Nira, betul ke apa yang kami dengar ni Tanya Siti separuh teragak-agak.
Danira mendongak. Wajah Siti dan Umaira ditenung silih berganti.
Kami terdengar secara tak sengaja bila Kak Mila dan Zulbhan berbual pagi tadi. Jelas Umaira sambil duduk di hadapan anak gadis itu.
Danira menarik nafas panjang. Hatinya kesal kerana Siti dan Umaira mengetahui kebenaran tentang dirinya dengan cara begini.
Semuanya betul Mira, Kak Siti. Nira ni memang penjenayah. Nira bekas banduan. Kalau bukan sebab Kak Mila, Nira takkan mampu mulakan hidup baru. Tapi sekarang, Nira dah menyusahkan Kak Mila. Kak Siti dan Mira pun tentu bencikan Nira kan
Kami bukan bencikan Nira, kami cuma terkejut. Itu saja. Siti berterus-terang. Dia mengusap-usap rambut anak gadis itu. Entah mengapa dia yakin kata-kata Lynn tak mungkin benar. Kalau Danira gadis jahat, tak mungkin Kamila mempercayai gadis itu untuk tinggal di tingkat atas taska itu.
Mira pun percaya yang Nira tak bersalah. Pintas Umaira seraya memeluk bahu anak gadis itu. Danira tersenyum hambar. Hatinya terharu mendengar kata-kata Siti dan Umaira. Namun ia tidak cukup untuk menghentikan rasa bersalah yang berhimpun di fikirannya saat ini. Kak Mila, maafkan Nira kak!
Beberapa barang-barangnya sudah siap dimasukkan dalam beg sandang kecil. Sewaktu dia datang dulu, dia hanya membawa sedikit barang. Dan kini perginya juga dengan barang-barang yang boleh dihitung dan dikira. Beberapa helai pakaian-pakaian dan barang keperluan yang dibeli Kamila padanya, ditinggalkan begitu sahaja. Dia cukup malu mahu membawa barang-barang itu bersamanya, setelah apa yang dilakukannya terhadap wanita itu.
Usai mengemas barang-barangnya, dia menulis sepucuk surat ringkas untuk Kamila. Kandungannya hanya mengandungi ucapan terima kasih pada Kamila serta kemaafan kerana dia telah banyak menyusahkan wanita itu. Surat itu diletakkan di atas para berdekatan dengan dapur, tempat yang paling mudah dilihat.
Sebelum beredar, Danira berpaling. Merenung segenap ceruk rumah yang ditempatinya dalam tempoh ini. Kak Mila, maafkan Nira kak. Nira dah tak boleh tinggal kat sini lagi. Nira tak sanggup nak susahkan kakak. Maaf kalau Nira pergi senyap-senyap sebelum bertemu kakak. Nira tahu, kalau Nira tunggu kakak dulu, belum tentu kakak akan benarkan Nira pergi. Nira dah tak boleh terima budi baik kakak lagi. Maafkan Nira, kak Mila! Bisik Danira dengan wajah sebak. Kepiluan berladung dalam diri. Pinggir mata yang berair dikesat dengan jari-jemarinya. Menyedari dia tidak boleh berlama-lama di situ, dia segera melangkah pergi sebaik menutup pintu pagar taska Sissy Kindergarden itu.
Danira Satu suara tiba-tiba menegurnya dari arah belakang. Danira menoleh. Melihat seraut wajah sedang tercegat memerhatikannya, dahinya segera berkerut. Wajah lelaki separuh umur itu segera dicerna. Apatah lagi dia pernah melihat lelaki itu tak lama dahulu.
Wajahnya gelisah, serba tidak kena. Pandangan lelaki tua itu cukup tajam menyapu serata wajahnya. Kadangkala dia tunduk, adakala dia mengangkat wajahnya. Namun renungan lelaki itu makin melemaskannya. Tapi dalam begitu, dia tidak tahu kenapa dia sanggup mengikut lelaki itu ke sebuah warung kecil berdekatan dengan perhentian bas, tidak jauh dari taska Sissy Kindergarden.
Kenapa dengan muka kamu tu Lelaki itu bertanya. Hairan melihat wajah anak gadis itu lebam-lebam dan luka.
Err..saya terjatuh. Jawab Danira. Berbohong lebih mudah bila dia tidak kenal langsung siapa yang sedang dibohonginya.
Lelaki tua itu berdehem lalu menghirup kopi yang dipesannya. Danira pula mengigit bawah bibirnya seketika. Hatinya masih bingung dengan tingkah-laku lelaki itu.
Pakcik sebenarnya nak cakap apa dengan saya Danira memberanikan diri bertanya. Dia sudah tidak sabar mahu tahu tujuan lelaki itu mahu bertemunya.
Lelaki itu meletakkan cawan kopinya lalu mendongak memandang gadis di hadapannya. Wajah manis di hadapannya ditatap agak lama.
Nama pakcik Umar. Umar Ramjan. Ujar lelaki itu.
Dahi Danira berkerut. Dia tidak pernah mendengar nama itu. Dan apa yang diharapkan lelaki itu padanya
Maaf, saya tak kenal pakcik. Ujar Danira mengakui hakikat sebenarnya.
Memang kamu tak kenal pak cik. Tapi pakcik pernah datang ke rumah kamu masa kamu kecil-kecil dulu. Ayah kamu, sahabat lama pakcik. Ujar Umar tenang.
******
Danira tergamam. Teman ayahnya Betulkah Bulat matanya memerhatikan gerak-geri lelaki separuh umur itu. Kejujuran lelaki itu cuba didalami.
Melihat wajah Danira bagaikan tidak yakin, Umar segera mengeluarkan sesuatu dari poket kemejanya. Sekeping gambar bersaiz 3R segera diletakkan di hadapan anak gadis itu.
Perlahan-lahan Danira mengutip gambar tersebut lalu ditatap. Gambar tersebut jelas menunjukkan wajah ayahnya yang masih muda saling berpeluk dengan seorang lelaki seiras Umar.
bersambung
Bab akan datang:
Apa hubungan Umar bersama ayah Danira