Mencari Kiblat Cinta - 138
Ma selalu macam tu. Semua orang pun dia pernah tengok. Usik Najla lalu ketawa kecil. Filman turut tersenyum.

Betul Naj. Muka Danira ni macam familiar sangat. Tukas Tengku Saida. Dia memang tidak mudah lupa pada seseorang. Semakin dia memerhatikan anak gadis di hadapannya itu, semakin dia merasa pernah melihat gadis itu di mana-mana sebelum ini.

Ma dah buat dia takut tu. Tegur Filman pula.

Tengku Saida menarik nafas panjang. Anak gadis itu terpisat-pisat memandangnya. Sesekali dia ralit memerhatikan Melia yang kelihatan manja dan keletah dengan Danira. Selalunya Melia agak sukar mahu mesra dengan sesiapa jika bukan ahli keluarga mereka sendiri. Mata Tengku Saida kembali meneliti raut wajah Danira yang mempunyai kesan lebam dan luka. Dari luka di wajah gadis itu, dia tahu keadaan yang berlaku lebih teruk dari apa yang Filman ceritakan padanya.

Makcik nak ucapkan terima kasih pada Danira sebab selamatkan Aliff tempoh hari. Filman dah ceritakan semuanya pada makcik. Tengku Saida memulakan perbualan.

Danira terdiam. Nama Aliff membuatkan dia tersedar sesuatu. Anak muda itu tidak kelihatan sejak tadi. Sudah beberapa hari dia tidak bertemu dengan anak muda itu.

Kalau bukan sebab Danira, entah apa yang akan berlaku pada anak mak cik tu. Keluh Tengku Saida.

Sebenarnya tak ada apa-apa sangat makcik. Kebetulan saya ada kat situ. Ujar Danira tergagap-gagap sedikit. Dia rasa bersalah kerana diberikan ucapan terima kasih sedangkan dia yang memberi masalah pada Naufal. Kalau bukan kerananya, mana mungkin semua ini akan berlaku.

Tapi Danira yang selamatkan Aliff. Makcik benar-benar terhutang budi pada Danira. Kalau suami mak cik tahu Danira nak datang hari ni, tentu dia yang paling seronok. Memang kami berdua sayang sangat pada Aliff. Ujar Tengku Saida.

Danira terkedu mendengarnya. Jadi inilah keluarga di mana Naufal membesar Dia jadi lega entah kenapa. Dengan asuhan seorang ibu seperti Tengku Saida dan perhatian yang diberikan oleh Filman dan Najla, Naufal akan membesar dengan lebih baik. Dia mampu berlapang dada melihat kehidupan Naufal yang sempurna dan terdidik. Bukankah itu harapan ayah dan uminya selama ini Untuk melihat Naufal berjaya dalam hidupnya. Dan tugas itu berjaya dilakukan oleh keluarga Filman. Jadi apa lagi yang kau harapkan Danira Kau tidak perlu bimbang lagi tentang Naufal. Dia bukan anak muda yang liar dan terbiar seperti dulu. Dia sekarang adalah Aliff yang berpendidikan, baik budi pekerti dan dijaga di dalam sebuah rumah besar, menikmati pakaian dan makanan mewah. Segala-galanya sudah cukup. Anak muda itu tidak memerlukan kau lagi! Bisik hati kecilnya.

Dia menarik nafas panjang. Kelopak matanya terasa hangat. Sekarang ini mudah benar hatinya dilanda kesedihan. Dia sebak mengenangkan dalam sekelip mata, dia dan Naufal adalah dua insan yang kini berbeza taraf. Kalau keluarga Filman tahu siapa dirinya, apakah mereka akan melayan Aliff dengan baik seperti sekarang Tak mungkin! Aku tak boleh biarkan mereka tahu siapa aku. Cukup biar Filman seorang sahaja tahu aku bekas banduan. Jangan sampai lelaki itu tahu yang Aliff itu adik yang dicari-carinya selama ini. Dia tidak boleh lagi menganggu dan merosakkan kehidupan Naufal dengan masa silamnya yang pahit.

Diam-diam Filman melirik ke arah Danira yang kelihatan muram. Dia tahu gadis itu sedang memikirkan sesuatu. Pandangan Danira tenggelam jauh. Apa yang difikirkan anak gadis itu sebenarnya

Aliff! Teriak Najla tiba-tiba apabila menyedari ada seseorang sedang melintas ruang makan itu. Setiap pasang mata kini beralih ke suatu arah.

Aliff ke tu Mari ke mari sayang. Panggil Tengku Saida agak lantang. Beberapa saat kemudian, anak muda itu muncul dengan wajah kusut masai.

Aliff ke mana tadi Tengok siapa yang datang ni. Ujar Tengku Saida. Mata Aliff beralih arah. Sebaik dia melihat kelibat Danira, wajahnya segera berubah. Terkejut melihat kehadiran gadis itu di situ. Sehari suntuk dia cuba mencari Danira yang menghilangkan diri dari hospital. Tapi tak semena-mena Danira muncul di rumahnya pula malam ini.

Danira memandang anak muda itu dengan wajah sayu. Mata mereka berlaga, saling bertentangan, saling memandang dan saling mengerti. Namun segala penantian dan kerinduan yang ditunggu lama, tidak mampu dileraikan sama sekali.

Makan malam itu jadi lebih sunyi dengan kehadiran Aliff. Sikap membisu anak muda itu disedari oleh setiap orang di meja makan. Apabila ada topik yang dibicarakan, Aliff sekadar mendengar tanpa ada minat mahu menyampuk. Danira menarik nafas panjang. Dia mengerti. Dia tahu anak muda itu kurang selesa dengan kehadirannya,

Mak cik, dah lewat ni. Saya nak minta diri. Terima kasih untuk makan malam ni. Danira minta izin untuk beredar.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Aliff merasa sebersalah Apa yang difikirkan Aliff