Mencari Kiblat Cinta - 135
Saya hanya anggap Joshua sebagai seorang teman biasa merangkap peguam saya. Tak pernah terlintas pun di hati saya untuk merebut Joshua dari tangan Cik Evy. Saya tahu Cik Evy sayangkan Joshua. Ujar Danira cuba membuat penjelasan.

Evelyn terdiam. Kata-kata Danira hanya dibalas dengan berdiam diri. Dia berpaling ke arah lain.

Mungkin kalau saya cakap apa pun Cik Evy takkan percaya. Saya datang jumpa Cik Evy sebab nak ucap selamat tinggal. Kalau boleh tolong sampaikan salam saya pada Joshua. Sambung Danira lagi.

Evelyn berpaling. Wajahnya berkerut. You nak ke mana Danira

******

Danira tersenyum hambar. Saya nak tinggalkan tempat ni Cik Evy. Saya akan hilangkan diri saya ke tempat yang takkan ada sesiapa pun yang kenal saya. Kehadiran saya hanya menyusahkan banyak orang. Saya tak mahu lagi terhutang budi pada sesiapa. Saya juga tak mahu ada orang dapat susah kerana saya.

Evelyn memandang gadis itu dengan pandangan serius. Kat mana you nak tinggal nanti You ada duit You ada kerja You ingat senang ke nak dapat kerja zaman sekarang ni Soal Evelyn bertalu-talu. Sampul surat di tangannya dihulurkan kembali ke arah gadis itu. Danira tergaman.

Ambil duit you ni semula. You ingat Joshua akan terima duit ni You tak perlu bayar pada Joshua sebab kerajaan yang bayar kos guaman you tu selama ini.

Tapi Cik Evy..

Jangan nak bertapi-tapi lagi. Joshua akan salahkan I kalau dia tahu I benarkan you pergi dengan cara macam ni. Mungkin dia akan ingat I yang provok you supaya pergi. Ujar Evelyn.

Itu bukan maksud saya Cik Evy. Danira serba-salah.

Evelyn membuka tas tangannya. Sehelai kertas memo dikeluarkan dari dalam tas itu. Danira terpisat-pisat melihat Evelyn mencoretkan sesuatu pada kertas tersebut. Sejurus kemudian, kertas memo itu diserahkan pula padanya.

I tak tahu apa masalah you kat taska tu. Tapi I malas nak ambil tahu. Cuma kalau you berkeras nak pergi jugak, ambil kertas ni. Ujar Evelyn. Danira membaca isi kertas tersebut. Melihat angka-angka yang tertera di dalamnya, wajah Danira segera bingung.

Itu nombor telefon kawan I. Minggu lepas dia merungut sebab kedai bunga dia kekurangan pekerja. Kalau you tak dapat cari kerja, pergi jumpa dia. Suruh Evelyn dengan wajah selamba.

Danira terkejut. Wajah wanita itu dipandang tidak berkelip. Dia langsung tidak menduga Evelyn akan membantunya.

Cik Evy

Evelyn mengalihkan pandangan. Wajahnya tetap serius. Jangan salah anggap. I tak buat semua ni sebab nak bantu you. I cuma nak bantu you cari kerja, mulakan hidup baru supaya you tak payah lagi bergantung pada Joshua. Selar wanita itu acuh tak acuh.

Danira mengangguk Dia mengerti maksud Evelyn. Sungguh dia tidak menduga, wanita yang selalu kelihatan dingin melayannya akan membantunya seperti ini. Hatinya benar-benar lega kerana Evelyn tidak lagi salah faham terhadapnya. Jauh di sudut hati dia benar-benar berharap hubungan Evelyn dan Joshua akan bertambah rapat selepas ini.

DIA mengheret kakinya tanpa arah tujuan. Destinasi yang mahu dituju masih samar-samar di kotak fikiran. Namun kertas yang berisi nombor telefon yang diberi Evelyn sebentar tadi disimpan baik-baik di dalam poket bajunya. Manalah tahu kertas itu akan ada gunanya suatu hari nanti.

Ke mana patut dia pergi Patutkah dia balik ke rumah Pak Maidin dan Mak Minah Tapi bagaimana jika Kamila berjaya mencarinya di situ Lagipun dengan pertolongan Zulbhan, tak mustahil Kamila mampu mencarinya semula.

Telefonnya asyik berdering sejak tadi. Dia acuh tak acuh sahaja. Dia tahu benar siapa yang menghubunginya. Pasti Filman! Lagipun bukankah hanya Filman sahaja yang tahu nombor telefonnya!

Penat berdering, tiba-tiba bunyi itu terhenti. Danira menarik nafas panjang. Dia mahu menyeberang jalan menuju ke arah sebuah kedai serba aneka. Namun belum sempat dia berbuat demikian, muncul pula isyarat sms menjengah kotak mesejnya. Dalam tidak peduli, hati Danira tergerak mahu memeriksa telefonnya.

Nira di mana Kenapa tak angkat panggilan saya

Dia mengeluh panjang. Filman! Pasti lelaki itu sudah tahu khabar dirinya dari mulut Kamila. Ya ALLAH! Kenapa hati ini terasa begitu sakit bila mengenangkan Filman Kenapa hati ini begitu berat untuk berpisah dengan lelaki itu

Sekali lagi Filman menghantar mesej pesanan ringkas.

Nira, tolong jangan jauhkan diri dari saya. Jangan buat hati saya terseksa. Jangan pergi begitu sahaja tanpa mengucapkan selamat tinggal.

Mesej Filman seolah merayu kali ini. Hatinya tersentuh. Namun dia cepat-cepat mengeraskan hati lalu menyimpan semula telefon itu di dalam poket bajunya. Jalan di hadapannya diseberangi.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah hati Danira akan berlembut membaca mesej Filman