Dude! I'm Getting Married - 14
BAB 14

TUJUH pagi Acik dah sampai di laman rumah orang tuanya. Dia bersiul-siul kecil. Kunci kereta diputar di hujung jari telunjuk. Laju langkahnya menuju ke ruang dapur. Lapar.

Abang ni..ke hulu ke hilir. Tak penat ke ulang-alik macam ni Seri muncul di muka pintu dapur.

Tak.. Acik jawab sepatah.

Sempat ke pergi kerja Seri jeling jam di dinding dapur. 7.30 pagi.

Acik angguk. Dia ceduk nasi goreng dan telur mata ke dalam pinggan.

Dah balik anak bujang ma

Serentak Acik dan Seri berpaling. Mama tersenyum sambil menghampiri mereka.

Pa mana ma Acik cium tangan mama.

Ada kat atas..tengah siap-siap nak ke pejabat. Sekejap lagi turun la tu. Mama ceduk nasi goreng ke dalam pinggan dan tuang kopi panas ke dalam cawan. Siap diletak di tempat duduk papa.

Seri senyum melihat tingkah mama yang sejak dulu melayan papa dengan penuh kasih sayang. Dia juga nak jadi macam tu bila dah nikah nanti.

Wei! Berangan pagi-pagi ni!

Acik tarik tangan Seri yang menongkat dagu tadi.

Abang ni! Seri tumbuk belakang Acik. Hampir tersengguk dagunya kena meja.

Pagi-pagi dah mengelamun..fikir apa sampai sengih semacam Acik usik lagi. Nasi goreng dah separuh habis dimakan.

Errtak..Ucu suka tengok ma layan pa. Very loving!! Seri senyum lebar. Dia rangkul bahu mama.

Ucu pun..esok-esok kena buat macam ni jugak tau! Syurga bagi seorang isteri terletak di tapak kaki suami. Macam jugak syurga bagi lelaki terletak di kaki ibunya. Mama senyum.

Dengar tu! Kalau nak suami yang baik, perangai tu kena ubah. Jangan ikut kepala otak sendiri je. Acik luku kepala Seri.

Memanglah kena ikut otak sendiri. Takkan nak pakai otak orang lain pulak Seri suap nasi goreng ke mulut.

Menjawab lagi....cakap tu biar sopan sikit. Ni..tudung ni pakai tu biar la labuh sikit. Tutup nasi lemak lima ringgit tu, bukannya nasi lemak lima puluh sen! Acik jeling Seri yang dah muncung.

Nasi lemak Seri dongak.

Nasi lemak Papa muncul.

Tiga kepala berpusing. Papa dah sengih di pintu dapur.

Abang..mari duduk. Saya dah siapkan makan ni. Mama bangun dan terus tarik kerusi untuk papa.

Seri dan Acik diam. Tak berani cakap bukan-bukan depan papa.

Mana nasi lemak Papa pandang menu sarapan.

Mama dah pecah ketawa.

Kenapa ketawa Papa dah bingung.

Abang..abang..mana ada nasi lemak. Nasi goreng je ni.. Mama masih ketawa. Geli hati. Memanglah sejak dulu,

papa memang tak faham bahasa kiasan ni. Lurus je! Sama macam Seri. Mama dan Acik je yang suka guna bahasa kiasan.

Nampaknya Acik dah ikut perangai mama.

Acik senyum. Dia jeling Seri yang turut bingung. Sama macam papa.

Tadi kata nasi lemak. Papa macam tak puas hati.

Err..Acik cerita nasi lemak kat pasar malam tu. Mahal..lima ringgit... Acik berbohong. Nak berterus terang nanti, malu pula kat papa.

Papa angguk-angguk.

Ucu dah dapat kerja tetap

Seri geleng.

Kerja dengan pa je la. Lagi pun ada kekosongan di pejabat. Papa kunyah nasi goreng, berselera sakan. Ya la..mama yang masak.

Alah..Ucu nak jadi chemist. Buat apa ambik bidang kimia kalau tak jadi chemist. Seri tak nak mengalah.

Memang la..tapi sekarang ni bukan senang nak cari kerja yang betul-betul sesuai. Berapa lama nak tunggu. Pa tak suka anak pa kerja tak tentu arah. Ni..Acik pun sama. Elok-elok ada syarikat sendiri, nak kerja dengan orang lain. Kat pejabat tu, ada nak pakai system analyst.

Acik jeling Seri. Seri pun ikut jeling Acik. Dua dua buntu.

Pa..Acik dah happy dah kerja kat MIMOS tu..biarlah Acik timba ilmu dulu. Ha..kalau Ucu ni ya, dia kena ikut cakap pa. Dia kan perempuan. Dahlah kerja kat tapak pembinaan. Macam jantan! Acik mencebik.

Seri tumbuk belakang Acik.

Dah la tu. Ucu! Tak baik buat abang macam tu! Buatlah kerja apa pun asalkan halal. Mama pula menyampuk.

Ma..boleh la Ucu nak kerja sendiri. Dapat kerja satu tahun jadi chemist pun jadilah! Seri pujuk pa dan ma.

Baiklah. Pa bagi masa enam bulan cari kerja. Kalau tak dapat jugak, Ucu kena kerja dengan pa. Lagi satu..Acik kena cari calon dan Ucu jugak. Pa bagi masa setahun saja. Ucu dulu nikah sebab Ucu perempuan. Papa dah mula beri syarat.

Apa Nikah Seri muncung lagi. Dah macam belimbing buluh. Apa ni..tadi cerita bab kerja, alih-alih bab nikah pulak. Leceh la

Ucu dah ada calon Mama tanya.

Mana ada..Ucu tak ada masa la ma nak fikir pasal tu. Ucu nak cari kerja. Seri membentak.

Hmm..kalau tak ada, biar ma yang carikan. Mama senyum.

Hah Ehtak payah ma! U..Ucu boleh cari sendiri. Seri dah gelabah. Tak nak aku! Nak nikah pun kena orang tua yang carikan. Tak vogue la!

Dah ada ke Acik sengih.

Err..nantilah Ucu cari. Tanya sekarang ni mana ada! Seri siku lengan Acik.

Kalau tak adaabang ada calon yang sesuai.. Acik sengih. Nada suaranya perlahan.

Siapa

Serentak papa dan mama bertanya.

Ada la..kawan Acik sendiri.. Acik dah terbayang muka Jai.

Apa ni abang Tak aci macam ni! Ucu bukannya kepingan jigsaw puzzle, nak kena padan-padan macam ni! Seri dah mencuka.

Alah..dah la tu. Dah lewat nak pergi kerja ni.. Papa bingkas bangun. Mama ikut sekali.

Seri dan Acik masih bermasam muka.

Abang bukan apa..Ucu mesti suka dengan kawan abang ni. Kalau abang yang pilih, bermakna orang tu memang sesuai dengan Ucu yang cantik manis ni.. Acik usik Seri. Sempat cuit dagu runcing Seri.

Seri tepis tangan abangnya. Tak ingin!

SERI termenung di meja. Kata-kata abangnya tadi memang benar. Kenapalah dia tersadai kat syarikat pembinaan ni. Apa mimpi dia minta kerja kat tempat yang nyata jauh gila dari bidang yang dipelajari. Tak ada kaitan langsung dengan kimia. Kalau ada makmal kat syarikat ni okey la jugak. Ni..penuh dengan pelan tapak. Lepas tu, yang nak kena kaji pula, batu-batu yang pelik tu. Kalaulah dia ambik geologi dulu, dah sah dia jadi geologist sekarang ni.

Apa menung tu

Seri tersedar. Kak Siti dah menapak ke meja.

Err..tak ada apa kak. Seri susun fail di atas meja. Kerja minah kerani sepertinya kena sentiasa bersedia membantu siapa saja termasuk Koci, si pembuli tu. Kalau kena pergi ke tempat tapak pembinaan sekalipun, dia kena bersedia. Kadang-kadang terfikir jugak, minah kerani macam dia ni nak kena pergi melawat tapak Apa ke jadah!

Ok ke kerja sini

Err..boleh la..tapi saya lebih suka jadi chemist. Kerja ni pun sementara je..kontrak.. Seri tongkat dagu.

Hmm..betul tu. Tapi tak salah cari pengalaman. Ramai graduan sekarang ni, belajar lain, kerja bidang lain. Siti duduk di sebelah Seri.

Err..akak ambik bidang engineering ke Soal Seri lagi. Dia pandang kak Siti. Kak Siti cantik dan kemas dengan seluar jeans dan blaus lengan panjang. Memang sesuai untuk seorang yang bekerja di syarikat pembinaan.

Tak..akak ambil architecture. Kenapa

Hmm..tentu bagus kan. Jarang saya tengok perempuan ambik bidang ni..

Memang la..tapi tak bermakna perempuan tak boleh buat kerja lelaki. Malah ada yang lebih bagus dari lelaki. Perempuan ni buat kerja berhati-hati. Siti senyum.

Ehem!!

Seri dan Siti mendongak. Koci dah terpacak kat depan.

Amboi! Kutuk lelaki nampak Koci sengih. Sempat kenyit mata pada Seri.

Bila sampai Siti turut senyum.

Baru je..tu la..perempuan kalau dah sembang, bukan nak pandang kiri kanan. Koci tarik kerusi. Duduk sebelah kak Siti.

Seri dah tunduk. Kenapa la dia ni asyik tenung aku jetak malu ke buat macam tu depan kak Siti.

Cik adik manis kita ni..dah habis semua kerja yang saya bagi minggu lepas Koci saja usik Seri.

Err..kerja apa Seri angkat muka.

Laa..edit proposal untuk projek di Putrajaya! Koci tambah dekat. Dia tarik kerusi hampir dengan Seri.

Belum lagi..banyak sangat kena buat. Kerja kak Siti pun belum siap lagi.. Seri tunduk semula. Memang tak cukup tangan.

Rasanya kerani dah ramai kat pejabat tu tapi sembang je tahu.

Belum Koci jengil mata.

Seri dongak lagi. Dah..dia dah buat dah..terkebil-kebil Seri pandang Koci.

Alah..kut ya pun..tak payahlah buat muka nak telan orang macam tu! Budak ni baru kerja, tak sampai sebulan. Memanglah ambik masa nak faham semua kerja. Siti cuba sedapkan hati Seri yang dah pucat.

Tak boleh bagi muka kak. Budak baru macam dialah kena bagi banyak kerja. Biar dia tahu kerja ni bukan senang. Goyang kaki je. Esok ikut saya buat site visit! Koci buat muka garang.

Seri tunduk. Eii! Geramnya aku!! Rasa nak sumbat mulut mamat ni dengan ammonia! Biar berbau satu pejabat ni! Biar lari lintang pukang semuanya!

Saya tak fahamlah. Kenapa saya kena pergi buat site visit Itu kan kerja engineer yang bijak macam Encik Farid ni Seri ketap bibir.

Banyak songeh budak ni. Ikut jelah! Koci turut ketap bibir. Degil betul minah ni. Keras kepala.

Dah la tu..biarlah dia buat kerja di pejabat ni. Kenapa tak ajak Azmi aje Siti mencelah. Kesian tengok Seri dibuli Koci. Dia minta diri ke mejanya semula.

Azmi tu angin sikit kak. Kalau sebelah saya ada cik adik manis ni..nak marah pekerja pun tak jadi. Awak nak ke saya marah pekerja kat sana nanti Koci sengih.

Itu masalah Encik Farid. Bukan masalah saya. Seri belek fail dengan kasar.

Hmm..kalau awak ni bukan adik Acik tu..dah lama saya.. Kata-kata Koci terhenti.

Saya apa Seri pantas jawab.

Ah..tak payahlah jawab. Lagipun saya dah rasa masa kat tapak dulu.. Koci sengih. Matanya nakal menghala ke tubuh Seri. Dia berlalu pergi dengan ketawa sinis.

Rasa apa Seri berkata sendiri. Ya Allah!! Dia tepuk dahi. Teringat kejadian masa dia terjatuh atas tubuh Koci di tapak pembinaan dulu. Pantas kedua tangannya menyilang di dada. Tadi, abangnya kata nasi lemak lima ringgit.

Jadi..maksud abang aku tu.. Seri pandang dadanya sendiri. Malunya aku!