di atas air-glider sebelum meluncur laju meninggalkan trio aristokrat yang kelihatan semakin tegang.

Ini berkaitan persidangan World United yang lalu

...

Kamu menyalahkan aku, Jaafar

Jaafar menggenggam hulu pedangnya.

Pujangga, biar Jaafar selaku Laksamana menerangkan dulu ...

Dasar campur tangan antarabangsa; itu yang mereka mahukan. Mereka mahu kita membuka pintu pagar dataran kepada mereka, kononnya demi meraikan hak asasi manusia, keamanan dan kebebasan sejagat.

Maksudmu Jaafar Mereka ingin kedaulatan tanah ini dikongsi-kongsi

Bukan begitu maksudku, Juwita. Kesatuan Dunia mahu kita lebih bebas, moderat dan tidak radikal ketika memperihalkan isu kemanusiaan sejagat.

Suasana kian tegang.

Penghabisan ayat Laksanama Jaafar disambut dengan kegelapan yang datang secara tiba-tiba. Satu monitor maha besar terbentuk daripada dinding dewan persidangan tadi. Suasana lengang; mereka bertiga seolah-olah tahu ancaman yang bakal tiba membeban di bahu tua mereka. Satu titik terbentuk daripada skrin mega itu.

Satu titik neon.

Titik itu membesar dan remuk; lalu menyusun menjadi suatu lembaga yang besar. Lembaga itu memakai seragam diraja dengan jubah yang ditenun oleh karyawan neo-Kuala Lumpur. Lambakan titik neon itu kini rancak bergabung pantas, membentuk satu susuk yang nyata.

Lembaga itu terbina daripada pancaran titik neon; terbentuk sehingga menjadi jasad manusia.

Teknologi ini dinamakan ProHologram (Projective Hologram); iaitu sistem kognitif susunan titik-titik neon yang akan membentuk 4D hologram dan mempunyai kepintaran tersendiri. Kecanggihan ini membolehkan pemiliknya berada lebih dari satu tempat dalam masa yang sama. Kepintaran ini ditunjangi selepas Mama Juwita dan Cincip berjaya menyusun atur setiap binaan manusia lantas menjadikannya satu acuan untuk mengepalai teknologi ProHologram. Lembaga itu mula siap terbentuk.

Tuan Pemerintah.

Ampun Tuanku, mereka bertiga berlutut patuh dan mula menyembah Tuan Pemerintah.

Bangunlah. Tuan Pemerintah mula bersuara.

Satu titik neon; kini telah menjadi Tuan Pemerintah.

Adapun di hadapan aku ini, bukan calang-calang ciptaan semuanya. Tinta Pujangga, kepimpinanmu menandingi ilmuan seluruh dunia; Mama Juwita, kamu saintis dan pencipta yang unggul; dan kamu Jaafar al-Hussien, masakan kita lupa keberanian kamu berperang dengan askar proto-Human pada zama Malaysia dahulu sehingga licin mereka dilibas pedang kamu Adapun di hadapann aku ini, bukan calang-calang ciptaan semuanya.

Mereka bertiga masih tunduk dan patuh.

Sesungguhnya aku tidak layak berasa kecewa; kerana perbarisan jajahan ini adalah di antara yang paling sempurna di dunia yang tidak bertuhan ini. Namun amarahku marak bukan kepalang hari ini; mahu sahaja aku runtuhkan singgahsana tempat aku bersemayam kerana terlalu amuk riwayatku melihat kedaulatan kita tercabul dengan tibatiba! Tidak pernah aku rasa hina sebegini rupa! Khabarkan aku!

Pujangga mahu mengatakan sesuatu, Juwita melarang. Jaafar ke hadapan. Suasana lengang.

Ampun Tuanku, aku ini Laksamana Jaafar al-

Hussien. Kendatipun kita dicabul oleh undang-

undang antarabangsa, kecanggihan teknologi ketenteraan membolehkan kami mengawal serangan dan memusnahkan kesemua ancaman yang datang dalam masa yang cukup singkat. Malah pasukan kami juga berjaya menemui dalang serangan ini, tidak lain dan tidak bukan - Kesatuan Israel dan Palestin.

Tuan Pemerintah diam. Matanya merah menyinga. Pujangga bingkas bangun.

Ampun Tuanku, aku ini Srikandi MahaUsaha

Tinta Pujangga. Adapun pencabulan ini cukup meremukkan hati kita semua, maka aku bersumpah demi galaksi yang tidak berTuhan ini, kita tidak akan tunduk; malah bangkit untuk mempertahan daulat negara kita. Kerana apalah ertinya kita menjadi lembu yang dicucuk hidung di atas nama globalisasi. Sesungguhnya aku akan tampil ke persidangan dengan daulat yang lebih unggul, takkan sekali-kali bacul! Ampun Tuanku.

Wajah Jaafar kelat. Mama Juwita kini datang menghadap.

Ampun Tuanku, aku ini Srikandi MahaMencipta Mama Juwita. Ketakutan aku kepada tragedi dahulu selalu menjadi medan untuk aku mengasah daya cipta; maka aku ini di dalam satu perkembangan untuk menghasilkan senjata dan sistem pertahanan yang tak terkalahkan. Malah aku juga sedang melakukan dokumentasi untuk mengumpul segala juzuk kita semua untuk mencapai kunci imortaliti. Demi sains; yakni Tuhan sembahan aku, jika hasil tukangan aku ini berjaya Tuanku, maka mati itu semestinya suatu

perkara yang mustahil untuk menjamah juzukjuzuk kita. Ampun Tuanku.

Satu titik neon; kini Tuan Pemerintah.

Wahai Pujangga, Juwita dan Jaafar Perahu bertutup dengan daun, penuh sara berisi lokan; kalau hidup seratus tahun; sepanjang hayat aku nantikan!

Mereka bertiga masih tunduk dan patuh.

***

Ayah dan ibumu, apa masih lagi hidup Buhaira menyuap cebisan roti yang dicelup ke dalam minyak zaitun perlahan-lahan. Dua orang pemuda yang duduk dihadapnnya kelihatan sungguh berbeza; seorang itu berkulit putih, berbadan sasa dan berwajah keliru, seorang lagi berbadan kurus, berkulit sawo matang dan sedari tadi raut wajahnya kelihatan masam mencuka.

Ibuku. Ibuku masih lagi hidup, Tuan Buhaira

Cukup hanya dengan memanggilku Buhaira. Kamu itu sudah seperti anakku.

Isaiah masih lagi masam mencuka.

Apa kamu tidak mahu pulang

Apa, Tuan... err Buhaira tidak suka akan kehadiran saya

Ya, memang! Isaiah bermonolog sendiri. Kurmanya terasa begitu pahit saat ini!

Demi Alif Lam Lam Ha, aku lagi suka jika kamu tinggal di sini, Razief.

Aku, aku merindui ibuku, tetapi sebenarnya, aku harus keluar dari sana.

Apa tidak cukup nikmat tinggal di sana Isa mula inginkan kepastian.

Buhaira, Isa, kamu tahu aku ini neo-Human, maka-

Maka kami ini sampah bagimu, bukankah! Isa cepat-cepat menyambung.

Buhaira hanya diam; anak muda, darah panas. Begitulah.

Jadi khabarkan kepada aku dan Buhaira, kenapa kamu memilih untuk bergelandangan di sini

Dengarkan aku Isa, Buhaira. Aku ini tidak seperti neo-Human yang lain. Aku ini, didatangi mimpi!

Mimpi Terangkan perihal mimpi itu, anakku.

Bisik.

Bisik

Ya, bisik, Buhaira, Isa...

Khabarkan bagaimana.

Suatu hari nanti, manusia akan melupakan Tuhan!

Buhaira tiba-tiba bangun, tersentak. Isa masih lagi ternganga, kehairanan.

Kamu, kamu inilah, Razief sebagaimana yang

diberitahu oleh Tinta Pujangga!!!

Buhaira, kamu... kamu kenal akan Tinta Pujangga

Abah, macam mana abah ... abah ...

Buhaira tidak percaya hari yang ditunggu seumur hidupnya semakin menjadi kenyataan.

Isa, Razief, Pujangga pernah menemuiku untuk berbincang tentang jujukan mimpi yang menggangu seorang anak lelaki tokoh ulung neoHuman, Srikandi Mama Juwita.

Itu... itu mama saya!

Jadi... kamu memang sengaja ke sini

Iya... sebelum... sebelum kami kemalangan dan saya telah kehilangan teman saya, Lynn.

Buhaira masih lagi terdiam saat Razief memberitahu akan bisikan mimpinya.

Waktu-waktu malam sebegini, selalunya Buhaira dan Isa akan membaca kalam Tuhan yang hanya tinggal senaskhah sahaja kini. Kalam Tuhan itu dijumpai di dalam timbunan mayat proto-Human yang lain.

Demi Alif Lam Lam Ha, Buhaira tidak akan pernah melupakan tragedi Lupus Tuhan itu.

Laksamana Jaafar al-Hussein telah diarahkan oleh Tuan Pemerintah untuk mencari cebisan dan sisa-sisa Kalam Tuhan sebelum membersihkan dataran neo-Kuala Lumpur. Berbondong-bondong tentera neo-Human dan Assisting Cyborg membantu mengenalpasti catatan-catatan yang terdapatnya kalam-kalam Alif Lam Lam Ha. Tuan pemerintah mahu segala jejak ketuhanan dihapuskan; kerana sejak dua milenia manusia berbunuhan dan menjadi binatang di atas nama agama.

Demi Alif Lam Lam Ha, Buhaira tidak akan pernah melupakan tragedi Lupus Tuhan itu.

Dia berada disebalik timbunan mayat seorang wanita yang hamil; janin wanita itu telah reput dan sebahagian cebisan daging janin itu meleleh ke muka Buhaira. Tetapi dia masih terus diam dan berpura-pura mati. Bau daging yang menusuk hidungnya hampir-hampir memecahkan tembelangnya. Dia tahu jika askar neo-Human menjumpai kalam Tuhan di dalam jubahnya, kepalanya akan bercerai dari batang tubuhnya malam itu juga.

Demi Alif Lam Lam Ha, Buhaira tidak akan pernah melupakan tragedi Lupus Tuhan itu.

Askar neo-Human itu mengumpulkan naskah-

naskah kalam Tuhan di suatu tempat yang terbuka sebelum mengeluarkan zakar mereka dan terus kencing sambil berdekah-dekah ketawa. Fikirnya, mereka telah berjaya menghapuskan jejak-jejak ketuhanan seperti yang telah diperintahkan oleh Tuan Pemerintah. Setelah itu, mereka menyalakan api yang mencucuh timbunan naskah Kalam Tuhan yang hancing lagikan musnah. Semakin marak api menjulang, semakin kuat mereka ketawa, bersahutan.

Demi Alif Lam Lam Ha, Buhaira tidak akan pernah melupakan tragedi Lupus Tuhan itu.

Tragedi Lupus Tuhan itu menjadi tatu di dalam hatinya; berbekas dan tidak akan pernah dilupakannya. Manusia telah menjadi sombong dan angkuh bila mereka sudah mampu mencipta kehidupan seperti mana yang mereka mahu. Dan Tuhan itu semakin lama semakin jauh dari hati mereka; fikirnya Tuhan itu sudah tidak wujud. Tetapi apakah mereka tidak membaca Kalam Tuhan, surah ke 50 ayat ke 16

Demi Alif Lam Lam Ha, Buhaira tidak akan pernah melupakan tragedi Lupus Tuhan itu.

Apakah aku ini, keterlaluan, Juwita

Mereka kini berada di Makmal Keabadian Tenaga kepunyaan Mama Juwita. Keresahan wanita itu yang kehilangan anaknya tidak langsung merencat kesungguhannya untuk bergelumang dalam penciptaan teknologi-teknologi baharu. Tinta Pujangga masih lagi berdiri disebelahnya, khusyuk melihat paparan hologram yang menjadi tempat permainan Juwita.

Pujangga, biar aku hilangkan gundahmu dengan memperkenalkan ciptaan ku.

Baiklah. Khabarkan aku. Biar marahku terhadap kebaculan Jaafar beransur reda.

Ini, aku memperbaharui SCNT.

SCNT Khabarkan aku.

Di dalam bahasa barat, Pujangga; SCNT adalah akronim kepada Somatic Cell Nuclear Transfer.

Somatic cell Maksudmu sel-sel badan kecuali sel pembiakan kita

Iya, betul. Aku mengambil ovum sekunder ataupun oocyte dan aku buang nukleus nya untuk diimplan kepada nukleus penderma pertama sel soma, lalu menghasikan embryo.

Pertama kali ia dicipta

Ah, tentulah bukan. Ini teknologi kuno zaman dahulu, kebiasaannya digunakan dalam Therapeutic and Reproductive Cloning, manakala cantuman sel somanya menggunakan renjatan elektrik. Lalu aku lakukan sedikit improvisasi.

Bagaimana, Juwita

Aku berjaya menyalin maklumat genome neoHuman dan segala memori otak lalu terus memanipulasinya untuk disimpan di dalam satu peranti, iaitu Cakera Prometheus.

Prometheus

Iya, pembawa api dalam mitos kuno Greek.

Lalu Juwita, apa fungsinya Cakera Prometheus

Kakakku Pujangga, masihkah kamu ingat akan

cerita Timur Tengah yang lalu

Ah, kamu sungguh berahsia, Juwita.

Cakera Prometheus ini, untuk kegunaan seperti di dalam Bahtera Nabi Nuh!

Mama Juwita dan Tinta Pujangga saling berbalas renungan.

Ada senyum terukir. Ada misteri tersifir.