Lukisan Asmara - 14
Ketiga Belas

SEMINGGU telah berlalu, dan selama itulah juga Tuan Fahreen bergelar suami tanpa isteri. Semenjak hari ijab kabul, Alyssa sekali pun tidak pernah menghubungi suami gelapnya itu. Malahan di pejabat juga, sedaya mungkin Alyssa akan cuba mengelak dari bertembung atau terserempak dengan Tuan Fahreen. Dia bukan takut, tetapi kerana dia terlalu benci melihat wajah tampan lelaki itu berlegar-legar memandangnya. Tetapi, kalau sudah namanya jodoh, bagaimanapun keadaannya pasti akan tersua juga. Pagi itu, Alyssa dikehendaki oleh pengurusan untuk membentangkan laporan kewangan bulanan yang telah disediakannya, kerana terdapat sedikit jurang dalam amaun yang telah dilaporkannya. Pada mulanya, Alyssa menyangka bahawa mesyuarat itu hanya diadakan dalam keadaan tertutup dan hanya dihadiri oleh pegawai-pegawai rendah dan bawahan sahaja.

Namun, dia tidak sangka bahawa pihak atasan dan lembaga pengarah turut terlibat dalam pembentangan itu. Alyssa diminta untuk mewakili ketuanya yang kebetulan sedang bercuti sakit, pada hari itu. Bagaikan hendak luruh jantungnya, apabila terlihat kehadiran Tuan Fahreen di bilik mesyuarat tersebut. Canggung rasanya untuk berhadapan dengan lelaki yang telah mencincang lumat jiwanya. Bagaimana untuk dia melakukan pembentangan, jika kehadiran Tuan Fahreen tidak menyenangkannya. Perasaan marah dan dendam, masih kuat tersemat di dalam hati Alyssa. Kalau tidak kerana mengenangkan Tuan Fahreen itu adalah majikannya, mahu sahaja diludahnya muka lelaki tersebut, dihadapan hadirin bilik mesyuarat itu. Biar mereka tahu bahawa, lelaki yang mereka hormati itu adalah sebenarnya jin bertopengkan manusia, yang rakus mengambil kesempatan terhadap kelemahan insan-insan di sekelilingnya. Ketenangan yang terpancar di wajah Tuan Fahreen, semakin menyakitkan hati Alyssa.

Keadaannya, seperti tidak berasa bersalah langsung terhadap isterinya itu. Alyssa benar-benar berharap agar Tuan Fahreen segera pergi, apabila terpandangkan kehadirannyan Tetapi, jangkaan Alyssa itu, ternyata meleset sama sekali. Tubuh Tuan Fahreen bagaikan telah terikat kuat pada kerusinya yang tidak memungkinkannya bangkit dari kedudukannya itu. Matanya, langsung tidak berkedip dari menjamah keayuan wajah Alyssa yang menjadi pujaan hatinya. Dalam hati, Tuan Fahreen sempat berbisik,

Cantik sungguh kamu, wahai Nurul Alyssa. Andai engkau beri secubit keizinan sahaja kepadaku, akan kurangkul dikau di dalam dakapanku biarpun untuk seketika. Aku tidak dapat menahan gelora perasaanku terhadapmu. Engkau sentiasa dalam igauanku, duhai Alyssa.

Cik Nurul Alyssa, mengapakah awak melaporkan kenaikan yang melebihi sepuluh persen dalam kos operasi bulan ini Bukankah selama ini, kos kita agak seimbang sahaja setiap bulan Kos susut nilai pun agak bertambah. Awak ada buat apa-apa adjustment ke

soal salah seorang ahli mesyuarat. Apalah bangang sangat punya soalan Bukankah segala-galanya telah dicatatkan dalam nota kaki laporan bulanan. Mereka tidak tahu bacakah Hanya kerana soalan semudah itu, dia dipanggil untuk menghadiri mesyuarat bodoh itu. Kalau ketuanya tidak bercuti sakit hari ini, dia pun pasti akan menyumpah-nyumpah dengan pembentangan bodoh itu. Biasalah, orang atasan bukan semuanya yang bijaksana. Kadangkadang, soalan mereka itu langsung tidak boleh diterima akal. Yalah, orang atasan, mana ada buat kerja.

Mereka hanya tahu bagi arahan sahaja. Yang memerah otak dan bersengkang mata buat kerja ialah orang bawahan. Kalau nak diikutkan praktikal, orang bawahanlah yang sebenarnya bijak sebab mereka kaya dengan pengalaman. Namun, biasalah, dalam syarikat besar-besar sebegitu, secara teorinya, orang yang berpangkat, lebih bijak kerana mereka terdiri dari orang-orang yang terpelajar. Kelulusan lebih penting dari pengalaman. Tak fasal-fasal, Alyssa terpaksa berhadapan dengan Tuan Fahreen hari itu. Semuanya gara-gara beberapa orang pegawai atasan syarikat milik Tuan Fahreen yang tidak bersetuju dengan peningkatan mendadak jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat, bulan sebelum itu. Padahal, siapa yang telah meluluskan setiap projek dan mengarahkan pembayaran dibuat kepada pembekal-pembekal, kalau bukan pihak atasan. Siapa pula yang telah menandatangai perjanjian pembekalan dan pembelian aset syarikat, kalau bukan mereka.

Encik Hairun, terdapat lebihan bayaran yang dibuat kepada pembekal kita untuk projek di Kelantan. Bukankah pihak syarikat telah menamatkan kontrak pembekal kita yang lama. Pembatalan itu dibuat agak awal dari tarikh tamatnya tempoh kontrak. Walaupun, syarikat kita tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka, tapi kita tetap salah kerana membatalkan kontrak mereka tanpa mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian. Dan, pihak peguam syarikat kita iaitu Encik Kamal sendiri telah mengarahkan kita untuk membayar ganti rugi kepada pembekal lama, bagi mengelakkan kes ini dipanjangkan ke mahkamah. Sebab itu, syarikat telah mengeluarkan lebihan bayaran sebanyak lebih satu perpuluhan lima juta untuk menampung kos kerugian pembekal lama itu,

terang Alyssa.

Tetapi, bukankah kos tersebut awak sepatutnya selitkan dalam laporan tahunan nanti. Kita cuma hendak tahu kos kita bagi bulan ini sahaja, bukan lebihan atau kekurangan bayaran,

sambung Encik Hairun yang masih belum berpuas hati dengan penjelasan Alyssa.

Kita di sini, menggunakan konsep pernyataan kos ataupun kos aliran tunai semasa. Bagaimana kita hendak menyembunyikan keluaran tunai kita yang sebegini banyak kerana kita tidak boleh akrukan kepada bulan-bulan yang akan datang Maka, mahu ataupun tidak, kita harus nyatakan juga jumlah tersebut dalam laporan bulan ini.

Memanglah, sikap orang atasan tidak mahu terima kelemahan mereka sendiri atau mengakui kebenaran orang bawahan mereka. Ada sahaja persoalan bongok yang bermain di fikiran mereka bagai mahu menegakkan benang yang basah. Mereka sama sekali tidak mahu tewas dengan orang bawahan mereka dan cuba membenamkan kebenaran dengan membahaskan persoalan yang sukar diterima akal.

Bagaimana dengan peningkatan kos susut nilai pula Kami tak boleh terima kenaikan yang awak catitkan ini. Mungkin awak sengaja menaikkan peratus susut nilai tahunan, kut

Encik-encik semua, kita telah membuat tempahan untuk beberapa aset tetap kita pada bulan lepas. Semuanya untuk kegunaan kilang kita yang di Kelantan itu. Memang benar, kita hanya baru mengeluarkan deposit untuk barang-barang tersebut. Tetapi, encik-encik jangan lupa, kos susut nilai adalah kos terakru yang harus kita kira setiap bulan untuk mengetahui kos sebenar perbelanjaan modal kita. Aset-aset tersebut bakal kita perolehi dalam tahun kewangan semasa kita. Jadi mengikut konsep, kita harus mengambil kira susut nilainya dari permulaan tahun kewangan semasa lagi. Sebab itulah, saya proratakan jumlah susut nilai tahunannya. Maka ia jadi lebih tinggi dari bulan-bulan lepas. Namun, encik-encik jangan bimbang, selepas ini saya akan susuli laporan ralat kewangan untuk bulan-bulan lepas, dengan mengambil kira kadar susut nilai semasa yang terbaru ini,

terang Alyssa dengan jelas dan teratur. Kini, semua pegawai-pegawai yang kononnya mengaku bijak pada permulaannya, mengakui akan kebenaran kata-kata Alyssa itu. Mungkin mereka telah terlepas pandang akan beberapa perkara.

Kami bukannya apa, Cik Alyssa, cuma kami hendak mengambil kira akan beberapa perkara sebelum kami kemukakan laporan ini kepada semua pemegang saham syarikat kita. Manalah tahu, mereka pun turut berasa musykil seperti kami juga. Bolehlah kami beri penerangan selepas mendapat penjelasan dari Cik Alyssa. Walau bagaimanapun, terima kasihlah kami ucapkan kepada Cik Alyssa kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat ini. Dan juga, kepada Tuan Fahreen yang sudi hadir untuk menjadi saksi sessi soal jawab akaun syarikat, kali ini,

kata Encik Hairun akhirnya.

Meluangkan masa konon, membazirkan masa aku, adalah. Banyak lagi kerja yang boleh aku siapkan, kalau aku tak datang ke mesyuarat bangang ini. Kononnya nak dapat penjelasanlah dari kemusykilan mereka, padahal tak nak mengaku bahawa mereka itu semuanya bodoh belaka,

rungut Alyssa di dalam hatinya. Sakit sungguh hati Alyssa dengan semua pegawaipegawai atasannya yang menuntut penjelasan mudah darinya. Perlukah mereka mengadakan mesyuarat semata-mata kerana perkara sekecil itu. Yang paling melemaskan Alyssa adalah apabila dia terpaksa berhadapan dengan Tuan Fahreen, gara-gara perkara seperti itu. Mereka semua, seolah-olah sengaja menjemput Tuan Fahreen untuk menjadi pemerhati mesyuarat yang tidak seberapa penting itu.

Dan Tuan Fahreen pula, dengan mudah sahaja menerima jemputan mereka, padahal dia punya agenda kerja harian yang cukup padat sekali. Apabila selesai sahaja mesyuarat itu, Alyssa tidak teragak-agak lagi untuk terus bangkit dan berlalu dengan segera. Jika boleh, dia tidak mahu bertembung dengan Tuan Fahreen. Alyssa berjaya mendahului Tuan Fahreen ketika keluar dari bilik mesyuarat, tetapi kelewatan lif telah mempertemukannya semula dengan Tuan Fahreen. Tuan Fahreen, seperti biasa hanya tersenyum tenang melihat kekalutan Alyssa untuk cuba mengelakkannya. Semakin Alyssa cuba melarikan diri, semakin kerap pula dia dipertemukan dengan Tuan Fahreen. Sedangkan dia tidak tahu, perasaan Tuan Fahreen sering bergelora setiap kali berhadapan dengannya. Alyssa terlalu sempurna di mata Tuan Fahreen dan tidak mungkin begitu mudah sekali untuk dia melelapkan matanya setiap kali terkenangkan isterinya itu.

Alyssa apa khabar

lembut dan mesra soalan pembukaan dari Tuan Fahreen. Alyssa sempat merenung sekeliling kerana bimbang kalau-kalau komunikasi Tuan Fahreen padanya ketika itu diperhatikan oleh orang lain. Kerisauan jelas terpancar di wajahnya ketika itu. Melihatkan Alyssa yang masih membisu, Tuan Fahreen bersuara lagi,

Mengapa Alyssa tak hubungi abang langsung Abang rasa, kita perlu berbincang lagi.

Tidak ada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan, tuan. Kita ada kehidupan masing-masing. Tuan dengan hidup tuan dan saya dengan hidup saya. Kalau boleh, bertemu dengan tuan pun, saya tidak sudi,

suara Alyssa perlahan tetapi angkuh..

Benci betul Alyssa kepada abang, ya Abang tak pernah minta lebih, hanya pengertian Alyssa terhadap segala tindakan abang, selama ini. Apa yang abang lakukan, demi untuk Alyssa semata-mata.

Tuan, saya rasa tak sesuailah untuk kita bicarakan soal peribadi di pejabat ini. Inikan pejabat tuan dan seharusnya tuan menghormati peraturan yang tuan sendiri telah buat. Kalau tuan rasa bertanggungjawab terhadap segala peraturan yang tuan buat, saya harap tuan jangan cuba-cuba untuk mendekati saya lagi. Kalau tidak, saya tidak akan teragak-agak untuk pergi dari sini. Sekali lagi, saya mohon agar tuan jangan sekali-kali ganggu hidup saya,

ujar Alyssa, terus menaiki lif yang terbuka di hadapannya. Tuan Fahreen hanya mampu memandang Alyssa berlalu pergi. Hatinya terasa pedih bagai dihiris sembilu maha tajam. Dia tahu, sehingga saat itu Alyssa masih terlalu marah dan benci padanya. Andailah dia dapat memberitahu sebab-musabab tindakannya itu, pasti Alyssa akan mengerti. Namun, tidak semestinya Alyssa akan memaafkannya dengan begitu mudah. Tuan Fahreen berharap agar suatu hari nanti, hati Alyssa berubah. Sesampai sahaja di mejanya, Alyssa terus mencampakkan fail yang dibawanya bersama ketika mesyuarat tadi. Dia lantas membenamkan punggungnya di kerusinya sambil menongkat dagunya. Dia kesal kerana terpaksa menghadiri mesyuarat yang langsung tidak bermakna itu. Tetapi, dia lebih kesal lagi kerana terpaksa bertembung dengan Tuan Fahreen. Tanpa disedari, perasaan sebalnya seminggu lepas, bernanah kembali. Apa lagi selepas berbicara seketika dengan Tuan Fahreen ketika di lif tadi.

Hai, mencuka sahaja muka awak tu, Cik Alyssa. Mengapa Kena basuh ke masa meeting tadi

sapa Kak Arfah, yang terlihat wajah sugul Alyssa itu.

Menyampah, campur benci, campur menyesal, semuanya ada, Kak Arfah. Macam manalah orang di atas tu buat kerja Benda senang macam ni pun, tak boleh fikir sendiri. Terpaksa pulak panggil meeting berbagai. Buang masa sahaja,

getus Alyssa yang masih lagi bengang.

Biasalah tu, orang atasan. Mereka mana boleh terima kekurangan mereka. Bagi mereka, mereka sahaja yang betul. Orang bawahan macam kita ni, bodoh, tak pandai buat kerja. Nasib baik ketua kita, Cik Jalimah, m.c. hari ini. Kalau tidak, mati kena semburlah orangorang dekat atas tu. Mereka mana berani dengan Cik Jalimah kita tu.

Itulah adat jika bekerja dalam sebuah syarikat mega yang punya pelbagai lapisan jabatan dan peringkat. Politik kerja, cukup kuat. Mengampu dan menjatuhkan sesama sendiri, menjadi asam garam dalam permainan. Alyssa sedar, ramai juga orang di atas sana yang tidak berpuas hati dengan kenaikan jawatannya. Maka, segala kesalahannya cuba digali bagi menjatuhkan kredibilitinya. Mujur juga dia pandai menjawab, jika tidak dia pasti disembur dengan bermacam-macam soalan yang mengarut lagi. Kali ini, satu lagi fail dihulurkan oleh Kak Arfah kepada Alyssa. Tugasan baru lagi, katanya. Alyssa yang masih lagi berang, menerima fail itu sambil berkata,

Task baru lagi. Tapi kan kak, bukankah laporan ini kita dan submit dua minggu lepas Kali ini, apa pula sebabnya yang benda ni return balik pada kita ni

Incomplete funcion. No explanation on the figure as per described,

ujar Kak Arfah sambil tersenyum.

Arrggghhh....tension! Tension! Banyak betul songel mereka ni semua. Mereka nak report yang macam mana lagi, ha Apa yang kita buat, semua tak kena saja di mata mereka,

sungut Alyssa.

Biasalah tu, adat bekerja. Selagi kita di bawah ni, kita kena telan sajalah. Bak kata P.Ramlee dalam filemnya, selagi belum tutup mata, kerja, kerja. Ha ha,

kata Kak Arfah lagi, sebelum keluar dari situ. Betul kata Kak Arfah itu. Jika mahu hidup terjamin, kita perlu kuat bekerja. Asalkan kita sedar diri, bahawa kita ini hanya orang suruhan yang dibayar upah untuk melaksanakan perintah tuannya. Walaupun, pada hakikatnya Alyssa kini punya pilihan yang lebih elok, untuk hidup senang. Ketika sedang asyik meneliti kerja-kerjanya, talian telefonnya tiba-tiba berdering. Lambat sahaja dia mengangkat panggilan tersebut. Alyssa sememangnya tidak gemar diganggu ketika sedang bekerja.

Helo!

ujarnya malas.

Hai Alyssa, ini I, kawan lama you, Nisya. You apa khabar Dah lama I tak dengar berita you,

ujar Nisya di hujung talian, teman yang pernah menjadi rakan malamnya dahulu. Alyssa segera teringat akan Nisya yang sering ditemuinya di pub-pub dan kelab-kelab malam dahulu. Dia tidak menyangka akan menerima panggilan dari rakan lamanya itu. Memang benar, mereka sudah lama tidak bertemu, semenjak Alyssa buat keputusan untuk menumpukan perhatian pada kariernya. Malahan, mereka pernah bertelagah ketika Alyssa menolak jemputan Nisya untuk meneruskan kegiatan malamnya.

Yes, memang lama betul kita tak jumpa kan Sorry to all of you guys. I bukannya apa, sibuk sangat dengan kerjalah, sejak akhir-akhir ini. So, whats up

tanya Alyssa yang nampaknya seperti berminat untuk kembali berhubungan dengan rakan lamanya itu.

Well, everything looks fine here. But we all miss you lot, my dear. Lama betul you tak datang lepak-lepak di sini, kan Girl, why dont you join us tonight Lagi pun, tonight ada event dekat sini, tau,

kata Nisya, tergedik-gedik di hujung talian.

Ada event Dekat mana Well, event apa tu, dear

soal Alyssa mula teruja.

Its Firs birthday. You ingat lagi dengan dia tak Alaa...Fir yang cuba-cuba nak berkenalan dengan you dulu, tapi you tolak dia mentah-mentah. Tapi, you tahu tak, yang dia sebenarnya masih berminat untuk berkenalan dengan you. Dia yang bersungguh-sungguh minta I untuk invite you malam ni. Itu pun, kalau you sudilah, kan

tambah Nisya dengan suara manjanya. Alyssa lantas tersenyum apabila mengenangkan insiden tersebut. Memang dia tidak begitu berminat dengan lelaki, ketika itu. Tambahan pula dengan Fir yang pada firasatnya, bukanlah seorang lelaki yang baik. Namun, dia rindu dengan kehidupan malamnya yang begitu santai sekali. Dia rindu pada Nisya, Anna, Rossa dan beberapa kenalannya yang lain. Rasa seperti mahu kembali ke dunia tersebut. Persetankan semua tuntutan-tuntutan masa kerjanya. Dia berasa tegang sekali dan perlukan sesuatu yang dapat menghiburkan hati laranya. Apa salahnya, jika dia kembali berkawan dengan mereka. Lagi pun, Alyssa sudah dewasa sekarang. Malahan dia sudah bernikah pun, maka dia berhak untuk melakukan apa sahaja yang dapat menggembirakan hatinya. Kali ini dia terus tekad untuk menjalin kembali kehidupan malamnya kerana hanya kehidupan itulah yang sesuai untuknya sekarang.

Okeylah Nisya, kalau macam tu, Ill see you tonight dekat tempat biasa,

janji Alyssa yang sudah tentunya menyalakan kegembiraan pada Nisya.

Mariana, mari kita turun makan. Sebentar lagi, awak perlu makan ubat, kan Jadi, tak boleh biarkan perut tu kosong. Takut, awak kena pedih hati pula.

Wajah Puan Suzana direnung sayu oleh mata sembab Mariana. Sudah dua hari, Mariana tidak berselera untuk menjamah makanannya. Tubuhnya sekarang terlalu kurus, mukanya cengkung dan sudah kelihatan beberapa mata nanah timbul di permukaan kulit keringnya itu. Mariana telah diusung ke hospital apabila didapati tidak sedarkan diri di rumahnya. Nasib baiklah, salah seorang anak jirannya menyedari kejadian tersebut setelah mendapati Mariana tergelatak di ruang tamunya selama sehari suntuk dengan hidungnya berlumuran darah. Tiga hari dia terlantar di hospital. Jangkitan HIV yang ada dalam badannya, sudah melarat dan akhirnya dia disahkan mengidap AIDS, angkara atur cara hidupnya yang tidak berhaluan sebelum itu.

Memandangkan Mariana sudah tidak ada harapan lagi untuk sembuh, pihak hospital telah menghubungi badan kebajikan dibawah kelolaan Puan Suzana untuk dijaga dengan yang lebih rapi dan sempurna. Aktivis seperti Puan Suzana, sememangnya seorang yang amat diperlukan oleh pesakit AIDS seperti Mariana. Hanya orang seperti Puan Suzana sahaja yang faham akan penderitaan yang dilalui oleh pesakit-pesakit itu. Puan Suzana sendiri, punyai pengalaman sendiri dalam menangani pesakit-pesakit AIDS ini. Suaminya dahulu, juga seorang penagih dadah kemudiannya meninggal dunia akibat serangan penyakit yang masih tiada ubatnya lagi di dunia ini. Kematian suaminya membuka mata Puan Suzana untuk membantu insan-insan yang senasib dengan suaminya dan segala kekuatan dan ketabahan dikumpulkannya untuk membuka organisasi kebajikan itu.

Saya tak ada seleralah. Setiap kali makan, saya rasa nak muntahkan balik. Lidah saya ni, terasa pahit sentiasa dan mulut saya berasa sakit setiap kali mengunyah. Saya ingat, saya nak baring sajalah. Kepala saya ini pun terasa berat sangat,

keluh Mariana dalam keadaannya yang sedang menahan kesakitan. Begitulah keadaan Mariana sejak mula ditempatkan di bawah jagaan Puan Suzana. Segala nikmat hidupnya, telah ditarik satu per satu oleh Yang Maha Kuasa. Sehingga sekarang, dia sudah tidak berkuasa lagi untuk menggerakkan mahupun membawa tubuh badan sendiri. Segalanya terasa begitu sukar sekali bagi Mariana. Ianya merupakan cabaran paling getir untuk Mariana menghadapi hari-hari mendatangnya yang penuh dengan kesakitan. Namun, sebagai koordinator pesakit HIV dan AIDS, Puan Suzana tahu bagaimana untuk menghadapi pesakit-pesakit yang sedang berperang dengan kesakitan seperti Mariana, supaya tidak mudah berputus asa dan sentiasa kuat untuk menentang penyakitnya sendiri. Setiap pesakit, didatanginya dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang. Sesungguhnya orang seperti Mariana, amat memerlukan sokongan darinya serta kaum keluarga bagi mencambahkan harapan yang semakin pudar.

Mariana tak boleh begitu. Awak mesti kuat untuk meneruskan hidup awak sendiri. Jangan cepat berputus asa sebab Tuhan tidak suka pada hambanya yang cepat putus asa. Selagi kita hidup, selagi itu masih ada harapan untuk kita,

nasihat Puan Suzana pula.

Harapan apa yang tinggal pada saya lagi. Saya sekarang sudah umpama mayat hidup. Daripada saya hidup menyusahkan orang, lebih baik saya mati sahaja. Sekurang-kurangnya, saya tidak perlu lagi menanggung kesakitan ini,

rungut Mariana pula. Puan Suzana mengerti bahawa pesakit seperti Mariana, cepat sekali berputus asa dan berasa hati. Apa lagi yang boleh dilakukan mereka dalam meniti sisa-sisa hidup yang masih ada itu. Kecewa, sedih, takut dan sengsara sentiasa menjadi peneman derita mereka. Andainya diberi peluang untuk kembali ke zaman silam, mungkin merekalah orang pertama yang akan menawarkan diri, supaya dapat memperbetulkan jalan hidup yang mereka telah lalui. Namun sayang, masa tidak mungkin berputar kembali.

Ajal dan maut itu di tangan Tuhan, Mariana. Kehidupan dan nyawa kita juga milik Tuhan. Kita bernafas dan bergerak adalah ehsan dari Tuhan. Jika Dia sudah mengkehendakinya berlaku, pasti ia akan berlaku, tetapi selagi belum menerima ketentuan dari- Nya, kita jangan cepat mengalah. Allah sangat-sangat mencintai umatnya yang cekal dan kuat semangat,

nasihat Puan Suzana.

Awak boleh menangis sepuaspuasnya, Mariana, tetapi jangan biarkan air mata itu menghalang awak dari terus berusaha dan bertawakal. Mana tahu, suatu hari nanti, awak boleh sembuh semula. Siapa yang tahu, kan

Syahdu sahaja renungan Mariana pada Puan Suzana. Padanya, tidak mungkin pesakit kronik sepertinya boleh sembuh seperti sediakala. Kuman aids sudah bermaharajalela merosakkan sistem ketahanan tubuhnya.

Tak perlulah puan bagi harapan palsu pada saya. Saya tahu, sakit macam saya ini akan berakhir dengan kematian. Entahkan esok, entahkan lusa, mungkin saya tiada lagi di dunia ini. Jadi, saya rasa tak perlulah saya makan segala ubat-ubatan itu, hanya membuang masa sahaja. Ubat-ubat inilah juga telah menyebabkan saya semakin hilang selera untuk makan. Lidah saya rasa pahit dan kelu untuk berasa apa yang saya makan,

rintih Mariana

Banyak-banyakkan berisytighfar, Mariana dan selalu-selalulah dekatkan diri awak dengan Allah. Lebih baik awak gunakan masa yang terluang itu dengan zikrullah. Semoga dipermudahkan perjalanan hidup awak dan diringankan beban kesakitan yang awak tanggung kini. Tidak ada sudahnya, jika asyik merintih dan berserah sahaja,

nasihat Puan Suzana. Malam semakin larut. Awan agak kehitaman dengan bintang dan bulan menyinarkan cahaya kemegahannya. Pancaran dan biasan indahnya, amat sesuai sekali untuk orang yang sedang berkasih sayang. Keindahan ini selalunya diabadikan d alam keintiman pasangan suami isteri, khususnya dalam memadu kasih. Alangkah bahagianya menjadi insan yang punyai teman tidur. Pasti tidurnya akan diulit mimpi-mimpi indah dalam dakapan pasangan masing-masing. Tetapi perkara sebegitu tidak mampu untuk dinikmati oleh teruna perkasa dan gah seperti Tuan Fahreen. Baginya, malam-malam yang dilaluinya kini, tidak jauh bezanya dengan malam-malam sebelum itu. Jika sebelum ini, dia keseorangan di kamar tidur yang indah itu, kini dia masih lagi sendirian. Hanya bantal dan selimut yang menjadi teman beradunya. Dia hanya mampu melangut impian indah andai isteri tercinta berada disisinya menghayati malam.

Namun, Tuan Fahreen hanya suami di atas kertas. Seperti kata Alyssa, biarkan dia bernikah tetapi tidak beristeri. Kesepian yang dialami oleh Tuan Fahreen ketika itu, terasa lebih parah dari kesepian sebelumnya. Kini, dia sukar untuk tidur malam. Setiap kali dia cuba memejamkan matanya, setiap kali itulah raut wajah Alyssa muncul di fikirannya. Ingatannya kepada Alyssa membuatkan Tuan Fahreen sering alpa untuk meneruskan tidurnya. Siang tadi, dia sempat bertemu dengan Alyssa ketika waktu makan tengah hari. Kebetulan, tengah hari itu, mereka makan di restoran yang sama. Ketika itu, Tuan Fahreen ditemani sahabat baiknya, Kamal. Alyssa, seperti biasa masih cuba mengelak dari bertentang mata dengannya. Dia mencari jalan untuk lari dari pandangan Tuan Fahreen. Apa yang menjadi kebimbangan Tuan Fahreen sekarang ialah tentang teman yang menemani Alyssa, ketika itu. Tuan Fahreen tidak pernah bertemu dengan wanita tersebut sebelum ini. Namun, naluri Tuan Fahreen dapat meneka bahawa perempuan itu bukanlah dari kalangan perempuan yang baik. Cara dia berpakaian sahaja, sudah cukup untuk menunjukkan perangainya yang sebenar. Alyssa, ketika itu ditemani oleh Nisya. Nisya adalah jenis manusia yang buta dalam cara berpakaian.

Dia tidak tahu erti sopan dalam mengenakan bajubajunya. Nisya mengenakan busana yang agak mendedahkan dadanya dengan tali halus dan berjaringjaring di bahagian perutnya. Manakala skirtnya pula, terbelah di bahagian tepinya, menampakkan pahanya yang putih melepak tetapi kurus itu. Bahagian dalaman akan nampak agak terdedah andai dia duduk bersila panggung. Pada ketika itu, pastinya setiap orang yang sedang berada dihadapannya akan berasa kenyang tak terperi. Bukan kenyang kerana menikmati juadah, tetapi kenyang dengan hidangan yang disajikan percuma oleh Nisya. Alyssa segera meminta diri untuk ke tandas seketika, apabila dia terpandangkan Tuan Fahreen dan Kamal. Kalau diturutkan hati, mahu sahaja dia angkat kaki dan segera keluar dari restoran tersebut. Tetapi, memadangkan Nisya masih belum habis makan lagi, maka niat tersebut terpaksa ditangguhkan. Bimbang pula nanti, bakal mencetuskan kecurigaan pada Nisya, andai kata dia melangkah pergi. Tuan Fahreen mengekori Alyssa apabila terpandangkan isterinya itu beredar menuju ke tandas. Dia harus menyekat dan berbicara seketika dengan Alyssa, walaupun Alyssa sengaja mahu mengelakkannya.

Alyssa, tunggu Alyssa,

laung Tuan Fahreen untuk menghentikan langkah Alyssa. Kali ini, Alyssa tidak mampu mengelak lagi, kerana selain mereka berdua ada beberapa orang lain sedang lalu-lalang di situ.

Ada apa lagi, tuan Kalau nak berbicara soal kerja, tuan boleh tunggu saya masuk ke pejabat semula selepas ini,

bicara Alyssa.

Siapakah kawan Alyssa itu Abang tak pernah tengok dia bersama Alyssa sebelum ini. Untuk pengetahuan Alyssa, abang tak berapa suka dengan cara dan penampilannya yang agak keterlaluan itu. Alyssa harus berhati-hati kerana pada firasat abang, dia itu bukan dari jenis wanita yang baik-baik. Kalau boleh, Alyssa harus mengelak dari berkawan dengan dia,

nasihat Tuan Fahreen. Mendengarkan kata-kata yang terkeluar dari mulut Tuan Fahreen itu, Alyssa jadi bengang. Matanya tegak memandang tepat ke wajah Tuan Fahreen. Berani sungguh lelaki itu meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap teman-teman Alyssa. Apa hak dia Pada Alyssa, Tuan Fahreen tidak lebih dari seorang lelaki penyibuk yang suka menjaga tepi kainnya.

Wait, wait, tuan. Apa tuan cakap tadi Saya tak boleh berkawan dengan Si Nisya tu Hello, siapa tuan untuk sekat segala tindak-tanduk saya. None of your business, okay. Tuan tidak ada hak untuk menyekat kebebasan dan pergaulan saya. Dengan siapa saya nak berkawan atau dengan siapa saya nak keluar, itu bukan urusan tuan. So, please, stay out of my life,

marah Alyssa. Muka Tuan Fahreen berubah menjadi merah padam apabila mendengar kata-kata Alyssa itu. Dia tidak menyangka bahawa Alyssa boleh mengeluarkan perkataan-perkataan yang menghiris jiwanya. Wajarkah Alyssa bertanya, siapa dia dalam hidup Alyssa Butakah mata dan hati Alyssa untuk melihat tali perhubungan yang sudah terikat antara mereka Barangkali, Alyssa terlupa bahawa dia kini sudah menjadi milik mutlak Tuan Fahreen dan Tuan Fahreen berhak menegur tatacara hidupnya, andaikata tidak disenanginya.

Alyssa, Im your husband. Abang rasa, abang punya hak untuk mengambil tahu hal Alyssa. Abang tidak akan biarkan orang seperti kawan Alyssa itu, mempengaruhi Alyssa dengan perkara-perkara yang tidak baik. Alyssa isteri abang dan Alyssa bawa maruah abang ke mana sahaja Alyssa pergi. Jangan jatuhkan maruahmu sebagai seorang isteri, kerana status itu terlalu istimewa bagi wanita,

kata Tuan Fahreen masih lagi berlembut.

Excuse me, youre my husband Barangkali tuan ni lupa, bagaimana tuan memaksa saya untuk mengikat tali pernikahan ini Ataupun tuan rasa, yang tuan ini layak untuk menjadi seorang suami yang baik, dengan cara menganiaya orang seperti saya untuk diperisterikan Come on tuan, jangan jadi manusia hipokritlah. Cermin diri tuan dahulu, sebelum menuduh orang lain tidak baik,

ujar Alyssa.

Alyssa, ikatan antara kita adalah sah di sisi agama dan Allah jadi saksi pernikahan kita. Berilah peluang kepada abang untuk menyemai ikatan itu dengan cinta, pasti ia akan lebih indah dan kekal segar selamanya,

rayu Tuan Fahreen pula.

Cinta Tolonglah, jangan perasan, tuan. Saya tidak pernah cintakan tuan dan saya percaya tuan juga tidak cintakan saya. Janganlah tuan buang masa dengan anak perempuan kaberet ini. Suatu hari nanti, najis yang terpalit pada saya ini akan terlonggok di muka tuan. Pada ketika itu, tuan sendiri akan menyesal kerana mengenali saya,

balas Alyssa dengan suara menyindir.

Buat sementara ini, syarat antara kita still remain the same. Saya akan tunggu selama tiga tahun mengikut apa yang termaktub dalam perjanjian itu. Selepas tiga tahun, saya minta tuan ceraikan saya secara baik. Selepas itu, kita boleh bawa haluan masing-masing dengan cara kita sendiri. Saya rasa tiga tahun, sudah cukup untuk melangsaikan segala hutang-piutang mama saya kepada tuan, kan

Dalam perjanjian antara Tuan Fahreen dan Mariana ada menjelaskan bahawa Alyssa perlu menjadi isteri kepada Tuan Fahreen selama lebih kurang tiga tahun, selaras dengan amaun hutang Mariana kepada Tuan Fahreen. Namun Alyssa keliru dengan frasa isteri itu. Sepatutnya, dia benar-benar menjadi isteri zahir dan batin kepada Tuan Fahreen, barulah hutang dikira langsai. Dia lupa bahawa Tuan Fahreen berhak melanjutkan lagi tempoh pernikahan andaikata dia gagal mempersembahkan dirinya sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, Tuan Fahreen lebih suka mengambil sikap berdiam diri dan memerhatikan sahaja gerak laku Alyssa. Dia juga tidak mahu mengumumkan status isteri itu terlalu awal kerana mahu melihat keikhlasan Alyssa.

Lamanya you ke toilet. Mengapa muka you nampak merah sahaja You tak apa-apa ke

soal Nisya, sewaktu Alyssa kembali ke tempat makannya setelah meninggalkan Tuan Fahreen.

Nop, Im okay,

sahut Alyssa ringkas. Dia lebih suka kalau Nisya tidak tahu apa-apa pasal keadaan dirinya sekarang.

Oh,baby, pity you. You look so stress now. Is there anything that I can do

No, I just nak minta, kalau you dah habis makan, kita balik sekarang,

pinta Alyssa.

Okey, tapi you jangan lupa pula pasal janji kita malam ni. See you di tempat biasa, ya

kata Nisya yang meluahkan maksud sebenarnya mempelawa Alyssa untuk makan tengah hari, hari itu. Alyssa hanya terdiam dengan ajakan Nisya itu. Tiada jawapan yang terkeluar dari bibirnya. Tetapi, pandangannya sudah cukup menyatakan kesediaannya menerima pelawaan Nisya itu. Akhirnya, mereka keluar dari restoran itu. Banyak mata yang memandang ke arah mereka kerana fesyen pakaian yang dikenakan oleh Nisya. Nisya hanya tersenyum simpul dengan setiap pandangan itu kerana menyangka dia terlalu jelita, maka itu dia menarik perhatian ramai orang. Alyssa pula, langsung tidak memperdulikan sesiapapun.

Dia tidak kisah pada mata yang memandangnya dan Nisya. Yang penting, dia mahu cepat-cepat meninggalkan restoran itu dan lari dari penglihatan Tuan Fahreen. Dia tidak mahu Tuan Fahreen menahannya di mana-mana bahagian restoran itu pula nanti. Tambahan lagi, dia juga tidak mahu Nisya turut mengetahui akan hubungannya dengan Tuan Fahreen. Biar rahsia kekal rahsia. Kamal terus merenung mata Tuan Fahreen yang sedari tadi mengekori pergerakan Alyssa dan Nisya meninggalkan tempat itu. Dia dapat menyelami perasaan Tuan Fahreen yang kecewa dengan sikap Alyssa ketika itu. Malahan, Kamal sendiri tidak berkenan dengan rakan yang menemani Alyssa itu. Kamal sudah dapat menghidu kebusukan yang dibawa oleh Nisya itu.

Aku rasa engkau tak boleh berdiam diri sahaja, Fahreen. Alyssa itu, isteri engkau. Sampai bila engkau nak sembunyikan perkahwinan engkau yang sangatsangat pelik ini

soal Kamal, menyentakkan Tuan Fahreen dari pandangannya itu. Kamal, yang sudah sekian lama menjadi sahabat Tuan Fahreen, juga merupakan salah seorang saksi yang menyaksikan pernikahan itu. Malahan, dia sendiri yang telah menyediakan perjanjian pelik antara Tuan Fahreen dan Mariana. Walaupun agak gila, tetapi dia tahu bahawa Tuan Fahreen pastinya punya sebabnya yang tersendiri, mengapa dia melakukan perkara tersebut.

Alyssa itu bukan sembarangan perempuan, Kamal. Dia seorang yang sangat istimewa walaupun agak pelik, jika dibandingkan dengan wanitawanita lain. Sedaya mungkin, aku akan cuba mempertahankan jodoh aku dengan dia. Aku tidak sanggup kehilangannya,

jelas Tuan Fahreen bagi menjawab kemusykilan Kamal, sebentar tadi.

Boleh tak engkau berterus-terang dengan aku Alyssa itukah, wanita yang telah berjaya mencuri hati engkau Aku rasa, engkau pernah cerita pasal dia hari tu, kan tanya Kamal lagi. Tuan Fahreen hanya terdiam mendengarnya, seolah-olah mengiyakan tekaan Kamal itu. Yang nyata, Alyssa pernah membuai kalbunya dahulu, kini dan mungkin selama-lamanya.

Kalau begitu, mengapa engkau guna cara begini untuk memiliki dia Engkau boleh guna seribu cara lagi untuk memikat dia kerana engkau bukannya sembarangan orang, Fahreen. Engkau tahu tak dengan cara begini, engkau sebenarnya semakin menjarakkan diri engkau dari cintanya. Aku tak rasa yang dia boleh terima engkau, setelah apa yang engkau lakukan padanya sebelum ini,

jelas Kamal lagi.

Aku punya alasan sendiri, Kamal. Aku memang amat menginginkannya, tetapi dalam masa yang sama aku perlu menyelamat dan melindunginya. Aku tidak akan biarkan, wanita yang aku sayang dan cinta, terkorban begitu sahaja. Aku rela menutup rahsia hatiku dan melakukan pengorbanan untuknya, walaupun aku mungkin tewas dalam merebut cintanya,

jawab Tuan Fahreen

Tidak ada maknanya pengorbanan engkau tu. Dia langsung tak tahu nak menghargainya. Apa untungnya engkau menghadiahkannya dengan beribu kebaikan hati engkau, sedangkan dia menolak penghargaan itu dengan hati yang penuh dendam. Takkan selama-lamanya engkau nak hidup dengan kebencian itu

ungkap Kamal yang tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh sahabatnya itu. Kamal tidak mahu Tuan Fahreen membuang masa melayan perempuan seperti Alyssa. Sampai bila pun, Alyssa tidak akan dapat memahami maksud hati Tuan Fahreen itu. Bagi Kamal, perempuan seperti Alyssa itu tidak sedar diuntung.

Kahwin lain sajalah, Fahreen. Apa yang engkau nak tunggu lagi. Lagi pun, engkau itu terlebih mampu hendak beristeri lebih,

hasut Kamal, tiba-tiba. Tuan Fahreen hanya tersenyum mendengar cadangan sahabatnya itu.

Soal kahwin, kalau bercakap memang senang, tetapi untuk melaksanakannya tidak semudah yang kita sangka. Perkahwinan itu adalah satu tanggungjawab, bukan didorong oleh hawa nafsu semata-mata. Kalau boleh, biarlah bercinta dan berkahwin sekali sahaja dalam hidup aku. Aku tahu, aku mampu untuk beristeri lebih, jika mahu tetapi bahu aku tidak cukup kuat untuk memikul beban yang bakal tergalas. Cukuplah sekadar Alyssa seorang, buat aku masa ini. Itu pun, aku sudah tidak mampu untuk melayani kerenahnya.

Orang macam Alyssa itu, tidak layak engkau panggil isteri. Dia tidak sedar tanggungjawabnya yang sebenarnya. Aku bimbang, suatu hari nanti dia akan bebankan engkau dengan bala dosa pula,

ujar Kamal sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Aku bukan apa, aku cuma tidak mahu lelaki sebaik engkau terpikul dengan segala beban ini. Aku rasa, masih ramai lagi perempuan yang di luar sana yang jauh lebih baik dari Alyssa.

Tuan Fahreen yang masih tidak bersetuju dengan pendapat Kamal itu,

Perempuan memang cukup ramai di luar sana, Kamal dan aku tak nafikan, ramai juga yang baik dalam kalangan mereka. Tetapi, mereka tidak seistimewa dan seunik Alyssa. Mereka tidak mungkin menandingi kelebihan Alyssa di mata aku.

Kamal terdiam. Mungkin dia tidak dapat melihat kelebihan Alyssa itu, seperti Tuan Fahreen. Namun, sebagai sahabat, dia begitu kepingin sekali melihat Tuan Fahreen melakar keindahan hidup berumahtangga. Jauh di sudut hatinya, Kamal sentiasa berdoa agar Tuan Fahreen akan mendapat segala yang diinginkannya.

Oh ya Fahreen, fasa kedua projek sumbangsih untuk Wadi Afzan tu sudah hampir siap. Siang tadi pihak yang berkenaan, telah menghantar inbois untuk claim another thirty five percent of the cost. Bolehlah engkau minta akauntan syarikat untuk sediakan cek pembayaran itu.

Okay, Ill make it done,

jawab Tuan Fahreen, ringkas. Fikirannya masih menerawang memikirkan Alyssa. Ke manakah pula tujuan isterinya selepas itu. Tergesa-gesa sekali Alyssa meninggalkan restoran sebentar tadi.

Bila engkau hendak serahkan Wadi Afzan kepada yang berhak Warisnya, semua telah engkau temui. Aku bukan apa, bolehlah aku buat preparation for the documentation untuk serahan hak,

kata Kamal tibatiba setelah melihat Tuan Fahreen masih tenggelam dalam fikirannya.

Bagaimana aku hendak serahkan kepada yang berhak, Kamal. Segala-galanya masih terumbangambing lagi. Aku bimbang, jika yang orang itu tidak sudi untuk menerimanya. Nanti dia kata aku pasang perangkap pula,

balas Tuan Fahreen.

Huh, aku dah agak dah. Melihatkan keadaan sekarang ini, aku pun tak yakin. Menyerahkan Wadi Afzan kepada pemiliknya, bukanlah suatu tindakan yang bijak. Aku takut, lingkup sahaja business yang telah engkau bina untuk mereka itu,

sambung Kamal pula. Wadi Afzan, satu lagi masalah yang sedang merundungi Tuan Fahreen. Jika dahulu, Tuan Fahreen bimbang kalau-kalau dia gagal untuk menemui waris Pak Cik Yuyu, tetapi sekarang apabila dia ketemu mereka, dia jadi bertambah bimbang lagi. Waris-waris Pak cik Yuyu tidak menunjukkan kaliber langsung dalam mempelopori projek-projek yang dikhaskan untuk Wadi Afzan. Benarlah kata Kamal, jika tidak berhati-hati, mereka bakal melingkupkan Wadi Afzan. Wadi Afzan adalah projek mega kasih dari arwah ayahnya, Tuan Tajul untuk adinda tercintanya, Pak Cik Yuyu. Tuan Fahreen pastinya tidak akan membenarkan Wadi Afzan kecundang..

Begini sahajalah Kamal. Buat sementara ini, aku letakkan dahulu Wadi Afzan di bawah pengawasan engkau. Aku belum bersedia untuk menyerahkannya kepada mereka. Buat masa ini, biarlah projek-projek di bawahnya berjalan mengikut jadual. Aku tidak mahu terjadi sebarang kekalutan, andai pengurusannya dipindahkan.

Malam itu, Alyssa tiba di pintu pub tepat seperti yang dijanjikannya. Agak kekok juga dia pada mulanya. Maklumlah, sudah agak lama dia tidak menyertai rakanrakannya menikmati kehangatan malam. Pada Roziana dia berbohong, mengatakan bahawa dia terpaksa bekerja hingga larut malam kerana terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikannya. Dia terpaksa kerana jika tidak, dia pasti dituntut untuk memberi berbagai alasan oleh Roziana. Terpancar keceriaan di wajah Nisya apabila Alyssa muncul. Dia tidak menyangka, Alyssa datang juga akhirnya. Nisya sempat mencuit Fir yang sudah sedia menunggu kedatangan Alyssa itu. Bisiknya,

Honey, your girl is here.

Alyssa disambut dengan penuh keceriaan oleh teman-temannya. Antara yang turut gembira dengan kehadirannya ialah Anna dan Rossa, yang saban malam menjadi pengunjung setia di situ. Perasaan rindu mula terlerai antara mereka. Alyssa, dipeluk dan cium sepuas-puasnya. Belum sempat mereka bercerita lanjut, Nisya pula terpacul dan mematikan segala-galanya.

Alyssa, Im glad you are here. Aku ingat engkau tak datang, malam ni. Well, guys, nasib baik I berjaya pujuk kawan kita ini untuk bersama-sama kita lagi malam ini. Kalau tak, mesti dia tak nak datang punya,

leret sahaja mulut Nisya. Rossa dan Anna hanya mencebikkan bibir mereka. Meluat mereka dengan pernyataan Nisya itu. Kalau sudah dasar perasan dan suka membanggakan diri, begitulah perangainya. Tetapi, Nisya langsung tidak memperdulikan pandangan kedua rakannya itu. Apa yang penting sekarang, Alyssa sudah berada di situ dan bakal masuk ke dalam perangkapnya dan Fir. Sebentar lagi, pasti Fir akan menggunakan kehebatannya untuk menggoda Alyssa, fikir Nisya.

Dan, aku bakal menerima upah yang lumayan sekali.

Begitulah Nisya, tidak pernah luput dari sifat khianatnya itu. Dia tidak pernah memadamkan citacitanya untuk memperdagangkan Alyssa. Fir pula, bakal menjadi pelanggan yang pertama melanggani Alyssa. Pada Fir, bakal dituntutnya komisen yang tinggi kerana dia akan menjadi pembuka acara. Pembuka acara untuk merasmikan kemanisan Alyssa.

Fir, apa yang you tunggu lagi, ni Senjata sudah di tangan, mangsa pun sudah di depan mata. Apa lagi, jalankanlah mission you. I dah make way untuk you, tau.

Fir sempat mencubit hidung Nisya apabila mendengar bisikan jahatnya itu. Ternyata Alyssa begitu cantik sekali malam itu. Semua gadis yang berada di situ pastinya tidak dapat menandingi Alyssa. Fir sedar, dia sudah semakin jatuh hati pada Alyssa. Sekarang ini, Fir sudah mula merasakan seperti mahu memiliki Alyssa dan cintanya selain dari tubuhnya. Fir mendapatkan Alyssa yang sendirian di sudut bar. Fir mula memasang jerat untuk memancing perhatian Alyssa. Walaupun pada mulanya dahulu Alyssa melayannya dengan dingin sekali, namun, dia pasti, kali ini Alyssa akan masuk ke dalam perangkapnya.

Hai, Alyssa. Im Fir, do you remember me

sapa Fir memulakan bicara.

Sure, you ni kawan Nisya, kan Mestilah I kenal you. Nisya promote you baik saja, pada I. Hei, berapa you upah dia untuk bantu you goda I

tanya Alyssa sambil tersenyum. Namun kali ini, dia kelihatan lebih lembut terhadap Fir dari sebelumnya. Fir pula berasa serbasalah dengan kata-kata Alyssa itu. Dia tidak menyangka bahawa Alyssa hebat meneka jebakan Nisya itu.

Mana ada macam tu. Nisya tu kawan I, macam you juga. Actually, I suka berkawan dengan ramai orang. More fun. Boleh kita bertukar-tukar pendapat dan enjoy bersama. Cigarette

pelawa Fir terkulat-kulat sambil menghulurkan kotak rokoknya. Alyssa sempat menjeling manja kepada Fir yang semakin terserlah kegelabahannya. Air muka Fir tidak sehebat kata-katanya dalam menggoda. Jantan itu telah tewas dengan kemanisan Alyssa.

Thanks,

ucap Alyssa sambil menyambut sebatang rokok. Rokok itu segera dinyalakan oleh Fir. Dia tidak menyangka, Alyssa telah menyambut huluran perkenalannya itu. Dia tidak sangka semudah itu Alyssa menerimanya. Apakah pandangan Alyssa sudah berubah terhadapnya. Mudahlah nanti, dia menjalankan misi untuk menggoda Alyssa. Malam itu Alyssa mula berjinak-jinak dengan arak dan rokok. Sebelum ini, dia hanya minum sahaja tetapi hari ini menunya bertambah dengan rokok. Dia ke pub itu hanya untuk layan muzik dan berbual-bual dengan teman-teman sambil minum-minum. Malam itu, Alyssa melepaskan segala tekanan yang dialaminya.

Arak, rokok dan tarian, bergilir-gilir menyentuh tubuhnya. Alyssa mula menggoyangkan tubuh badannya mengikut alunan muzik dan kadangkala dia jadi seperti hilang arah. Barangkali, dia sudah mabuk apabila berkali-kali ditogokkan dengan arak oleh Fir. Rossa yang hanya duduk mendiamkan diri, mula merasakan sesuatu yang tidak enak dengan perlakuan Alyssa malam itu. Dia dapat merasakan bahawa Nisya dan Fir yang sudah hampir berjaya menjerat Alyssa. Rossa berasa kesal kerana nasihatnya kepada Nisya, tidak dipedulikan. Rossa pernah mengingatkan Nisya supaya tidak cuba menggadaikan Alyssa pada Fir. Lantas Rossa mengekori Alyssa yang kelihatan terhoyong-hayang menuju ke tandas dalam keadaan mabuk. Rossa menyaksikan Alyssa muntah dengan banyaknya. Segala isi perutnya seperti mahu terkeluar. Namun, yang keluar itu hanyalah warna pekat air setan yang berbau masam itu. Perlahan-lahan, Rossa mengurut bahagian belakang Alyssa, supaya dia memuntahkan semua sekali bahan haram di dalam perutnya itu.

Alyssa, apa sudah jadi dengan engkau ini Engkau tak pernah mabuk-mabuk macam ni dulu. Engkau ada masalahkah

soal Rossa. Alyssa tidak memperdulikan soalan Rossa itu. Dia masih melayan muntahnya. Kali ini, kepalanya pula terasa pusing sangat. Terhoyong-hayang dunia ini rasanya, ketika dia cuba menegakkan kepalanya semula. Dia tidak menyangka, begini penangannya meneguk air haram itu. Tetapi, dia suka kerana kepalanya mulai ringan dan dapat melupakan segala permasalahan yang bersarang. Dengan tidak semenamena dia menghadiahkan satu senyuman kepada Rossa, walaupun dalam keadaan mabuk begitu.

Waduh, kepala dia sudah ting-tong ni,

bisik Rossa.

Alyssa, engkau dah mabuk ni. Engkau tak biasa macam ni sebelum ini. Aku takut engkau rebah sekejap lagi. Aku rasa lebih baik engkau balik dulu, takut kalau apa-apa benda tak baik jadi pada engkau nanti,

pinta Rossa yang berasa gelisah melihatkan keadaan Alyssa. Alyssa hanya ketawa berdekah-dekah dengan permintaan Rossa itu. Dia, seolah-olah berada di bawah paras sedar. Dia tidak pernah ketawa sebesar ini sebelum ini, kerana dia punya ketertibannya sendiri.

Oh come-on, Rossa, malam masih muda lagi. Bulan dan bintang pun masih tersenyum megah di atas sana. Tak ruggedlah, kalau nak balik sekarang, kan

ujar Alyssa dengan lengguk-lengguknya.

Lagipun, kita datang sini untuk enjoy, baby. Why should we spoil our night Kalau kau nak balik, engkau balik, okay. Aku nak stay sini, aku nak enjoy sepuas-puasnya.

Tapi, aku bimbang terjadi apa-apa yang tidak baik pada diri engkau. Aku sendiri tak percayakan Nisya dan Fir tu. Aku takut nanti mereka akan manfaatkan keadaan engkau sekarang ni. Come-on Alyssa, jangan libatkan diri engkau dengan benda-benda tak elok ni. Sekali engkau terjerat, sukar untuk engkau berpatah semula,

kata Rossa lagi yang masih tidak berpuas hati dengan keengganan Alyssa mengikut nasihatnya. Walaupun sudah agak lama mengenali Nisya, Rossa langsung tidak mempercayai kawannya itu. Mereka boleh minum dan berhibur bersama, namun untuk mempercayainya adalah satu perkara yang sukar dilakukan oleh Rossa. Dia masak sangat dengan perangai Nisya. Nisya suka memperdaya rakanrakannya dan ramai yang telah masuk perangkapnya. Dia bijak dalam memujuk teman-temannya untuk menjual diri mereka. Umpannya hanyalah wang dan kemewahan mudah. Rossa juga pernah terjebak dengan pujukan Nisya. Berlatarkan pengalaman pahit itulah, Rossa sering bertengkar dengan Nisya setiap kali mengetahui Nisya menjalankan modus operandinya kepada gadisgadis yang tidak tahu apa-apa. Kini, Alyssa pula yang mungkin menjadi mangsa pujukannya dan Rossa tidak sanggup melihat gadis senaif Alyssa terperangkap dengan Nisya dan jantan seperti Fir.

Aku tidak sebodoh engkau, Rossa. Aku jenis perempuan yang pandai jaga diri. Bukan macam engkau, engkau sudah rosak macam buah kelapa yang ditebuk tupai,

ucap Alyssa kepada Rossa sambil ketawa.

Apa yang engkau cakapkan ni, Alyssa

Sudahlah, Rossa. Engkau fikir aku tak tahu apa yang telah terjadi pada engkau Nisya dah ceritakan segala-galanya pada aku. Huh, mengata orang, tetapi engkau yang terlebih-lebih rosak dari aku,

pantas sahaja Alyssa menyekat kata-kata Rossa.

Lain kali, kalau nak nasihatkan orang, cermin diri tu dulu.

Celaka punya Nisya. Racun apakah yang telah ditaburkannya pada Alyssa

bisik Rossa sendirian sambil memerhatikan Alyssa terhuyung-hayang keluar dari tandas itu. Nisya bijak memainkan taktiknya. Dia awal-awal lagi telah memburuk-burukkan Rossa pada Alyssa, sebaik sahaja dia mendapat tentangan dan ugutan dari Rossa. Tujuannya hanyalah supaya Alyssa membenci Rossa dan pastinya dia tidak akan mendengar segala cakap-cakap Rossa lagi.

Hei Nisya, engkau ni memang jahat mulut, kan Berani engkau buruk-burukkan aku pada Alyssa,

marah Rossa pada sikap buruk Nisya itu. Nisya yang sedang asyik minum di tepi bar bersama seorang kenalan lelakinya, berasa agak terkejut dengan kehadiran Rossa di situ dan memarahinya. Dia jadi malu dengan kawan lelakinya itu. Kehadiran Rossa seolah-olah mengusir lelaki itu dari situ kerana lelaki tersebut lebih suka mengambil sikap tidak mahu masuk campur. Biarlah pergaduhan itu sekadar antara dua perempuan itu.

Eh, you ni apa hal pula, Rossa Tak fasal-fasal datang serang I. Apa yang I dah buat pada you dan apa kaitannya dengan Alyssa

Engkau jangan pura-pura tak tahulah, Nisya. Engkau umpat perihal aku pada Alyssa. Engkau ni memang jenis perempuan berhati busuklah. Jenis yang suka menganiaya sesama kawan,

marah Rossa lagi dengan merah padam mukanya.

Jangan suka main tuduh-tuduh. Apa buktinya yang I buruk-burukkan you ni

desak Nisya sambil tangannya menolak tubuh Rossa untuk dijarakkan dari tubuhnya. Bimbang juga dia, kalau-kalau Rossa mendebik tubuh badannya yang macam ikan kering itu.

Alyssa sendiri yang beritahu pada aku. Engkau sengaja buruk-burukkan aku sebab engkau takut aku bongkarkan segala kejahatan engkau pada dia. Engkau dengar sini baik-baik Nisya, aku tak akan biarkan engkau aniaya Alyssa sepertimana yang engkau lakukan pada kawan-kawan kita sebelum ini. Alyssa berbeza dari perempuan lain. Kalau engkau berani lagi meneruskan niat jahat engkau tu, aku patah-patahkan tulang engkau,

ugut Rossa.

Eh perempuan, jangan nak berlagak baiklah dekat sini. Diri sendiri pun kotor, ada hati lagi nak selamatkan orang lain. I tahulah apa yang dah terjadi pada you sebelum ini. Tak payahlah you nak berbudi pada orang lain sebab you sendiri dah tergelincir dari jalan hidup yang benar,

ejek Nisya pula sambil berlalu dari situ meninggalkan Rossa yang masih berdiri menahan geram di situ. Panas hati Rossa mendengar kata-kata Nisya itu tadi. Kalau tidak kerana orang ramai, sudah lama dibelasahnya Nisya di situ juga. Dasar perempuan kerempeng, tidak sedar diri tu kurus kering, ada hati nak jual orang pula. Rossa tidak boleh mendiamkan perkara itu. Sebelum ini, dia pernah berjanji pada dirinya untuk menyelamatkan Alyssa dari segala noda yang bakal dipalitkan oleh Nisya dan Fir. Dia tidak mahu Alyssa menjadi mangsa kerakusan manusia tamak itu. Tikustikus itu harus diusir dari terus membiakkan bakteria yang boleh menghancurkan mereka yang naif seperti Alyssa. Sebenarnya Rossa kasihan melihat Alyssa, apa lagi setelah dia mengetahui latar hidup Alyssa yang sentiasa dirundung kesedihan.

Kehidupan Alyssa yang sebatang kara itu menyebabkan dia menjejak mimpi dengan bersandarkan kebahagiaan palsu yang dijanjikan manusia seperti Nisya. Rossa mengerti kesepian dan kegelisahan yang dialami Alyssa kerana dia juga menempa frasa hidup yang sama seperti Alyssa. Kerana itulah, dia tidak mahu Alyssa tenggelam dalam kegelapan seperti yang dilaluinya, sekarang. Alyssa masih punya peluang untuk menempa kegemilangan jika dia mengikut landasan hidup yang betul. Rossa akhirnya teringatkan seseorang yang boleh membantu Alyssa. Dia lantas mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. Seseorang yang amat-amat dikenalinya.

Bang, ini Rossa. Dia ada di sini dan dalam keadaan yang membimbangkan. Rossa harap abang dapat dapat ke sini dengan segera sebab kalau terlambat, mungkin dia akan mengikut orang lain. Rossa bimbanglah, takut-takut dia terlencong ke tempat lain. Lagi pun, ada orang punya niat tak baik pada dialah, bang,

adu Rossa pada orang yang dihubunginya. Sejenak selepas itu, talian dimatikan apabila Rossa menerima jawapan pasti dari orang yang dihubunginya itu. Sekarang dia hanya perlu menunggu, orang datang untuk menyelamatkan Alyssa dan membawa pergi dari tempat jahanam itu. Sementara itu, suasana menjadi semakin hangat di medan tarian kelab itu. Semakin larut malam, semakin ramai pula yang datang berkunjung. Yam Puiii, jeritan di sana sini, sebagai tanda arak begitu dihargai. Di sana-sini, minuman itu bertaburan kerana ramai yang meneguknya dan tidak kurang pula yang khayal dan mabuk kerana banyak pengaruhnya. Pasangan yang sedang hangat bercinta pula, berpelukan sesama sendiri, kononnya sebagai meraikan keindahan musim berkasih mereka. Segala nukilan rasa terdetik di setiap pengucapan mereka sebagai satu harapan agar kasih yang dibina berkekalan selamalamanya. Mereka mendodoi malam untuk dijagai siangnya agar tidak terbenam di kala syuruk. Andai mereka tewas, maka pagi yang indah tidak terbit seperti yang dijanjikan, sebaliknya mendung di kala awan memohon mentari.

Alyssa, I nak bawa you ke suatu tempat yang lebih best dari sini. Dekat sana nanti, you akan lebih enjoy dan relax. I berjanji yang I akan temani you selamanya di situ,

ujar Fir memasang jerat ketika Alyssa sedang leka dengan minuman yang disajikannya. Alyssa hanya tersenyum dalam keadaan yang amat mabuk dan sambil memeluk pinggang Fir dengan lebih erat lagi.

Okey sayang, bawalah I ke mana sahaja malam ini. Asalkan you ada bersama-sama.

Tertawa besar Fir, apabila mendengarkan kesudian Alyssa itu. Nampaknya, dia telah berjaya menawan Alyssa malam itu setelah memabukkannya dan menambahkan pil-pil khayal dalam minumannya. Tanpa membuang masa, terus dipimpinnya Alyssa keluar dari situ. Rossa pula, hanya mampu memandang dari jauh dan berharap agar ada yang akan datang menyelamatkan Alyssa dengan segera. Di pintu luar, Alyssa muntah lagi. Terlalu banyak air setan yang sudah diteguknya. Di dalam fikiran, Fir sudah mula membayangkan saat-saat indah dan intim yang bakal ditempuhi bersama Alyssa seketika nanti. Kemanisan Alyssa itu akan dia nikmati, sepuas-puasnya malam itu. Namun, belum sempat dia mendorong Alyssa untuk memasuki kereta Porche Cayennenya, ada beberapa orang bauncer menyekat pintu keretanya. Mereka lantas merentap Alyssa dari dakapan Fir.

Eh bro, lu apa hal ni Suka-suka saja nak kacau urusan orang. Lebih baik korang semua blah dari sini dan serahkan perempuan itu semula pada aku, kalau tidak aku belasah,

ugut Fir apabila merasakan niatnya tersekat ketika itu. Melihatkan kemarahan Fir itu, salah seorang darinya bersuara,

Hoi mamat, aku nak bagi amaran pada engkau supaya tidak mengganggu Cik Alyssa lagi. Kalau engkau rasa yang engkau sayangkan diri engkau, jangan sekali-kali cuba untuk mengapa-apakan dia. Kalau tidak, patah batang tengkuk engkau kami kerjakan.

Eh, sudahlah. Siapa perempuan ini kepada engkau, ha Dia bini engkau ke ataupun dia tunang engkau ke, aku tak peduli. Bukan aku yang ajak dia, tapi dia yang nak ikut aku,

marah Fir yang masih menunjukkan kesombongan. Dengan tidak semena-mena, satu tumbukan padu hinggap ke muka Fir lalu menyemburkan sedikit darah di hidungnya.

Sekali lagi engkau berani atau punya niat yang tidak baik pada Cik Alyssa, aku tidak teragak-agak untuk belasah engkau lagi,

ujar lelaki itu lagi sebelum mengarahkan mereka yang lain mengusung Alyssa terlukis. indd 274 11/2/2012 8:57:59 AM 275 untuk dihantar pulang. Tinggallah Fir sendirian di situ menghitung-hitung sekali lagi kegagalannya membawa pulang Alyssa. Dia juga tertanya-tanya siapakah mereka itu tadi dan hubungan mereka dengan Alyssa. Suatu pagi yang sejuk dan kelam. Matahari bersembunyi disebalik awan dan angin bertiup menandakan hujan akan turun sebentar lagi. Bunyi angin yang melanggar daun-daun dan ranting seakan seribu syaitan yang sedang mengejek Mariana. Dia memperosokkan dirinya di bucu katilnya sambil matanya merah menahan tangis. Ada khabar buruk yang baru diterimanya sebentar tadi. Dia sendiri tidak pasti, sama ada dia mahu menangisi berita itu atau hanya membiarkan ianya berlalu.

Mariana, awak kenal dengan Arman

Mariana teringat soalan yang dikemukakan oleh Puan Suzana ketika dia dipanggil ke pejabat, awal pagi tadi. Sudah agak lama dia tidak bersua dengan Arman. Lelaki itu menghilang begitu sahaja ketika Tauke Jepp dan konco-konconya sedang sibuk mencarinya untuk menuntut hutang. Ketika itu, betapa marahnya Arman terhadap Mariana kerana kegagalannya untuk mengemukakan Alyssa bagi dijadikan sandaran hutanghutang mereka. Sejak itu, tiada lagi khabar berita dari Arman. Fikirnya, Arman terlalu marah padanya, lalu dia meninggalkannya. Namun, berita yang disampaikan oleh Puan Suzana pagi itu, benar-benar mengejutkannya.

Menurut Puan Suzana, pihak polis ada datang ke pusat itu untuk memberitahu bahawa Arman mati dibunuh. Polis meminta kerjasama dari pihak Puan Suzana untuk membenarkan Mariana dibawa ke balai, untuk dijalankan sedikit soal siasat kepadanya, serta hubungkaitnya dengan Arman. Ini kerana berdasarkan rekod dan laporan yang mereka perolehi, Mariana pernah tinggal bersama dengan Arman. Disebabkan Mariana hanya dikehendaki untuk memberi keterangan, maka Puan Suzana telah meminta penangguhan seketika dari pihak polis. Alasannya, Mariana masih belum sihat dan memerlukan rehat lagi. Puan Suzana telah berjanji untuk membawa Mariana bagi membantu siasatan polis, setelah dia beransur pulih kelak. Kini, Mariana kesal kerana pernah menjalin hubungan dengan lelaki itu.

Malahanan dia berasa kesal sekali mengenalinya. Arman dibunuh oleh konco-konco pengedar dadah setelah dia didapati berkali-kali menggelapkan wang dari hasil penjualan dadah kumpulan tersebut. Mariana juga tidak menduga sama sekali, bahawa dadah yang dibekalkan kepadanya selama ini, datangnya dari Arman sendiri. Maka dapat disimpulkan bahawa, Armanlah yang sebenarnya telah memporak-perandakan hidupnya selama ini. Arman jugalah yang telah menyebabkan Mariana menempah pintu neraka, kerana kini dia sedang mengira hari-hari terakhirnya.

Tak guna punya jantan. Padan muka engkau. Kerana kejahatan engkaulah, engkau mati dibunuh dengan kejam sekali. Sekarang ini, engkau tunggu sajalah aku di pintu neraka. Boleh kita sama-sama terjun ke dalamnya. Menyesal aku kenal engkau, jantan sial,

sumpah Mariana sendirian. Sekarang dia sudah merasakan konklusi perjalanan hidupnya. Azab di dunia, sudah dideritainya, kini menunggu siksaan di sana kelak. Inilah balasannya kerana terlalu terpengaruh untuk melakukan kejahatan dan kehinaan di muka bumi Allah ini. Sedang Mariana asyik melayani kekesalan diri sendiri, Ochah masuk ke biliknya untuk menghantar makanan. Mariana belum menjamah sedikit pun makanan pagi ini. Ochah perlu memastikannya makan, sebelum boleh diberi ubat.

Kak Mariana, makan nasi goreng dan roti bakar ni dulu, ya Sekejap lagi, akak kena makan ubat. Tadi, Puan Suzana, minta saya hantar semua ni pada akak dan dia pesan suruh saya tunggu sampai akak habis makan. Dia takut akak buang semua makanan ni,

kata pembantu Puan Suzana. Ochah tidak melihat muka Mariana kerana dia tahu wanita itu sedang bersedih. Dia telah dimaklumkan oleh Puan Suzana, mengenai berita yang disampaikan kepada Mariana pagi itu. Sudah menjadi kelemahan Ochah yang tidak tahan melihat orang menitiskan air mata. Dia tahu, Mariana sebenarnya bukan bersedih kerana kematian Arman, tetapi kerana meratapi nasib malang yang sedang merundungi dirinya. Ochah tidak mahu ikut teriak bersama Mariana pula nanti.

Makanlah, kak. Macam mana akak nak cepat sihat, kalau makanan sedikit pun akak tak mahu jamah. Puan Suzana pesan pada saya supaya tidak tinggalkan akak selagi tak habiskan makanan-makanan ini. Lebih baik akak makan sekarang, sebab saya ni tak ada banyak masa untuk tunggu akak seorang saja,

arah Ochah.

Aku tak nak makan. Aku dah kenyang. Pergilah engkau buat kerja engkau. Jangan ganggu aku di sini. Pergi!

Mariana mengusir Ochah. Ochah berasa geram dengan kedegilan Mariana itu. Sudah lama mereka di pusat itu bersabar sahaja dengan sikap Mariana. Kalau diturutkan hati, mahu sahaja dia mengikat perempuan itu ke bangku dan disuap makanan secara paksa ke mulutnya. Namun, mereka di organisasi itu punya peraturan dalam menangani pesakit. Peraturan dibuat oleh Puan Suzana atas khidmat nasihat dan panduan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Antaranya ialah, pesakit tidak boleh dipaksa, disakiti atau diberi tekanan dari segi mentalnya. Namun, Ochah juga manusia biasa. Ketidaksabaran selalu menduga usia mudanya. Kadangkala Ochah jadi marah terutama apabila menangani pesakit degil seperti Mariana. Walaupun dia sering diberi harapan tinggi dan menjadi orang kepercayaan Puan Suzana, ada ketikanya dia tetap melanggar peraturan yang telah diakujanjinya dahulu. Sifat lucunya tidak dapat menandingi kemarahannya apabila ia datang bertandang.

Kak Mariana, janganlah degil sangat. Kalau dah degil macam ni, bagaimana kami semua ni nak bantu akak. Cubalah ceria-ceriakan diri tu sikit, jangan asyik nak monyok saja. Akak ni peliklah, lain dari yang lain. Orang lain yang berada di sini, sakit Aids juga, tapi tak adalah macam akak,

leter Ochah lagi. Mariana hanya mendengar sayu kata-kata Ochah itu. Sedikitpun dia tidak mengangkat mukanya, apa lagi untuk suakan mulutnya bagi disuapi Ochah. Ochah merenung tajam muka Mariana. Kesabarannya terhadap Mariana makin nipis. Hari-hari, ada sahaja masalah yang ditimbulkan Mariana. Bukan dia sahaja, malahan rakan-rakannya yang lain turut merungut setiap kali bertugas menguruskan perempuan bebal itu.

Hai, perempuan ni memang nak kena dengan aku, nampaknya,

rungut Ochah yang sudah semakin hilang simpatinya terhadap Mariana. Dia lantas bangkit dan mengangkat muka Mariana untuk memasukkan makanan secara paksa ke mulutnya. Mariana pula terus menjerit dan dengan tidak sengaja telah menumpahkan makanan itu apabila tanganya menepis suapan ganas Ochah. Apa lagi, semakin berderaulah hati Ochah. Dia hairan mengapa Mariana itu terlalu kebal dengan sikap degilnya. Sikap itu kali ini telah menyusahkannya, apabila dia terpaksa membersihkan segala sisa makanan yang tumpah itu. Sudahlah dia penat, kini tambah pula lagi satu bebannya.

Akak ni, kalau sehari buat masalah, tak boleh ke Kalau akak dah rasa nak mati sangat, pergilah mati cepat. Lebih baik mati dari beri banyak masalah pada orang. Menyusahkan orang sahaja,

pekik Ochah, benar-benar naik angin pada Mariana. Dia lantas beredar dari situ, kerana sudah tidak kuasa nak menghadap sikap tolol Mariana itu. Yang pastinya, dia tidak mahu kembali ke bilik itu kerana benci melihat Mariana. Dia akan meminta Mak Cik Bedah, tukang cuci pusat itu untuk membersihkan tumpahan makanan itu. Ketika Ochah berpaling dan melangkah ke luar bilik itulah, dia mula terdengar suara Mariana,

Aku tahu, aku ini orang yang tak guna. Aku banyak menyusahkan orang. Tiada siapapun dalam dunia ini yang sayangkan aku. Semua orang membenci aku. Kalau kamu semua tak sukakan aku, tolonglah keluarkan aku dari sini. Aku tak mahu jadi beban pada kamu semua. Tolonglah, tolonglah!

Tiba-tiba timbul perasaan simpati di hati Ochah. Inilah kali pertama dia mendengar Mariana merintih sayu semenjak dimasukkah ke situ. Barulah kali ini dia mendengar luahan hati Mariana. Menyesal pula dia memarahi Mariana sebentar tadi. Walhal, dia seharusnya punya sikap yang lebih sabar dan tabah dalam menghadapi kerenah penghuni-penghuni di situ.

Ya Allah, kejamnya aku ini. Aku menyesal sangat kerana memperkecilkan hambaMu itu tadi. Maafkan aku, ya Allah. Aku terlalu menurutkan bisikan syaitan di telingaku dengan memarahi insan kerdil yang sedang menerima dugaan dariMu, ya Allah. Aku sendiri tidak dapat bayangkan keadaanku andainya aku juga turut menerima dugaan sehebat dia. Ampunkan aku, ya Allah!

rintih hati Ochah. Dengan perlahan, Ochah menoleh ke belakang semula memerhatikan Mariana yang sudah terjelepuk sambil meraup makanannya yang tumpah.

Saya minta maaf, Kak Mariana. Sikap saya tadi keterlaluan. Saya bersalah sebab menghina kakak tadi. Sebenarnya, saya dan kami di sini, semuanya sayangkan akak. Kami tahu akak sakit, tapi berilah peluang pada kami untuk sama-sama menyelami penderitaan akak,

ucap Ochah dengan lembut. Ochah mula memperlihatkan kelemahan perasaannya ketika itu. Air mata, setitik demi setitik meruntuh singgah ke pipinya. Simpatinya kepada Mariana bercambah kembali.

Akak tak boleh putus asa. Kalau akak sudah tak punya siapa-siapa lagi, anggaplah kami semua di sini sebagai keluarga akak,

pujuk Ochah lagi. Runtuh kalbu Mariana dengan keikhlasan Ochah dan semua sukeralawan di pusat itu. Datang kekesalan di dalam dirinya kerana selama ini beranggapan yang tidak baik terhadap mereka semua. Dia malu kepada mereka kerana tewas dalam percaturan hidupnya. Dia malu kerana dia punyai penyakit yang amat ditakuti oleh orang lain. Dia juga malu kepada anak-anak muda sukeralawan di situ kerana gagal mengawal hawa nafsunya. Seharusnya sebagai orang yang berpengalaman, dia menjadi contoh kepada generasi muda, supaya kukuh dalam membina jati diri.

Tolong saya dik, saya takut. Saya takut pada Allah. Saya takut menghadapi sakratul maut. Saya takut menghadapi soal Mungkar Nangkir. Saya takut dengan siksa kubur. Saya takut dengan kepanasan api neraka. Saya takut segala-galanya. Tolonglah saya. Bagaimana saya nak menghadapi semua ini, Allah hu Akbar!

kali ini tangis Mariana semakin jelas menterjemah isi hatinya. Matahari sudah terlalu tegak di atas kepala, namun matanya masih terlalu berat untuk dibuka. Kepalanya masih sakit akibat keterlaluan meneguk arak dicampur dengan pil khayal, semalam. Hendak diangkat dari peraduan pun, terasa tidak mampu. Mulut pula berasa pahit sangat kerana belum berkesempatan dicuci dengan air bersih. Kepulangannya malam semalam, mengundang seribu persoalan dan kebimbangan di hati Roziana dan sahabatnya Elly. Elly terpaksa bermalam di rumah itu setelah diminta berbuat demikian. Sekurangkurangnya, jika dia mahu keluar mencari Alyssa malam tadi adalah juga Elly sebagai penemannya. Ketika Alyssa membuka matanya, Roziana dan Elly sedang terpacak di hadapannya. Keduaduanya memandang Alyssa dengan pandangan yang bercampur-baur. Tentu mereka berasa cuak dengan keadaan Alyssa ketika dia pulang, semalam. Alyssa pula, mungkin lupa bahawa dia terlalu mabuk semalam hingga terpaksa diusung pulang oleh orang-orang yang menghantarnya. Apabila terlihatkan Roziana dan Elly tidak putusputus merenungnya, Alyssa terus menegur mereka,

Mengapa Kak Rozi tenung Lyssa macam tu Engkau pun sama Elly, pandang aku seperti mayat yang sedang bangkit sebab tak jadi mati. Kelakarlah kamu berdua ni.

Alyssa masih sempat bikin lawak bodoh dengan mereka. Padahal, fikiran dia pun, masih tidak berapa betul ketika itu. Barangkali dia lupa, bagaimana dia dibawa pulang semalam, dalam keadaan mabuk dan muntah-muntah. Satu kawasan kejiranan jadi haru ketika itu, apabila Alyssa meronta-ronta dan menjerit ketika diserahkan oleh orang-orang yang menghantarnya pulang ke rumah Roziana. Walaupun, masa baru menunjukkan jam empat pagi, namun pekikan dan kemarahan Alyssa ketika itu berjaya membangunkan hampir sebahagian penduduk di situ.

Perbuatan Alyssa itu, walaupun dalam keadaan tidak sedar, sudah cukup untuk memalukan Roziana kepada jiran-jirannya. Apa pula pandangan mereka terhadapnya nanti. Sudahlah yang tinggal di situ, kedua-duanya masih dikira dara lagi. Dia bimbang kalau-kalau jirannya akan menuduh mereka anak dara liar atau gadis yang gemar berfoya-foya. Selama inipun, Roziana ada juga mendengar cerita tidak enak mengenai dirinya sendiri dan Alyssa. Walhal, mereka tidak melakukan apa-apa yang menyalahi etika hidup bermasyarakat. Inikan pula dengan kejadian yang telah dicipta oleh Alyssa itu, pasti menjadi calarlah imej mereka di mata masyarakat setempat sekali lagi.

Sudah-sudahlah bermimpi tu, beb. Selagi engkau tak berpijak di bumi yang nyata, selagi itu kau cakap perkara yang mengarut. Barangkali, engkau puas hati dengan apa yang dah engkau lakukan semalam. Tahniah beb, engkau bukan sahaja memalukan diri engkau sendiri, malahan engkau berjaya menconteng arang di muka Kak Rozi,

kata Elly yang tiba-tiba naik marah dengan gurauan bodoh Alyssa itu tadi. Roziana terus mendiamkan diri. Dia membiarkan sahaja Elly bercakap bagi pihaknya. Dia tidak mampu untuk bersuara, apa lagi memarahi Alyssa. Dia sudah berasa cukup kecewa kerana Alyssa mengulangi tabiat berhiburnya yang melampau. Dia sedih dengan perkembangan terbaru Alyssa itu.

Apa yang engkau cakapkan ni, beb Aku hanya nak bergurau yang engkau tiba-tiba naik angin ni, apa fasal

soal Alyssa yang masih tidak faham akan sikap dingin Elly itu.

Engkau masih nak bertanya lagi, beb Engkau sedar tak apa yang kau dah buat Pagi tadi, engkau balik mabuk-mabuk. Lepas tu engkau mengarut sampai satu kawasan ni, kecoh jadinya, tahu tak Cuba engkau fikir, mana Kak Rozi nak letak muka dia Sekarang ni, semua orang dekat sini dah mengata engkau berdua. Nasib baik ada orang bawa engkau balik, kalau tidak, entah kat lorong mana engkau merempat hari ini,

sindir tanpa memandang muka Alyssa Roziana mengambil keputusan untuk beredar dari situ kerana tidak mahu mendengar teguran Elly kepada Alyssa itu. Dia bimbang, dia pula yang akan mengalirkan air mata nanti. Elly yang sempat menjeling Roziana yang beredar keluar dari bilik itu, menyambung bebelannya pada Alyssa,

Cubalah engkau jaga sikit perasaan Kak Rozi tu. Dia sudah ibarat ibu pada engkau sebab dia yang jaga engkau selama ini. Tergamak engkau berbohong pada dia dengan mengatakan engkau berada di pejabat semalam, dan terpaksa pulang lewat kerana terlalu banyak kerja. Padahal, engkau pergi berfoya-foya dengan kawan-kawan engkau di pub. Come on, wake up, beb. Aku tahu, engkau tengah stress sekarang ni, tapi ini bukan jalan penyelesaiannya.

Habis tu, engkau nak aku buat apa Reda saja dengan apa yang telah berlaku pada aku Engkau cakap senanglah, beb, sebab bukan engkau yang menanggung bala ni semua. Aku dah tak boleh tahan lagi, hidup macam ni. Bila lelaki keparat tu nak ceraikan aku, ha

balas Alyssa hampir menjerit. Elly menggeleng-gelengkan kepalanya, melihat perangai Alyssa yang semakin pelik. Kadang-kadang dia terasa bahawa sudah ada jurang yang memisahkan hubungan baiknya dengan Alyssa. Krisis jiwa yang dialami Alyssa, sedikit sebanyak telah meretakkan hubungan mereka bertiga. Alyssa kini, lebih gemar menyembunyikan masalah dan perasaan kecewanya. Apa yang difikirkan dan yang dilakukannya, tidak pernah dimaklumkan kepada Elly dan Roziana.

Cuba engkau berfikiran positif sikit. Lelaki keparat yang engkau maksudkan itu adalah suami engkau sendiri. Tak bolehkah engkau bertolak ansur sikit Mengapa engkau tak mahu buka sedikit ruang hati engkau itu untuk jernihkan keadaan. Dahulu, engkau marah membabi-buta pada mama engkau. Sekarang ni pula dengan Tuan Fahreen. Padahal, mereka berdua tu ada pertalian erat dengan engkau,

leter Elly lagi. Alyssa menjadi semakin menyinga mendengar kata-kata Elly itu. Mungkin kerana bengal di kepalanya masih belum hilang. Matanya marah merenung Elly.

Why not, engkau bersemuka dan duduk berbincang baik-baik dengan Tuan Fahreen. Cari penyelesaian tentang masalah yang sedang membelenggu engkau berdua. Engkau boleh cuba pujuk Tuan Fahreen agar dia lepaskan engkau secara baik. Aku yakin, Tuan Fahreen akan mendengar pujuk rayu engkau itu. Jalan itukan lebih baik dari engkau rosakkan diri engkau sendiri. Malam tadi, mungkin hanya arak dan pil-pil khayal. Mana tahu, esok lusa mungkin engkau terjebak dengan dadah atau sindiket pelacuran. Berbagai perkara boleh terjadi, beb. Lagi pun, engkau bukannya kenal hati budi mereka yang engkau temui di pub-pub atau kelab-kelab malam itu,

sambung Elly lagi.

Beb, aku tak rasa yang Tuan Fahreen itu akan lepaskan aku begitu sahaja. Three years beb, three years, bukan suatu masa yang sekejap bagi aku. Aku nak buat dia menderita dengan apa yang aku lakukan. Biar dia rasa, menjadi suami yang memaksa dan akhirnya, dayus,

tingkah Alyssa pula sambil membuang pandang keluar tingkap.

Masya-Allah, bawa mengucap banyak-banyak, beb. Di mana letaknya iman engkau tu Engkau sanggup lakukan dosa besar semata-mata nak menyakitkan hati Tuan Fahreen Engkau sedar tak, apa yang engkau lakukan itu, sebenarnya bakal mengheret diri engkau sendiri ke kancah api neraka. Aku takut, lama-lama engkau yang sakit, bukan Tuan Fahreen.

Alyssa yang berasa sakit hati, menekup telinganya dengan kedua belah tangannya kerana tidak mahu mendengar bebelan Elly lagi.

Cukup, cukup, aku tak nak dengar lagi. Engkau dengan Kak Rozi sama saja, lebih sebelahkan Tuan Fahreen dari aku. Pada hal, Tuan Fahreenlah pencetus segala-galanya. Engkau keluar dari bilik aku ni, aku tak nak tengok muka engkau lagi.

Alyssa bingkas bangun dari katilnya lalu terus merentap tualanya terus ke bilik air. Dia meninggalkan Elly dalam keadaan termangu-mangu sendirian. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang mahu dibangkitkan oleh Elly, tetapi tidak diberi kesempatan oleh Alyssa. Kata-kata Elly tadi, menggangu jiwa Alyssa sebenarnya. Dia bimbang andainya diperlakukan apaapa malam tadi. Lantas, dia terus memeriksa tubuhnya untuk memastikan dia masih suci lagi. Roziana sebenarnya, resah dalam tenang dan terluka dalam senyuman. Hatinya berdebar dan bimbang, sekiranya ada bala buruk yang bakal terjadi pada Alyssa.

Walau bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral Alyssa ni harus dihentikan serta-merta. Pasti adanya kejadian yang kedua kali, selepas kejadian yang pertama ini. Banyak perkara ulangan yang pasti terjadi di dalam kehidupan manusia di bumi yang fana ini, terutamanya jika perkara itu tidak baik. Tuan Fahreen bimbang jika Fir bakal bertindak lebih berani lagi selepas ini. Jantan kasanova seperti itu, tidak mudah putus asa dalam menodai wanita. Usah diberi kesempatan pertama padanya, pasti dia tidak akan melepaskan kesempatan kedua, ketiga dan seterusnya. Siapalah yang tidak ketagih dengan pucuk dara. Kelebihan yang ada pada Alyssa pasti membuatkan pria-pria tidak tidur malam.

Tuan, Abang Mat bimbang kalau perkara ini kita biarkan, kelak Puan Alyssa akan jadi rosak dan hanyut. Ternyata dia nekad dengan tujuannya yang bakal memalukan tuan nanti. Mahu atau tidak, sebagai suami, tuan kena ambil tindakan segera. Jangan biarkan Puan Alyssa rosak,

ujar Abang Mat yang semakin gusar dengan tindak-tanduk isteri tuan besarnya itu.

Saya percaya Alyssa tidak selemah itu, Abang Mat. Dia punya prinsip. Tak salah kalau dia nak berkunjung ke tempat sebegitu, kalau tujuannya hanyalah untuk mencari hiburan bagi meringankan segala tekanan yang ada padanya,

ujar Tuan Fahreen masih lagi membela Alyssa.

Banyak caranya untuk kita release tension, tuan. Tidak semestinya kita ke tempat-tempat sebegitu. Tuan sendiri, tidak pernah jejakkkan kaki ke tempat tu. Jika tidak berhati-hati, banyak perngaruh-pengaruh yang boleh menjebak kita melakukan perbuatan yang tidak baik. Ish, Ish, kenapa tidak dihadapi tekanan itu dengan istighfar dan zikrullah sahaja. Ataupun dengan membaca kalamullah. Itukan lebih bermanfaat

tambah Abang Mat lagi. Memang dalam kalangan pekerja-pekerja Tuan Fahreen, Abang Mat merupakan seorang yang agak warak dan alim. Sesibuk mana pun dia mengikuti Tuan Fahreen, dia pasti tidak akan lupa tugas pada yang hakiki, menyembah Allah S.W.T. Di rumah pula, Abang Mat merupakan imam dan pemimpin kepada keluarganya. Kadangkala, Tuan Fahreen pun naik segan apabila Abang Mat yang sering mengingatkannya tentang waktu solat yang sering teralpa. Kerana itu, Tuan Fahreen telah turut menyenaraikan Abang Mat di dalam golongan pekerja, selain Mak Chom untuk dihantar menunaikan fardhu haji ke Makkah, apabila sampai waktunya nanti. Kini, perbuatan tak bermoral Alyssa, telah sedikit sebanyak mendatangkan perasaan malu Tuan Fahreen kepada Abang Mat.

Tuan Fahreen segan kerana Abang Mat berjaya membimbing anak isterinya untuk mempunyai budi pekerti yang tinggi. Sedangkan, orang sehebat Tuan Fahreen, tidak mampu mencorak keperibadian isterinya sendiri. Mungkin ada perbezaan dalam taraf hidup mereka, tetapi konsep asasnya tetap sama, di mana suami berkuasa menentukan hala tuju isteri dan keluarganya. Itulah satu-satunya perkara yang gagal dilakukan oleh Tuan Fahreen sekarang ini. Namun, Abang Mat dapat membaca dengan jelas, pergolakan yang sedang bermain di jiwa Tuan Fahreen. Sebagai seorang lelaki dan suami, dia faham yang Tuan Fahreen berasa tercabar dengan perbuatan Alyssa. Sejauh mana dia cuba menyelindunginya, semakin jelas perasaan itu kelihatan di wajahnya.

Tak mengapalah tuan. Abang Mat akan cuba bantu tuan sedaya-upaya. Abang Mat dan orang-orang kita akan bergilir-gilir memerhatikan Puan Alyssa, supaya dia tidak terjebak. Tuan janganlah bimbang, selagi Abang Mat hidup, Abang Mat akan terus berbakti untuk tuan,

janjiAbang Mat, meredakan kegelisahan Tuan Fahreen itu. Ketika sedang asyik melayan perasaannya, Tuan Fahreen dikejutkan dengan teguran pembantu peribadinya, Che Ros.

Tuan, ahli mesyuarat semua sudah berkumpul di bilik meeting. Sedang tunggu tuan sahaja.

Tuan Fahreen yang terkejut dengan pemberitahuan itu, lantas bertanya,

Mesyuarat Ada meeting apa pula petang-petang ni, Che Ros Awak tak maklumkan pada saya pun.

Aik, tuan dah lupa agaknya. Semalam saya dah inform dengan tuan mengenai meeting hari ini. Ahli Lembaga Pengarah yang lain nak minta kita discuss further fasal projek di Kuantan itu,

jawab Che Ros pula.

Bukankah projek tu dah hampir dalam tangan kita. Cuma tunggu confirmation dari mereka sahaja. Nak buat meeting apa lagi

soal Tuan Fahreen yang masih tidak berpuas hati. Che Ros jadi hairan pula dengan sikap Tuan Fahreen, hari itu. Selalunya, dialah yang lebih berdedikasi untuk mengetuai mesyuarat penting seperti itu. Segala perjalanan projek-projek syarikat, sentiasa perada di bawah pengawasan telitinya.

Memang benar tu, tuan. Tetapi ada pesaing yang masuk last minute tender. Kita dapat tahu yang harga yang ditawarkannya pun agak rendah dan boleh beat kewibawaan kita dalam melaksanakan projek tersebut. Lagi pun, mereka ada cable. Sebab tu, kita dah setuju nak buat mesyuarat untuk cari jalan bagi memberi perkhidmatan yang lebih professional dari mereka. Takkan tuan tak ingat

Tak apalah kalau macam tu, Che Ros. Saya akan sampai ke bilik mesyuarat sebentar lagi. Give me five minutes,

ujar Tuan Fahreen, akhirnya.

Aduh, bagaimana aku boleh terlupa dengan mesyuarat sepenting ini. Nasib baik Che Ros ingatkan aku, kalau tidak....hummm,

rungut Tuan Fahreen di dalam hatinya. Sedang dia sibuk mencapai fail projek berkenaan, tiba-tiba sekeping gambar melayang keluar antara failfail tersebut. Tuan Fahreen langsung tunduk untuk mencapai gambar tersebut di lantai. Rupa-rupanya, itu adalah gambar Alyssa yang diambilnya secara curi. Dia sendiri tidak tahu bagaimana gambar itu boleh berada di situ. Seingatnya, gambar itu hilang entah ke mana, beberapa hari selepas dicetak. Dia sempat juga mencuri masa untuk menatap gambar wanita yang sudah dinikahinya itu, tetapi belum menjadi isterinya. Betapa anehnya pernikahan ini.

Engkau telah membuat siangku berlalu begitu deras ketika aku berkejar-kejar untuk merasai kehangatan mentari kasihmu dan engkau membuat malamku terasa terlalu panjang kerana aku merasa kesejukan tanpa kehangatan selimut cintamu. Bilakah masanya, engkau akan jadi milikku sepenuhnya Akan kubawa engkau menggapai matahari pada siangmu dan memetik bintang di malammu. Tolonglah bawa aku ke dalam dakapanmu, Alyssa. Aku rindu padamu, Alyssa.

Eh, bila engkau balik ni, Elly Tak bagi tahu Kak Minah puntanya Minah Jebo apabila dia mendapati Elly tercongok sahaja di hadapan pintu rumah ibunya, ketika dia mahu melawat orang tua tersebut.

Baru pagi tadi, Kak Minah,

jawab Elly ringkas. Elly sedang menjahit kain batik ibunya yang kelihatan koyak atas permintaan ibunya. Bukan ibunya tidak punya kain sarung yang lain, tetapi kain yang dijahit Elly itu sudah menjadi kesayangannya sejak sekian lama. Ianya merupakan kain sarung jenis lama, pemberian arwah nenek Elly. Menurut Mak Cik Markonah, kain sarung jenis ini jauh lembut dan kainnya sejuk dan selesa, jika hendak dibandingkan dengan kain sarung jenis sekarang, yang lebih keras, kasar dan panas. Sebab itu, orang tua itu lebih menggemari kain-kain sarungnya yang lama. Apa lagi dalam keadaannya yang menderita sakit buah pinggang dan pelbagai penyakit lain itu. Badannya sentiasa terasa panas dan tidak selesa.

Semalam akak ada datang jenguk mak engkau tu, tapi dia tak adalah cakap yang engkau nak balik,

ujar Minah Jebo yang sudah terbukti banyak mulut tetapi prihatin itu.

Mak pun tak tahu Elly nak balik ni, Kak Minah. Tiba-tiba pula teringatkan dia, sebab tu yang balik ni,

sahut Elly sambil mengangkat mukanya memandang Minah Jebo.

Mak engkau tu tak apa-apa, sihat saja. Cuma kadang-kadang tu, dia kerap pening kepala dan demam. Tapi, janganlah kau bimbang, Elly. Biasalah orang yang berpenyakit macam tu. Kejap okey, kejap tak okey. Pagi dia berselubung seluruh badan dengan selimut, tapi bila petang nanti, kalau dia rasa kebah sikit, dipegangnya batang cangkul untuk ke kebun. Engkau bukan tak kenal mak engkau tu. Bukan boleh dilarang, orang tua tu,

ujar Minah Jebo, cuba meredakan kebimbangan Elly. Elly hanya tersenyum dengan kata-kata Minah Jebo tu. Dia kenal benar dengan perangai ibunya itu. Kerana itulah, dia rasakan yang dia perlu kerap pulang ke kampung bagi memastikan kestabilan kesihatan ibunya.

Engkau balik seorang saja ke, Elly Mana kawan engkau yang seorang lagi tu. Apa namanya ye Ha, Alyssa. Dia tak ikut engkau ke kali ini Hai, rindu Kak Minah nak tengok muka dia yang comel tu,

ujar Minah Jebo lagi. Elly hanya memandang lesu muka Minah Jebo apabila wanita itu bertanyakan Alyssa. Bagaimana seharusnya dia memberikan jawapan Wajarkah kalau dia memberitahu Minah Jebo, bahawa persahabatannya dengan Alyssa mulai renggang semula. Perlukah dia kasi tahu, apa yang telah berlaku terhadap Alyssa Pastinya perempuan itu akan terkejut beruk jika mengatahui kisah perkahwinan aneh Alyssa itu.

Seorang saja, Kak Minah. Alyssa tak dapat ikut saya sebab dia banyak kerja di pejabat. Oh ya, Kak Minah, dia kirim salam,

beritahu Elly. Tiba-tiba terpacul salam palsu sedemikian dari bibir Elly. Dia sendiri hairan bagaimana dia boleh menitipkan salam Alyssa buat Minah Jebo, walhal Alyssa sendiri tidak tahu bahawa dia pulang ke kampung. Macam mana hendak mengabari Alyssa, berjumpa dengan Alyssa pun susah. Sungguh pun sepejabat, namun hubungannya dan Alyssa renggang kembali.

Waalaikumsalam warahmatullah. Bukan apa, hari tu dia ada janji yang dia nak telefon akak bila senang. Tapi, semenjak dia balik hari tu, tak ada pun dia telefon. Mungkin sibuklah, agaknya kan

ujar Minah Jebo menyedapkan hatinya sendiri. Mana tak sibuk, tiap-tiap malam berfoya entah ke mana. Lagi ditegah, selagi itu dia berdegil untuk meneruskan aktiviti yang langsung tidak berfaedah itu. Roziana pun sudah tak mampu untuk terus menasihatinya. Kalau dia membebel, dikatanya Roziana sudah tidak suka dia tinggal di rumahnya lagi. Akhirnya, Roziana merasakan, lebih baik dia jika dia berdiam sahaja. Sekurang-kurangnya, dapatlah dia menegah Alyssa keluar dari rumahnya. Dia tahu, niat untuk tinggal sendiri sudah berdetik di jiwa Alyssa. Namun, Roziana berasa cuak untuk membebaskannya kerana bimbang kehidupannya akan menjadi terus hanyut. Malam itu, dua beranak itu, Elly dan ibunya hanya makan lauk-pauk yang dihantar oleh Minah Jebo, petang tadi. Elly hanya perlu memasak nasi sahaja. Itulah untungnya berbaik dengan Minah Jebo. Orangnya ringan tulang dan tidak kedekut. Boleh dikatakan, hari-hari Minah Jebo itu mengirimkan juadah untuk Mak Cik Markonah. Paling tidak pun cekodok pisang ataupun cekodok bilis yang sudah semestinya menjadi kegemaran ibunya. Ketika makan, Elly kelihatan sugul dan tidak berapa berselera. Walhal berbagai jenis lauk yang tersaji, antaranya, lemak pucuk ubi dan sambal ikan kering yang sangat Elly sukai. Ibu tua itu tahu, pasti ada sesuatu yang sedang membelenggu perasaan anaknya ketika itu, selain dari bimbangkan keadaan kesihatannya.

Adik, kenapa makan sikit saja Tak sedapkah lauk yang Kak Minah masak ini,

soal Mak Cik Markonah apabila melihat Elly membersihkan tangannya tanda selesai makan.

Adik dah kenyanglah, mak,

jawab Elly ringkas sambil tangannya mencuci pinggan yang baru digunakan tadi.

Adik tak payahlah selalu sangat balik ke mari. Buat susah adik saja. Lagi pun, adikkan banyak kerja. Jangan bimbang sangat dengan kesihatan mak di sini. Ramai orang yang ada di sini, untuk bantu jaga mak.

Aik mak, mak macam tak suka saja adik balik ke sini,

persoal Elly lagi. Ada perasaan kecil hati dengan pertanyaan ibunya itu. Ibu tua itu hanya tersenyum dengan prasangka anak gadisnya itu. Dia faham akan kerunsingan yang membelenggu Elly. Selagi boleh, dia tidak mahu menyusahkan Elly dengan memintanya sering pulang menjenguknya di kampung. Terlalu tinggi belanja untuk dia berulang alik dari Kuala Lumpur itu. Dia faham dengan kos sara hidup yang tinggi di bandar raya besar itu. Kalau boleh, dia mahu Elly berjimat cermat dan punyai simpanan demi masa depannya sendiri.

Macam mana dengan pekerjaan adik sekarang Oh ya, sejak balik tadi, mak tak dengar pun adik cerita pasal kawan baik adik, Alyssa tu. Selalunya, kalau adik balik, ada saja cerita pasal dia yang adik bawa untuk mak. Mengapa dia tak ikut adik balik kali ini

tanya Mak Cik Markonah yang tiba-tiba membuka cerita pasal Alyssa.

Eh, dia masih melukis lagikah Kak Minah Jebo engkau, suka sangat dengan lukisan tu. Hari tu, dia ada beritahu mak, yang dia sanggup jadi agen jualan, jika Alyssa berminat nak pasarkan hasil karyanya di tempat kita ni.

Elly hanya mendengar sambil lalu segala pertanyaan ibunya mengenai Alyssa. Tiba-tiba dia berasakan seolah-olah sudah tidak begitu mengenali Alyssa lagi. Alyssa kini sudah jauh berubah, malahan perubahannya kali ini lebih drastik dari sebelumnya. Hatinya juga semakin nipis dari perasaan kasih sayang dan keras dengan segala dendam, benci dan bongkaknya.

Mak, adik nak naik atas berehat dulu. Kalau mak perlukan adik, mak panggil saja,

kata Elly meminta diri. Mak Cik Markonah hanya menganggukkan kepalanya. Hatinya tertanam seribu pertanyaan dengan kelakuan aneh anak gadisnya itu. Mungkin ada sesuatu yang telah berlaku terhadap Elly, namun dia cuba menepis tanggapan buruk itu. Semoga Elly baik-baik sahaja dan tidak menghadapi apa-apa masalah di Kuala Lumpur itu. Kepulangan Elly kali ini, mengundang seribu resah bicara. Dia tidak mahu keresahan itu terjadi, namun ia berlaku jua. Puas sudah dia mencari kesilapan dan mencatur di mana-mana, tetapi tidak ditemuinya. Di bilik, Elly tidak punya masa untuk merehatkan mindanya. Sepenuh jiwanya diserahkan kepada fikirannya terhadap satu-satunya teman baik, Alyssa. Elly sempat mencapai album gambarnya yang mana terisi berkeping-keping gambar kenangannya bersama Alyssa.

Satu per satu helaian album tersebut disemaknya bagi mengumpul kenangan yang pernah terpahat antara mereka berdua. Elly tidak menyangka, Alyssa sanggup menghinanya begitu sekali. Walhal, dia bertujuan murni, bagi membantu Alyssa keluar dari permasalahannya. Perkataan yang keluar dari mulut Elly begitu menghiris hati dan jiwanya. Benarlah fikirnya, bahawa Alyssa sekarang bukan orang yang sama. Alyssa yang lama adalah insan yang lemah lembut dan pandai membuai jiwa orang. Tapi, Alyssa kini, penuh dengan kekasaran dan kehinaan tatacara.

Elly, engkau ni dah melampau, tau Engkau ingat engkau dah lama berkawan dengan aku, engkau boleh buat apa saja yang engkau suka pada aku

marah Alyssa sambil tangannya menolak dada Elly sehingga tersandar di dinding belakangnya.

Eh, engkau ni dah kenapa, beb

soal Elly yang masih terpinga-pinga.

Siapa suruh engkau jumpa Nisya dan ugut-ugut dia supaya jangan kawan dengan aku lagi Eh, suka hati akulah, aku nak berkawan dengan sesiapa yang aku suka. Apa kena-mengena dengan engkau

marah Alyssa dengan lantangnya. Memang benar dia ada berjumpa dengan Nisya, itu pun dengan bantuan Rossa. Namun, dia sekadar menemui Nisya untuk memintanya supaya tidak mempengaruhi Alyssa supaya berfoya-foya. Dia tidak berniat untuk mengugut Nisya seperti apa yang diceritakan pada Alyssa. Dia tidak mahu melihat Alyssa terus-menerus merosakkan dirinya sendiri. Dia harus dibawa keluar dari kancah maksiat tersebut, sebelum segala-galanya terlambat.

Mana ada aku ugut Si Nisya tu, beb. Dia saja yang mereka-reka cerita. Aku hanya minta dia supaya berhenti dari membawa engkau bersuka ria di kelabkelab yang tak ada faedah itu. Itu pun untuk kebaikan engkau juga. Lagi satu, engkau tak kasihan ke tengok keadaan Kak Rozi yang begitu bimbangkan engkau Jangan hanya pentingkan diri sendiri, boleh tak beb

Eh, ke mana aku nak pergi dan dengan siapa aku nak berkawan, itu hak aku. Engkau, kalau masih terasa nak berkawan dengan aku, jangan nak sibuksibuk masuk campur hal peribadi aku. Laki aku sendiri pun, tak berani nak halang aku. Inikan engkau, sekadar kawan aku saja,

bentak Alyssa lagi. Elly lantas mengeluh mendengar kata-kata Alyssa itu.

Kenapalah dengan engkau ni, beb Engkau dah lain sangat, sekarang ni. Engkau tahu nak marah-marah saja. Engkau tahu tak yang aku dan Kak Rozi, bimbang sangat dengan keadaan engkau sekarang ni. Keluar tak berpesan, balik pun tak beringat. Aku tahu engkau mesti tak sudi nak dengar cakap-cakap Tuan Fahreen, sebab engkau rasa engkau tu bermusuh dengan dia. Tapi, takkanlah engkau nak jadikan kami ni seperti musuh engkau juga, beb

Alyssa menjadi bertambah berang dengan nasihat Elly itu. Baginya, Elly hanya sekadar kawan dan tidak berhak menentukan tatacara hidupnya. Diri dan kehidupannya adalah hak mutlaknya.

Engkau tak payah nak tunjuk baiklah. Engkau dan Kak Rozi, sama saja dengan Tuan Fahreen. Janganjangan, engkau berdua ni memang dah berpakat dengan Tuan Fahreen, untuk kenakan aku,

tuduh Alyssa.

Nauzubillah. Kenapalah dengan engkau ni, beb Dulu engkau mati-mati salahkan mama engkau, fasal hal ini, sekarang engkau nak libatkan aku dan Kak Rozi pula Seburuk-buruk kami pun, kami tak tergamaklah nak aniaya engkau,

jelas Elly pula yang agak terperanjat dengan tuduhan Alyssa itu.

Entah-entah, benarlah kata Nisya, yang engkau dan Kak Rozi memang terlibat dalam konspirasi ini. Sebab itulah engkau tak pernah menyokong aku untuk mengenakan Tuan Fahreen. Aku tak sangka yang selama ini aku berbaik dengan insan yang berhati busuk macam kalian berdua. Eh Elly, berapa banyak yang Tuan Fahreen dan rasuah engkau berdua, untuk kenakan aku ha

Masya-Allah, begitu berat sekali tuduhan Alyssa terhadap dirinya dan Kak Rozi. Bagaimana Alyssa boleh terfikir sehingga seburuk itu Elly dan Kak Rozi, ikhlas berkawan dengannya. Kejam sungguh bicara Alyssa yang sanggup menggunakan lidahnya yang tidak bertulang itu untuk menghina Elly dan Kak Rozi.

Astaghfirullahalazim, nampaknya, engkau lebih percayakan orang luar dari aku dan Kak Rozi sendiri. Tergamak engkau lemparkan tuduhan palsu pada kami berdua. Kalau tak kerana fikirkan engkau tu kawan baik aku beb, memang aku dah lempang muka engkau,

marah Elly pula.

Lempanglah kalau engkau berani. Cubalah, kalau engkau nak tengok apa pula balasan aku pada engkau. Elly, engkau jangan lupa, syarikat tempat engkau cari makan ini adalah company suami aku. Aku boleh buat engkau ditendang keluar dari sini, bila-bila masa sahaja,

Alyssa mula mengugut. Tak malu sungguh. Elly hairan, bagaimana Alyssa tiba-tiba boleh menyatakan syarikat itu hak milik suaminya, walhal dia tidak pernah mengakui ikatannya dengan Tuan Fahreen. Orang kalau bercakap tak pakai otak, memanglah macam tu. Rasa macam nak tergelak, pun ada. Namun, kalau ditanya hatinya, Elly terlalu kecewa dengan ungkapan Alyssa itu. Marah sungguh dia pada Elly, sehingga sanggup menghinanya begitu sekali. Semua ni semata-mata untuk menutup perbuatan jahat sahabat durjananya itu.

Sampai hati engkau cakap macam tu pada aku ye, beb Aku tahu, aku tak punya apa-apa kepentingan dalam syarikat laki engkau ni. Tapi, aku punya harga diri. Kerana musang seekor, engkau sanggup bakar sangkar ayam, ye Tapi ingatlah beb, selagi engkau tak berpijak di bumi nyata, selagi itu hidup engkau tidak punya arah. Dan, jika Tuhan nak merampas segala nikmat yang telah diberikan kepada engkau, sekelip mata sahaja, boleh dilakukannya. Janganlah sombong dan bongkak, sahabatku,

ujar Elly. Dia segera beredar dari situ kerana tidak mahu terus-menerus bertelagah dengan Alyssa. Mujurlah tidak ada orang yang lalu-lalang di kaki koridor pejabat mereka itu. Namun, Elly berlalu dengan perasaan yang berat dan sarat dengan kehibaan terbit dari kemarahan dan cemuhan Alyssa itu. Sedikit pun dia tidak menoleh kepada Alyssa yang masih tercegat marah di situ. Elly tidak mampu lagi menahan air matanya dari bergenangan. Hancur luluh hatinya dengan setiap patah perkataaan Alyssa, sebentar tadi.

Adik, ada panggilan telefon dari Kak Rozi ni,

kedengaran suara Mak Cik Markonah yang memanggilnya dalam sayup-sayup menyentakkan lamunannya.

Baiklah mak,

jawab Elly sambil hatinya meneka-neka apakah pula pengaduan yang hendak disampaikan oleh Roziana kali itu. Gagang telefon terus dicapainya,

Assalamualaikum Kak Rozi. Ada apa akak telefon Elly malammalam ni

Elly, Alyssa dah keluar rumahlah, dik,

teriak Roziana sambil teresak-esak.

Ya Allah, takkanlah begitu, kak. Akak dah periksa ke dalam bilik dia Macam mana akak boleh begitu yakin ni

Elly turut terperanjat dengan pernyataan Roziana itu.

Masa Kak Rozi balik tadi, Kak Rozi dapati segala baju-baju dan barangan peribadinya sudah tiada dalam biliknya. Puas Kak Rozi cuba telefon dia, tapi dia langsung tak jawab. Akhir sekali, dia matikan talian. Akak ada jumpa nota yang ditulisnya. Katanya, jangan tanya dan cari dia lagi, terutama sekali Elly. Apa sebenarnya yang dah terjadi ni Elly ada masalah ke dengan Alyssa

tangis Roziana. Mengapalah Alyssa sanggup bertindak sehingga sejauh itu. Kalau ya pun dia marahkan Elly, mengapa harus dia libatkan Kak Rozi pula Sekarang ini, Kak Rozi jadi tidak keruan kerana terlalu bimbang memikirkan keselamatan Alyssa. Kasihan sungguh Elly memikirkan Kak Rozi.

Memang saya ada bertengkar sikit dengan dia, semalam, Kak Rozi. Tapi saya tak sangka pula, dia nekad untuk tinggalkan rumah akak. Sekarang ini, Elly berada di kampung. Saya ambil cuti untuk berehat sambil menjenguk mak.

Macam mana kita nak cari dia sekarang ni, Elly Tolonglah akak, akak buntu ni.

Kalau tidak memikirkan tentang kesedihan dan kebimbangan Roziana, mahu sahaja dilantakkannya sahaja tentang Alyssa itu. Namun, dia tidak sanggup membiarkan wanita itu terus menitiskan air mata. Mengapakah Alyssa sudah tidak mampu melihat kasih sayang yang dicurahkan oleh Roziana itu Hanya kerana terlalu terpengaruh dengan rakan-rakan gelapnya itu, Alyssa sanggup mengecewakan perasaan Roziana yang amat menyayanginya.

Begini sahajalah, Kak Rozi. Apa kata kalau Kak Rozi adukan saja perkara ini pada Tuan Fahreen. Hanya dia sahaja yang dapat membantu kita, pada masa ini. Lagi pun, Tuan Fahreen ada ramai pengawal yang boleh membantunya,

saran Elly pula, memberi rintis jalan yang akhir. Tak kuasa lagi dia hendak berfikir jalan yang lain. Itu yang paling mudah. Memaklumkannya pada Tuan Fahreen dan sekarang, pandai-pandailah Tuan Fahreen untuk menjejaki isterinya itu. Akhirnya, gagang telefon diletakkan oleh Elly setelah menerima persetujuan Kak Rozi untuk melaporkan kehilangan Alyssa itu kepada Tuan Fahreen. Elly berharap sangat yang Tuan Fahreen dan orang-orangnya akan berjaya menemui Alyssa dalam keadaan selamat. Selebihnya, mereka berserah sahaja kepada Allah. Mak Cik Markonah yang sedari tadi merasakan keganjilan dalam tingkah laku anaknya itu, jadi bertambah cuak dengan keributan yang dapat diikutinya semasa Elly menjawab panggilan telefon itu tadi.

Pastinya ada sesuatu perkara yang tidak baik sedang terjadi. Kalau tidak pada Elly, mungkin juga pada Alyssa. Mentari kehidupan Mariana mulai kembali menyinar, membakar semula kehangatan dan memadamkan kedinginan yang dirasai sepanjang meniti penghujung usianya. Mariana tidak menyangka bahawa kehadirannya di pusat kebajikan milik Puan Suzana itu mampu merintis perubahan yang besar sekali dalam kehidupannya. Embun keceriaan mulai membasahi kelopak mata layu yang hampir kekeringan itu. Teratak istimewa itu telah berjaya menghadiahkan senyuman berbunga matahari di kala siangnya dan menitipkan tawa seindah bulan di waktu malamnya. Kini, Mariana telah kembali mendekatkan dirinya kepada Yang Maha Pencipta, yang empunya segala alam, Allah S.W.T. Dia sedar, dari Allah dia datang dan kepada Allah jua, dia akan kembali. Melalui programprogram motivasi yang disusun oleh pihak yayasan, Mariana mulai kenal dirinya semula. Dia sudah kembali bersolat dan mempelajari ayat-ayat suci al-Quran, perkara wajib yang telah begitu lama diabaikannya.

Mariana mempersiapkan dirinya sebaik mungkin, untuk mengadap Sang Penciptanya. Tiada siapapun yang punya kepastian akan tarikhnya, mungkin setahun, mungkin sebulan, mungkin seminggu ataupun mungkin malam ini atau esok. Namun, dia bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah S.W.T, untuk kembali bertaubat dan menjalani kehidupan sebagai muslimin sejati. Hubungan Mariana dan sukarelawan yayasan itu juga bertambah baik, terutama sekali, Puan Suzana dan Ochah. Dia bersyukur kerana dipertemukan dengan insan-insan semulia itu, yang tidak kenal erti penat lelah dalam membantu manusia sehinanya. Mereka tidak pernah membiarkannya sendirian. Mereka tidak juga membiarkannya menderita, apalagi hidup dalam tangisan.

Mereka kini adalah sahabat, saudara dan keluarganya. Pagi itu, Elly kembali memulakan tugas di pejabatnya seperti biasa, setelah bercuti dua hari. Dia telah memendekkan tempoh bercutinya itu, setelah mendapat perkhabaran buruk dari Roziana tentang Alyssa. Setibanya di pejabat, Elly terus menuju ke meja tempat Alyssa bertugas. Namun, meja itu kosong. Yang ada di bahagian akaun itu hanyalah Kak Arfah dan beberapa orang anak buahnya.

Kawan awak tu tak sampai lagi, Elly. Dah dua hari dia tak masuk office. Orang-orang HR pun, sibuk cari dia,

beritahu Kak Arfah tanpa perlu ditanya oleh Elly lagi.

Dah dua hari dia tak masuk kerja Dia ke mana, Kak Arfah

tanya Elly kebingungan.

Eh, bukankah dia ikut awak balik kampung. Kalau tidak, akak tak tahulah,

jawab Kak Arfah dengan selambanya. Kak Arfah seolah-olah meluat dengan perangai Alyssa sejak akhir-akhir ini. Disiplin dan tata kerjanya sudah jauh merosot. Jika dahulu, Kak Arfah turut memberi sokongan atas kenaikan pangkat Alyssa, tapi kini, dia seperti menunggu saatnya, bila Alyssa bakal dipanggil mengadap Tuan Besar bagi dibicarakan sikapnya itu.

Tak apalah, Kak Arfah, terima kasih,

ucap Elly, tidak mahu berbicara dengan lebih panjang lagi dengan Kak Arfah.

Oh ya, Cik Elly, kalau bersua dengan sahabat baik awak tu, tolong sampaikan pesanan dari kami di account department ni. Kalau rasa-rasa dah tak berminat nak kerja lagi, tolonglah hantar surat resignation dengan kadar segera. Bukan apa, kami di sini dah penat buat kerja-kerja dia. Kalau dia benar-benar dah berhenti, bolehlah cari pengganti yang baru. Sekurangkurangnya, beban kerja kami tidaklah banyak. Boleh kan, Cik Elly

suara Kak Arfah kedengaran seperti menyindir. Elly hanya memandang sinis sindiran Kak Arfah itu, namun tidak mampu menjawab. Dia tahu, perlakuan Alyssa begitu menjolok mata, sejak akhirakhir ini. Datangnya tidak tentu masa, ketiadaanya pula, tiada disertakan dengan surat cuti. Pendek kata, dia memperlakukan pejabat itu macam pejabat ayah dia. Walaupun benar, pejabat itu adalah kepunyaan suaminya, dia tidak berhak untuk berkelakuan yang tidak sewajarnya hingga mengguris hati dan menyusahkan rakan-rakan sekerjanya.

Hai, engkau dah kembali bekerja, Elly. Bukankah engkau cuti lima hari

soal Atikah yang agak hairan dengan kemunculan Elly pagi itu. Elly tidak segera menjawab pertanyaan Atikah itu, tetapi hanya menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada persoalan itu tadi. Elly terus sahaja melabuhkan punggung di kerusinya dan membuka fail yang sudah sedia tersusun di mejanya, menanti untuk disiapkannya. Namun, jelas sekali fikirannya tidak tertumpu pada kerjanya, sebaliknya terlalu fokus memikirkan tentang kehilangan Alyssa.

Ke manakah agaknya Alyssa setelah menghilangkan diri dari rumah Roziana dan tidak ke pejabat Di manakah dia bermalam Dan yang paling penting, apakah dia masih marah kepada Elly, dek pertengkaran mereka tempoh hari Elly bimbang kalau-kalau Alyssa bertindak melakukan perkara yang di bawah tahap kewarasannya. Sebagai sahabat, Elly tidak mahu Alyssa terperangkap dengan perjudian hidup yang sengsara. Sekali dia tersekat di dunia pancaroba itu, sukar untuknya kembali ke pangkal jalan. Atikah hanya mengerling Mira kerana pertanyaannya sebentar tadi, tidak dijawab

Engkau ni kenapa, Elly Engkau okey ke Ha, apa khabar mak engkau

Mak aku, okey,

ringkas jawapan yang diberikan Elly.

Habis tu, mengapa muka engkau macam asam kecut saja ni Takkanlah gaduh dengan boyfriend kut. Tapi, sejak bila pula engkau ni ada boyfriend, Elly Engkau kan single lady

sindir Mira yang mengikuti perbicaraan Elly dan Atikah sejak tadi.

Mana ada boyfriend. Korang berdua bukan tak tahu aku. Lelaki-lelaki ni aku tak mainlah. Aku ni tengah risau, campur resah, campur tension,

jawab Elly pula.

Tension Fasal apa pula Eh, tapi jangan risau, sebab aku dengar tak lama lagi ada company trip. Ha, bolehlah engkau tenang-tenangkan fikiran engkau yang serabut tu, Elly,

beritahu Mira pula.

Company trip Wow, mesti seronokkan Macam tahun-tahun lepas tu. Eh, Mira, tahun ni, company nak bawa kita semua pergi mana, ha

soal Atikah yang begitu teruja sekali. Sememangnya, syarikat menjadikan acara membawa pekerja-pekerjanya pergi bercuti sebagai acara tahunan. Setiap tahun, ada saja destinasi yang menarik yang disediakan oleh syarikat bagi kakitangan dan keluarga mereka untuk tujuan meredakan tekanan mereka dan sebagai penghargaan terhadap segala usaha keras mereka untuk syarikat. Pastinya, acara percutian ini adalah sesuatu yang sering ditunggu-tunggu oleh kakitangan syarikat Tajul Holdings, selain bonus, setiap hujung tahun.

Aku dengar-dengar, tahun ini kita pergi destinasi yang dekat sahaja. Kemungkinan besar, Genting Highland,

beritahu Mira lagi.

Alamak, Genting Highland sahaja Kenapa dekat sangat

soal Atikah tidak berpuas hati.

Memanglah dekat, tapi lama sikitlah, dalam empat malam. Selalunya, kalau kita pergi company trip, walau sejauh mana sekali pun, cuma dua malam sahaja. Mungkin tahun ni, company nak bagi kita lepak di hotel lama sikit. Lagipun, ada cuti panjang di pertengahan bulan nanti,

terang Mira pula. Mendengar penjelasan Mira, Atikah jadi tenang semula, lalu mengajukan soalan lagi,

Tapi, mana engkau dapat tahu perkara ni Mira Engkau ni, macam ada pakai spy pula, ha ha ha.

Kawan aku, Tina tu kan, dah transfer pergi admin Ha, dialah yang beritahu aku fasal perkara ni. Mereka di atas tu dah putuskan pun, esok lusa keluarlah memo untuk kita semua. Sekarang ni, mereka tengah uruskan untuk booking hotel dan sebagainya.

Ish, seronoknya. Tak sabar rasanya nak tunggu. Dah lama juga kita tak pergi percutian tanah tinggi ni, kan Aku ingat, petang nanti aku nak singgah shopping mall lah, nak beli baju sejuk baru,

ujar Atikah dengan riangnya. Perbincangan Atikah dan Mira mengenai percutian itu, sedikit pun tidak menarik minat Elly. Dia hanya terdiam dan meneruskan kerjanya. Tetapi di fikirannya, berlegar-legar mempersoalkan perkhabaran tentang Alyssa yang pergi entah ke mana. Melihatkan keanehan sikap Elly itu, kedua-dua rakan sekerjanya itu berasa musykil. Selalunya, Ellylah orang yang akan bersorak dengan kuat sekali, bila syarikat mengumumkan destinasi percutian mereka. Tetapi, kini, dia memilih untuk membisu seribu bahasa.

Elly, engkau ni tak teruja pun dengan berita ini. Selalunya, engkau yang pukul canang dulu. Ini tidak, diam membisu seribu bahasa. Mengapa Wayar engkau putus ke

Engkau jangan nak tarik muncung panjang sangatlah Elly. Aku tengok, dah macam itik serati a.k.a Che Ros pula. Ha ha ha,

sambung Atikah cuba meredakan kemurungan Elly itu. Che Ros Sudah lama mereka tidak melihat kelibat perempuan itu. Minggu itu, dia langsung tidak menjengah ke unit bawah, dari aras pentadbiran itu. Adakah dia terlalu sibuk dengan tugas-tugasnya Mungkin juga. Namun, mereka tidak perlu merindui kelibatnya, kerana tidak lama lagi pasti perempuan kecoh itu akan turun bagi meyampaikan perihal undang-undang percutian yang telah digubalnya kerana dia merupakan salah seorang ahli jawatankuasa tugastugas khas itu. Sudah semestinya, sedikit sebanyak dia akan cuba menunjukkan kuasanya itu.

Eh Elly, engkau nak ke mana tu

soal Mira apabila melihat Elly bangkit dari kerusinya.

Engkau kan baru sebut nama Che Ros tadi. Tiba-tiba, aku rasa rindu pula kat dia. Aku ingat, aku nak naik atas jenguk dia sekejap,

sindir Elly, tanpa sedikit pun menoleh kepada rakan-rakannya itu. Elly meninggalkan Atikah dan Mira dalam keadaan terpinga-pinga mengenai hala tujunya ketika itu. Memang benarlah, seperti katanya, bahawa dia perlu untuk bertemu dengan Che Ros. Tetapi sebenarnya, bukan untuk berbincang atau berbicara dengan perempuan kerek itu. Elly terpaksa melalui pos pengawal itu sebelum masuk berjumpa dengan Tuan Fahreen. Apa sahaja alasannya, mereka harus melaporkan kepada Che Ros terlebih dahulu. Che Ros yang perasan itu, merasakan dia punya kuasa untuk menentukan siapa yang berhak untuk berjumpa dengan Tuan Fahreen ataupun tidak.

Che Ros, Tuan Fahreen ada Saya nak berjumpa dengan dia sekejap,

pinta Elly sebaik sahaja tiba berdekatan dengan pintu Tuan Fahreen. Seperti biasa, pengjaga tol bernama Che Ros itu pasti akan bertanya,

Ada hal apa Kalau setakat perkara biasa sahaja, awak boleh beritahu saya. Tak perlu masuk dan ganggu Tuan Fahreen. Dia sibuk!

Amboi, sombong betul perempuan yang perasan cun itu. Sediki pun dia tidak menoleh kepada Elly, sewaktu berbicara dengannya. Adat orang Melayu, biasanya membahasakan orang yang tidak tahu memandang muka orang ketika bercakap itu, sebagai kurang ajar. Memang sesuai sangatlah dengan keperibadian Che Ros itu, sebenarnya.

Kalau saya nak cakap dengan Che Ros, lebih baik saya intercom sahaja. Tak perlulah saya susah payah naik ke atas ini. Saya nak jumpa dengan Tuan Fahreen and its urgent,

tekan Elly. Barulah dia dapat melihat Che Ros mendongakkan mukanya dan memandangnya dengan pandangan menyinga. Mungkin dia berasa tidak puas hati dengan sindiran Elly tadi. Lalu dia bangkit dan lantas bersuara,

Eh Elly, orang luar atau tetamu-tetamu Tuan Fahreen pun kena buat appointment dulu tau, baru dapat jumpa dengan dia. Inikan pula, pekerja bawahan macam awak. Kalau tidak ada hal penting, jangan harap awak dapat mengadap muka tuan awak tu.

Itu orang luar Che Ros, oi. Memanglah mereka kena buat temujanji. Kalau tidak, sia-sialah kedatangan mereka ke sini, jika Tuan Fahreen tidak ada. Tapi saya lain. Saya ni staff dia. Takkanlah nak bertemu dengan dia pun, kena pakai appointment berbagai. Bertolakansurlah sikit,

bantah Elly.

Itu semua saya tidak peduli. Yang penting, orang bawahan seperti awak tidak berhak untuk bertemu dengan Tuan Fahreen. Jika ada masalah apa-apa di department awak, suruh head awak sahaja yang datang mengadap Tuan Fahreen,

leter Che Ros dalam keadaan yang menyinga sekali. Semakin menjadi-jadi pula kesombongan perempuan yang tidak tahu malu itu. Elly jadi bertambah meluat dengan sikap Che Ros yang bongkak itu. Tuan Fahreen sendiri, tidak pernah mengenakan syarat untuk pekerjanya yang mahu bertemu dengannya. Sikap Che Ros itu, umpama lebih sudu dari kuah, lebih kuli dari tuannya. Elly teringat pesanan Tuan Fahreen kepadanya ketika pertama kali mereka bersemuka ketika dia mula bekerja dulu,

Saya berharap, Cik Elly dapat bekerja dengan rajin di sini. Anggaplah kita semua ni, macam keluarga sendiri. Kawan-kawan sejabatan kamu, sebagai adik-beradik dan kami yang bertaraf pengurus dan pengarah ini sebagai abang, kakak, ayah atau ibu kamu. Jangan segan-segan untuk merujuk kepada kami, sekiranya terdapat apa-apa masalah. Pintu bilik saya juga sentiasa terbuka untuk pekerja-pekerja saya melontarkan sebarang kemusykilan. Insya-Allah, jika punya kesempatan, saya akan cuba membantu sedaya mungkin

Che Ros ni yang terlebih-lebih pula. Saya tengok, Tuan Fahreen sedikit pun tidak membeza-bezakan taraf dan status pekerjanya. Sama sahaja layanannya pada semua orang. Lagipun, apa yang saya nak beritahu dia, ada kaitan dengan dirinya,

kata Elly yang semakin cuba melawan kedegilan Che Ros itu.

Dengar sini, ye Elly. Awak jangan nak kurang ajar dekat sini, ya Tiada siapa tahu lebih mendalam pasal Tuan Fahreen, selain saya, tahu tak

bentak Che Ros pula yang mula berasa tercabar. Perasan! Tiada siapa yang tahu lebih pasal Tuan Fahreen selain dia, konon. Walhal, dia langsung tidak tahu perihal pernikahan bos kesayangannya itu dengan Alyssa. Tuan Fahreen masih lagi menyembunyikan pernikahan rahsianya daripada pengetahuan sesiapun di pejabat, walaupun sudah tiga bulan dia berstatus suami. Bagaimana Che Ros boleh katakan bahawa dia tahu segala-galanya berkenaan dengan Tuan Fahreen Tuan Fahreen langsung tidak memberikan kepercayaan kepadanya untuk mengetahui fasal rahsia besar itu. Dia tahu, Che Ros hanya wajar dipercayai untuk melakukan tugas-tugas rasminya di pejabat sahaja. Selain dari itu, Che Ros umpama cendawan yang tumbuh selepas kilat, hanya boleh dimakan oleh sesetengah orang yang tahan dengan angin semulajadi yang dibawanya. Bagi yang tidak tahan, ianya umpama racun yang membinasakan.

Sekarang ni, awak boleh pergi dari sini. Saya tak mahu tengok muka awak di sini lagi,

tambah Che Ros lagi, cuba mengusir Elly dari pandangan matanya ketika itu.

Tidak! Saya tidak akan berganjak dari sini, selagi tidak dibenarkan bertemu dengan Tuan Fahreen,

tegas Elly lagi. Perang mulut antara kedua perempuan itu berterusan sehingga hampir terjadi pergaduhan. Ianya mula menarik perhatian mereka yang lalu-lalang di situ. Namun, segalanya terhenti, ketika Tuan Fahreen muncul bersama Abang Mat.

Mengapa dengan kamu berdua ni, ha Perangai macam budak-budak. Tak malukah dengan orang ramai dekat sini Ha kamu semua, apa lagi Ingat ada festival ke di sini Pergi buat kerja di tempat masingmasing semula,

bentak Tuan Fahreen dengan suara tegas. Elly juga terkejut dengan kemunculan Tuan Fahreen secara tiba-tiba itu.

Dan kamu Che Ros, sebagai PA saya, tak malukah bertekak di khalayak ramai di sini Kalau orang luar tengok, macam mana Beginikah imej yang kamu bawa, selaku pembantu peribadi pengurus besar syarikat ini Ingat, saya tak mahu tengok perkara sebegini, terjadi lagi,

tambah Tuan Fahreen lagi. Kali ini menujukan tegurannya kepada Che Ros pula. Che Ros yang terkesima dengan teguran keras ketuanya itu, lalu tertunduk merenung lantai. Terasa malu juga dengan rakan-rakan dan orang-orang sekelilingnya apabila ditegur di hadapan mereka. Selama ini, dia yang ligat memperlakukan perbuatan menegur orang tidak bertempat itu. Sekarang ini, dia pula yang kena. Abang Mat hanya tersenyum melihat kemurungan Che Ros itu. Dia sendiri sudah begitu kerap berkecil hati dengan sikap PA yang tidak tahu diri itu. Tetapi, dia malas nak simpan dalam hati. Sudah nama pun rakan sekerja, telan sahajalah pahit manisnya.

Dan kamu, Elly. Apa halnya dengan kamu ni Pagi-pagi lagi dah muncul depan bilik saya ni. Ada apa-apa yang boleh saya bantu

Maafkan saya tuan, sebab mengganggu tuan seawal ini. Ada hal penting pasal... yang saya perlu beritahu tuan dengan kadar segera,

terang Elly yang menyebut nama Alyssa dengan gerakan bibir sahaja, supaya tidak didengari oleh sesiapapun terutama sekali, Che Ros. Melihatkan betapa resahnya air muka Elly ketika itu, Tuan Fahreen sudah dapat mengagak, pastinya ada sesuatu yang serius sedang terjadi. Jika tidak, tentu Elly tidak akan membuang waktu dan tenaganya untuk menghadapnya pagi-pagi itu. Dia lantas mengarahkan Elly bersama dengan Abang Mat masuk ke biliknya. Che Ros yang masih berdiri kaku di situ, hanya terkulatkulat memandang mereka bertiga beredar memasuki bilik Tuan Fahreen. Lantas dia terdengar, pintu bilik dikunci dari dalam. Ini lebih menjengkelkan Che Ros kerana pastinya ada suatu rahsia besar yang sedang diperbincangkan di dalam itu. Namun dek kerana pintu dan dinding bilik Tuan Fahreen itu kedap bunyi, maka dia tidak mampu untuk mengetahui biji butirnya.

Hilang Sejak bila

tanya Tuan Fahreen yang jelas terkejut dengan kenyataan Elly itu.

Sudah dua hari dia tidak pulang, tuan. Puas saya mencarinya bersama Kak Rozi, semalam. Cuma, kami tak berani nak masuk ruang-ruang kelab malam dan disko, tempat yang biasa dia lepak. Kami tak biasa, tuan. Sebab tu, saya nak minta pertolongan dari tuan, itupun kalau tuan mahu bantu kamilah,

terang Elly lagi.

Mestilah saya akan bantu, sebab yang hilang itu bukan orang lain, tetapi isteri saya sendiri. Mengapa lambat sangat kamu beritahu saya, Elly

soal Tuan Fahreen yang masih lagi cemas.

Saya minta maaf, tuan,

ucap Elly, ringkas sekali kerana berasa sungguh bersalah ketika itu. Abang Mat yang dari tadi berdiam diri mula bersuara apabila melihatkan kebimbangan di wajah tuannya itu,

Tuan jangan bimbang sangat. Puan Alyssa, tidak ke mana tu. Dia masih ada di KL ni. Cuma sekarang ni, dia banyak menghabiskan masanya dengan melepak di sekitar pusat hiburan di sini, siang dan malam.

Abang Mat tahu pasal hal ini dan tidak memberitahu saya Macam mana, ini semua boleh terjadi, tanpa pengetahuan saya ni

suara Tuan Fahreen kedengaran gementar. Elly juga seperti perlukan penjelasan Abang Mat, ketika itu. Dia tidak hairan, bagaimana Abang Mat boleh mengetahui di mana Alyssa berada, kerana orang seperti Abang Mat sudah tentu punya ramai kawan mata-mata di Kuala Lumpur ini. Cuma, dia kepingin untuk mengetahui akan keadaan teman baiknya itu. Sama ada buruk atau baik, dia perlu segera mengetahui keadaan Alyssa sekarang.

Tuan, adik saya ada untuk mengawasi Alyssa. Jadi, janganlah tuan bimbang sangat. Begitu juga dengan kamu, Elly,

ujar Abang Mat pula.

Abang Mat ada adik Maksudnya Saya tak faham,

desak Tuan Fahreen lagi.

Panjang ceritanya, tuan. Saya minta maaf sebab tak memaklumkan perkara ini kepada tuan. Saya tengok, tuan agak sibuk sejak kebelakangan ni. Jadi saya diamkan dahululah. Selagi dia di bawah kawalan, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.

Patutlah saya tak nampak muka dia di pejabat, dua tiga hari ni. Saya fikirkan, dia ikut kamu pulang ke kampung, Elly,

sambung Tuan Fahreen pula. Agak hairan pula Elly dengan tekaan Tuan Fahreen itu. Tentu dia tahu betapa akrabnya hubungan Elly dan Alyssa. Namun, itu semua dia tidak hairan. Hanya dia malu jika pertengkarannya dengan Alyssa tempoh hari sampai ke pengetahuan Tuan Fahreen. Dia berharap, agar perkara itu kekal rahsia antara mereka berdua.

Tuan dan Elly, janganlah bimbang sangat. Saya akan maklumkan perihal Puan Alyssa itu, dari masa ke semasa,

janji Abang Mat pula.

Tidak, Abang Mat. Saya mahu dia kembali semula ke rumah Kak Rozi. Sehari pun, saya tak mahu dia melilau di luar tu. Banyak buruk dari baiknya. Saya takut, kalau dia terlepas kawalan akan membahayakan dirinya lagi. Saya nak Abang Mat bawa dia balik, sekarang juga,

arah Tuan Fahreen yang masih lagi tampak risau.

Tapi, tuan, macam mana kita nak paksa dia balik Puan Alyssa telah memberi amaran kepada saya tempoh hari, ketika saya menghantar dia pulang dalam keadaan mabuk. Dia tak mahu saya masuk campur urusan dia lagi. Saya serba salah, tuan,

beritahu Abang Mat. Abang Mat mula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dia tercari-cari formula terbaik untuk membawa pulang Alyssa, tanpa sedikit pun menimbulkan kemarahan wanita itu. Begitu juga dengan Tuan Fahreen, yang masih terfikir-fikir apakah cara yang boleh mengeluarkan Alyssa dari kecelaruannya tanpa lebih mengeruhkan hubungan mereka. Akhirnya, Elly bersuara,

Tuan, biarlah saya sendiri yang pujuk dia balik. Saya hanya nak minta tolong Abang Mat atau orang-orang Abang Mat bawa saya ke tempat itu. Sebenarnya, ada sesuatu yang telah terjadi antara kami berdua yang telah mencalarkan persahabatan kami. Berilah saya peluang untuk menggunakan kesempatan ini, bagi menjernihkan semula hubungan saya dengan dia. Saya janji, saya tak akan hampakan harapan tuan.

Elly sedar, hanya dia sahaja yang mampu memujuk Alyssa. Sahabatnya itu, tidak akan termakan pujuk dengan insan yang dibencinya seperti Tuan Fahreen dan Abang Mat. Apa lagi untuk mempercayai mereka. Biarlah dia sahaja yang menggalas tugas itu. Moga-moga, dia bakal menjernihkan hubungan mereka, terutamanya antara Tuan Fahreen dan Alyssa. Malam itu, atas bantuan Abang Mat dan orangorangnya, Elly telah diselinap masuk ke Pub Syllvester, tempat Alyssa dan rakan-rakannya selalu melepak. Rossa yang memandu Elly untuk dipertemukan dengan Alyssa.

Namun, dia tidak benarkan Elly untuk terus muncul dan mendesak Alyssa pulang kerana Alyssa sedang leka berbual dan minum bersama Fir. Elly diminta untuk tunggu terlebih dahulu. Sementara itu, Alyssa dan Fir sedang asyik masyuk melayan bicara, betul-betul berhadapan bar. Mereka duduk begitu rapat sekali. Sekali pandang, persis pasangan yang sedang hangat bercinta. Muka mereka juga begitu rapat sekali, seperti mahu bercantum sahaja rupanya. Mereka langsung tidak memperdulikan keadaan sekeliling, sehinggakan kehadiran Elly langsung tidak diketahui. Yang mereka kerap lakukan, hanyalah meneguk minuman keras yang tidak putus-putus dipesan dari pelayan bar tersebut. Alyssa seperti sudah dapat membiasakan diri dengan minuman yang dahulunya meloyakannya itu. Sekelip mata sahaja, manusia boleh berubah dari perkara baik untuk melakukan perbuatan terkutuk.

Honey, lepas ni, apa kata kita keluar dari sini, and lepak di mana-mana. Well, just the two of us. I miss you lot,

pinta Fir sambil mengerdipkan sebelah mata nakalnya.

Miss me Ke mana you pergi, ha Dua hari ni, I tunggu, tapi you tak datang pun. You keluar dengan awek you, ye

tanya Alyssa sengaja meneka dalam kesamaran.

Mana I ada awek. You seorang sahaja belahan hati I. I ada kerja sikitlah, sayang. I kena outstation, ke Filipina selama lima hari,

terang Fir, sambil jari nakalnya berulang kali mengulit rambut ikal Alyssa. Alyssa tampak teruja bila mendengar nama negara luar. Baginya, pasti seseorang yang dihantar bertugas di luar negara itu, adalah orang yang hebat. Dia sendiri, tidak pernah berpeluang untuk ke luar negara, mungkin kerana kedudukannya yang rendah tidak melayakkannya melakukan tugas seperti itu.

Wow, Filipina You buat kerja apa Mesti hebat kerja you kan, sampai ke luar negara Hai, tak tahulah, bila agaknya I akan dapat peluang untuk berjalan jauh sampai ke sana.

I buat business jual ubat dan barang-barang perhiasan. Setiap bulan, I pasti akan ke sana untuk hantar bekalan. Baby, kalau you nak, I pun boleh bawa you sekali, tau,

ujar Fir yang memasang umpan.

Eh, nak, nak. Bila tu I teringin sangat nak melawat negara orang. Mesti seronok, kan

Alyssa begitu teruja sekali. Sebenarnya Alyssa tidak tahu, bahawa sememangnya dia sedang diumpan oleh Fir untuk dibawa ke luar negara. Tetapi, sebelum itu, Fir mahu merasmikan kemanisan Alyssa terlebih dahulu, supaya dia tidak kempunan di kemudian hari. Jaring sudah ditahan, umpan sudah di pasang, tinggal ikannya sahaja yang mahu menjengah ke perangkapnya. Elly yang sedang menyaksikan kemesraan merpati dua sejoli itu, berasa cuak dengan perhubungan mereka. Elly percaya bahawa lelaki yang sedang bersama Alyssa itu, bukannya lelaki yang baik. Cara dia memandang dan membelai Alyssa sahaja, sudah cukup untuk memberitahu bahawa dia punya niat yang tidak baik.

Kalau Elly nak tahu, lelaki yang sedang bersama dengan Alyssa itu, namanya Fir. Dia tu lelaki kasanova yang cukup terkenal di seluruh kelab di bandar raya ni. Semua perempuan dekat sini, kenal sangat dengan dia. Cuma, Alyssa sahaja yang belum tahu dengan kejahatan Si Fir itu,

jelas Rossa.

Kalau macam tu, betullah sangkaan saya yang lelaki tu bukannya lelaki yang baik. Saya tak puas hati dengan cara dan layanan dia pada Alyssa. Macam ada udang di sebalik batu sahaja. Rossa, apa kerja yang Si Fir tu buat,

soal Elly pula.

Fir menjalankan kegiatan mengedar dadah dan pemerdagangan orang dengan begitu meluas sekali. Rangkaian perniagaannya merangkumi sehingga ke Asia Timur dan rantau Amerika Selatan. Tetapi, dia tu hanya tali barut sahaja, orang kat sini kata, macai. Ketuanya, orang Negro. Sekali-sekala saja turun sini. Dah kaya-raya hidup kat Europe. Besar juga cawangan dia di Kuala Lumpur ni,

sambung Rossa lagi.

Cis, padanlah kaya raya dan hidup mewah. Berniaga benda yang boleh cepat kaya rupanya. Tak guna punya Fir aun,

getus Elly di dalam hatinya. Kalau diturutkan hati, mahu sahaja dia mengheret Alyssa keluar dari tempat itu, masa itu juga. Namun dia sedar, kehadirannya di situ, ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tiada putus dan tepung tidak berserak. Dia mahu membawa Alyssa pulang dengan jalan berhemah, supaya dapat menjernihkan semula kekeruhan yang telah tercipta dalam persahabatan mereka. Dia tidak mahu Alyssa terluka dengan perbuatannya nanti dan akan lebih merenggangkan lagi hubungan mereka. Cukuplah Alyssa membenci Tuan Fahreen dan mamanya. Dia tidak mahu masuk dalam senarai itu.

Cik Rossa, selalunya, berapa lama mereka akan lepak di sini

soal Elly seterusnya.

Saya rasa tak lama, Elly. Nampak gayanya macam nak pergi saja tu. Tapi rasanya, mereka berdua sahaja tu,

ujar Rossa pula yang sudah nampak pergerakan Fir yang sedang memaut pinggang Alyssa untuk dibawa keluar.

Apa kata, awak hentikan mereka sekarang. Kalau mereka dah keluar, takut benda lain pula yang jadi. Jangan sampai terlepas,

gesa Rossa dengan tiba-tiba. Elly bingkas bangun dari tempat duduknya. Elly terketek-ketek, berlari-lari anak mengejar pasangan yang laju seperti tidak sabar menuju ke puncak bahagia mereka itu. Kelibat-kelibat manusia yang berkinja-kinja, kerapkali menghalang haluannya. Di hatinya, timbul perasaan bimbang andainya terlepas Alyssa. Kali ini, dia tidak mahu gagal lagi. Rossa, yang menuruti jejak langkah Elly dari belakang, turut bimbang jika Alyssa mungkin tewas dalam pelukan Fir. Dia tidak mahu gadis senaif Alyssa rosak gara-gara kedurjanaan jantan seperti Fir itu.

Lyssa, tunggu beb. Alyssa, tunggulah aku ni. Hei aku ni, kawan kaulah, beb,

laung Elly yang cuba menggapai sahabatnya itu dari jauh. Laungan Elly itu, telah menyebabkan Alyssa menoleh ke belakang. Dia tersentak apabila yang muncul di belakangnya ketika itu, benar-benar Elly. Dia tidak menduga, bahawa rakan karibnya itu sanggup menjejakinya sampai di situ. Fikirnya, Elly masih lagi marah dan terguris dengan keterlanjuran kata-katanya tempoh hari.

Elly, apa yang kau buat di sini Aku sangkakan...

kata-kata Alyssa terhenti apabila dia dipaut semula oleh Fir.

Sayang, kita dah lambat ni, jom,

sampuknya, bimbang kalau-kalau dia bakal terlepas lagi.

Please beb, I need to talk to you. Its urgent,

kata Elly lagi.

Sayang...

Fir, please, I really, really need to talk to her. By the way, this is my best friend, Elly. Dan Elly, ini kawan aku, namanya Fir,

ujar Alyssa yang cuba memperkenalkan Elly kepada Fir pula. Fir berasa kecewa dengan keengganan Alyssa meneruskan rancangan mereka berdua malam itu. Kehadiran Elly benar-benar merosakkan programnya yang sudah tersusun baik. Dia tidak tahu bilakah lagi peluang keemasan sebaik malam itu, bakal muncul lagi selepas ini. Tetapi, dia tidak mampu memaksa Alyssa lagi. Lagi pun, mereka berada di kawasan lalu-lalang awam dan dia tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan di situ. Jika tidak, sudah tentu direntapnya Alyssa masuk ke dalam kenderaannya.

Ill call you, maybe some time, late,

janji Alyssa yang agak kabur untuk dipercayai oleh Fir. Akhirnya, mahu atau tidak, Fir terpaksa juga berlalu dari situ. Dia tidak mahu tembelangnya pecah terlalu awal di hadapan Alyssa. Lebih-lebih lagi, apabila melihat Rossa berjegil mata memandangnya. Fir tahu, Rossa tahu sedikit sebanyak tentang dirinya.

Beb, sebenarnya tujuan aku ke mari ni sebab nak minta maaf dengan engkau terhadap segala kekasaran aku hari itu. Aku tahu, aku tak sepatutnya masuk campur dalam urusan hidup engkau. Bukan hak aku,

ujar Elly membuka kata. Ketiga-tiga wanita itu meluangkan masa bersama, di kedai kopi yang berhampiran. Kemesraan Rossa dengan Elly, benar-benar memeranjatkan Alyssa. Dia tidak faham bagaimana mereka boleh saling mengenali antara satu sama lain. Elly terpaksa membohongi Alyssa dengan mengatakan yang dia hanya mengenali Rossa ketika mereka terserempak di muka pintu kelab hiburan tersebut. Dan kebetulan, Rossa mengenali Alyssa yang begitu dicari-cari oleh Elly. Alyssa nampaknya, tidak punya masalah untuk mempercayai segala cerita Elly itu. Apa yang mengharukannya adalah kemunculan Elly yang sedikit sebanyak telah mengubat rajuknya.

Tidak beb, seharusnya aku yang kena minta maaf dari engkau. Aku yang bersalah kerana mengeluarkan kata-kata tajam sehingga mengguris perasaan engkau. Aku menyesal kerana telah mempercayai kata fitnah orang lain. Sepatutnya aku lebih mempercayai engkau sebab aku lebih lama kenal engkau dan kita ini bersahabat, kan

ujar Alyssa dalam sendu kesedihannya.

Aku cuba juga untuk contact engkau selepas itu, tapi engkau offkan handphone. Aku fikir tentu engkau marahkan aku, beb.

Rossa hanya memerhatikan sahaja kemesraan dua sahabat baik itu. Dia tidak percaya pada kuasa sakti sahabat sejati yang mampu menyembuhkan kedukaan apa lagi membantu di kala kesukaran. Padanya teman hanya hadir dikala dirinya sempurna dan menghilang ketika kecacatan bersilih ganti. Namun, dia kagum dengan Elly yang sanggup mengorbankan masanya, bagi menjejaki sahabat yang amat disayanginya.

Handphone aku habis baterilah, beb. Masa itu, aku dalam perjalanan pulang ke kampung. Aku lupa nak beritahu engkau yang aku dah ambil cuti empat hari untuk menjaga mak di kampung,

terang Elly pula.Beb, kenapa pula engkau keluar dari rumah Kak Rozi Engkau bertengkar dengan dia juga ke

Kini, Alyssa bingung mahu memberi jawapan, namun berkata,

Aku pun tak tahu mengapa aku buat begitu, beb. Mungkin aku keliru, ataupun aku malu dengan apa yang telah aku lakukan pada engkau. Aku rasa malu juga jika Kak Rozi pun dapat tahu tentang kelancangan mulut aku. Mesti dia akan marah dan kecewa dengan aku, kan

Jangan bimbang, beb. Kak Rozi tak tahu apa yang telah berlaku antara kita. Aku tak pernah terfikir untuk beritahu dia sebab aku tak nak aibkan engkau pada dia. Tapi, aku kasihan dengan dia, beb. Dia sampai tak tidur malam sebab teringatkan engkau. Dia risau sangat akan keselamatan engkau sekarang,

beritahu Elly. Kelihatan mata Alyssa mula berkaca. Air jernih mula menerjah keluar dari kelopak matanya. Kesedihan menyelubungi dirinya antara kesal dan malu. kesal kerana bertindak bodoh dan boleh membahayakan diri sendiri. Malu kerana melakukuan perkara tanpa berfikir panjang sehingga membebankan orang-orang yang begitu mengambil berat tentang dirinya. Namun, dia segera mengesat air mata tersebut kerana berasa agak segan dengan Rossa.

Aku pasti akan pulang pada Kak Rozi. Aku tahu, aku tak mampu hidup berkelana sendirian di luar. Banyak dugaan dan cabaran yang boleh melemahkan imanku di sini,

ujar Alyssa. Rossa yang hanya berdiam diri sahaja pada mulanya, terus menyampuk,

Aku rasa, lebih baiklah engkau ikut saja Cik Elly balik, Alyssa. Lagi lama kau di sini, lagi banyak perkara yang perlu engkau tempuhi. Engkau terlalu mentah untuk mengerti makna social life di sini. Silap langkah, engkau bakal terjerumus ke lembah yang hina. Janganlah terlalu percaya pada katakata dan janji manis jantan-jantan di sini, terutama Si Fir itu. Kata-katanya penuh dengan dusta belaka.

Mengapa kau kata dia macam tu, Rossa Aku tengok dia okey sahaja. Gentlemen and soft-spoken,

celah Alyssa pula.

Lelaki kasanova, memang begitu Alyssa. Mereka itu sentiasa nampak gentlemen dan romantik, kerana itulah senjata utama mereka untuk memikat gadis-gadis seperti engkau. Kata-kata mereka, lembut gigi dari lidah, manis semanisnya. Bila mengukir janji, jangan katakan lautan dalam, tsunami sepuluh skala richter pun sanggup dirempuhi. Jikalau boleh, matahari tu pun nak dipetiknya sebagai persembahan buat sang bidadari. Aku ni sampai nak muntah dengar janji-janji palsu mereka.

Alyssa terpegun mendengar kata-kata Rossa. Mengapa baru sekarang dia mendengar cerita seperti ini

Kalau engkau nak tahu Alyssa, Si Fir itu adalah lelaki hidung belang yang paling berjaya dalam kalangan kasanova-kasanova elit Kuala Lumpur. Dia berjaya menjerat ramai wanita-wanita muda, untuk dijadikan hamba pemuas nafsunya. Setelah puas diulitnya, dia akan campak perempuan-perempuan tersebut ke lembah durjana atau lebih mudah engkau kenali sebagai, penjara pelacuran. Sudah ramai gadisgadis menjadi mangsa kerakusan dan dagangannya. Aku tak mahu, engkau pun turut terjerumus sama, Alyssa. Sebab itulah, aku cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan engkau dari jadi mangsa kepada jantan yang tak berguna itu,

jelas Rossa. Alyssa dan Elly terkebil-kebil dengan penjelasan Rossa itu. Alyssa tidak menyangka yang dia hampir masuk perangkap jahat Fir, lelaki yang disangkanya baik dan berbudi bahasa itu. Rupanya dia adalah lebihan bara yang memakan sekam. Jika tidak, maruahnya pasti tergadai kepada lelaki yang sedikit pun tidak punya hak ke atas dirinya itu.

Rossa, kenapa engkau bersungguh-sungguh mahu menolong aku Padahal, hubungan kita tidak seakrab mana. Engkau boleh abaikan aku, jika engkau mahu. Siapa engkau sebenarnya Rossa

tanya Alyssa kepada Rossa.

Siapa aku, tidak penting pada engkau, Alyssa. Suatu hari nanti, engkau pasti akan tahu, siapa sebenarnya aku. Cuma, aku tak mahu engkau terpedaya dengan kepalsuan Fir dan kejahatan Nisya. Nisya mempunyai niat yang tidak baik terhadap engkau,

beritahu Rossa lagi.

Nisya Tak mungkin.Dia baik saja pada aku,

sanggah Alyssa pula.

Sebab engkau masih mentah dalam permainan dunia sebegini, Alyssa. Kalau engkau nak tahu, Nisya itu adalah broker kepada Fir. Dia akan dapat komisen untuk setiap wanita yang dicampakkannya ke dalam pangkuan Fir. Orang macam Nisya ini, tidak boleh dibuat kawan. Dia pasti akan cuba jebakkan engkau juga. Aku pernah beri amaran pada dia agar lupakan niat untuk menganiayai engkau, tapi nampaknya dia tidak ambil peduli. Akhirnya, engkau hampir berjaya dijerat. Mujurlah Cik Elly muncul tepat pada waktunya. Kalau aku sendirian tadi, mungkin aku tidak berdaya untuk melakukan apa-apa kerana engkau pasti tidak berminat hendak mempercayai aku,

sambung Rossa dengan panjang lebarnya. Akhirnya, barulah Alyssa faham. Dia cuba keluar dari mulut naga tetapi hampir terjerumus ke tekak buaya. Kalau buaya itu berjaya membahamnya tadi, alamatnya punahlah masa depannya. Masa itu, jangan katakan Tuan Fahreen, lelaki tepi jalan pun, belum tentu sudi dengannya.

Aku tak sangka, Nisya sejahat itu. Betullah, aku belum cukup kenal dengan hati budinya lagi. Terima kasih banyak-banyak Rossa, sebab engkau prihatin pada aku. Dan pada engkau beb, sebab sanggup mengorbankan masa, prinsip dan keselamatan diri sendiri, datang ke sini untuk memujuk aku pulang,

ujar Alyssa dalam sendunya. Jauh di sudut hatinya bersyukur kerana terselamat dari menjadi korban Fir. Malam itu, terbongkarlah segala kejahatan yang cuba dilakukan Fir dan Nisya terhadap Alyssa. Rossa menceritakan segala musibah-musibah yang telah dibawa oleh dua durjana itu, satu per satu.