KITAB XX - 30 Langkah Memikat Lelaki - 13
Sebagai seorang manusia dan pastinya seorang gadis, sudah tentu bermacam-macam perkara yang bermain dalam minda kita. Kita sering berfikir mengenai diri sendiri dan ia sebenarnya membalikkan keyakinan kita.

Sebagai contoh, kita sering berfikir, macamana pakaian aku harini, tudung aku sesuai tak dengan baju yang aku pakai Warna kasutku lebih menonjol atau tidak Adakah aku perlu menambahkan lagi warna lipstick dan bermacam-macam lagi.

Ia tidak membantu dirimu, wahai gadis. Ia hanya membuatkan kamu hilang keyakinan diri. Walhal kamu adalah seorang insan yang kuat dan tabah. Dengan adanya apa yang kamu fikirkan, membuatkan kamu sukar menghadapi hari-hari yang berlalu. Semuanya seperti ada yang tidak kena padamu.

Dalam memikat lelaki yang kamu impikan, seharusnya kamu lebih berkeyakinan. Tonjolkan dirimu yang boleh dibangga-banggakan. Perlihatkan yang kamu adalah seorang gadis yang boleh berdikari dan berdiri atas kaki sendiri. Usah tonjolkan kelemahan kamu. Lelaki sukakan gadis yang berkeyakinan. Mereka mahukan seseorang yang pastinya akan membanggakan mereka kelak. Kelemahan hanya akan membuatkanmu seperti tidak mampu melakukan sesuatu tanpa pertolongan orang lain (walau pada hakikatnya kamu tidak dapat melakukan semuanya sendiri).

Biarpun rupa paras kamu menawan, usah biarkan ia dipengaruhi kelemahan sebagai seorang gadis. Gadis bukanlah kaum yang lemah, walaupun ramai yang mengatakan gadis ini adalah insan lemah. Di mana buktinya yang mengatakan gadis adalah insan lemah

Pada zaman penjajahan Tanah Melayu dahulu, kaum wanita sama-sama bangkit menentang penjajah. Pada zaman pemerintahan Rasulullah SAW, kaum wanita juga turut terlibat dalam peperangan. Apakah itu belum cukup membuktikan yang wanita juga mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri

Untuk menarik perhatian jejaka idaman kamu, perlihatkan sisi kamu yang terkuat. Usah menangis di hadapan si dia, kerana itu adalah senjata terakhirmu. Gadisku, kamu adalah insan hebat yang pastinya dapat menarik perhatian si dia.