Macamana Pak Maidin dan Mak Minah tahu kakak ada di hospital
Pagi ini Pak Maidin call kakak kamu, tapi kawan sekerjanya yang jawab. Dia kata kakak kamu masuk hospital. Itu sebabnya kami bergegas ke mari. Jelas orang tua itu. Aliff termenung panjang. Dia masih memikirkan ke mana perginya Danira yang tiba-tiba menghilang dari biliknya.
Bas yang dinaikinya berhenti di simpang jalan. Untuk balik ke Sissy Kindergarden, dia terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer dari perhentian bas itu. Sebaik dia memijak permukaan jalan bertar berhampiran rumah batu dua tingkat itu, Danira menghentikan langkahnya. Matanya ralit mencari-cari sesuatu. Dia masih bingung memikirkan ke mana perginya dompet kulit yang dihilangkannya.
Namun sebaik gagal menemukan dompet tersebut, Danira melangkah lemah ke arah taska. Dia sudah berkira-kira mahu pulang sahaja. Entah kenapa berada di hospital itu lebih lama hanya membuatkan dia semakin sakit.
Ketika kakinya mahu melangkah ke arah pintu taska itu, telinganya tiba-tiba menangkap beberapa suara sedang berbual-bual. Langkahnya segera terhenti. Ada sesuatu yang singgah di penjuru telinganya sehingga membuatkan tubuhnya kaku tanpa disedari.
Tak sangka dia tipu kita semua selama ini. Patutlah perangai dia tu pelik semacam.
Tak baik buruk sangka Lynn. Kak Siti tengok Danira tu baik budaknya. Selama dia tinggal kat sini, pernah dia buat benda yang bukan-bukan Tak pernah kan
Belum nampak taring, memang lah macam tu. Cuba kalau esok-esok, entah macam-macam boleh jadi kat kita ni. Kak Siti berani ke duduk dalam rumah ni dengan dia Lynn dengar dia tu dipenjara sebab bunuh orang dulu.
Betul ke Nira pernah bunuh orang dulu Suara Umaira pula kedengaran. Seolah-olah gerun mahu menyebut perkara itu.
Kau tengok ajelah Mira. Baru dua bulan kat sini, macam-macam jadi kat rumah ni. Mula-mula rumah ni kena ceroboh, lepas tu adik Encik Filman tu pulak kena pukul. Sekarang, sekali lagi rumah ni kena geledah. Semuanya sebab si Danira tu. Entah-entah dia bermusuh dengan kongsi gelap mana entah sampai kita semua dapat masalah.
Mata Danira terbeliak. Kata-kata Lynn membuatkan dia terkejut besar. Tentu ada sesuatu berlaku di taska itu. Apakah itu sebabnya kenapa Kamila tidak muncul diri di hospital sepanjang pagi tadi
Dia segera meluru masuk tanpa berfikir panjang. Kak Siti, Miraapa dah berlaku Mana Kak Mila Soal Danira cemas.
Kak Siti dan Umaira terkejut menyedari kehadiran gadis itu. Lynn pula kelihatan benci melihat Danira.
Err..bila Nira keluar dari hospital Tergagap-gagap Kak Siti bertanya.
Kak Siti, tolong beritahu Nira apa dah jadi. Rayu Danira tanpa mempedulikan pertanyaan Siti. Padanya, soal taska itu dan Kamila yang lebih utama berbanding dirinya.
Yang kau sibuk-sibuk nak tahu ni kenapa Sebab kaulah, Kak Mila dapat susah tau tak. Getus Lynn kasar. Mata Danira kini tertumpu ke arah Lynn. Dia inginkan penjelasan lanjut. Kata-kata Lynn yang tidak bertapis langsung tidak diambil hati.
Kenapa Lynn Apa dah berlaku
Aku rasa baik kau berambus aje dari rumah ni sebelum kami semua dapat susah. Bentak Lynn lalu beredar dari situ dengan wajah merah menyala.
Menyedari Lynn tidak mahu mempedulikannya, pandangan Danira tumpah pada Siti dan Umaira pula. Kedua-duanya kelihatan gelisah. Ini membuatkan dia tambah sangsi dengan apa yang sedang berlaku.
Tolonglah Nira, Kak Siti. Beritahu Nira apa yang dah jadi. Mira, tolonglah. Rayunya berkali-kali.
Sebenarnya Nira, pagi ni masa Kak Mila datang nak buka taska ni, dia tengok pintu pagar depan terbuka. Lepas tu bila dia masuk, semua barang-barang kat dalam taska ni habis berselerak dan rosak. Menurut Zulbhan ada orang pecah masuk lagi. Cerita Umaira.
Danira mengalihkan pandangan ke arah ruangan di taska itu. Baru dia perasan, ruangan itu agak bersepah dan berselerak seperti tongkang pecah.
Bilik Nira yang kat atas pun kena selongkar. Pagi ni kami terpaksa tutup taska ni sebab Kak Mila bimbang benda ni sampai ke pengetahuan ibu bapa anak-anak tu. Sambung Umaira lagi.
******
Danira menarik nafas panjang. Ya ALLAH! Dugaan apakah yang KAU beri padaku kali ini Kenapa mereka semua yang mendapat susah kerana aku
Habis Mana Kak Mila sekarang ini Soal Danira ingin tahu.
Dia dan Zulbhan dah keluar buat report polis tadi. Beritahu Siti.
Danira terduduk lemah. Termenung panjang dia mendengar apa yang telah berlaku pagi itu di Sissy Kindergarden. Dia benar-benar telah menyusahkan Kamila kali ini. Bagaimana kalau ibubapa kanak-kanak jagaan taska ini tahu tentang apa yang berlaku.
bersambung
Bab akan datang:
Apa yang harus Danira lakukan untuk mengelak orang lain terlibat dengan masalah yang dihadapinya