Seperti bulan jatuh ke riba, gembiranya Amin dan Salma menyambut kehadiran Zed dak Qaseh di teratak kediaman mereka. Kian meriah dan berseri rumah itu kelak. Bilik tidur berasingan telah disediakan buat Zed dan Qaseh, dan mereka berdua pun diiringi dengan penuh kasih sayang oleh Amin dan Salma menuju ke bilik peraduan masing-masing. Apabila Zed membuka sahaja almari di biliknya, tercengang dia melihat berderet pakaian baharu tergantung untuknya. Begitu juga Qaseh, bertimbun pakaian dan segala keperluan seorang gadis telah tersedia di biliknya juga.
Bak kata pepatah, bagai puyu di air jernih, sememangnya kehidupan Amin dan Salma dilimpahi kemewahan. Salma anak dari keluarga berada. Amin juga tidak kurang senangnya. Jika dihitung harta kesenangan yang mereka warisi, tidak akan habis tujuh keturunan. Tetapi bukan kemewahan pasangan suami isteri itu yang dihajati oleh Zed. Dia hanya ingin menumpang kasih daripada orang yang dianggap mengerti jiwanya. Hakikatnya Amin dan Salma benar-benar tulus menyayangi Zed sejak dahulu lagi. Dan kini mereka dengan rasmi akan mengambil Zed sebagai anak angkat.
Hampir 10 hari telah berlalu, kehidupan Zed dan Qaseh di rumah Amin, bagai kucing tidur di bantal, mewahnya hidup mereka hanya makan dan tidur. Namun, bukan itu yang Zed hajati. Dia hanya ingin terus berkarya melalui gitarnya dan membuat persembahan di pentas. Kini tanpa dapat berbuat begitu, Zed mula merasa bosan. Qaseh juga mulai jemu dengan kehidupan umpama berada di dalam sangkar emas. Walaupun dilimpahi kemewahan tetapi mereka tidak bebas.
EXT. BILIK TIDUR RUMAH AMIN / MALAM.
KITA LIHAT PINTU BILIK TIDAK TERTUTUP RAPAT. ZED LALU DAN TIBA-TIBA BERHENTI, SAMBIL MENDEKAT TELINGA KE PINTU ITU.
CUT TO.
INT. BILIK TIDUR RUMAH AMIN / MALAM.
AMIN DAN SALMA BERPAKAIAN CANTIK; SIAP UNTUK PERGI KE MAJLIS MAKAN MALAM. SAMBIL ITU MEREKA BERBUAL SEKETIKA.
SALMA
I risau pulak tengok Zed dengan
Qaseh tu. Macamana pun, diorang kena pergi sekolah jugak.
AMIN
Ya...I know. I sayang budak-budak tu.
I start to wonder, perasaan ibubapa Qaseh.
SALMA
I think, kita kena inform parent Qaseh.
Dia masih ada ibubapa. Berdosa kita larikan anak orang.
AMIN
Betul, by law kita salah, tau tak.
Kita boleh kena tangkap.
(lihat jam) Eh...we should go now.
MEREKA BERDUA BERJALAN PANTAS KE ARAH PINTU.
BACK TO.
EXT. BILIK TIDUR RUMAH AMIN / MALAM.
ZED YANG TADI MENGINTIP DI PINTU; KINI BERGEGAS TINGGALKAN TEMPAT, AGAR TIDAK DIKETAHUI OLEH AMIN.
AMIN DAN SALMA KELUAR DARI BILIK TANPA MENGESYAKI APA-APA.
AMIN
You dont worry, sayang. Pasal Qaseh tu, nanti kita discuss dengan Zed.
SALMA
Hmm...tapi you confident ke Jefri akan bagi Zed pada kita
AMIN
Well...thats another problem.
Besuk kita discuss betul-betul...eh.
MEREKA BERJALAN TENANG TURUN TANGGA.
Tepat sekali tekaan Zed sebelum ini. Dia sudah mengagak lambat-laun Amin pasti akan kembalikan Qaseh kepada orang tuanya. Nampaknya Amin sama sahaja seperti Abang Jefri dan Pakcik Badri. Keluh Zed pada dirinya. Tambahan pula Zed sendiri memang tidak pernah berniat untuk tinggal selamanya di rumah itu. Inilah masanya Zed harus menenun ketentuan nasib dia dan Qaseh seterusnya.
Pada malam itu juga Zed membuat keputusan untuk bertindak. Dia tidak dapat bayangkan jika Qaseh harus pulang ke pangkuan ibubapanya. Adakah mereka akan benarkan Qaseh dan dia bertunang. Atau mungkin Pakcik Badri satu sekeluarga akan terus berpindah jauh dari tempat tinggal mereka sekarang. Jika itu berlaku Tidak...aku tak sanggup berpisah dengan Qaseh, Zed berkata-kata seorang diri.
Tatkala bulan terang menyinari awan, mengindahkan pemandangan di langit pada malam itu, di kamar Zed pula pemandangan menjadi semakin kelam. Zed terlentang di atas katil memerah otak yang sedang kusut dan berserabut seperti benang dilanda ayam. Puas Zed membayangkan berbagai kemungkinan boleh terjadi, jika Amin hubungi Abang Jefri dan ibubapa Qaseh.
Pintu bilik Qaseh diketuk lembut. Tidak lama Zed menunggu, pintu pun terbuka. Qaseh berbaju kelawar nipis, menjemput Zed masuk. Sejak Zed dan Qaseh tinggal di rumah itu, mereka sentiasa menjaga budi pekerti, menghormati Pakcik Amin dan Makcik Salma. Pertama kali pada malam itu Zed dan Qaseh berdua-duaan di bilik.
Perlahan-lahan tangan Qaseh menyentuh pipi Zed yang semakin merah. Mereka berpandangan, mata pun berbicara. Kemudian senyuman yang malu-malu kucing dilontarkan, bibir pun berbisik. Zed tidak tahan lagi, lalu menarik lembut kedua-dua tangan Qaseh ke pinggangnya. Qaseh tersentak pada mulanya, tetapi perasaan rindu telah mendorong keduadua tangan supaya memeluk Zed sekuat-kuatnya. Qaseh layu di dalam dakapan Zed.
Zed menarik nafas sambil mata dipejamkan dan membiar sahaja nafsu amarah mengusung dirinya berbuat kemungkaran. Tanpa disedarinya kedua-dua tangan Zed begitu yakin dan berani, telah merangkul pinggul Qaseh dan menarik baju kelawar perlahan-lahan dipisahkan dari tubuh Qaseh yang licin seperti kulit telur. Bibir Qaseh yang merah bak delima direnungnya dalam-dalam. Mereka pun berdakapan erat di atas katil sambil berkucupan dengan berahinya. Tidak lama setelah dibuai dengan berbagai perasaan yang indah-indah, Zed dan Qaseh tidak mahu berhenti di situ. Perisa keberahian yang sedang mereka hirup sungguh menghayalkan. Pada peringkat ini, segala perlakuan dan perbuatan mereka mengikut kehendak syaitan yang telah menguasai diri mereka sepenuhnya. Lupalah mereka kepada segala sumpah dan janji bahawa perbuatan itu tidak akan diulangi. Apakah mereka tewas dengan godaan nafsu amarah, iaitu martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan buruk. Pada tahap ini, hati tidak mampu memancarkan sinar kerana hijab dosa yang tebal menjadikan lapisan lampu makrifat terkunci dan tiada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Oleh kerana itu, tanpa malu-malu Qaseh terus menanggal t-shirt yang menutupi tubuh Zed. Mereka kembali berdakapan. Seluruh muka Zed hinggap ke bahu Qaseh, dan bibirnya pula semakin rakus menggomoli leher Qasih. Melayang-layang Qaseh merelakan berahinya memudik nafsu.
Hampir-hampir pintu keimanan kedua-duanya robak. Tetapi tiba-tiba mereka disedarkan dengan bunyi suara keinsafan. Lekas-lekas mereka lepaskan diri daripada godaan syaitan. Qaseh bergegas masuk ke bilik mandi bersama pakaiannya. Zed pula dengan pantas memakai kembali bajunya, sambil tidak putus-putus dia berzikir, untuk membebaskan dirinya dari cengkaman nafsu amarah ini.
INT. RUANG DAPUR - RUMAH AMIN / MALAM.
DI MEJA MAKAN, KITA LIHAT ZED DAN QASEH SEDANG MENJAMU SELERA SAMBIL BERBUAL
SERIUS.
ZED
Nasib baik aku teringat janji kita.
Kalau tak...hanyut kita tadi. Maafkan aku, awak.
QASEH Aku juga. Syukur...kita cepat sedar.
ZED Itulah, aku teringatkan pada sabda
Nabi Muhammad. Setiap sesuatu ada
alat penyucinya dan yang menyuci
hati, ialah zikir kepada Allah.
QASEH Betul Zed...syukur alhamdulillah.
ZED
Sebenarnya aku nak bincang satu benda serius dengan awak.
SELESAI MAKAN, ZED MEMANDANG KELILING RUABG DAPUR, MEMPASTIKAN TIADA BIBIK-BIBIK MENDENGAR. DIA PUN BERBISIK SESUATU PADA QASEH.
ZED
Aku dengar tadi uncle Amin dengan aunty cakap, diorang takut
awak duduk sini, sebab awak masih ada
ibubapa. Diorang nak call Abang Jef.
QASEH Omg! Aku tak nak!
ZED
Itu la, sebelum diorang balik, kita kena bla cepat dari sini.
Awak pack baju dan barang-barang penting. Kita bawa satu beg jer.
QASEH
Ok jom. Aku pack sekarang. Tapi...mana kita nak pergi.
ZED DAN QASEH BANGUN MENINGGALKAN RUANG DAPUR.
ZED
Kita bla aja dulu. Lepas tu, baru fikir mana nak pergi. Tau la aku
mana kita nak pergi. Jumpa phone
booth nanti, aku nak call Muiz.
QASEH Call aje la sekarang.
ZED
No way. Nanti abah awak trace.
Abah awak tu kan polis. Dah...jangan cerita banyak. Cepat pergi pack baju!
QASEH MENGANGGUK, MENURUT SAJA SEGALA ARAHAN. MEREKA LAJU BERJALAN MENUJU BILIK TIDUR MASING-MASING.
Alang-alang berdakwat biar hitam, Zed dan Qaseh lari dari rumah pada malam itu juga, sebelum Amin dan Salma pulang dari majlis makan malam. Kalau hendak buat sesuatu jangan separuh jalan, kata Zed pada Qaseh. Mereka senyap-senyap keluar dari rumah itu, berbekalkan semangat dan cinta. Bertemankan gitar dan beg, mereka menaiki teksi menuju ke Stesyen Pudu di Kuala Lumpur. Sampai di Stesyen Pudu, Zed terus menuju ke pondok talifon, menghubungi Muiz di Kota Baharu Kelantan. Zed merasa sangat bersyukur kerana nasib menyebelahi mereka, Muiz sudi membantu. Dari stesyen Pudu, Zed menempah sebuah teksi menuju ke Kota Baharu, Kelantan.
Sebelum berangkat ke Kota Baharu, Zed mengeluarkan wang tunai melalui mesin ATM yang terdapat di stesyen itu.
Kemudian Zed melihat pada resit mesin ATM, wang baki di dalam bank ada lebih RM10,000. Ini bermakna pembayaran dari pihak penganjur konsert tempuh hari telah dimasukkan ke dalam akaunnya. Alhamdullillah. Zed berkata sambil mengurut dada. Lapang rasa hatinya ketika itu tidak terhingga. Zed keluarkan wang tunai RM1,500. Bahaya bawa banyak cash. Kenapa tak keluarkan duit di sana saja Tanya Qaseh. Itu lebih bahaya...abah awak boleh kesan aku nanti. Jawab Zed tenang, sambil lekas-lekas menyumbat wang tunai ke dalam dompetnya. Dan mycard milik Qaseh pun berada di dalam dompet Zed.
Begitulah bijak dan liciknya Zed, dikuatiri jika Qaseh terlupa, dan menggunakan mycard itu ketika berada di Kota Baharu kelak. Zed sentiasa berhati-hati, agar segala gerak gerinya tidak akan dikesan pihak polis. Zed percaya setelah beberapa minggu dia dan Qaseh hilang, tentu Inspektor Badri dan pihak polis telah menggunakan khidmat bank untuk mengesan mereka berdua, melalui penggunaan mesin ATM. Maka itu, sejak Zed berada di Kuala Lumpur, itulah kali pertama Zed mengeluarkan wang tunai melalui mesin ATM. Dan sengaja Zed keluarkan wang tunai itu pada malam hari. Sekurang-kurangnya pihak bank hanya akan melapurkan pada pihak polis pada esok siang, sesudah dia dan Qaseh tiba di Kota Baharu kelak. Dan pastinya pihak polis akan menyangka Zed berada di sekitar Kuala Lumpur.
Lewat malam itu Amin dan Salma pulang dari majlis makan malam tanpa menyedari Zed dan Qaseh tiada lagi di rumah itu. Hinggalah di pagi besuknya ketika hendak bersarapan, baharu mereka sadar Zed dan Qaseh bukan lagi penghuni di rumah mereka. Seperti pikat kehilangan mata, tidak tentu arah Amin dan Salma dibuatnya memikirkan kenapa Zed dan Qaseh bertindak sedemikian rupa. Habis kesemua tiga orang pembantu rumah dimarahi, kerana cuai menjaga budak-budak itu.
Amin duduk termenung di bilik Zed, sambil memeluk gitar akustik yang Zed tinggalkan. Terlalu banyak kenangan yang bersemadi pada gitar milik arwah ayah Zed, Zakaria. Amin dan Zakaria terlalu akrab berkawan suatu masa dahulu. Bergenang airmata Amin mengimbau segala kenangan bersama arwah Zakaria. Tiba-tiba Amin terjumpa sekeping kertas putih berlipat di dalam perut gitar itu. Surat ringkas bertulisan tangan daripada Zed.
Uncle Amin yang dikasihi,
Kami menyusun jari sepuluh memohon berjuta-juta ampun dan maaf pada uncle dan aunty. Kami terpaksa pergi. Jika uncle dan aunty betul sayangkan kami, janganlah cari kami. Harap uncle halalkan makan minum kami. Semua jasa uncle dan aunty akan kami kenang sampai bila-bila. Saya tinggalkan gitar ini untuk uncle sebagai pengganti diri. Ampunkan saya uncle. I always love you both. Assalammualaikum,
ZedZack
Remuk surat di dalam genggaman Amin , begitulah juga remuknya hatinya ketika itu. Tergamak Zed pergi begitu sahaja tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Keluh Amin sambil memandang wajah isterinya. Hendak ditangis airmata darah pun tiada gunanya lagi. Hendak dikesalkan sampai mati apa faedahnya. Mereka terpaksa pasrah kepada takdir.
Awal pagi besuknya, Amin telah menghubungi Jefri. Kebetulan Amin ada menyimpan nombor telefon bimbit Jefri. Sejak kehilangan Zed dan Qaseh, Jefri pasti menjawab talifon bimbitnya, walaupun panggilan datang dari nombor yang tidak dikenali. Hello... Asalammualaikum. Kata Amin. Mualaikumsalam... Jefri jawab ragu-ragu. Itu Jefri ke Tanya Amin. Ya. Ini Amin, ingat tak Ya Allah! Syukur tuan call. Berkobar-kobar semangat Jefri mendapat panggilan dari Amin. Dia yakin Zed ada bersama Amin. Tetapi setelah Amin menceritakan segala-galanya, perasaan Jefri terus tertekan, seperti tikus jatuh ke roman, kecewa dan hampa. Amin hanya mampu memohon maaf dari Jefri dan meminta agar Jefri sampaikan berita itu kepada ibubapa Qaseh.
Sejurus kemudian Jefri pun sampaikan berita yang baru diterima dari Amin, kepada ibubapa Qaseh. Dan dalam sekelip mata Inspektor Badri terus menghubungi pihak bank. Tepat sekali sangkaan Zed. Pihak polis telah mengesan mycard Zed. Segala maklumat terperinci mereka dapat dari pihak bank. Sekurangkurangnya ibubapa Qaseh dan Jefri tahu bahawa Zed dan Qaseh masih hidup dan berada di Kuala Lumpur. Kini pihak polis memberi tumpuan pencarian Zed dan Qaseh di seluruh Lembah Klang.