Zairis yang sedang menyemak akaun Instagram, terus terhenti. Pandangannya terarah kepada Irsyad Hakimi.
Kenapa
Kau check fanpage Opss Media. Irsyad Hakimi melabuhkan punggung di sofa. Wajahnya kelihatan serius.
Zairis segera membuka aplikasi Facebook. Fanpage Opss Media dicari. Terpapar saja apa yang dicari, dia scroll ke bawah sedikit.
Satu artikel dibaca. Artikel yang panas, yang mengaitkan namanya dengan Syakila!
Zairis Haikal, kini berdating sembunyi-sembunyi bersama kekasih gelap
Yang komen begitu ramai. Lebih dari dua ribu. Yang menyukai pula, terlalu banyak. Jenuh Zairis hendak membaca.
Sekarang kau faham kan, apa maksud aku
Zairis angkat wajah, lalu memandang Irsyad Hakimi.
Aku tak buat apa-apa pun
Tak, masalahnya kau sekarang ni. Semalam, kau buat apa dengan gadis tu malam-malam
Mana ada buat apa-apa
Kau tak tahu ke, pihak media memang dah ikut kau orang berdua dari butik lagi Sanggup berjaga malam, nak dapatkan berita panas ni. Aku malu, Ris. Aku kalau boleh, tak nak kau dikaitkan dengan gosip lagi. Cukup-cukuplah kau dikaitkan dengan aku, tegur Irsyad Hakimi. Sebagai seorang kawan dan pembantu peribadi, dia wajar menegur lelaki itu.
Dia orang dah salah faham. Aku cuma keluar makan dengan gadis itu. Lokasi tak jauh mana. Kat MC Donald aje. Takkan tu pun jadi isu
Ni yang kau silap. Kau tahu tak, yang nama kau tu sekarang tengah meningkat naik. Ada market, rupa paras jangan cakaplah. Pihak media memang tengah perhatikan apa yang kau buat. Kau nak buat apa bila benda dah tersebar macam ni
Biar ajelah. Aku dengan gadis tu bukan bercinta pun.
Bercinta ke tak, tapi tanggapan orang lain, bro!
Tak payah peduli. Malas nak fikir. Yang penting, aku tak buat perkara buruk. Hah, Sabtu depan majlis Anugerah Bintang Popular tu, kan Kau pergi tak
Aku pergilah. Tapi, aku duduk tempat lain. Tak kuasa aku nak duduk dengan kau. Tak pasal-pasal aku kena himpit nanti
Zairis tergelak mendengar kata-kata Irsyad Hakimi. Maksud kena himpit tu, sebenarnya boleh jadi kena himpit dengan peminat-peminatnya.
Dahlah, aku pergi dulu. Tu aje aku nak beritahu. Nanti kalau ada apa-apa photoshoot, aku Whatsapp kau. Okey
Okey. Kelibat Irsyad Hakimi mula menghilang di sebalik pejabat peribadinya.
SYAKILA termenung di balkoni. Masih terkenang perbualannya dengan Zainura pagi tadi. Kecoh habis kut gadis itu.
Syak, apa hubungan kau dengan Zairis Kenapa ada artikel kau dengan lelaki tu soal Zainura di ruang tamu.
Syakila terkejut dengan soalan direct daripada Zainura. Dia menghela nafas sebelum menghembusnya perlahan-lahan.
Tak ada apa-apalah. Yang kau baca tu kadangkadang belum tentu betul.
Tak ada apa-apa Sampai keluar pagi-pagi buta semalam, pergi MC Donald kau cakap tak ada apa-apa Kau jangan cakap kau ada hubungan dengan dia. Aku ni peminat setia Zairis! Menangis aku nanti kalau dia kepunyaan kau.
Relaks, biasalah tu gosip. Jangan ambil pedulilah.
Yalah. Weh Sabtu depan aku pergi majlis Anugerah
Bintang Popular tu. Kau nak ikut tak
Malaslah
Tak apalah kalau macam tu. Aku bukan apa, inilah majlis yang paling aku tunggu sekali. Dapat jumpa ramai artis, dan yang paling penting dapat jumpa Zairis! Boleh beramah mesra lama-lama. Susah betul nak berbual dengan dia.
Ohh. Hmm okeylah kalau macam tu. Syakila hanya mengiakan. Kang silap cakap sikit, syak macammacam pula.
BUNYI mesej masuk membuatkan lamunan Syakila terhenti begitu saja. Dia terus mengambil telefon pintarnya lalu membaca
mesej daripada Zairis.
Zairis: Dah balas email daripada TV3 Sabtu
depan majlis tu Syakila: Belum
Mesej masuk lagi.
Zairis: Apahal pulak
Syakila: Tak tahulah nak pergi ke tak
Zairis: Pergilah. Jangan nak mengada-ngada sangat, boleh tak Kau belum tengok aku marah, kan
Syakila: Kecik hati aku kau cakap macam tu. Nak paksa-paksa pula
Zairis: Kalau kau kecik hati, hati aku boleh masuk dalam hati kau. Kemudian, hati aku boleh besarkan hati kau. Jadi, hati kau tak keciklah Syakila: Pandai betul dia buat ayat hiperbola Zairis: Tak adalah pandai sangat. Kau pergi, ya
Syakila: Kenapa kau nak aku pergi
Zairis: Aku nak perbetulkan semuanya. Pasal gosip aku dengan kau dekat Opss Media baru keluar hari ni.
Syakila: Ohh
Zairis: Please...
Syakila: Insya-Allah.
Perbualan mesej hanya berakhir di situ. Syakila mula berfikir sendiri. Nak balas email TV3 ke tak Esok dia masuk kerja, mesti pelbagai soalan akan diajukan kepadanya. Kadang-kadang sampai penat nak jawab.