Dr. Ridzuan mampu melihat bagaimana Melayu silam cepat mengadaptasi pada persekitaran baru melalui gelombang penghinduan yang menyebar ke segenap penjuru dunia. Dari Lembah Indus, sami-sami Hindu dari bahagian selatan Benua India belayar menaiki kapal dagang pelaut-pelaut India ke Asia Tenggara. Ketika itu, penghinduan dikaitkan dengan perdagangan melalui S(piritual)-Economy seperti globalisasi dikaitkan dengan K(nowledge)-Economy pada zaman kini. Raja Betatar melihat kehadiran agama Hindu merupakan suatu kesempatan berharga. Baginda sentiasa melihat apa saja yang datang merupakan satu pentas untuknya mengembangkan kuasa atas sokongan dan idea dari luar. Itulah semangat tulen orang Melayu yang sanggup membeli kemajuan melalui pengorbanan. Melalui amalan karma magna yang dipilihnya, baginda berharap memperoleh artha dan kama dalam Santana Dharma. Bagi Raja Betatar, semua pembaharuan dalam konsep ketuhanan Trimurthi merupakan agenda ampuh untuk mengembangkan pengaruh dan kuasanya di seluruh Nusantara. Dr. Ridzuan melihat perdagangan dan penghinduan pada zaman Raja Betatar berjalan saling bergandingan dan bergerak seiring seperti globalisasi dan kuasa adidunia pada zamannya melalui penjualan dan pemaksaan demokrasi. Di matanya, Melayu selalu meminjam budaya, agama dan sistem pemerintahan beraja dari luar. Tetapi, jika berhadapan dengan cendekiawan luar, Dr. Ridzuan selalunya akan menyangkal. Peminjaman budaya, agama dan sistem pemerintahan itulah yang dilaksanakan Raja Betatar dengan jayanya. Tidak semua peniruan membawa akibat buruk, fikir Dr. Ridzuan. Tentunya cukup baik untuk segelintir oligopoli yang menjual kepercayaan baru demi membina hegemoni kerajaan Melayu-Hindu serantau. Sebab itu, Raja Betatar belajar segala sesuatu melalui Nakhoda Kalinga, seorang pendeta bertaraf Brahmin. Segala epik Hindu menjadi sumber kebatinan Raja Betatar dan rakyatnya. Melalui penghayatan inilah yang memindahkan banyak istilah Tamil-Sanskrit ke dalam korpus Melayu. Pahlawan-pahlawan Krishna dan Rama dalam Hikayat Seri Rama versi Melayu bertahan dalam budaya Melayu Nusantara beribu tahun selepas diperkenalkan.
Raja Betatar sebagai raja Melayu pertama berhutang budi pada Nakhoda Kalinga yang memperkenalkan sistem pungutan cukai ke atas kapal-kapal dagang yang berlindung di pelabuhan maritim Srivijaya. Dr. Ridzuan melihat Kerajaan Srivijaya menguasai lalulalang perdagangan laut selama tujuh ratus tahun. Dengan modal inkarnasi tokoh-tokoh sakti dalam epik hikayat, Raja Betatar dan keturunan-keturunannya menguasai seluruh Barunah, Sulawesi, Jawa, Madura, Lombok dan Bali melalui peperangan dan perkahwinan diraja. Salah seorang cucu Raja Betatar, bergelar Raja Awangku Alak Betatar dilantik menjadi raja di Kotabatu. Baginda diriwayatkan sebagai kurnia samsara raja suci dewata dari kayangan yang diturunkan untuk memerintah seluruh Barunah. Adinda-adinda Raja Betatar mati terbunuh dalam peperangan di laut dengan Raja Il Lanun II. Bendahara Pangeran Dalwa Adinda Betatar mempunyai seorang putera bergelar Raja Bralindra Warmadewa. Kemenakannya itu sempat dibawa lari ke Balikpapan dan menjadi raja di sana atas restu Raja Betatar. Raja Awangku Alak Betatar kemudiannya berjaya mengalahkan Raja Il Lanun II dan menggantikan Raja Sulu dan Raja Mindanao dengan kerabatkerabat Raja Betatar. Raja Awangku Alak Betatar menyebarkan agama Hindu kepada kerabat ayahandanya di Pulau Palawan, Pulau Luzon hingga Pulau Paiwan dan Pulau Lanyu. Raja Palawan telah mangkat dan digantikan putera bongsunya bergelar Raja Pangeran Salindra yang berkahwin pula dengan seorang puteri daripada keturunan Raja Betatar.
Meskipun menganut agama Hindu yang sama, tetapi peperangan antara kerajaan Melayu-Hindu berlangsung sepanjang keagungan Kerajaan Srivijaya. Triniti Hinduisme menimbulkan pilihan antara tiga tuhan yang terdapat dalam Sutras dan Puranas. Raja Betatar berjuang mempertahankan Trimurti itu sebagai satu kesatuan. Kerana keyakinan itu, baginda memerangi mana-mana kerajaan yang gagal menobatkan triniti kehinduan dalam kesatuan. Namun, pelaut-pelaut India membawa cult yang meletakkan satu tuhan mempunyai kelebihan daripada yang lain. Semuanya akibat proses komersialisasi agama melalui penswastaan candi-candi dan kuilkuil. Ada yang mengidolakan Vishnu atau Siva atau Brahma. Candicandi dan kuil-kuil dibina mengagungkan salah satu daripada ketiga-ketiga tuhan. Kerajaan-kerajaan pun dibentuk sesuai dengan kepercayaan triniti ketuhanan Hindu dengan segala akibatnya yang tidak sedikit. Apabila kepercayaan ini menebal, datang pula gelombang kepercayaan baru, iaitu Buddha dan gabungan agama Hindu-Buddha. sebahagian rumpun Melayu memeluk kepercayaan baru itu dan mengembangkan bahasa masing-masing, Sementara sebahagian yang lain mengekalkan kehinduan mereka. Tampaknya seolah-olah orang-orang Melayu gemar mencuba kepercayaankepercayaan baru sehingga mereka berjumpa sesuatu yang serasi dengan sukma semula jadi mereka. Kadang-kadang, Dr. Ridzuan berasa di subsedarnya, sejarawan-sejarawan bangsanya tidak gemar membincangkan kegemilangan zaman itu seolah-olah mahu menyembunyikannya dalam lipatan sejarah. Dari dahulu lagi pengaruh luar sentiasa mencorakkan kehidupan dalam masyarakat yang membina subbudaya daripada tamadun dan budaya yang lebih maju. Mereka amat mudah terbuka kepada pengaruh-pengaruh luar yang datang bersama-sama pakej mengembangkan agenda global pendatang.
Justeru, Dr. Ridzuan melihat Melayu menerima kebaikan atau sebaliknya menanggung padah daripada suatu perkembangan yang terjadi di luar dunia Melayu, pada zaman-zaman terdahulu seperti pada zaman Raja Betatar, mahupun pada zamannya sendiri. Dia telah dapat membezakan dimensi waktu semasa dan lampau. Kini dia mampu mengemudikan orientasi masa dan waktu, dan tidak lagi hanyut tersasar dalam igauan. Di samping itu, dia telah berjaya mengembalikan kemampuan meneliti semula gudang ilmu yang pernah tersimpan dalam memorinya. Isi fikiran dikunjunginya semula dalam upaya memulihkan dan menyegarkan intelektualitinya. Semua tinjauan pemikiran mulai bermunculan dalam keadaan sedar, bukan lagi berlegar di alam subsedarnya.
Biar apa pun jenis keputusan yang dibuat di luar dunia Melayu, riak gelombangnya akan menjejaskan budaya dan bahasa Melayu, fikirnya lagi; dan dia terus berusaha keras menembus tembok kabur yang pernah menyelubungi mindanya untuk berada di alam warasnya. Jadi, jelas baginya, bidang penelitiannya berkisar tentang kajian manusia Melayu. Jiwanya seolah-olah tertambat pada preokupasi Melayu. Mengapa bangsa Melayu begitu rapuh, atau apakah ini suatu bangsa yang begitu fleksibel. Tiba-tiba persoalan itu timbul menerpa di layar mindanya. Namun, ia masih menjadi suatu tanda tanya yang belum sepenuhnya terjawab. Lantaran itu, fikirnya, nasib bangsa Melayu begitu mudah dipengaruhi dan diwarnai oleh unsur-unsur luar dari alamnya. Suatu keputusan atau pendekatan yang diambil di Barat atau di Timur, akan menjejaskan dunia lain, termasuk jugalah dunia Melayu. Apabila Barat melancarkan gelombang kolonisasi, selama empat ratus tahun, sejarah mencatatkan lebih banyak pengampu, tali barut, komprador, daripada penentang kuasa-kuasa Barat. Apabila Jepun sebagai kuasa Timur menyerang dan menakluki Malaya - kesengsaraan dan kemelaratannya membuatkan ketergantungan Melayu pada tuan kolonialnya begitu ketara sekali. Melayu pada masa penaklukan Jepun, tidak mampu membuat sepuntung mancis atau sehelai belacu tanpa bantuan luar. Tatkala Barat melancarkan pro-paganda globalisasi pascakemerdekaan, dengan menjajakan demokrasi dan memaksa penerimaannya di serata dunia - biarpun mengorbankan jutaan dan ribuan nyawa - pemimpin Melayu pun tampil dalam gembar-gembur retorik kononnya Melayu mampu menjadi wira global, sedangkan di arena tempatan, Melayu kecundang dalam bisnes dan korporat. Diberikan bank untuk bumiputera, bank itu rugi. Diberikan syarikat penerbangan nasional untuk diuruskan, MAS rugi. Malah, Melayu-lslam diberikan amanah menguruskan Bank Islam,juga rugi. Dengan prestasi buruk Melayu itu, sukarlah bangsa itu bertanding dan bersaing pada peringkat global. Kerana dari dahulu, Melayu selalu tercegat di muara sungai mengutip cukai daripada pedagang dan pelombong. Mereka sendiri goyang kaki, pungut hasil atas angin. Pada zaman globalisasi ini, bangsa Melayu hanya menjadi pengguna, bukan pun pemain simpanan dalam pertandingan global peringkat antarabangsa. Sukar difikirkan Melayu sebagai pemain global yang berjaya kecuali jajaan propaganda politik tempatan. Malah, yang tampak ketara, dipermainkan secara global dengan metafora ajaib dunia tanpa sempadan seolah-olah sempadan tanpa pos imigrasi. Rakyat Malaysia dari Semenanjung yang hendak ke Sabah dan Sarawak pun kena guna pasport atau bawa Mykad, kena isi borang imigresen; dulu diisi sendiri oleh sesiapa yang datang, sekarang diisikan oleh petugas imigresen melalui alat elektronik yang terus mencetak borang keluar masuk negeri. Realitinya dunia tanpa sempadan tidak pernah wujud waIaupun dalam negara sendiri. Barat meniup trompet globalisasi, kita berjoget hingga siang. Globalisasi hanya menguntungkan Barat, kita hanya mendapatkan seredak dan serpihannya sahaja. Lupakah dunia kepada penipuan 2YK. Malaysia membelanjakan hampir dua bilion ringgit untuk melindungi instalasi sistem komputer daripada ancaman 2YK rekaan Barat. Ternyata ia suatu penipuan yang dihalalkan Barat dan kita tidak pernah merasakan diperdaya. Dr. Ridzuan terus bergumam.
Biar apa jua yang terjadi, apabila ada pengkaji Barat yang memperlekehkan bahasa, budaya dan bangsa Melayu, Dr. Ridzuan akan membangkangnya meskipun ada sedikit kebenaran pada pendapat pengkaji Barat itu. Malah, ada felo di akademi tempatnya bertugas, menganggap tamadun Melayu yang dibanggakan itu, ialah tamadun saduran daripada unsur-unsur luar. Penentu-penentu di luar alam Melayu mencorakkan bentuk budaya dan destinasi bangsa Melayu. Gelombang-gelombang keagamaan dalam gerakan penghinduan, Hindu-Buddha dan syiar Islam telah membentuk watak dan ciri-ciri Mela yu yang berbaur antara yang kontemporari dengan yang silam. Melayu tidak pernah memiliki ciri-ciri tulen. Gelombang kolonisasi dan imperialisme yang berpusat di Eropah ikut memperkukuh kedudukan Melayu sebagai bangsa dan bahasa, meskipun dalam penjajahan yang memakan masa hampir empat ratus tahun. Pengukuhan itu dilaksanakan Barat dengan muslihat geopolitik untuk mengekang musuhnya di Timur Jauh. Kerana itu, felo tersebut membayangkan dalam wacana akademiknya, bangsa Melayu patut berhutang budi pada penjajah Eropah kerana membawa peradaban mereka ke alam Melayu. Katanya, usah mencemuh Barat dengan retorik prakemerdekaan, kerana tanpa pendidikan dan sistem pemerintahan Inggeris yang dibawa masuk dan digubal oleh Barat, bangsa Melayu tidak mungkin sampai pada tahap yang ada sekarang ini. Pandangan itu ditentangnya secara terang-terangan. Sikap tuan kolonial yang berbaur rasa iri terhadap bangsa Melayu yang merdeka, membuatkan felo itu mendakwa nilai perjuangan kebangsaan Melayu Malaysia berdasarkan nasionalisme etnik adalah lebih rendah martabatnya daripada nasionalisme sivil yang dicapai oleh Amerika dan Perancis. Pertemuan-pertemuan dengan felo itu membuatkan dirinya bengang sentiasa. Bangsa Barat itu tidak dapat merasakan bagaimana pedihnya dijajah. Kalau ada sebarang simpati, ia suara rasa tawar atas kewajaran masa lampau. Pengalaman terjajah terlalu lama jika dibandingkan usia kemerdekaan yang relatif muda. Anjakan kemajuan pascamerdeka itu tampaknya seolah-olah datang dari dalam, namun tangantangan luar tetap memberikan sumbangan ideologi, pendekatan dan wawasan. Pada zaman pascakolonial pun, watak dan ciri-ciri Melayu moden itu dipahat dari luar tanpa punya banyak unsurunsur keasliannya, dakwa felo itu. Dalam leksikon Melayu, selain peminjaman daripada bahasa Tamil, Sanskrit, dan Arab, istilahistilah penjajah Eropah turut dipinjam dengan pengubahsuaian fonetik yang sesuai dengan lidah dan telor Melayu. Bahasa Melayu tidak pernah tulen, kata felo undangan itu yang kerap membakar semangat antikemelayuan. Dia pernah berbahas dengan felo itu bahawa persepsi Barat selalu berkonotasi negatif. Bangsa dan bahasa Melayu selalu mengorbankan khazanah yang dimilikinya dengan bahasa baru apa sahaja yang menjanjikan kemajuan kerana sifat akomodatifnya. Malah, bangsa itu membuat keputusan pahit dengan membunuh bahasa Melayu ilmiah demi mengejar kemajuan. Dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu, terjadi banyak penyingkiran dan pembunuhan bahasa. Pengguna berhenti berucap bahasa ibundanya apabila terpikat pada bahasa luar. Istilah-istilah purba ditinggalkan atau dimatikan oleh penggunanya setelah menerima yang baru. Ada yang bertahan dalam bentuk asal mahupun dalam bentuk adaptasi. Ada istilah yang telah mati dihidupkan semula dan kembali popular. Sesetengah bahasa atau istilah itu mati kerana keputusan oleh mereka yang berkuasa. Matinya Jawi dan pengaruhnya ditentukan oleh pembuat dasar di institusi pendidikan. Sebelum kematian tulisan Jawi skrip Pallavian dan Dravidian juga ikut terkorban di tangan penganut dan pemikir Islam di Alam Melayu. Sebenarnya tulisan Jawi itu tidak mati, malah hidup subur di ambang dan di bawah cengkaman penjajah. Jawi itu dimatikan dalam pendidikan nasional selepas orang Melayu merdeka, hanya atas alasan integrasi masyarakat majmuk Malaysia. Kini tiba masanya bahasa Melayu pula untuk dimatikan sedikit demi sedikit. Cabang bahasa Melayu ilmiah dimatikan kerana ia dianggap tidak lagi relevan dengan zaman globalisasi. Betapa konsistennya pembuat dasar Melayu dahulu dan sekarang. Mereka selalu mencari jalan mudah menyelesaikan masalah mengembangkan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmiah jauh lebih sukar daripada memaksa anak-anak Melayu belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Sama seperti anak-anak Melayu dipaksa belajar skrip Pallavian dan Dravidian demi kuasa kerajaan, agama dan perdagangan, kini anak-anak bangsa diperlakukan sama seperti tiga empat ribu tahun dahulu. Memang benarlah kata felo di akademi, Melayu bangsa pencedok dan penjiplak. Melayu tidak pernah mahu mencipta tulisan dan sistem ejaannya sendiri. Diberikan peluang mengembangkan bahasanya sebagai bahasa ilmu, tidak sampai lima puluh tahun, mereka telah hilang keyakinan dan mungkir janji pada kontrak sosial prakemerdekaan yang mahu mendaulatkan bahasa itu. Tetapi, apabila menyangkut wang ringgit dalam penguasaan ekuiti, kontrak sosial dijadikan alasan dan landasan untuk menggantikan DEB dengan ANB. Bangsa itu tidak diminta membina roket atau bom nuklearnya sendiri; hanya mengajarkan anak bangsanya ilmu sains dan matematik dalam bahasa ibunda, namun itu pun setengah jalan mereka berubah fikiran. Barangkali itulah yang menjadi punca kemelut kejiwaannya. Dia terlalu sayang akan bahasa Melayu; gumam Dr. Ridzuan lagi. Gema bualan bahas dengan Dr. Fakar masih terngiang-ngiang di telinganya.
Kamu tak boleh berfikir begitu. Itu pemikiran ortodoks, bangkang Dr. Fakar.
Tentang bahasa, tiada yang ortodoks. Bahasa, budaya dan agama merupakan milik sesuatu bangsa, bela Dr. Ridzuan.
Kita tidak boleh menyamaratakan bahasa, budaya dan agama dalam satu kategori. Agama harus berada di atas, budaya di tengah dan bahasa di bawah, balas Dr. Fakar.
Jadi, kalau bangsa Melayu itu menghadapi krisis yang memerlukan pemilihan, kamu anggap wajar untuk mengorbankan bahasa demi bangsa, agama dan budaya Tidakkah ketiga-tiga itu merupakan suatu pakej Triniti Melayu
Apa tu Triniti Melayu
Triniti Melayu adalah suatu kesatuan ciri-ciri Melayu, iaitu beragama Islam, berbahasa Melayu, dan berbudaya yang turut beraja Melayu.
Macam di Brunei tu, apa mereka sebut... Dr. Fakar cuba mengingat. Ya, MIB. Melayu, Islam dan Beraja,
Kita sedang berbincang isu di Malaysia. Bukan di Brunei. Memang kita mengamalkan budaya dan bahasa Melayu, beragama Islam dan mempunyai rajaraja seperti di Brunei.
Tetapi di Indonesia, mereka adalah orang Melayu tanpa raja. Bali juga menurut etniknya rumpun Melayu, tetapi agamanya tetap Hindu.
Siapa kata orang Indonesia tidak lagi mempunyai budaya yang menyanjung raja. secara rasmi tidak mempunyai raja. Cuba kaji di Aceh dan Daerah Istimewa Jogjakarta, rakyatnya masih mengamalkan feudalisme. Malah, rakyat mereka menghormati pembesar mereka kadang-kadang melebih raja-raja di Malaysia.
Kita jangan lari daripada fokus perbincangan kita mengenai kedudukan bahasa Melayu di Malaysia.
Dunia Nusantara adalah dunia Melayu. Kita tidak boleh merujuk pada Melayu Malaysia sahaja. Perlu diambil kira pengalaman Melayu di luar Malaysia sebagai bandingan.
Maksud kamu, Indonesia yang berjaya memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Indonesia, dan tidak timbul keraguan kemampuan dan kom petensi bahasa itu untuk digunakan sebagai bahasa pengantar pengajaran semua ilmu, termasuk sains dan matematik
Mereka tidak punya opsyen seperti kita. Bahasa Belanda bukan bahasa antarabangsa. la hanya suatu bahasa vernakular di Eropah. Itu pun telah disingkirkan mereka. Kita bertuah kerana dijajah Inggeris dan kini bahasa Inggeris adalah bahasa adidunia. Mengapa tidak kita ambil kesempatan ini untuk memberikan peluang pada rakyat kita menjadi pemain global di arena antarabangsa
Lihat pengalaman Melayu Singapura. Mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sejak 1963, malah sebelum merdeka lagi, berapa kerat Melayu Singapura yang menjadi saintis, doktor, jurutera, arkitek dan teknokrat
Kamu tak boleh banding Melayu Singapura, sampelnya terlalu
kecil.
Bagaimana dengan Melayu Brunei yang diajarkan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sejak sebelum merdeka lagi Di Brunei lebih homogeneous dan merupakan sampel Melayu tulen. Pernah dengar Melayu Brunei menjadi saintis dan ahli matematik terulung di dunia
Apakah point kamu
Kehebatan seseorang dalam bidang sains dan matematik tidak terletak pada bahasa pengantar apa yang digunakan.
Tetapi mereka yang menguasai bahasa Inggeris akan lebih mudah mempelajari sains dan matematik.
Tidak semua mereka yang menguasai bahasa Inggeris mampu memahami konsep sains dan pemikiran matematik. Mereka harus ada otak sains dan otak matematik untuk menguasai ilmu-ilmu tersebut.
Tetapi lebih baik mereka yang ada otak sains dan otak matematik itu menguasai bahasa Inggeris. la akan memudahkan mereka belajar di luar negara.
Berapa persen populasi pelajar yang dihantar ke luar negara
Ya, memang kecil dalam persen. Angka itu melebihi lima belas ribu setahun.
Angka itu dibesar-besarkan.
Ya. Kalau diambil kira pelajar-pelajar persendirian sudah tentu lebih.
Pelajar-pelajar persendirian dari dulu mengutamakan bahasa Inggeris. Ini kita bincang mengenai pelajar-pelajar tajaan kerajaan. Malah, banyak rakyat Malaysia menghantar anak-anak mereka ke Singapura untuk belajar di sekolah rendah dan menengah di sana. Mereka tidak akan memperjuangkan bahasa Melayu. Sikap pragmatis itu kerana dan demi survival mereka. Mereka boleh hidup di mana-mana saja asalkan mempunyai kelayakan yang boleh diterima bekerja di seluruh dunia Inggeris. Mereka sanggup melepaskan kerakyatan Malaysia demi kerjaya untuk hidup senanglenang.
Itu hak individu. Kita harus hormati hak mereka itu.
Jadi kalau anak bangsa kita boleh belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, akan terjadi brain drain ke negara Barat. Kita susah-susah mendidik mereka, akhirnya mereka meninggalkan Malaysia untuk bekerja di luar negara yang tentunya memberikan ganjaran wang dolar dan pound yang jauh.
Kalau aku pun diberi peluang bekerja di Amerika, peduli dengan semangat kebangsaan, Dr. Ridzuan. Itu hak individu.
Tetapi negara kerugian kerana kehilangan tenaga kerja intelektual. Setiap orang berhak mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya mereka baik dalam kepuasan akademik mahupun kompensasi monetari. Jika bangsa Melayu dihandicapkan akibat penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, meskipun potensi dan peluang mereka akan lebih menyerlah jika diajar dalam bahasa Inggeris, kita tidak berlaku adil, malah ikut bertanggungjawab dalam hal membuat mereka tidak marketable.
Bercakap dakwaan lepasan siswazah IPTA yang banyak menganggur disebabkan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah,jangan salahkan mereka. Kerajaan melaksanakan banyak penswastaan sehingga peluang mereka mendapat kerja menipis.
Jangan salahkan penswastaan. Mereka yang tidak kompetitif.
Agensi kerajaan yang diswastakan beroperasi dengan tenaga kerja yang kos efektif. Pengambilan terhad kerana penekanan pada memburu keuntungan. Bukan kerana mereka tak kompeten. Malah, dakwaan lepasan siswazah tidak fasih berbahasa Inggeris sengaja diperbesar-besarkan. Yang sebenarnya kerana status Melayu mereka. Sesetengah majikan swasta masih beranggap mengambil siswazah Melayu laksana memperjudikan risiko perniagaan mereka
Kalau mereka benar-benar kompeten biar mereka bekerja di luar negara.
Kita perlu belajar dari negara Jerman. Mereka ajar bahasa Inggeris sampai tahun empat di sekolah rendah, sekadar menguasai bahasa Inggeris untuk pertuturan. Mereka tetap menyanjung bahasa Jerman di peringkat pengajian tinggi. Itulah usaha mereka untuk mengurangkan brain drain ke Amerika. ni pula kamu nak galak mereka bekerja di luar negara.
Itu Jerman.Satu kuasa besar yang pernah menggoncang dunia.
Lihat juga pada Perancis. Selat Inggeris tak lebar mana. Pemuda Melayu dari Teluk Air Tawar dapat menaklukinya. Namun demikian, bahasa Inggeris tidak mampu menyeberang Selat Inggeris itu kerana jati diri orang Perancis. Kita yang berada beribu kilometer jauh, sanggup karamkan bahtera bahasa sendiri, bila tampak bahtera bahasa global itu menghampiri perairan kita, kita dah tenggelam punca. Bocorkan bahtera bahasa Melayu di perairan sendiri. Kita orang Melayu sudah hilang jati diri kerana mabuk kepada kemajuan. Kononnya, tidak mahu ketinggalan dalam persaingan global. Sepatutnya kita bentuk anak-anak bangsa menguasai keduadua bahasa secara mantap.
ni kamu dah terpesong dari perjuangan kamu.
Aku tak menolak bahasa Inggeris.
Jika pelajar-pelajar Melayu diberi pilihan, mereka tetap memilih bahasa Melayu. sebab itu kita kena paksa mereka belajar bahasa Inggeris.
Selama ini, selepas kita merdeka, kita didik pelajar-pelajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu tanpa mengabaikan bahasa Inggeris, apakah kita tidak berjaya menghasilkan saintis-saintis dan doktor-doktor bertaraf dunia Ambil contoh IJN, apakah pakar-pakar penyakit jantung tidak bertaraf dunia Cuba lihat Iatar belakang pendidikan mereka, sebahagian besar pakar Melayu belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu sekurang-kurangnya di sekolah rendah atau di sekolah menengah atau di prauniversiti. Malah,yang belajar di UKM,dulu semuanya dalam bahasa Melayu.
Realitinya, mereka tetap belajar, berbincang, berdiskusi dalam bahasa Inggeris. Kita tidak boleh nafikan hakikat itu. Hanya rasminya bahasa Melayu, amalannya mereka semuanya menobatkan bahasa Inggeris dalam pembuatan laporan, disertasi dan tesis. Malah, kalau kamu baca nota-nota pesakit pun di UKM guna bahasa Inggeris. Hanya borang-borangnya saja dalam bahasa Melayu. Apa yang diisi dalam borang-borang itu semuanya dalam bahasa Inggeris. Aku pernah tengok doktor pelatih menulis sejarah penyakit pesakit, dia tanya dalam bahasa Melayu, tapi dia tulis dalam bahasa Inggeris.
Kamu tahu kenapa
Kerana bahasa Inggeris itu bahasa ilmu yang praktikal.
Bukan. Kerana sifat orang Melayu yang akomodatif.
Akomodatif yang bagaimana
Memudahkan doktor-doktor pakar yang tidak fasih berbahasa Melayu.
Demi pesakit, mereka tidak mahu mengelirukan rawatan pesakit hanya kerana soal bahasa. Nyawa pesakit jauh lebih berharga daripada bahasa Melayu.
Ah! Mengarut. Ada ke tulis laporan dalam bahasa Melayu boleh mengelirukan rawatan pesakit. Itu sikap prejudis terhadap bahasa Melayu. Mengapa pakar-pakar itu sebahagiannya tidak boleh belajar atau tolerate laporan yang ditulis dalam bahasa Melayu. Apakah kamu boleh katakan doktor di China, Jepun, Sepanyol, Arab, Itali, Rusia, dan Portugis akan mengelirukan rawatan pesakit semata-mata mereka membuat laporan dalam bahasa masingmasing, tidak dalam bahasa Inggeris Apakah boleh kamu katakan jika penghakiman ditulis dalam bahasa Melayu dalam satu-satu kes di Mahkamah Tinggi, akan mengurangkan keadilan terhadap tertuduh
Apa pun usaha untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi ilmu tidak akan kesampaian jika tidak ada pengguna.
Itulah yang terjadi dalam wahana perubatan. Bahasa Melayu gagal menambat hati kalangan intelektual Malaysia. Malah, ada di kalangan intelek Melayu memperlihatkan personal preference terhadap bahasa Inggeris. Itu terjadi secara alamiah.
Lima belas tahun lagi, kita akan jadi seperti Filipina.
Kenapa Setahu saya, Filipina adalah rumpun Melayu yang tidak lagi memanggil diri mereka Melayu, tidak beragama Islam dan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya di pengajian tinggi.
Doktor-doktor Filipina sanggup merendahkan kelulusan mereka dengan mengambil ujian untuk menjadi jururawat. Mereka cuba memperoleh lesen jururawat agar dapat bekerja di Amerika. Doktor-doktor Malaysia pun sampai pada satu tahap, mereka akan juga menjatuhkan martabat mereka sebagai jururawat untuk bekerja di dunia yang menggunakan bahasa Inggeris demi mengejar wang ringgit.
Kita di sini masih kekurangan doktor. Itu tidak mungkin terjadi.
Tapi jangan lupa, gaji jururawat di Amerika tiga kali hingga empat kali ganda gaji doktor dalam perkhidmatan kerajaan di Malaysia. Tawaran gaji sebegitu cukup membuat seorang doktor Malaysia melepaskan title doktornya. Semuanya kerana duit. Duit berbicara dalam lingonya sendiri.
Jadi kamu berpendapat dengan mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan meningkatkan brain drain Malaysia ke Barat
Akan datang.
Ya. Akan datang. Faham. Bagi saya, itu bagus. Tandanya Malaysia sudah maju untuk mengeksport intelektual kita ke Amerika atau
Britain.
Tetapi bukan setaraf dengan mereka.
Kalau tidak mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, kita seolah-olah menafikan realiti ilmu.
Tetapi kita juga menafikan bahasa Melayu daripada menjadi bahasa ilmu. Bahasa itu telah membuktikan ia mampu menjadi bahasa pengantar untuk pengajian tinggi selama hampir empat puluh tahun. Ribuan profesional dan teknokrat dihasilkan melaluinya. Mengapa baru sekarang timbul fikiran aneh yang lain
Sudah sampai masanya.
Masanya Masa untuk membunuh tanpa bersebab.
Sebabnya jelas dan banyak. Antaranya tidak cukupnya buku-buku rujukan sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Kalau kita mengajar dalam bahasa Inggeris, persoalan menyediakan bukubuku terjemahan tidak timbul. Kita tidak perlu membebankan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, biarlah mereka tumpukan menterjemah buku-buku cerita dogeng Barat ke dalam bahasa Melayu.
Tak guna pakai label negara. Memalukan, hanya berminat menterjemahkan cerita kanak-kanak.
Cerita kanak-kanaklah boleh jual. Mana ada orang Malaysia mahupun orang Melayu sendiri membaca buku sains terjemahan.
Kalau bukan orang sains yang menterjemahkan wacana sains, pasti versi terjemahan akan terpesong daripada teks asal. Kalau suruh orang sains menterjemahkan pula, dia kurang menguasai bahasa, terjemahannya juga kelam-kabut. Sebab itu, buku terjemahan tidak laku.
Kalau soal laku, jangan kira. Kita tidak punya budaya membaca. Apalagi budaya membeli buku, Selagi ada fotokopi, buku-buku Inggeris jauh lebih mahal, lebih murah difotokopi saja.
Merubah pendekatan pengajaran sains dan matematik ke bahasa Inggeris pada zaman globalisasi adalah suatu langkah bijak Yang wajar, ujar Dr. Fakarddin.
Wajar Wajar kau kata. Membunuh bahasa Melayu ilmiah, kau kata wajar
Bahasa Melayu ilmiah itu bukan bahasa keramat. Kita harus memilih antara bahasa atau bangsa. Kalau kita ingin maju, kita harus membenarkan anak-anak bangsa kita di kampung-kampung terdedah dari awal tahun satu lagi dengan bahasa Inggeris. Istilah membunuh bahasa Melayu itu keterlaluan. Barangkali suatu metafora yang emosional. Soalnya bukan membunuh, tetapi mengganti. Kalau ada yang nak terus menulis wacana sains dalam bahasa Melayu ilmiah, teruskan.Tidak siapa yang Iarang.
Kalau sudah diajar dalam bahasa Inggeris dari tahun satu, mana mungkin akan ada khalayak pembaca penerbitan bahasa Melayu pada masa akan datang. Bahasa Melayu ilmiah akan mati. Mati dibunuh! Ironisnya, oleh orang Melayu sendiri.
Saya salahkan puris Melayu. Mereka ingin kekalkan sebulatbulatnya bahasa Melayu. Contohnya istilah konstan. Mengapa harus menggunakan pemalar. Memilih bahasa Sanskrit yang purba itu. Kalau sekadar mendefinisikan konstan itu sebagai malar atau tetap, tak apalah, tetapi menggantikan konstan itu dengan malar sepenuhnya sehingga pelajar tak kenal perkataan constant sama sekali. Ada fraksi nasionalis yang mahu menggunakan angkatap sebagai pengganti konstan. Istilah sains dan matematik harus sehampir mungkin dengan istilah antarabangsa. Kasihan pelajarpelajar kita, semasa peperiksaan di luar negara, dalam keadaan stres menjawab soalan, istilah-istilah sains Melayu, kadang-kadang ejaan sains Melayu yang tertulis di kertas peperiksaan.Yang rugi anak bangsa kita sendiri!
Alasan itu suatu propaganda.Apabila kita berada di UK atau Amerika, sudah terjadi mental shift yang memungkinkan organ bahasa beroperasi dalam bahasa Inggeris. Perbezaan istilah juga terjadi di dalam negeri; antara sekolah dengan universiti. Contohnya, gradient di sekolah disebut kelerengan, sedangkan di universiti disebut kecerunan. Ini bukan masalah besar. Terjadi di mana-mana. ltu buktinya bahasa kita kaya dengan perbendaharaan kata. Kita harus belajar hidup dengan sinonim.
Kalau dah dua belas hingga tiga belas tahun belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu, istilah-istilah itu mahu tak mahu akan muncul mengganggu daya tumpuan mereka.
Masalahnya terletak bukan Pada bahasa Melayu itu. Pada satu istilah Inggeris, ada dua hingga tiga istilah Melayu boleh dipilih. Bukan kelemahan bahasa, tetapi kelemahan pada orang Melayu itu sendiri.Otak kita kalau diberikan pendedahan yang betul, dapat memproses tiga empat bahasa.
Tapi tidak semuanya sama baik.
Sebabnya sikap orang Melayu itu sendiri. Disini ada dua orang Melayu. Kita sudah berbeza pandangan. Apabila bercakap istilah-istilah sains dan matematik, cendekiawan- cendekiawan Melayu mempunyai anutan yang berbeza. Yang konservatif mahu mengekalkan bentuk bahasa Melayu yang murni. Basikal mahu digantikan dengan kereta lereng. Yang nasionalis lebih keindonesiaan dan kearaban mahu menyebut algebra sebagai aljabar sesuai dengan tokoh cendekiawan al-Jabr, yang kolonialis mahu menyebutnya sebagi algebra. Kemudian muncul golongan neo-nasionalis yang bertelingkah dengan golongan liberal mengenai masalah mentranskripsikan istilah terbitan. Neo-nasionalis mahukan simetri digunakan untuk symmetry, sedangkan golongan nasionalis mahu samukur. Sebab itu, untuk satu istilah sains bahasa Inggeris, kadang-kadang ada empat atau lima istilah bahasa Melayu dari lima buah universiti. UM sebut Iain; UKM sebut Iain; USM, UPM dan UTM masing-masing sebut istilah sendiri-sendiri. Belum lagi diambil varian bahasa Melayu, iaitu bahasa Indonesia. Belum lagi MBIM. Nak pilih antara campur atau tambah pun kena buat seminar berhari-hari.
Itulah saya kata istilah sains dan matematik kita diselubungi masalah.
Itu bukan kelemahan bahasa Melayu, tetapi watak keakuan pengguna bahasa yang sombong dan egoistik. Masing-masing mahu hanya satu istilah Yang betul.Tidakkah baik ada sinonim. Kita boleh saling mengisi dan mengganti.
Terus terang kita harus akui bahasa Melayu mempunyai keterbatasannya.
Satu pihak kita ada calon-calon istilah yang pelbagai untuk satu perkataan Inggeris. Tapi adakalanya, kita tak cukup banyak. Umpamanya, bahasa Melayu menghadapi kesukaran untuk menterjemahkan revolve, spin, rotate, cycle, gyrate, turn, roll, twist, twirl dan swivel. Kita hanya ada pusing, putar dan keliling.
Di sini ada ruang untuk kreativiti dan inovasi istilah.
Bila
Kalau belum ada, kita pinjam.
Pinjam atau tiru
Kalau kita pinjam, lama-lama jadi kita punya.
Tiru! Kalau pinjam kita kena kembalikan.
Dalam semua bahasa dunia saling pinjam-meminjam.
Lihat saja kertas kerja kamu. Hampir lima puluh peratus istilah pinjaman dan berbau Inggeris. Apakah tidak baik kita tulis saja dalam bahasa Inggeris
Bila kita sudah ada istilah-istilah sendiri, kita ganti.
Kita tidak sempat mengejar kecepatan mereka mencipta istilah.
Kita tidak perlu kejar. Apa saja istilah yang mereka cipta, kita ada satu sistem penyerapan yang sistematik.
Saya rasa kebijaksanaan kerajaan ada asas kukuh untuk menukarkan bahasa pengantar sains dan matematik ke dalam bahasa Inggeris.
Itu bukan tukar, tetapi membunuh bahasa Melayu ilmiah.
Demi bangsa dan negara.
Ini semua diayah untuk menghalalkan pembunuhan itu.
Masya-Allah, kamu.
Kamu tahu apa sebab sebenar bahasa Melayu ilmiah dibunuh
Kamu punya imaginasi cukup tinggi. Saya tahu.
Kerana nak jual komputer riba ke sekolah-sekolah. Kamu tahu berapa harganya nak membunuh bahasa Melayu ilmiah
Manalah aku tahu.
Satu bilion ringgit. Hampir satu bilion ringgit, kau tahu!
Baguslah. Perbelanjaan besar untuk pendidikan.
Kau ingat geografi tak perlu komputer riba dan layar LCD. Sejarah tak perlu. Bahasa Melayu tak perlu. Agama tak perlu pendekatan canggih guna teknologi. Hanya sains dan matematik saja yang perlu laptop dan LCD.
Ya. Semua perlu. Kalau sains dan matematik saja perlu satu bilion, kalau semua subjek sekali gust bajet tak cukuplah. Nanti sekolahsekolah terpencil tak dapat komputer riba. Bertahap-tahaplah pelaksanaannya.
Tapi mengapa pilih sains dan matematik
Kamu yang tanya, kamulah yang jawab
Kerana mereka sudah siap dengan softwarenya dalam bahasa
Inggeris.
Kamu maksudkan ada konspirasi terhadap bahasa Melayu
Memang ada.
Ada pihak yang memusuhi bahasa Melayu ilmiah.
Ah, jangan mengarut. Usah penuhkan otak kamu dengan prasangka. Nanti kamu boleh gila.
Bukan prasangka. Ini semua konspirasi Barat dengan menyelitkannya dalam penjualan wawasan. Untuk mencapai taraf negara maju, Barat menyarankan kepada kita supaya menggantikan bahasa Melayu ilmiah dengan bahasa global mereka.
Bukan mereka yang suruh. Kita buat keputusan dengan menyelitkannya dalam penjualan wawasan. Untuk mencapai taraf negara maju, Barat menyarankan kepada kita supaya menggantikan bahasa Melayu ilmiah dengan bahasa global mereka.
Bukan mereka yang suruh. Kita buat keputusan sendiri. Kita yang memilih bahasa Inggeris kerana ia adalah suatu langkah bijak yang praktikal.
Kamu juga terpedaya.
Apa lagi
Komputer-komputer riba itu sebenarnya kena reject. Tidak mahu diterima pemesannya kerana ada masalah dengan spesifikasi litar yang dipersetujui. Syarikat- syarikat pengilang komputer membuat cadangan agar kita menggunakan komputer yang ada sedikit malfunction itu dengan banyak kelonggaran dan keistimewaan.
Kadang-kadang saya kagum dengan daya imaginasi kamu. Bukan saja artifak yang kita jumpai di tapak kerja, benda-benda lain macam isu komputer di sekolah pun boleh memberikan imaginasi yang luar biasa. Sains tanpa bukti, ia bukan sains. Suatu pseudo-sains.
Kamu ingat aku mereka-reka. Banyak komputer riba itu dah rosak.
Komputer yang aku beli juga rosak. Wear and tear.
Tiba-tiba bunyi tutupan pintu yang kuat memutuskan dialog imbasan lampau yang berputar semula di minda. Minda itu sedang menyegarkan kembali memori yang tersisih akibat kemelut kejiwaannya. Dia bingkas menuju keluar. Terdengar bunyi tapak kaki silih berganti; makin menjauh. Dia bergerak menuju ke arah datangnya bunyi itu. Beberapa langkah melewati koridor di tingkat 18 itu, sumber bunyi itu menghilang. Dr. Ridzuan berpaling ke arah bertentangan dia berasa nampak kelibat lembaga di sudut lapangan pandang, namun di remang lampu koridor tinjauan penglihatannya menemui kegagalan untuk mengesan fizikal kelibat itu. Dia yakin ia kelibat sesuatu yang tidak pasti, lembaga atau manusia. Melayani inderanya, dia tunduk pada kehendak deria pembauannya yang galak menghidu feromon yang entah diuapkan sesiapa. Bilikbilik VIP dan VVIP di tingkat 18 itu, semuanya gelap. Dia satusatunya pesakit di tingkat itu, setelah pihak akademi mengesahkan kelayakannya untuk kelas l.
Naluri siasat seorang ahli arkeologi tidak mungkin terpadam. Segala sesuatu harus ada penjelasan. Selagi tiada fakta yang jelas, kesemua pancainderanya dipertingkatkan, memperuncing ketajaman pengesanan. Hasilnya, satu gabungan respons menelurkan tindak balas yang mempengaruhi kedua-dua tungkai bawahnya untuk bergerak ke arah datangnya stimuli itu. Kakinya bagaikan ditarik ke arah tangga kecemasan. Dia terus naik ke tingkat atas. Membuka pintu rintangan api, dia melayan naluri siasatnya. Tingkat itu lebih mewah daripada bilik VIP yang ditempatinya. Rasa ingin tahu terus menguasai dirinya. Remang cahaya di koridor membolehkan dia melihat dengan jelas. Penglihatannya sudah terbiasa keadaan gelap di gua-gua. Remang sebegitu bagaikan simbahan cahaya kepadanya. Dalam mengekori inderanya, mata itu terpandang pada cahaya neon yang terpancar di renggangan pintu. Pintu itu tidak ditutup sempurna oleh pengguna yang tergesa-gesa meninggalkannya. Sekali lagi rasa ingin tahu terus mendesak dirinya. Melangkah masuk tanpa ragu-ragu, dia menghormati minda selidiknya. Kehendak dalaman yang menginginkan dirinya menyiasat lebih lanjut. Matanya mengimbas pantas dinding bilik itu, mewah dengan dekor dalaman yang membuat hotel lima bintang iri. Sunyi sepi bilik itu, hanya derap tapak kasutnya menggetarkan suasana. Bilik itu sebenarnya ruang menunggu VVIP, pantas untuk bangsawan pada abad silam. Jelas baginya, ruang VVIP jarang-jarang sekali digunakan. Cahaya yang terpancar di renggangan pintu tadi datang dari bilik air di ruang menunggu. Dia memasuki bilik air itu. Dindingnya dari marmar kuning dengan corak flora ungu memberikan kesan kebangsawanan dengan pili bersalut emas, singki diraja dengan bingkai cermin berukiran dedaun dengan salutan warna emas jua. Apabila dia keluar dari tandas diraja itu, Dr. Ridzuan berasa sesuatu yang tidak kena. Seseorang seperti dirinya amat sensitif dengan ruang. Apabila dia berada di gua, dia memiliki kecerdasan spatial yang jitu. Suatu aura terbit daripada sanubarinya, sebagaimana dia mampu mengesan ruang-ruang rahsia yang digunakan orang-orang prasejarah menyembunyikan mayat dengan segala khazanah yang mengiringi persemadian mereka.Melihat dimensi bilik air diraja, gerak hatinya memetik suis kecerdasan spatial di benak yang seolaholah memancar riak yang mengesan sisi dinding yang tidak real. Sekali lagi mata itu meneliti rapi sambil jari telunjuk dan hantunya mengetuk. Resonans bunyi ketukan itu diproses benaknya. Ada bahagian dari sisi dinding itu memberikan resonans yang berbeza. Dia pasti ada sesuatu di sebalik dinding itu. Seorang peneliti yang cekap, mampu mengimbau peristiwa-peristiwa ribuan tahun yang lampau, dia tidak menghadapi kesukaran untuk menemui tombol tersembunyi yang tiba-tiba apabila ditekan, menukarkan dinding itu menjadi pintu rahsia. Gelap-gelita bilik rahsia itu. Tangan kanannya segera mencari suis untuk dinyalakan. Pintu rahsia automatik tertutup. Dia berpaling ke arah pintu. Bukan hasratnya untuk segera keluar, hanya hendak mengenali bagaimana mekanisme pintu itu berfungsi. Apabila dia berpaling ke arah dinding bilik rahsia itu, Dr. Ridzuan tergamam dalam kejutan visual yang memualkan. Beliakkan mata merakamkan segenap sudut dalam snap shots yang pantas daripada pengamatan seorang ahli arkeologi. Dalam masa otaknya menganalisis penemuan-penemuan itu seperti dia mengkaji artifak-artifak arkeologi, tiba-tiba terasa hentakan kuat di kepalanya. Pandangan matanya jadi kelam. Ingatannya kosong.
Apabila dia bangun keesokannya hari, Dr. Ridzuan tidak ingat bagaimana dia boleh berada di katil bilik VIP. Belakang kepala terasa sakit. Dapat diraba benjolan yang menyengalkan itu. Tetapi, matanya kembali kuyu dan tertidur semula meskipun hari telah siang.