LELAKI-LELAKI MERBAHAYA - 13
Kau mahukan sesuatu, dan kau mintakan sesuatu.

Aku bancuhkan kau air sebelum tuangkan cuka.

Aku sediakan roti yang dicalitkan bontot kuali.

Sekadar untuk kau rasa masam.

Hanya untuk kau melihat hitam. Dan melafazkan yang itu sudah berkulat, yang ini sudah berulat.

Dan apa yang tinggal, hanya aku.

Untuk dijamah seberapa lama yang kau mahu.