Mencari Kiblat Cinta - 139
Dia tidak harus berlama-lama di situ dan membuatkan Naufal berasa semakin serba-salah kerananya.

Nira nak ke mana lepas ni Malam-malam macam ni bahaya berjalan seorang diri. Saya rasa baik Nira balik ke Sissy Kindergarden tu. Kak Mila risau bila Nira tinggalkan rumah tu. Usul Filman. Dia tidak ingin Danira mencuri kesempatan untuk menghilangkan dirinya lagi.

Aliff yang mendengar kata-kata abangnya tersentak. Kakaknya meninggalkan Sissy Kindergarden Tapi kenapa

Macam ni lah, makcik rasa untuk malam ni elok Danira bermalam kat sini aje. Kami ada bilik tetamu. Esok biar Filman yang hantar Danira kalau nak ke mana-mana. Cadang Tengku Saida pula.

Danira tercengang. Bermalam di sini Tak mungkin!

Idea ma saya tu baik. Saya takkan benarkan Nira ke mana-mana malam ni tanpa izin saya. Sokong Filman pula.

Danira serba-salah. Dia tahu Filman sengaja tidak mahu dia pergi dari situ. Bebola matanya beredar ke wajah Aliff. Seboleh-bolehnya dia mahukan restu anak muda itu. Jika Aliff merasa tidak selesa dengan kehadirannya, dia akan menolak pelawaan Filman dan ibunya. Namun anak muda itu langsung tidak mahu memandangnya kali ini.

Diam-diam Najla memerhatikan gerak-geri Danira dan Aliff. Sejak tadi dia sedar, sikap kedua-duanya agak aneh bila berhadapan. Tatapan mata kedua-duanya bagaikan membendung sesuatu. Dan untuk seseorang yang ramah seperti Aliff, berdiam diri pada seseorang yang menyelamatkan nyawanya benar-benar bukan kebiasaan Aliff. Begitulah yang Najla fikirkan saat ini.

PUAS dia cuba melelapkan matanya, namun suasana asing di bilik itu membuatkan matanya liat mahu tidur. Puas dia berbalik ke kanan dan ke kiri, namun dia tidak mampu memaksa tubuhnya untuk berehat. Tidak di tempat ini. Selepas makan tadi, dia berbual-bual seketika dengan Tengku Saida. Wanita itu memang baik hati. Orangnya lembut dan kelihatan penyayang dengan anak-anak. Matanya sendiri menyaksikan betapa baiknya wanita itu melayan Naufal.

Danira menolak selimut yang membalut tubuhnya. Dia duduk sejenak di birai katil. Matanya merenung jauh. Lepas ini apa Ke mana harus aku pergi Sanggupkah aku tinggal berjauhan dengan Naufal

Kau terpaksa! Kalau kau mahu hidupnya baik-baik sahaja, kau harus jauhkan diri. Suara hatinya berbisik.

Filman pula bagaimana Sanggupkah kau melupakan lelaki itu juga

Dia meraup wajah. Suara hatinya yang lain terus memprovok. Ketika itu telinganya mendengar suatu bunyi. Danira memandang ke arah daun pintu di hadapannya. Siapa pulak ni

Ketukan itu terus bertalu-talu. Perlahan tetapi berterusan. Dia tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Jangan-jangan Naufal! Cepat-cepat dia meluru ke arah pintu tersebut. Namun sebaik daun pintu dikuak, dia terkejut melihat sesusuk tubuh kecil sedang mendongak ke arahnya.

Melly! Melly buat apa kat sini Tak tidur lagi Tanya Danira pada si kecil yang tersenyum-senyum memandangnya.

Kak Nira, jom tidur bilik Melly.Rengek Melia seraya menarik-narik tangannya. Danira terkedu. Wajah kecil itu ditatap penuh perhatian.

Tak boleh sayang, Kak Nira kena tidur di sini saja. Nanti papa Melly marah. Danira membuat alasan.

Ala papa tak marah. Melly nak main-main dengan kakak.

Tak boleh sayang. Sekarang kan dah malam, Melly kena tidur. Besok saja Kak Nira temankan Melly main. Pujuk Danira.

Tak mahu, Melly nak main-main dengan kakak malam ni. Rengek anak kecil itu terus menerus. Danira sudah mati kutu mahu mengikut kemahuan Melia.

Melly, kenapa ganggu Kak Nira Filman tiba-tiba muncul tak diduga. Danira tergamam. Terkejut melihat Filman di situ.

Filman segera menarik tangan anak kecilnya. Namun Melia terus merengek-rengek membuatkan Filman mengeluh kecil.

Melly sekarang ni dah degil ya. Pergi tidur sekarang, nanti papa cubit baru tahu. Ugut Filman separuh geram. Mendengar kata-kata papanya, anak kecil itu segera senyap. Barangkali takut dicubit atau memang sudah serik kena! Fikir Danira.

Mata Filman kembali ke arah Danira yang senyap di tempatnya.

Maaf kalau Melly menganggu. Nira kenapa tak tidur lagi Soal lelaki itu.

Danira menggeleng. Saya tak boleh tidur. Akuinya.

Filman terdiam. Dia memandang sebentar ke arah Melia sebelum mengalihkan pandangan ke arah Danira. Renungannya singgah lama ke wajah gadis itu.

Saya nak cakap dengan Nira sekejap. Tunggu saya tidurkan Melly. Nanti kita jumpa di beranda sana. Ujar Filman seraya menunjukkan ke suatu arah. Sebelum sempat Danira berkata apa-apa, Filman segera beredar bersama Melia.

Danira mengeluh kecil. Apa yang mahu diperkatakan Filman padanya Entah kenapa dia berat hati mahu memenuhi permintaan Filman itu. Lagipun hari sudah jauh malam dan yang paling penting, dia sekarang berada di rumah Filman. Bagaimana kalau ada orang terserempak mereka di situ Mana dia nak letak mukanya nanti

bersambung

Bab akan datang:

Apa yang ingin dibualkan Filman pada Danira