AMY tak tahu, mana hendak diletakkan mukanya kala ini. Bukan dia tak sedar, ramai yang mula memandang ke arah mereka. Suara Farid yang kuat telah menarik perhatian orang di sekeliling.
Baik you cakap betul-betul, jantan mana yang telefon you tadi Farid mengulangi soalan yang sama untuk kali ke tiga.
Amy merengus. Farid tak habis-habis lagi bercakap yang bukan-bukan. Pelbagai tuduhan dan makian dilemparkan kepadanya. Hanya sebab dia berbual dengan rakan sepejabat di telefon, Farid menuduhnya membuat hubungan sulit dengan lelaki lain.
I dah kata, Aiman tu cuma kawan satu ofis. You nak I cakap bahasa apa lagi!
You jangan nak tipu I.
Amy melepaskan keluhan. Wajah Farid dipandang dengan seribu kesalan. Farid masih tidak berubah. Seribu janji yang Farid berikan padanya, satu pun tak boleh dipakai. Farid masih tetap Farid. Dia pun tak tahu, bagaimana dia boleh lembut hati untuk menerima Farid kembali. Tak dinafikan, dia memang menyayangi Farid. Tapi, sampai bila dia harus makan hati Kalau beginilah caranya, adalah lebih baik, dia dan Farid berpisah saja.
I tak tahu, apa lagi nak terangkan pada you. You nak percaya ke, tak nak percaya ke...you punya pasallah!
Entah-entah, you dah tidur dengan jantan tu
Tanpa amaran, satu tamparan hinggap di pipi Farid. Amy geram. Tuduhan Farid benar-benar membuatkannya hilang sabar. Farid memang melampau kali ini.
Kurang ajar! Suara Farid meninggi.
I yang kurang ajar atau you yang kurang ajar! Amy membalas dengan berani. Renungan Farid dibalas tajam. Wajah Farid yang menyinga tidak memberi apa-apa kesan kepadanya. Kali ini dia nekad. Nama Farid harus dipadamkan dari diari hidupnya. Cukuplah selama ini dia menjeruk rasa dengan Farid. Cukup!
You jangan cari I lagi. Kata Amy lantas menjauhi Farid. Dia tak boleh lagi berhadapan dengan lelaki itu. Hatinya sakit. Farid ditinggalkan saja di situ.
Ehyou nak pergi mana! Farid merentap lengan Amy.
Sakitlah!Amy menjerit. Dia cuba melepaskan pegangan Farid tetapi cengkaman lelaki itu terlalu kuat.
Kau ingatsenang-senang aku nak lepaskan kau Farid bersuara garang.
Lepaslah Farid! Amy meronta.
Hello bro. Nak cari gaduh pun, carilah yang sepadan. Ini...cari gaduh dengan perempuan. Apa barang
Suara yang menegur membuatkan Amy dan Farid terdiam seketika.
Zack Amy bersuara perlahan.
Farid mengangkat muka, merenung tajam ke arah empunya suara.
Ni jantan mana pulak Soal Farid kepada Amy.
Amy tidak menjawab.
Sudahlah bro. Lepaskan dia. Tak malu ke gaduh depan-depan orang ni Zack bersuara sambil matanya bergilir-gilir memandang Amy dan Farid.
Kau siapa, nak masuk campur hal aku Soal Farid, garang.
Zack hanya tersenyum sinis. Dalam masa yang sama, memerhatikan tindak-tanduk teman lelaki Amy sambil bersedia dengan segala kemungkinan. Manalah tau, tiba-tiba diajak bertumbuk.
Amy terasa cengkaman Farid di lengannya semakin longgar lalu mengambil kesempatan ini untuk melepaskan diri dari Farid.
Amy Farid cuba menarik Amy kembali tetapi Amy segera menyorok di belakang Zack.
Amysini! Farid semakin tercabar.
Broorang dah tak nak tu, tak payahlah terhegeh-hegeh lagi. Zack bersuara sinis.
Kau diam. Ini hal aku dengan Amy.Balas Farid.
Hal Amy, hal aku jugak. Jawab Zack. Masih lagi tersenyum mengejek. Saja nak menyakitkan hati Farid. Senyum sebab terasa macam hero drama Melayu pun ada.
Woi, apahal ni Hanif juga datang kepada mereka. Sengaja buat suara garang.
Senyum Zack bertambah lebar. Mujur ada Hanif. Badan Farid lebih tegap. Kalau bertumbuk, peratus nak menang mungkin hanya 40 60.
Farid memandang Hanif, Zack, Amy dan kemudian kembali kepada Hanif dan Zack. Dua lawan satu. Memang sahlah dia kalah!
Kau jangan ingat, boleh lepas dari aku. Kasar Farid berkata kepada Amy.
Sudahlah bro. Baik lu blah!Zack menjawab bagi pihak Amy.
Farid memandang tajam ke arah Amy dan kemudian berjalan ke arah keretanya. Bila kereta Farid hilang dari pandangan, barulah Zack berpaling ke arah Amy.
Amy hanya mendiamkan diri. Tak tahu apa yang hendak dikatakan pada Zack. Rasa lega dan segan bercampur-baur.
Anep, kita hantar Amy balik.Kata Zack, suaranya mendatar.
Hanif hanya mengangguk.
Hanif. Sambil memandang ke arah Amy, Hanif memperkenalkan diri.
Amy mengangguk.
Jom. Ajak Hanif.
Amy mengangguk sekali lagi lalu mengikut langkah Zack dan Hanif.
SUDAH lima minit kereta bergerak. Amy dan Zack masih mendiamkan diri. Hanif pula, terasa janggal dengan keadaan itu. Mujur ada radio, dapat juga menghiburkan hati sendiri. Sesekali dia pandang Zack di sebelah dengan ekor mata. Banyak kali dia menjeling Amy dari cermin pandang belakang. Cun jugak kakak tiri si Zack ni
Tadi tu boyfriend kau ke, kak Tiba-tiba Zack menyoal.
Haah. Pendek Amy menjawab.
Kau tak ada orang lain ke nak dibuat boyfriend Mamat psiko macam tu pun kau boleh layan
Eh, suka hati akulah. Amy membalas garang.
Oi! Nasib aku dengan Anep ada kat sana tadi tau. Kalau tak, tak tahu apa jadi dengan kau
Ada aku suruh kau tolong
Kira okeylah aku nak tolong! Kalau aku biarkan aje tadi Suara Zack semakin tinggi.
Ohjadi Kau nak mengungkitlah sekarang
Aku bukan mengungkitlah!
Sudahlah Zack. Kalau tak ikhlas, lain kali tak payah tolong!
Siapa cakap aku tak ikhlas
Kalau ikhlas, apahal kau mengungkit
Isk. Sudahlah. Apahal korang ni, tiba-tiba nak bergaduh pulak Tegur Hanif tanpa menyedari, begitulah sebenarnya cara Amy dan Zack menunjukkan kasih-sayang mereka. Namun tiada siapa yang mengendahkan kata-kata Hanif.
Kau tak segan ke kak, gaduh-gaduh depan orang macam tu Soal Zack lagi.
Kau ingat, aku suka-suka ke nak bergaduh macam tu Amy menjawab dengan soalan.
Buat malu aje kau ni...
Diamlah! Marah Amy.
Kaulah diam. Zack membentak.
Kenapa aku pulak yang kena diam
Memang jenis tak nak kalah kau ni. Dari dulu sampai sekarang Balas Zack.
Kau pun samalah, Zack. Tak payah nak cakap orang. Lain kali, kau tak payah masuk campur hal aku.
Elehkau masuk campur hal aku, boleh pulak
Bila masa aku masuk campur hal kau
Yang kau suruh aku jangan rapat dengan Farizah tu, apa benda
Adalah sebab kenapa aku buat macam tu!
Tu masuk campurlah kiranya. Aku tak suruh pun
Kau ni apahal Zack Pasal Farizah pun kau tak puas hati
Kau tu yang tak puas hati dengan akudari dulu lagikan
Wei, cukuplah tu. Korang kan adik-beradik Sekali lagi, Hanif cuba menjadi pengaman.
Siapa adik-beradik Amy dan Zack berkata serentak.
Hanif terdiam. Zack dan Amy terus berbalas kata. Tiada siapa yang nak mengalah. Sama saja kedua-duanya. Macam kanak-kanak yang berebutkan mainan. Dia yang cuba bersabar dari tadi mula hilang sabar. Karenah Zack dan Amy betul-betul menjengkelkan. Umur dah boleh jadi emak bapa budak tetapi bergaduh macam budak-budak.
Woi! Kalau korang nak bergaduh, turun dari kereta aku! Sergahan Hanif menyebabkan Amy dan Zack terdiam serta-merta. Hanif menjeling dengan ekor mata. Senyap pun!
Sekali lagi suasana menjadi sunyi. Hanya lagu di radio menemani perjalanan mereka. Amy membuang pandang ke luar tingkap, melayan perasaan sendiri. Zack mula bermain dengan telefon bimbit. Hanif mencuri pandang sekali lagi ke arah Amy melalui cermin pandang belakang.
Zack. Hanif memanggil Zack dengan perlahan.
Zack menoleh, lalu mengangkat kening. Hanif membuat isyarat mata, menyuruh Zack memandang ke arah Amy.
Amy menangis. Tiada suara, tiada sedu-sedan. Hanya air matanya yang mengalir turun. Sesekali dilap dengan tapak tangan. Matanya tetap memandang ke luar tingkap.
Melihat keadaan Amy, Zack menarik nafas panjang. Amy bukanlah jenis yang mudah untuk mengalirkan air mata. Jadi, apabila melihat Amy menangis dalam keadaan begini, rasa simpati timbul secara tiba-tiba. Dia tahu, Amy benar-benar sedih. Dia kemudiannya mengambil kotak tisu yang terletak di dalam laci dashboard.
Kak Panggil Zack lalu menghulurkan kotak tisu itu kepada Amy.
Amy menyambut tanpa bersuara.
SETENGAH jam memandu, akhirnya mereka tiba juga di Vista Tasik. Hanif memarkirkan keretanya di tepi jalan.
Amy, awak okey tak ni Soal Hanif.
Amy mendiamkan diri. Dia terlalu sebak untuk bersuara. Tidak tahu kenapa, air matanya menjadi murah saat ini. Ketiga-tiganya terdiam dalam kereta. Zack dan Hanif membiarkan saja Amy melayan perasaan.
Aku naik dululah. Kata Amy, setelah sebaknya berkurangan.
Aku teman kau sampai rumah. Kata Zack. Dia mahu memastikan Amy selamat masuk ke dalam rumah, barulah dia berasa tenang.
Amy yang pada mulanya ingin membantah, mematikan niatnya. Kalau menolak, dia yakin, mereka akan kembali bertekak. Dia sudah tak mahu bertegang urat dengan sesiapa lagi. Letih.
Hanif mematikan enjin. Mereka semua keluar dari kereta.
DI HADAPAN pintu rumah, langkah mereka terhenti. Amy menyeluk beg tangannya, mencari kunci rumah. Setelah itu, pintu rumah dibuka. Amy berpaling ke arah Zack dan Hanif.
Zack Panggil Amy, perlahan.
Zack mengangkat kening.
Zackaku Kata-kata Amy terhenti. Kelihatan serba-salah. Beberapa saat mereka terdiam.
Aku faham. Balas Zack kemudiannya. Dia tahu, Amy sebenarnya ingin mengucapkan terima kasih.
Amy tersenyum kelat.
Thanks. Ucap Amy seraya melihat ke arah Hanif. Hanif dilihat melemparkan senyuman dan mengangguk. Dia kemudian masuk ke dalam. Pintu rumah ditutup.
Zack dan Hanif saling memandang.
Itulah diakakak tiri kau
Zack mengangguk.
Hanif menggeleng.Korang memang suka bergaduh macam budak-budak ke
Zack tersengih. Soalan Hanif dibiarkan saja tanpa jawapan. Mereka kemudiannya beredar dari situ.