BLACK WIDOW - 13
ENTAH kenapa, hati Ayu berdetup-detap semenjak kcbelakangan ini. Dia berasa gementar, lebih- lebih lagi mengenangkan temuduga yang semakin menjelang.

Mengikut rancangan awal, Murad akan datang menjemputnya dan dia akan bermalam di rumah Murad di KL. Esoknya pula dia akan ditemuduga dan Murad akan menghantamya.

Segala-galanya berlaku terlalu pantas. Dia bagaikan hidup sekitar 24 jam kerana setiap kenangan silam masih segar di ingatan. Dia masih dapat merasakan setiap satu detik peristiwa lama, bermula daripada zaman kanak-kanak, zaman pcrsekolahan sehinggalah hari ini.

Wajah arwah datuknya terbayang - seorang lelaki gah yang pernah hadir di dalam hidupnya. Spontan matanya berkaca. Sejurus hatinya mengimbau. Dan dia sedar, betapa kerinduan terhadap lelaki itu menjel94

ma di dalam jiwa.

Pak Dek adalah satu-satunya insan yang paling memahami jiwanya selain daripada teman labah-la-bahnya. Kenangan berpuput hadir, membawa nostalgia dan adunan warna.

Ayu sengih, menarik sekeping gambarnya yang kelihatan menarik. Malah, memang ramai teman- teman yang memuji penampilan wajahnya di dalam potret kerana kata mereka dirinya fotogenik.

Ayu sengih.

Saat ini dia ingat lagi peristiwa dua tahun lepas semasa majlis ulang tahunnya. Malah, buat kali pertama gambarnya dapat dirakam dengan jelas kerana menurut cerita ibu, gambarnya pertama kali jadi semasa umumya lima tahun. Sebelum itu, tidak pernah sekalipun gambarnya menjadi, sama ada filem gelap ataupun kamera rosak dan sebagainya.

Pelik! Ah, semua itu kisah silam yang menarik. Mungkin terjadi secara kebetulan atau mungkin juga kerana sesuatu yang ghaib. Ah, entahlah....

Ayu menyimpan semula gambar tersebut dan terus mencapai baju. Dia meleraikan kemban dan ter-us menyarung baju ke tubuh. Disisimya rambut dan dibeleknya wajah di cermin.

Setelah dipastikan dirinya betul-betul rapi, dia melangkah ke luar. Ayu melepasi serambi, sunyi tanpa suara ibu atau nenek.

Mana mereka pergi

Ayu menjulur kaki, menuruni anak tangga untuk ke laman.

Mentari bagaikan malu, terlindung di sebalik awan tebal yang hitam menebal. Cuaca tampak suram dan bila-bila sahaja hujan pasti turun.95

Ayu meredup mata, menikmati kesegaran tiupan angin yang sepoi-sepoi. Wajahnya terasa segar, rambutnya melayah dibuai angin manja.

Ayu berasa semakin segar. Dia mengatur langkah untuk ke rumah kecil yang pernah diduduki arwah Agus. Dia memang gemar bermain-main di situ. Hatinya terpikat di sana, walaupun tidak semewah vila, tidak secantik mahligai, ketenteraman sedia menanti.

Ayu menolak daun pintu yang tidak berkunci, berkeriut bagai rumah usang berhantu, malah keriutan itu adalah rutin. Ayu mula berasa terbuai, suasana di dalam pondok kecil itu amat memikat.

Di sinilah rahsia perhubungan ibunya dan Agus terbongkar. Ya... satu kisah benar yang amat mencarik hati. Tapi, aku sudah sedia memaafkan mereka.

Ayu bersandar di dinding, merenung sawang labah-labah sebesar dua pemeluk. Sudah sekian lama mahligai benang itu tergantung di sini. Malah, setiap kali Ayu datang, penghuninya turut turun ke tengah. Sawang itu bergoyangan apabila labah-labah hitam yang besar menyusur talian sawang. Tiba di tengah-tengah, sawang berenjutan bagai pantulan spring. Ayu sengih, dan di dalam hatinya mengucap selamat. Diusapnya kepala labah-labah itu dengan jari telunjuk, begitu ramah dan ikhlas.

Di sinilah satu ketika dahulu, arwah Agus pernah tinggal. Di sinilah lelaki misteri itu menjalani sisa kehidupan sehinggalah dia ditemui mati.

Pelik

Ayu bersandar di dinding, melunjurkan kakinya sambil memejam mata. Sepasang mata besar menjelma di dalam igau...96

Kerenahku bak manusia biasa

Wujudnya aku daripada Yang Esa...

Siapa bertanya insan atau haiwan

Bernyawa jua itulah penghargaan

Ayu membuka mata dan segera bayangan mata labah-labah yang besar itu hilang. Naluri labah- labah telah sebati di dalam dirinya. Dia membesar penuh keazaman.

Lahirnya dikerumuni labah-labah, ditemani sehingga saat ini. Dirinya tidak lagi dapat dipisahkan dengan jentolak berkaki lapan ini. Mereka adalah dia, dan dia adalah mereka.

Alam bergegar, langit mula didentumi guruh. Ayu mendongak, menjenguk ke muka pintu dan di luar, cuaca yang sebentar tadi mendung telah pun gelap.

Hari nak hujan! Dia berkata kepada dirinya sendiri. Gelapnya!

Ayu turun ke laman. Mendongak ke langit yang gelap. Mentari entah ke mana perginya, silu tanpa menjengul wajah. Awan hitam berlegar di angkasa, merajai langit, biru sebelum memuntah air jernih.

Kilat memancar, diikuti dentuman guruh. Ayu masih lagi berdiri di laman, seolah-olah menanti hu-jan menimpa tubuhnya.

Di sinilah dia dilahirkan, beberapa tahun yang silam. Ayu melangkah, melepasi pagar yang diperbuat daripada pancang kayu. Di sinilah, menurut cerita Neng Jenab, kambing-kambing peliharaannya berkeliaran. Malah, pondok kecil yang sering didatangi itu adalah bekas kandang kambing.

Ayu menebar pandang. Pokok bunga subur menghijau, memerah dan menguning bergantung-gantungan di hujung tangkai. Beraneka jenis dan rupa, amat 97

menarik dan mendamaikan perasaan.

Tidak pernah Ayu menduga bahawa suatu ketika dulu kawasan itu merupakan tempat menternak kambing.

Guruh menggema lagi dan kali ini disusuli titik hujan. Ayu mendongak dan matanya mula berkerdip mengelak daripada dititiki hujan yang kasar.

Namun, Ayu masih lagi berdiri, tidak ada tanda-tanda beredar. Dia kaku, menikmati setiap butiran yang jatuh apabila sekian detik, daripada titikan menjadi tumpahan dan akhir sekali curahan.

Hujan turun mencurah-curah, dan sekelipan saja baju yang dipakainya lencun. Ayu terketar-ketar, tetap tidak berganjak. Pohon manggis di tepi telaga buta bergoyangan dan daun usang luruh dipukul hujan.

Di keliling rumahnya yang dipenuhi pokok turut berkibaran. Kulit telur yang diletakkan di hujung daun pohon bunga nanas jatuh ke bumi dipukul angin. Ayu berasa pilu, kerana dia ingat lagi pada hari libur, apabila Neng Jenab menggoreng telur atau menjelang Aidilfitri, kulit telur memang sengaja dipecahkan di hujung. Kulit telur itu akan diberikan kepada Ayu untuk disusun di hujung daun pohon bunga nanas itu.

Ayu ingat lagi saat itu!

Hujan semakin lebat dan tingkap telah pun ditutup. Pandangan mcnjadi kabur kerana tempias hujan berselirat sehingga membentuk kabus.

Guruh mencelah. Sekali-sekali langit berdesir dengan pancaran kilat. Ayu semakin kesejukan. Namun, dia masih tetap tidak berganjak. Ditebarnya pandangan ke setiap pelosok laman. Ditenungnya rumah pusaka yang sekian tahun terpacak megah. Sebuah rumah perlambangan; bekas seorang temenggung yang pemah berbakti sepenuh hati. Ayu bangga 98

dengan kewibawaan datuknya.

Entah kenapa saat kebelakangan ini hatinya terlalu mudah tersentuh. Setiap geri silam semakin jinak ber-main di fikiran. Semakin hampir hari untuk berhijrah, semakin sayang hatinya untuk berganjak. Di sinilah, di atas bumi ini dia bermain dan membesar.

Guruh berdentum lagi. Ayu masih tetap di situ, tidak jua berganjak sementara hujan masih menggila.

Di hujung laman, sesuatu yang menyilaukan telah menyentak penumpuan Ayu. Dia menentang cahaya itu, bagai sepasang mata raksasa yang berkilau. Apabila semakin hampir, barulah terserlah tubuh sebuah kereta. Honda Civic kontot generasi pertama tersadai di depan laman.

Murad tersembul, menanjak sekaki payung lalu segera mengembangkannya. Dia segera menghayun pintu kereta dan berlari-lari anak memanjat tangga.

Di muka pintu dia melaung salam.

Ayu senyum, namun kakinya masih melekat di situ. Murad masih lagi melaung, pasti suaranya teng-gelam di dalam baur kebisingan hujan.

Ayu mula mengatur kaki, perlahan-lahan menghampiri tangga. Tiba di belakang Murad, kedengaran dengan jelas lelaki tunangnya itu memberi salam.

Waalaikumusalam! Ayu tersenyum.

Kepala Murad segera berpusing, dan warna kejutan tergambar di mata.

Ayu!

Sejuk! Ayu memeluk tubuhnya.

Apa Ayu buat dalam hujan

Berbual dengan alam! Ayu sengih dan suaranya keluar terketar-ketar.

Tak sejuk ke99

Tak nampak badan menggigil

Itulah... tapi kenapa tak masuk ke dalam, duduk di rumah. Kan hari hujan

Macam mana nak masuk, abang ajak berbual di sini! Ayu mengusik.

Murad mengeluh dan segera dia menjerit sekuat hati.

Waalaikumusalam! Itulah sahutan pertama dan derap tapak kedengaran menuju pintu. La... Murad... masuklah! Neng Jenab sengih. Eh... Ayu pun ada! Kamu orang dari mana

Murad dan Ayu berpandangan kemudian sama- sama menjungkit bahu.100