Ika tutup muka dengan bantal. Dia tak tahu kenapa perasaannya lain macam apabila Idlan berpesan dengan ayat begitu. Idlan memang sewel dan muka tak tahu malu. Kalau dia dengar lagu Rossa, nak buat apa ingatkan Idlan Menyampah pula dia.
Tapi, betul ke dia menyampah Orang tua-tua kata, kalau menyampah pada seseorang, lama-lama akan jatuh suka!
Oh tak... tak boleh dan jangan, jangan, jangan! Dia tak mahu jatuh suka pada lelaki yang dah kahwin. No, no, no! Ika menyorong kedua-dua tangan bawah pipi. Plastik berisi dua keping CD yang diletak atas meja, kini diberi tumpuan. Secara tak langsung, bibir menguntum senyum manis. Dia bangkit dari katil. Plastik hitam dicapai dan kaki diatur perlahan menuju ke bilik Afi Lukman.
Pintu bilik dikuak perlahan. Sunyi dan sepi. Hanya katil, almari dan meja saja jadi peneman bilik yang tak berpenghuni. Abangnya sentiasa sibuk. Balik cuma sesekali sedangkan HUSM Kubang Kerian tempat abangnya bertugas, tak jauh dari rumah. Kalau balik, tak sempat panas punggung, abangnya akan bergegas ke tempat bertugas semula. Rutin harian seorang doktor, begitulah. Boleh dikatakan, hospital itu adalah rumah pertama bagi Afi Lukman.
Ika duduk di birai katil. Beg plastik hitam dikeluarkan isinya. Sekeping CD Rossa miliknya dan sekeping CD Michael Learns To Rock milik Idlan. Sewaktu turun dari kereta, Ika terlupa nak keluarkan CD MLTR dan berikan pada Idlan.
Ika menekan alat kawalan jauh. Pemacu CD keluar perlahan-lahan. Kalau dia nak dengar CD, di bilik Afi Lukman ini tempatnya. Saat itu, CD MLTR jadi pilihan dan bukan CD Rossa. Dia cuba nak dengar macam mana melodi lagu-lagu MLTR kesukaan Idlan.
Apabila lagu berjudul Betrayal berkumandang, Ika mencebik panjang sedepa. Apalah lagu jiwang sangat Idlan suka ni Eee...
Namun, dibiarkan saja lagu-lagu MLTR itu tamat satu per satu. Silih berganti dengan irama mendayudayu. Lembut menampar telinga hingga dia terbuaibuai dan akhirnya terlelap di katil Afi Lukman.
Ika, buat apa dalam bilik Abang Afi tu Cepat keluar. Ada orang telefon ni! Laung ibunya dari luar.
Terpisat-pisat Ika membuka mata. Segera bergerak turun dari katil dan terus membuka pintu. Dia tersengih dengan mata terkebil-kebil memandang ibunya sedang memegang telefon bimbit.
Dari tadi telefon Ika berbunyi. Mak Wan hulurkan telefon pada Ika. Buat apa dalam bilik Abang Afi ni
Ika dengar lagu, jawab Ika sambil senyum tersipu.
Dengar lagu sampai menangis ke
Ika kerutkan muka. Nangis apa pula mak ni
Tu mata merah
Ika tersengih. Ika tertidur la tadi.
Dengar lagu sampai tertidur Lain macam aje... ujar Mak Wan dengan nada sangsi. Pelik melihat kelakuan Ika. Anak gadisnya menunjuk perubahan sikap. Tapi, dia kesuntukan masa nak bertanya lebih lanjut. Ada kerja di dapur perlu diselesaikan segera.
Ika jongket bahu. Tak sempat dia nak buka mulut, ibunya pula beredar. Dia melihat skrin. Tertera nama Idlan membuat missed call. Selain missed call, ada juga WhatsApp yang dikirim.
Idlan:
Baru balik berjalan dengan abang, takkan merajuk lagi Call tak jawab. Kata kawan CD pun dah dapat. Turun dari kereta, jangan kata nak ucap terima kasih, CD abang pun Ika angkut sekali. Kawan apa macam ni
Ika tutup mulut. Terkekeh-kekeh dia ketawa ketika membaca mesej Idlan. Lucu betul Idlan ni. Lelaki itu pula nampaknya merajuk. Alah, kalau Idlan merajuk sekalipun, suruhlah isteri dia pujuk. Ika tak ada kena mengena. Hanya kawan saja.
Ya, hanya kawan. Itu permintaan Idlan. MMak Wan sedang menjemur pakaian,
AK...
berpaling apabila Ika memanggil.
Ika tersenyum. Boleh Ika pergi rumah Che Jah sekejap
Wajah Mak Wan berkerut. Memikir tujuan anak gadisnya. Buat apa Ika nak pergi sana
Ika nak hantar ni. Plastik hitam diangkat separuh badan. Menunjuk kepada ibunya tujuan nak ke rumah Che Jah.
Mak Wan kecilkan mata. Dalam plastik tu ada apa
Barang Abang Idlan tertinggal, jawab Ika dengan wajah serba salah. Bimbang kalau disalah anggap. Mungkin ibunya hairan kenapa barang Idlan ada dalam simpanan. Dia perlu jelaskan secara terperinci kalau ibunya terus menyoal.
Mak Wan garu belakang leher. Sedikit gelisah apabila Ika sebut nama Idlan. Gelisahnya ada sebab. Ditambah dengan sikap pelik Ika dari semalam. Malam tadi pula Ika bersikap aneh di meja makan. Lauk kegemaran sedikit pun tak dijamah.
Barang apa Macam mana boleh tertinggal Bertalu Mak Wan menyoal. Dia sungguh-sungguh ingin tahu.
Sebenarnya, bukan tertinggal. Tapi, Ika tak sengaja ambil barang dia. Mak pun tahu kan, semalam dia tolong hantar Ika balik. Sebelum tu, kami pergi... Penjelasan Ika terhenti. Serba salah nak teruskan cerita. Bimbang dimarahi ibunya.
Mak Wan mengeluh perlahan. Melihat kelakuan Ika, dia tahu Ika ada sembunyikan sesuatu.
Ika pergi mana dengan Abang Idlan semalam Setahu mak, Ika balik lambat, kan
Ika tunduk. Berat hati nak terus-terang. Bimbang kalau ibunya marah dia pergi makan dengan Idlan.
Kalau Ika cakap, mak marah tak
Mak Wan makin gelisah. Kain pelikat Ayah Wan di tangan, terus diletak semula dalam bakul. Hilang kesungguhan nak selesaikan kerja yang tertangguh. Risau kalau Idlan bawa anak gadisnya berpeleseran tak tentu arah. Tapi, macam tak masuk akal pula.
Idlan sudah cukup dewasa. Bukan anak-anak remaja yang kebiasaannya akan buat begitu. Mak Wan cuba sedapkan hati. Tak mahu fikir yang bukan-bukan. Cakap ajelah...
Semalam, Abang Idlan bawa Ika pergi makan. Lepas tu dia beli CD dua keping. Satu untuk Ika dan satu untuk dia. Turun dari kereta, Ika ambil plastik dan lupa CD dia pun ada sama. Jadi, Ika nak pulangkanlah. Itu pun, kalau mak izin, akhirnya Ika berterus-terang.
Boleh saja kalau dia nak reka cerita bohong untuk mengelak dari kena marah. Tapi, Dia tak pandai menipu. Sejak kecil, dia sering dididik dan diasuh dengan baik.
Mak Wan mengeluh sesaat dua. Nampak serba salah nak beri keizinan. Risau kalau jadi apa-apa antara Ika dan Idlan kalau mereka kerap berjumpa. Lagipun, dia nampak Ika ceria lain macam. Muka berseri-seri dan selalu senyum seorang diri. Kadang-kadang Ika nampak gembira dan bahagia. Macam orang jatuh cinta.
Mak Wan garu pipi. Dia mengambil semula kain pelikat tadi. Bersedia menyambung kerja terbengkalai. Perasaan tak enak cuba dihalau jauh-jauh. Tak ingin pun dia fikirkan.
Pergilah. Tapi, tolong balik cepat.
Bibir Ika menguntum senyum lebar apabila ibunya memberi keizinan. Tangan Mak Wan ditarik perlahan untuk bersalam.
Terima kasih, mak.
Apabila Ika beredar, muncul pula Ayah Wan di situ.
Nak ke mana Ika tu Soal Ayah Wan pada isterinya.
Nak pergi rumah Che Jah. Katanya nak pulangkan barang Idlan.
Dahi Ayah Wan berlapis. Sedikit pelik mendengar jawapan isterinya. Sejak bila mereka rapat
Entah. Saya tak pasti. Rasanya sejak semalam.. jawab Mak Wan ketika selesai mengepit pakaian dengan pengepit baju di ampaian.
Jangan biarkan sangat mereka rapat. Kalau Afi tahu, habis semua orang dia nak marah. Lebih-lebih lagi ada bersangkut-paut dengan Idlan. Saya takut nanti jadi perkara lain kalau dia dapat tahu mereka berkawan.
Mak Wan senyum menyindir. Abang ni... marah Afi aje abang tahu. Abang pula... tak marah ke kalau Ika berkawan dengan Idlan Bakal menantu yang tak jadi tu
Saya tak kisah Ika berkawan dengan siapa. Asalkan orang tu baik dan Ika tahu jaga batas, cukuplah.
Mak Wan menggeleng. Jawapan suaminya tak sedap didengar.
Saya tak setuju pendirian abang macam tu. Nak berkawan tu, berkawanlah. Tapi, janganlah dengan suami orang. Anak dara abang tu dah lain sejak semalam. Bila sebut nama Idlan, senyum meleret sampai telinga. Hati saya risau, abang jangan tak tahu. Dibuatnya nanti Ika sukakan Idlan, tak ke susah Pangkah Mak Wan. Kebimbangan di wajah jelas kelihatan.
Kalau Ika dah suka, kita boleh buat apa Selamba Ayah Wan membalas.
Abang kan tahu Idlan dah kahwin Mustahil abang tak tahu kesan buruknya nanti Saya tak mahu Ika terluka. Anak kita tak pernah keluar dengan lelaki lain, tak pernah ada kekasih, tak pernah bercinta. Sekarang bila Idlan ada kat kampung, dengan dia sorang sajalah Ika pernah keluar. Saya pun tak tahu sejauh mana hubungan mereka. Kalau sungguh cuma kawan, saya boleh tolak-ansur. Tapi, kalau lebih dari tu Abang fikir sendirilah.
Awak jangan fikir jauh sangat. Lagipun, apa masalahnya dia dah kahwin Lelaki boleh kahwin sampai empat. Kalau betul mereka suka sama suka, tak salah kan kalau kita satukan mereka. Lancar Ayah Wan beri pandangan.
Mak Wan tercengang. Langsung tak sangka suaminya memberi pendapat begitu. Abang tak sayang anak ke Sanggup abang tengok anak kita bermadu
Ayah Wan terdiam. Dia tak ada jawapan untuk soalan itu. Sebagai ayah, dah tentu dia mahukan yang terbaik untuk Ika. Ayah mana yang sanggup tengok anaknya menderita Tapi, kalau benar hubungan mereka serius hingga menerbitkan bibit-bibit cinta, dia sebagai ayah tentu saja menyokong. Yalah, demi melihat Ika bahagia dan kalau anak gadisnya sanggup jadi yang kedua, dia tak rela menghalang. Tak mahu melihat kemurungan di wajah anak gadis kesayangan.
Tapi, kalau boleh dielak biarlah Ika dengan orang lain. Bukan dengan Idlan.
IKA berjalan kaki ke rumah Che Jah. Skuter yang rosak semalam, kini berada di bengkel. Ketika memijak halaman rumah Che Jah, dia ternganga dengan mata membulat. Lekas-lekas dia mengalih pandangan ke arah lain. Namun, mulut tetap memberi salam.
Assalamualaikum... Dia segan apabila terpandang Idlan tak berbaju sedang terbongkok mencuci kereta.
Idlan menjawab salam tanpa melihat siapa empunya suara. Dia masih leka memberus tayar. Apabila selesai, dia membetul tubuh dan mencampak berus ke dalam baldi. Sesaat kemudian, dia berpaling dan terlopong ketika melihat Ika berdiri depan mata. Tapi, gadis itu berdiri membelakanginya.
Tak bercakap walau sepatah, segera dia berlari ke ampaian dan mencapai apa saja bagi menutup tubuh terdedah. Ketika itu, tudung Che Jah jadi mangsa. Selendang panjang milik ibunya dibelit ke badan dan dijadikan baju sementara. Tak ubah macam perempuan berkemban.
Errr.. Ika buat apa kat sini Soalnya tergagap.
Ika nak pulangkan CD abang. Maaflah, Ika terlupa nak keluarkan dari plastik semalam, jawab Ika sambil mengangkat plastik. Berharap Idlan segera mengambilnya.
Kejap. Abang nak pakai baju, Idlan berlalu naik ke rumah.
Lambat-lambat Ika berpaling apabila Idlan beredar. Tak sampai seminit, Idlan muncul semula dan berjalan menghampirinya.
Nah, CD abang.
Idlan mengambil plastik yang dihulurkan.
Ika balik dulu.
Ika, kejap... Idlan garu kepala. Tak tahu nak cakap apa. Jantung berdegup tak stabil. Kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan.
Ika berpaling. Menanti Idlan berkata sesuatu. Ketika ini, dia risau nak bertentang mata kalau Idlan nak katakan apa-apa. Perasaannya tetap aneh. Sama macam semalam.
Ika datang jalan kaki
Dah tak ada soalan lain Idlan nak tanya. Tak penting langsung dan tak berbaloi Ika menunggu. Ika melempar senyum nipis. Teringat WhatsApp dikirim Idlan semalam. Ingatkan Idlan merajuk betul-betul. Motor Ika kan, rosak
Idlan tersengih. Dia terlupa. Entah apa yang
ada dalam kepala sampaikan perkara baru semalam berlaku, begitu cepat hilang dari ingatan. Namun, dia baru tersedar sesuatu. Ika tak lagi memanggilnya dengan panggilan Abang Idlan. Tapi, lebih ringkas dari itu, abang.
Lepas ni, Ika nak ke mana Idlan tak puas menyoal. Serba serbi dia nak ambil tahu fasal Ika ni, kenapa
Nak baliklah. Tadi mak pesan, suruh balik cepat, jawab Ika.
Lurusnya Ika ni. Kalau ibunya menitip pesan begitu, macam tulah apa yang Ika akan turut.
Takkan cepat sangat nak balik Naiklah dulu, pelawa Idlan. Dia sungguh-sungguh Ikhlas menjemput Ika ke rumah.
Ika menggeleng. Masih ingat dan berpegang pada pesan ibunya. Tak apalah, abang. Lain kali aje.
Idlan mengeluh kecil. Sedikit berjauh hati apabila Ika menolak. Dia tunduk sambil kaki menguis air sabun yang mengalir atas lantai simen.
Naiklah sekejap. Abang takkan jemput Ika masuk rumah kalau mak abang tak ada. Tak sudi minumminum dulu Ajaknya lagi. Tak berputus asa.
Dia sedar, antara dia dan Ika, baru saja nak mulakan hubungan. Tak kiralah kawan ke, sahabat ke, teman ke, dia tak kisah. Jadi, lebih baik kalau dia mulakan dulu. Walaupun semalam baru saja dia belikan CD dan belanja Ika makan, tapi baginya itu tak mencukupi. Dia mahukan yang lebih. Tak sempurna dengan hanya meminta maaf kerana pernah mengabaikan Ika sebagai tunang. Kalau diberi kesempatan, dia nak tebus kesilapan lalu. Tapi, bagaimana cara sebetulnya
Ika serba salah. Pesanan ibunya masih terngiangngiang. Ika takut mak marah nanti.
Kenapa Mak Wan perlu marah Tolong jangan anggap kami macam musuh. Abang pun dah minta maaf, kan. Mustahil keluarga Ika masih tak puas hati dengan abang. Idlan buat penilaian sendiri. Isu putus tunang cuba dibangkit semula. Mana tahu kalau Mak Wan tak suka Ika datang ke rumahnya berpunca dari perkara silam itu.
Abang jangan salah faham. Ika tak maksudkan macam tu pun. Mak yang pesan suruh Ika balik cepat. Ika kenalah balik sekarang. Erm... macam mana ya, Ika nak cakap supaya abang faham... Kepala tak gatal digaru-garu perlahan.
Idlan merengus geram. Tak payah cakap apaapa. Pergilah balik. Suara Idlan separuh menghalau. Nak ajak minum pun susah. Bukannya berdua-duaan. Idlan fikirkan Ika dah lembut hati sepenuhnya. Tapi, sangkaannya meleset. Mak Wan suruh balik cepat Entah-entah itu cuma alasan yang direka gadis itu.
Idlan berprasangka bukan-bukan terhadap Ika. Tak tahulah kenapa dia berjauh hati sangat dengan penolakan Ika kali ini. Sensitif sungguh dia.
Ika terkejut. Idlan seperti menghalaunya. Berkerut-kerut dahinya memandang wajah Idlan. Jelas riak cemberut terpamer di situ.
Abang halau Ika ke Teruk betul Idlan ni. Kita datang baik-baik, dia halau pula.
Ya. Abang halau. Dah, pergi balik. Idlan beredar dan bersedia naik ke rumah. Malas melayan Ika yang dianggap sebagai tetamu biadab.
Ika ternganga. Kecil besar, kecil besar saja dia pandang Idlan dari belakang. Kemudian, laju kakinya menapak untuk dapatkan Idlan. Namun, tak tahu di mana silap langkahannya, dia tergelincir dan jatuh ke atas simen yang dipenuhi buih sabun.
Aduh...! Ika merintih sambil menggosok pinggul.
Sebelah selipar masih di kaki dan sebelah lagi melayang tak tahu ke mana.
Idlan segera berpaling apabila mendengar jeritan. Ika jatuh terlentang. Separuh pakaian gadis itu basah. Pantas dia meluru untuk membantu.
Ika menangis. Sakit bercampur malu. Dia jatuh di hadapan Idlan Malunya dia...
Idlan mencangkung depan Ika. Senyum lucu disembunyikan supaya Ika tak perasan. Sebaliknya, dia pura-pura tunjuk muka serius.
Ini balasan untuk orang biadab. Allah bayar cash, tau. Ketawa besar Idlan pecah dalam perut. Lucu betul cara Ika jatuh.
Tangan dihulur untuk membantu, tapi Ika nampak berdegil. Masih menangis, menangis dan terus menangis.
Apa hal tu Che Jah tiba-tiba muncul di tangga.
Idlan memandang ibunya. Ada budak perempuan biadab yang baru dapat balasan Tuhan.
Sekali lagi Idlan menyembunyi senyum. Tak lupa menyelit kata-kata yang mengundang sakit di hati Ika.
Dahi Che Jah berkerut. Tak faham maksud Idlan. Dia turun dari tangga untuk melihat lebih jelas apa sebenarnya berlaku.
Ya Allah... Ika Kenapa boleh jatuh ni Wajah Che Jah Cemas. Risau kalau Ika mengalami sebarang kecederaan.
Ika tak menjawab. Dia sendiri tak tahu nak jelaskan macam mana. Sebenarnya, dia mahu menerpa ke arah Idlan sebab geram lelaki itu menghalaunya pulang. Dia cuba tunjal bahu Idlan dari belakang. Tapi, niatnya tak kesampaian apabila menerima musibah itu. Memang tepat kata Idlan. Tuhan bayar cash. Ada niat nak buat pada orang, tapi dia yang dapat balasan terlebih dulu.
Takkan Lan tengok aje Angkatlah Ika tu, arah Che Jah. Hairan dengan kelakuan Idlan macam patung.
Idlan berdecit. Malasnya nak ikut arahan. Perasaan kecil hatinya belum surut lagi. Tak ada masa nak buat baik dengan Ika buat sementara ini.
Apabila melihat Idlan masih berdiam diri, Che
Jah menolak bahu Idlan berkali-kali. Angkatlah, Lan!
Idlan mendengus. Perasaan jauh hati terpaksa dibiar seketika. Sekali lagi dia hulurkan tangan.
Ika boleh berdiri tak
Tak kuasa betul dia nak angkat anak dara orang. Kalau Ika boleh bangun, tak perlu dia tolong. Biar Ika sedar diri, dalam dunia ni setiap manusia perlukan kawan. Mana boleh jadi macam katak bawah tempurung.
Ika menggeleng dan hanya tahu menangis. Tangan pula sibuk menggosok pinggul dan kaki.
Apabila Ika tak henti-henti menangis, muka Idlan berubah. Kebimbangan mula terbit di wajahnya saat ini. Dia tahu ada yang tak kena pada kaki Ika. Tanpa berfikir panjang, Idlan bertindak pantas dengan mencempung Ika naik ke rumah. Dalam pada sibuk nak mengajar Ika supaya gadis itu tahu erti penyesalan, terselit juga kerisauan di hati.
Sampai di ruang tamu, Ika didudukkan atas kerusi.
Che Jah susah hati dengan keadaan Ika. Macam mana Ika boleh jatuh Soalnya ingin tahu punca kejadian.
Idlan sedang tunduk memerhati kaki Ika, mencelah dengan sindiran, Balasan Tuhan...
Che Jah jegilkan mata. Kenapa Lan cakap macam tu Asyik sebut balasan Tuhan dari tadi, apa fasal
Dia sombong dan biadab sangat, jawab Idlan sambil merenung Ika dengan senyum jahat. Sengaja beri senyuman begitu biar hati Ika tambah sakit.
Ika yang teresak-esak, tak tahu macam mana nak sangkal dakwaan Idlan. Sombong ke dia Biadab ke dia Hanya tak dapat terima jemputan Idlan naik ke rumah kerana ingin cepat pulang, adakah dia dianggap sombong dan biadab Sungguh kurang asam jawa betul Idlan ni. Marah Ika bersambung dalam hati.
Che Jah garu kepala. Masih tak faham kenapa Idlan tak sudah-sudah kata Ika sombong dan biadab. Apa yang gadis itu dah buat hingga Idlan kata begitu
Dia juga malas bertanya lebih lanjut. Mungkin budak-budak ini berselisih faham. Tak peduli kata-kata Idlan, Che Jah beri perhatian pada Ika semula. Kaki Ika rasa macam mana Sakit sangat ke
Ika cuba gerakkan kakinya sedikit ke kiri. Dia terangguk-angguk. Rasanya okey. Cuba pula digerakkan ke kanan, tapi...
Aaaarrrggghhh!!! Bergegar satu rumah Che Jah dengan jeritan Ika. Dia menangis lagi, lagi dan lagi.
Idlan garu kepala. Mati akal.
Che Jah kembali cemas. Lan, mak rasa kaki Ika seliuh ni. Mari kita bawa dia pergi klinik.
Bukan terseliuh, tapi macam patah. Kita bawa pergi hospital laa... kalau boleh diselamatkan lagi, doktor akan masukkan besi. Kalau tak boleh, mungkin doktor potong, usik Idlan. Sesekali dia curi-curi pandang wajah Ika. Jelas wajah itu mencuka.
Che Jah menolak bahu Idlan. Laju sungguh mulut tu. Dibuatnya kena potong betul-betul, Lan nak ganti balik kaki dia Marah Che Jah.
Lan gurau ajelah. Itu pun nak marah.
Dah, bawa aje Ika pergi klinik. Pandai buat anak dara orang jatuh, pandailah bertanggungjawab. Jatuh pula kat depan rumah kita. Kalau Ika balik rumah dengan kaki sakit macam tu, nanti apa kata Mak Wan dan Ayah Wan Kita nak jawab apa Bebelan Che Jah bersambung-sambung.
Telinga Idlan dah bingit. Okeylah. Kejap Lan nak tukar baju lain.
Kita kena tukar baju Ika. Basah kuyup tu. Baju Lan tak apalah. Che Jah tergeleng-geleng. Dalam saat-saat begini pun Idlan sempat pentingkan diri.
Idlan melopong. Kepala tak gatal digaru-garu
Takkan mak nak suruh saya yang buat Kalau tukar baju, dia nak pakai baju siapa Baju mak Baju saya Baju ayah Soal Idlan bertubi-tubi macam peluru berpandu.
Soal pakaian tak payah risau. Baju mak masa muda, masih ada dalam almari. Biar mak yang buat. Lan keluar.
Idlan mengikut arahan. Ditinggalkan ibunya menguruskan Ika. Gadis itu pula tidak membantah.