Mencari Kiblat Cinta - 133
Sejurus dia mengalihkan pandangan, lalu bertemu renungan Umar yang menjamah tepat ke wajahnya.

Ayah tak pernah cerita fasal pakcik. Ujar Danira jujur.

Umar tersenyum. Itu kerana kami jarang berjumpa. Kesibukan kerja membataskan masa kami untuk bertemu meskipun jarak kami dekat sahaja. Tapi suatu hari, tak disangka-sangka ayah kamu hubungi pakcik. Dan seminggu kemudian, pakcik dengar khabar kematian dia. Suara Umar sebak.

Danira terdiam. Dia tunduk sugul mendengar kata-kata lelaki itu.

Jadi pakcik tentu tahu apa sebabnya ayah meninggal bukan Tutur Danira dengan wajah muram. Umar mengangguk.

Itulah sebab kenapa pakcik cari kamu. Pakcik nak kamu bantu pakcik. Ujar Umar berhati-hati.

Bantu Wajah Danira berkerut.

Ya, bantu pakcik untuk bawa mereka semua ke muka pengadilan.

Danira semakin bingung. Apa maksud lelaki itu sebenarnya Siapa mereka yang dikatakan lelaki itu

Sa..saya tak faham pakcik. Keluhnya gusar.

Danira, mungkin apa yang akan pakcik katakan ini sukar untuk kamu percayai. Tapi kematian ayah dan ibu kamu telah dirancang. Mereka yang lakukan perkara itu bukan sebarang orang yang boleh disentuh undang-undang. Ayah kamu dibunuh kerana dia tahu sesuatu. Dan ibu kamu turut mati kerana dia enggan menurut kata-kata mereka. Ujar Umar.

Umi meninggal sebab terjatuh dari beranda hospital. Suaranya bergetar menahan hiba. Kenyataan tentang arwah ibunya sehingga sekarang masih sukar mahu dilupakan.

Dia terjatuh kerana ditolak seseorang. Danira, ibu kamu Zahlia dibunuh oleh mereka yang membunuh ayah kamu. Sukar atau tidak, itulah kenyataannya. Tutur Umar tegas.

Danira menggeleng. Dia enggan mempercayai kata-kata lelaki itu. Siapa lelaki itu sehingga begitu tega merentap hatinya dengan cara yang cukup kejam Ya ALLAH! Kenapa mesti lelaki itu muncul dan mengingatkannya segala-galanya tentang ayah dan uminya yang ingin dilupakan Kenapa

Saya tak percaya, pakcik bohong. Danira bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya. Suaranya meninggi tanpa disedari.

Umar mengeluh panjang. Ketika dia memerhatikan gadis itu lagi, matanya tiba-tiba terpandang sesuatu. Rantai berplat emas yang tersarung di leher Danira membuatkan wajahnya berkerut. Dadanya berdebar-debar tidak keruan. Ya tuhan! Itulah benda yang dicari-carinya selama ini.

Danira, tunggu sekejap! Halang Umar.

Danira tidak jadi beredar. Dia berpaling. Melihat mata Umar menuju ke arah rantai yang tersarung di lehernya, hati Danira tiba-tiba bertukar resah.

Bertimbun-timbun dokumen kes memenuhi meja kerjanya, namun semuanya hanya dipandang sepi tanpa ada niat mahu membacanya. Malah untuk menyentuh atau mengalihkannya ke tepi juga, dia tidak berminat.

Pandangannya tenggelam jauh. Entah kenapa, sejak dia bertemu Danira tempohari, dia merasa tidak bermaya. Segenap hati dan perasaannya menjadi lemah dan kacau. Jiwanya bergelodak dengan pelbagai perasaan berbaur. Mengapa begini Mengapa aku sentiasa memikirkan tentang gadis itu Sungguh Filman jadi rungsing dan kacau-bilau.

Ini bukan cinta. Ini hanya kesakitan yang awak berikan pada saya. Memikirkan taraf antara kita yang jauh berbeza sahaja cukup untuk membuat saya rendah diri. Inikan pula memikirkan awak mencintai seorang banduan macam saya.

Kata-kata Danira tergiang-giang di fikirannya. Entah mengapa kata-kata gadis itu begitu menganggu emosinya. Aneh! Mengapa cinta boleh disamakan dengan kesakitan Mengapa cinta yang ingin aku tawarkan dianggapnya racun

Filman, Danira tak bersalah. Kak Mila benar-benar percaya dia tak bersalah. Kata-kata Kamila beberapa hari yang lalu, muncul di fikirannya. Ketika itu dia benar-benar bingung. Semua yang diberitahu Kamila padanya bagaikan dalam mimpi. Hakikat tentang Danira memang sukar untuk dipercayai.

Semalaman dia berfikir panjang. Malah dia telah mempertimbangkan semua itu baik-baik. Dia tahu ke mana hatinya terisi. Dia paling tahu apa yang berada di lubuk hatinya. Maka kerana itu dia nekad mahu menemui Danira dan berterus-terang. Tapi tak sangka, mengatakan apa yang indah di hatinya cukup sukar berbanding dia menguruskan kes-kes di mahkamah. Apatah lagi Danira seperti berat hati mahu menerima keikhlasannya. Dia mengerti gadis itu takut memikirkan status antara mereka. Tapi tahukah Danira betapa dia tidak pernah kisah semua itu. Status antara mereka tidak pernah bererti apa-apa buatnya.

Sedang dia ralit termenung, telefon bimbitnya dalam mod silent tiba-tiba bergetar. Filman berpaling. Matanya melekat pada monitor telefon bimbitnya. Melihat nama Kamila terpapar pada skrin telefonnya, wajahnya segera berkerut.

Hello. Dia menyapa Kamila di talian.

Fil, Danira dah lari!

Hah Wajah Filman berubah mendadak.

Dia tinggalkan nota, kata dia nak pergi dari sini. Tolong Kak Mila, Fil. Tolong cari Nira sampai jumpa. Suara Kamila tersekat-sekat menahan sebak. Namun Filman sudah tidak mampu mendengar apa-apa. Fikirannya berbaur resah. Danira! Kenapa Kenapa mesti melarikan diri setelah kau isi hatiku dengan perasaan cinta Keluh Filman dengan desahan kesal.

bersambung

Bab akan datang :

Adakah Filman berusaha juga mencari Danira sehingga dijumpai