Para ulama di masa lalu amat bersikap warak, sangat berhati-hati terhadap harta,pakaian, apalagi makanan yang tidak jelas status kehalalannya. Mereka tidak serta-merta memanfaatkan atau memakannya. Menghindari terhadap apa-apa yang syubhah (tidak jelas halal haramnya). Sehingga mereka memiliki hati yang bersih dan jernih, yang menyebabkan mereka dekat kepada Allah s.w.t. Ditambah dengan ilmu agama yang mendalam menjadikan para ulama tersebut memiliki karamah, hikmah, wibawa, kekuatan spiritual yang dahsyat, serta doanya mudah dikabulkan oleh Yang Maha Esa.
Mengapa warak menjadi penting Warak itu akan menjadikan hati orang yang beriman jadi bersih dan jernih. Kejernihan itu disebabkan dirinya selalu berusaha menghindari terhadap apa-apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Baik untuk perut, seksualiti, mahupun panca indera. Bahkan para ulama dahulu selalu menjauhi yang syubhat. Dengan kesabaran, komitmen, dan ketakwaannya kepada Allah maka ilmunya tidak saja bermanfaat bagi dirinya, tapi juga berguna bagi seluruh umat, bangsa dan negara.
Warak itu terbahagi kepada 3: Pertama, warak al-adli yang disebut juga warak al-ihsan adalah menjaga diri dari yang diharamkan Allah baik untuk isi perut mahupun seksual. Kedua, warak al-iman, selalu berusaha menghindari makanan yang diharamkan Allah, dan Ketiga, warak altakwa, selalu berusaha menghindari dan menjauhi kemaksiatan yang boleh dilakukan oleh pancaindera mata, telinga, mulut, hidung, menjaga diri dari sesuatu yang dibenci Allah dan RasulNya (makruh), menghindari yang syubhah dan menjaga diri dari lupa Allah.
Adakah hanya ulama yang mencapai warak tersebut Siapa saja boleh. Kerana berperilaku warak tersebut tidak tergantung kepada kepintaran dan kepandaian seseorang, melainkan berdasarkan kepada kebersihan hati. Justeru ramai orang pintar tapi keberadaannya merosakkan umat, rakyat, dan menghancurkan negara. Jadi kepintaran seseorang tidak menjamin mereka bersikap warak.
Apakah yang dimaksudkan dengan kebersihan hati Hati itu menjadi bersih dan jernih kerana bertakwa, beramal soleh, berakhlak mulia, menghindari yang syubhah dan yang diharamkan dan Allah s.w.t. Dan yang terpenting lagi semua itu karena orang yang beriman selalu berzikir kepada Allah dengan kalimat tauhid: Laila haillallah.
Nabi SAW berzikir sebagaimana yang diajarkan Malaikat Jibril. Bahkan untuk membersihkan hatinya, beliau diIsrak Mihrajkan dengan kalimat Tauhid (Laailaha Illallah) di Gua Hira selama 6 bulan. Setelah hatinya bersih lalu diisi dengan ilmu sehingga ilmunya bermanfaat bagi diri Rasulullah SAW dan seluruh umat manusia di dunia. Kerananya, ilmu yang masuk melalui hati yang kotor maka ilmunya tidak bermanfaat, sebaliknya membawa kerosakan bagi diri dan masyarakatnya.
Adakah Allah tidak menjamin kebersihan hati orang yang merasakan dirinya pintar Tidak. Sebab, perilaku sombong (takabbur), monopoli, ego, dan bercita-cita tinggi itu biasanya dilakukan oleh orang yang merasa pintar, orang kaya dan orang berpangkat. Untuk itu cara membersihkan hati tersebut hanya dengan jalan berzikir secara istiqamah kepada Allah s.w.t dan istiqamah pula untuk menjauhi, menghindari terhadap apa-apa yang diharamkan Allah s.w.t.
Berzikir itu paling besar pahalanya di sisi Allah s.w.t. Bahkan dengan membaca kalimat Laailaha Illallah dengan tulus ikhlas untuk niat bertaubat kepadaNya, dosa-dosanya akan diampuni Allah.
Selain itu kepintaran manusia di sisi Allah sangat kecil dan terbatas. Seperti yang dihuraikan dalam Al-Quran, Luqman; 34: Sesungguhnya hanya pada sisi Allah sajalah pengetahuan tentang hari kiamat; dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim (kandungan). Dan tidak ada seorangpun yang boleh mengetahui (secara pasti) terhadap apa-apa yang akan diusahakannya esok hari. Dan tidak ada seorangpun tahu di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Pernah suatu ketika Nabi Daud didatangi Malaikat Izrail dan malaikat itu berkata bahawa si A akan meninggal dunia enam hari lagi. Tapi, setelah enam hari itu ternyata si A tidak meninggal dunia.Kata Nabi Daud, mujurlah beliau tidak memberitahu si A bahawa dirinya akan meninggal enam hari lagi. Padahal, menurut catatan Allah Swt memang seperti yang disampaikan Malaikat Izrail tersebut. Tapi, karena si A sebelum kematiannya dia bersilaturrahm kepada kerabat dan teman-temannya, maka Allah memanjangkan umur si A tersebut selama dua puluh (20) tahun lagi.
Rasulullah s.a.w bersabda: Maka barang siapa menjaga dirinya dari syubhah, sungguh ia bersih dalam agamanya dan kehormatannya, dan barang siapa yang jatuh pada syubhah niscaya ia jatuh pada yang haram. Ingatlah bahawa tempat terlarang Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkan. Ingatlah bahawa dalam tiap-tiap badan itu ada sepotong daging, bila sepotong daging itu baik, maka baiklah seluruh badan dan bila sepotong daging itu rosak, maka rosaklah seluruh badan, dan ingatlah bahawa sepotong daging itu adalah hati.(muttafaq alaih)
Justeru dengan berzikir boleh mengubat hati. Benar. Sebab zikir itu ubat bagi hati seseorang berzikir dengan kalimat laailaha illallah itu merupakan ubat untuk membersihkan hati orang yang beriman).
Baik zikir yang dilakukan di tempat tertutup mahupun terbuka. Dan hanya Allah yang mengetahui apakah zikir seseorang itu sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepadaNya atau hanya berpura-pura. Ini disebut sebagai orang munafik. Sebagaimana Allah jelaskan dalam Al-Quran, Annisa; 142 yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka (pura-pura mengaku beriman pada Allah) dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan solat. Mereka bermaksud riyak (mencari pujian manusia dan populariti) bukan untuk mencari reda Allah, dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit.