TAKAFULMAN - 13
Kata orang putih, You pay peanut, you got monkey.

Macam itu lah juga perumpamaannya dalam Takaful.

Ada sebab kenapa sesetengah Takaful bayar RM20/sebulan.

Ada sebab juga kenapa sesetengah Takaful yang lain bayar RM200/sebulan.

Begitu jugalah kaedahnya dalam menilai sesuatu tawaran Takaful. Kalau harganya murah, tawaran faedahnya pula power sampai ke tahap tak patut, maka selidik lah lebih lagi. Tanyakan soalansoalan ini:

a) Ni PA ke atau ada Life dan medical sekali

PA = cover pampasan kalau berlaku kematian sebab kemalangan SAHAJA. Kalau sebab sakit jantung, atau natural death yang lain, PA tak cover, takde pampasan. Hanya pakej yang ada Life saja cover 2-2 aspek, kemalangan dan natural death. So memang bunyinya sedap, bayar RM30 kalau mati dapat RM200k, tapi kematian atas sebab apa dan macam mana yang perlu kita rujuk dan selidiki.

b) Ada potential investment return tak atau burn

Burn package memang murah, manakala ILP (investment linked) lebih mahal sebab ada potential cash return.

c) Medical benefit (kalau ada), guaranteed renewal tak

d) Medical benefit (kalau ada), co Takaful atau full coverage

e) Medical benefit (kalau ada), berapa yearly coverage nya

f) Ada contributor atau spouse/parent contributor tak

Yang di atas merupakan technical question yang boleh digunapakai untuk menyelidik keseimbangan nilai manfaat vs caruman bulanan.

Memang korang pun tak berapa faham, jadi tanyalah ejen yang approach tu, tanya supaya dia jawab. Dari situ kau tengok lah macam mana dia jawab. Kalau meragukan refer pada orang lain dan dapatkan second opinion.

Juga, semak balik pakej Takaful yang korang dah sedia ada. Ambil tahu sikit, jangan take for granted. Kalau tak sure, tanya ejen mintak terangkan semula. Jadi korang boleh tahu level protection tu ditahap tapak kaki atau tahap dewa kayangan.

Akhir sekali, sebelum kita menjerit marah kepada dunia atas segala ketidakadilan, tanyalah kepada diri kita, adakah kita sudah berlaku adil untuk diri sendiri dan ahli keluarga

Adil bagaimana yang kita boleh banggakan kalau Takaful seratus dua pun mahu kita musuhkan