Mencari Kiblat Cinta - 134
Evelyn keluar dari perut kereta lalu melangkah ke arah pejabatnya yang terletak di bangunan dua tingkat di Jalan Semarak. Dia sebenarnya dalam perjalanan mahu menemui seorang kliennya. Namun di pertengahan jalan, dia terpaksa berpatah balik untuk mengambil sesuatu.

Ketika dia menolak daun pintu pejabatnya, matanya dengan segera terpandang sesuatu. Melihat sekujur tubuh sedang bersandar di atas sofa dengan mata terpejam rapat, dia tercengang. Cecilia si penyambut tetamu ditoleh.

Dah lama dia kat sini Tanya Evelyn serius.

Errdekat satu jam Cik Evy. Jawab Cecelia.

Dia datang sini nak cari Joshua

Cecelia menggeleng. Katanya dia nak cari Cik Evy. Balas Cecelia. Dahi Evelyn segera berkerut. Cari aku

Joshua mana

Encik Joshua tak masuk pejabat sejak pagi tadi. Lapor Cecilia.

Evelyn menarik nafas panjang. Ke mana pulak Joshua pergi Dia sedar, sejak akhir-akhir ini kelibat Joshua jarang kelihatan di pejabat itu. Malah beberapa fail kes baru yang diterima firmanya, masih belum dibaca dan diusik lelaki itu. Sengaja dia meminta Joshua menerima salah satu kes itu untuk membuatkan Joshua sibuk dan kurang memikirkan tentang Danira. Tapi ternyata lelaki itu bagaikan tidak berminat langsung mahu bekerja.

Mata Evelyn kembali menukas ke arah Danira yang tertidur pulas. Apa sebenarnya yang dimahukan gadis itu padanya Ah pedulikan! Evelyn beredar ke biliknya. Sebaik mendapatkan apa yang dimahukannya, dia segera keluar. Tapi sebaik melewati meja penyambut tetamu, langkahnya sekali lagi terhenti. Tatapan matanya tumpah pada seraut wajah yang kelihatan letih dan lesu. Dia perasan ada kesan-kesan lebam pada wajah Danira. Matanya juga terpandang sebuah beg pakaian terletak di kaki gadis itu.

******

Melihat wanita itu bercakap-cakap menggunakan telefon bimbitnya, Danira mengalihkan pandangan. Matanya tersasar ke arah pelanggan di restoran itu yang keluar masuk melalui pintu utama. Dia sebenarnya agak segan mahu mengikut Evelyn ke situ. Namun apabila wanita itu bertegas dengan alasan hendak menanti kliennya di situ, hendak tak hendak dia terpaksa menurut.

Usai menghabiskan panggilan, mata Evelyn kembali terarah ke wajah Danira. Wajah gadis itu pucat sedikit, namun ayu wajah itu masih terserlah. Raut wajah Danira memang lembut dan sedap mata memandang. Mungkin itu sebabnya Joshua begitu tergila-gilakan gadis itu dahulu.

Kenapa dengan muka you tu Soal Evelyn ingin tahu. Sejak dalam perut kereta lagi dia cuba menahan diri dari bertanya tentang tanda lebam dan luka yang bertamu di wajah Danira.

Err..saya terjatuh Cik Evy. Jawab Danira tergagap-gagap. Dahi Evelyn berkerut mendengar jawapan serba ringkas itu. Dia tidak tahu hendak percaya atau tidak. Kesan di wajah itu bukan kesan akibat terjatuh. Berurusan dengan banyak kes-kes membabitkan penderaan dan saman akibat kecederaan membuatkan dia pandai membezakan tanda-tanda lebam di wajah anak gadis itu.

Kenapa you cari I Soal Evelyn kembali kepada pokok persoalan yang membelenggu dirinya sejak setengah jam yang lalu. Wajahnya terpamer serius menatap gadis itu.

Danira kelihatan teragak-agak. Susuk tegas wanita di hadapannya membangkitkan rasa resah. Namun dia cuba memberanikan diri. Perlahan-lahan dia menyeluk saku bajunya lalu mengeluarkan sekeping sampul surat. Sampul surat itu diletakkan di hadapan Evelyn. Dahi wanita itu berkerut. Hairan melihat sampul surat sederhana besar di hadapannya. Sejurus anak mata wanita itu beralih ke wajahnya.

Apa ni Tanya Evelyn.

Saya nak minta Cik Evy tolong serahkan sampul surat ni pada Joshua. Ungkap Danira serba-salah.

Evelyn terdiam. Permintaan gadis itu membuahkan rasa hairannya. Dia segera membuka sampul surat itu lalu meneliti isi kandungannya. Melihat sejumlah wang terdapat di dalam sampul surat tersebut, Evelyn terlongo. Wang apa pulak ni

Duit tu gaji saya semasa saya bekerja di taska Sissy Kindergarden. Tak banyak. Ada seribu sahaja. Sepatutnya saya dapat gaji untuk bulan kedua, tapi saya mungkin tak dapat nak ambil gaji tu. Tapi saya janji lepas saya dapat kerja lain nanti, saya akan bayar pada Joshua sedikit demi sedikit. Ujar Danira.

Kenapa you bagi duit gaji you pada dia Soal Evelyn bingung.

Saya rasa bersalah pada Joshua. Dulu saya tak mampu nak bayar pada Joshua kerana pertolongannya. Saya sedar, saya dah banyak menyusahkan Joshua. Keluh Danira muram.

Evelyn tersenyum sinis. Hmm..I lega you masih sedar semua itu.

Danira terdiam. Wajah Evelyn ditatap lama. Dia tahu sejak hari pertama lagi, wanita itu tidak menyukainya. Dan dia juga tahu sebabnya. Tipulah dia jika dia katakan dia tidak sedar dengan perhatian berlebihan yang diberikan Joshua padanya.

Cik Evy, saya tahu Cik Evy bencikan saya. Tapi percayalah, saya dan Joshua tak ada apa-apa hubungan.

bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Evelyn begitu bimbang jika Danira mempunyai hubungan dengan Joshua walau telah dijelaskan berkali-kali