ASKAR BERJALAN KAKI - 13
Inilah Universiti tempat isteriku belajar. Ia adalah antara universiti yang terbaik di Britain. Di sinilah beberapa nama besar di Malaysia telah menjadi penuntut. Sultan Azlan Shah (Sultan Perak), Dato Sri Najib bin Tun Abd Razak dan kerabat Diraja Negeri Sembilan adalah antara beberapa nama yang dapat aku berikan.

Sultan Azlan Shah dikenali sebagai raja yang paling bijak di dunia. Sementara keluarga Diraja Negeri Sembilan adalah keluarga di Raja yang paling berpelajaran.

Universiti ini terletak 40 minit dari asrama di mana isteriku tinggal. Mempunyai tasik yang cukup indah dan mempunyai tenaga pengajar yang terbaik. Burung bangau putih cukup banyak berterbangan di tasik dan bergerak penuh romantik., seolah-olah aku rasakan seperti berbulan madu semula. Tambahan pula udara sejuk yang menyusuk tubuhku amat mengasyikkan.

Kami berjalan-jalan di sekitar tasik, melawat perpustakaan dan singgah minum kopi di caf. Zohor masuk awal di sini, kami singgah di sebuah banggunan yang menyediakan kemudahan surau.

Di sini semua bangsa akan singgah dan bertemu serta bersolat. Mereka bertemu atas matlamat yang satu iaitu bersolat dan beristirehat. Ukhwah antara mereka amat ketara dapat di lihat. Itulah yang dinamakan islam itu adalah merupakan agama yang syumul.

Di surau inilah isteriku sering berbuka puasa. Kerana ada sahaja hamba Allah yang sponsor. Biasalah isteriku hanyalah penuntut yang mempunyai wang terhad. Semoga Allah menambahkan rezeki hamba Allah tersebut. Lagi pun surau tersebut berada di tengah antara universiti dan asrama.

Nasi sangat enak di makan dalam cuaca sejuk dan ia amat menyelerakan. Aku suka masakan isteriku. Walaupun dia masih lagi saorang pelajar dan masih mentah, sentuhan wanitanya tetap menjadi.

Hubungan di antara pelajar-pelajar di sini amat rapat. Ia mungkin kerana mereka jauh di perantauan. Aktiviti agama juga giat dijalankan oleh mereka. Ini sangat baik untuk menjaga keimanan serta batas-batas saorang muslim terutamanya ketika berada di negara yang cukup terpesong dari segi sosial dan fitrahnya.