Bilik yang kelihatan kosong di hadapannya membuatkan dia terpanar. Hatinya bimbang. Dia segera berlari ke arah kaunter jururawat di hujung bilik. Manalah tau ada sesuatu yang buruk menimpa gadis itu lagi. Lagipun peristiwa di hadapan taska tempohari benar-benar membuatkan dia terpaksa berhati-hati sentiasa. Namun belum sempat dia mahu membuka mulutnya untuk bertanya, telinganya menangkap satu suara.
Danira Quratul Ain Binti Adnan. Kalau tak salah, dia masuk hospital ni petang kelmarin. Ujar suara tersebut.
Aliff lantas berpaling. Matanya segera menangkap kelibat sepasang suami isteri yang sudah agak berumur di hadapan kaunter jururawat bertugas. Dia memandang lelaki tua itu dengan teliti. Lelaki tua itu tiba-tiba menoleh ke arahnya. Wajah itu lantas berkerut tatkala memandangnya.
Naufal!
Aliff tersentak. Wajah lelaki itu ditatap dari atas ke bawah. Otaknya sedang cuba mengingat di mana dia pernah bertemu lelaki tua itu dahulu. Matanya berpaling pula ke arah wanita di samping lelaki itu. Kedua-dua wajah itu memang pernah dilihatnya sebelum ini, hanya kali ini dia agak lembab mahu mencerna wajah-wajah itu.
Kamu Naufal kan nak Pertanyaan itu singgah lagi.
Dia sekadar mengangguk. Entah kenapa!
Kamu tak ingat dengan Pak Maidin dan Mak Minah kamu lagi Tanya lelaki itu seraya mendekatinya. Bahunya ditepuk-tepuk lelaki tua itu.
Pak Maidin Dahinya berkerut.
Lelaki itu sekadar mengangguk. Dia memandang wanita itu pula yang sedang memandangnya sambil mengesat penjuru mata yang berladung air jernih.
Ya Allah Naufal, mana kamu pergi selama ini Dah besar rupanya anak Mak Minah ni. Bisik wanita tua itu seraya memeluknya. Dia terpisat-pisat di belakang wanita itu seraya matanya merenung lelaki tua di hadapannya.
Kamu dan kakak kamu Nira tinggal dekat dengan rumah Pak Maidin dulu, kamu tak ingat Pak Maidin merasa ada yang aneh dengan gerak-geri anak muda di hadapannya kini. Mustahil Naufal boleh melupakan mereka secepat ini. Sedangkan dia yang sudah tua dan kabur penglihatan pun masih mampu mengecam anak muda itu.
Sebaik mendengar kata-kata Pak Maidin, wajah Aliff berubah. Ya ALLAH! Pak Maidin! Mak Minah! Pasangan suami isteri itulah yang telah banyak membantu kehidupan mereka dua beradik sebelum ini. Dia segera meluru ke arah orang tua itu lalu merangkul tubuh lelaki tua itu. Kelopak matanya berair kini. Pak Maidin tercengang-cengang diperlakukan begitu. Bahu anak muda itu ditepuk-tepuk mesra, namun Naufal memeluknya lebih erat. Dia memandang isterinya yang kelihatan sebak.
Naufal, kenapa dengan kamu ni Ke mana kamu menghilang selama ini nak Kamu tahu kan kakak kamu cari kamu selama ini macam nak gila. Keluh Pak Maidin.
Pak Maidin, tolong jangan tanya apa-apa sekarang. Biarkan Naufal begini sekejap. Naufal gembira dapat jumpa Pak Maidin dan Mak Minah hari ni. Bisik Aliff sebak.
Pak Maidin dan Mak Minah saling berpandangan. Wajah masing-masing membayangkan kebingungan. Namun melihat gerak-geri anak muda itu, bibir Pak Maidin tersungging sebuah senyuman. Begitu juga dengan Mak Minah yang sudah tidak mampu menahan tangisnya.
******
Jadi selama ini kamu kemalangan dan hilang ingatan Sebab tu kamu menghilangkan diri enam tahun dulu Pak Maidin terkejut besar sebaik mendengar cerita anak muda di hadapannya. Mak Minah di sisinya turut terpegun.
Kak Nira kamu tahu fasal hal ni Pak Maidin mengeluh.
Aliff menggeleng. Naufal belum ceritakan apa-apa lagi padanya.
Kenapa
Aliff tidak terus menjawab. Wajah pasangan suami isteri itu ditatap silih berganti.
Naufal malu Pak Maidin. Ujarnya berterus-terang.
Malu kenapa Sampuk Mak Minah pula.
Naufal dah banyak buat silap dan dosa pada kakak. Naufal dah banyak menyusahkan dia. Naufal tak tahu macamana nak berhadapan dengan kakak lagi. Keluh anak muda itu.
Pak Maidin mengeluh panjang. Betul. Kamu patut minta maaf pada kakak kamu. Dia dah banyak menderita selama ini sebab kamu. Dah lama dia cari kamu, dia tentu gembira kalau dia nampak keadaan kamu baik-baik sahaja.
Kakak macamana selama ini Pak Maidin Soalnya ingin tahu.
Dia dibebaskan dua bulan yang lalu. Kata peguamnya, ada saksi nampak kejadian tu dan beri keterangan di hadapan hakim. Itu sebabnya mereka gugurkan kes kakak kamu. Jelas Pak Maidin.
Aliff terdiam. Dia termenung panjang mendengar kata-kata Pak Maidin.
Kamu tak tahu semua ini Tanya lelaki itu.
Dia menggeleng.
bersambung
Bab akan datang :
Adakah Aliff akan dapat mengingati satu per satu peristiwa yang berlaku dalam hidupnya selepas ini