CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - 14
QAIREEN mencekak pinggang. Meliar matanya memerhati sekeliling bilik pejabatnya. Rasarasanya semuanya dah tersusun rapi. Kalut dia berkemas tadi. Hari ini Adwan ajak makan tengahari bersama-sama. Kalau tidak tak adalah dia nak rajin sangat buat semua benda ni.

Okay, done! Beg tangan miliknya dicapai. Dia menghayun kaki keluar dari situ.

Langkahnya mati di sebelah kaunter. Memerhati Amanda yang sedang sibuk melihat bil-bil yang bersusun di atas kaunter dihampiri.

Babe, aku nak keluar sekejap, beritahunya.

Amanda menoleh. Kening diangkat tinggi, Nak pergi mana

Adalah. Kau okey ke jaga seorang ni Qaireen main-mainkan keningnya.

Kan ramai ni. Amanda jegilkan mata. Tahu sangat perangai Qaireen yang suka menyakat. Bukan temannya itu tak nampak ada beberapa orang pekerja di situ yang membantu.

Manalah tahu tak okey. Muka kau tu kelat sangat. Dahi berkerut macam fikir masalah negara. Is everything okay Memang Qaireen perasan riak muka Amanda yang masam sejak si teman sampai ke kaf ini pagi tadi lagi. Dia nak bertanya, tapi takut masa yang tak sesuai.

Errr okey. Kenapa Aku nampak macam tak okey ke

Qaireen mengangguk. Dia harap sangat Amanda nak bercerita. Jika perlu ambil masa setengah hari, dia rela batalkan pertemuannya dengan Adwan.

Tak ada apa-apalah. Pergilah. Kata ada hal. Karang lambat pula. Amanda berdalih. Tak kuat untuk berkongsi rasa. Qaireen sudah tentu ada masalah sendiri.

Qaireen jongket bahu. Jika Amanda tak sudi, dia pun tidak mahu mendesak. Ikutkan hati memang dia nak bertanya lebih tetapi takut Amanda terasa hati.

Wajah Amanda direnung seketika. Baru nak buka mulut lagi, tapi perutnya berkeriut. Spontan tangannya melekap di situ. Takut bunyian yang dihasilkan terdengar oleh orang lain.

B a l i k n a n t i k i t a s t o r y - m o r y , e h Assalammualaikum, dia terus berlalu keluar tanpa menunggu jawapan balas Amanda.

Sesekali matanya mengintai waktu pada jam di dashboard. Risau dia terlewat sampai dari waktu yang dijanjikan. Laluan trafik ke Hotel Amazon tika ini boleh tahan sesak juga.

Sebelum keluar tadi Playboy Malaya a.k.a. playboy pencen dah ingatkan dia tentang janji temu mereka. Dia mengukir senyuman lebar. Adwan tak suka bila dia menggelar lelaki itu playboy pencen. Tapi kalau dipanggil Playboy Malaya tak pula dikata apa.

Alhamdulillah. Qaireen tarik nafas lega bila dah nampak bangunan Hotel Amazon. Kenderaannya diletakkan berdekatan pintu masuk hotel. Enjin dimatikan. Dia melangkah keluar.

Guess what

Terpusing tubuh Qaireen 180 darjah. Terkejut bila tiba-tiba sahaja disergah begitu. Pintu kenderaannya pun belum tertutup rapat. Menggeleng dia pada Adwan yang tersengih macam kerang busuk.

Adwan menunduk sedikit. Tangan didepa. Menyuruh Qaireen masuk ke dalam hotel.

Tak ada mood nak guess-guess. Qaireen kerling sekilas. Lebar-lebar dia melangkah. Perut dah berdondang dendang. Mood pun dah lari tune.

Alah tekalah, tekalah, rayu Adwan penuh berharap.

Hayunan kakinya dipaku. Qaireen merenung Adwan.

Encik Playboy Malaya ni. Memang tak sabar betul. Saya lapar cuma belum gila aje. Kita order dulu. Tunggu yang kita order sampai. Bagi saya rasa sikit yang kita order. Then, Ill guess. Deal Dia kenyit mata.

Qaireen terus mencicit laju masuk ke dalam Ocean Caf dan mencari tempat duduk. Takut tengok reaksi Adwan yang tiba-tiba membulatkan matanya.

Qaireen! Adwan mencekak pinggang. Geram. Lagilah bila telinganya menangkap tawa Qaireen. Tak tahu pula yang Qaireen boleh mejadi senakal ini sekarang. Asyik dia sahaja yang kena usik.

Awak duduk sekejap. Hari ni saya teringin nak makan hidangan buffet. Ala-carte dah biasa sangat. Boleh Qaireen kerdipkan mata laju-laju bila Adwan sudah menghampiri meja yang dia pilih.

Amboi, cara bercakap tu macam dah banyak kali pula makan kat sini! Adwan jegilkan mata. Menarik kerusi di sebelah Qaireen duduk.

Dengan awak baru dua kali tapi dengan Amanda

dah banyak kali. Kitakan gadis pingitan. Mana pernah orang tu nak pandang kita. Qaireen menyindir. Dia sudah berdiri. Bersedia untuk melihat hidangan buffet. Qaireen Adwan mengeluh. Mata menekur meja.

Alah nak touching pula. Tukar selera hari ini. Jomlah Qaireen mengajak.

Pergi mana Adwan panggung wajah sebelum sempat Qaireen mengorak langkah. Riak nakal terpeta pada wajahnya.

Sanalah, jari Qaireen menuding pada deretan makanan yang terhidang.

Ooo Adwan tersengih nakal.

Awak ingat nak pergi mana Terbuntang mata Qaireen. Reaksi Adwan membuatkan dia musykil.

Adwan fikir dia nak ajak lelaki ini ke mana

Atas. Bilik. Adwan senyum lebar.

Eh, saya ingat Allah lagilah. Tak sanggup nak seksa mak ayah saya dalam kubur tu, bahu Adwan ditepuk manja.

Qaireen terus berlalu. Dia menggeleng. Lelaki. Tak ada benda lain agaknya. Itu aje yang difikirkannya. Tak padan dengan nafsu yang satu, akal yang sembilan pun kalah.

Adwan ketawa. Dia main-main aje. Mahu menguji Qaireen. Peribadi gadis itu jelas sekali sejajar dengan luarannya. Sungguh! Dia akan ikat gadis itu menjadi yang halal buat dia.

Dia turut bangkit. Berjalan mendekati Qaireen. Sama-sama memilih makanan untuk santapan tengahari mereka.

DAdwan menyedut perlahan jus oren di AH boleh main guessing gamelah ni depannya. Mata tak lepas dari merenung Qaireen.

Ingat dah game over. Qaireen yang sedang meratah lauk ketam masak lada hitam tersengih.

Bersahaja dia makan mengikut caranya. Menggigit kulit keras ketam hingga tak sedar pipinya sudah terpalit sos itu. Dia tak perlu nak bergaya ala-ala Perempuan Melayu Terakhir.

Comot. Adwan membantu mengelap pipi Qaireen.

Qaireen tak menolak. Selagi masih berlapik dan selagi tidak mendatangkan syak dia tidak kisah. Dia kenal Adwan. Dulu lain sekarang lain. Namun terdetik sesuatu dalam hatinya. Dulu-dulu beginikah Adwan melayan teman tapi mesranya

Mesti seronok perempuan-perempuan yang berkawan dengan awak sebelum ni, kan Qaireen meletakkan ketam yang baru digigitnya ke atas pinggan.

Adwan yang baru menyuap nasi ke dalam mulut terkedu.

Sweet talker, caring. Qaireen jelaskan maksud kata-katanya tadi.

Dia mencapai gelas jus orennya. Mata merenung lelaki di depannya. Entah kenapa ada rasa cemburu yang terbit walau sebenarnya dia tak perlu berperasaan demikian.

Adwan membalas renungan berapi si dia.

Qaireen, that was my past. Zaman khilaf saya. Zaman saya suka bersuka ria. Maaf kalau saya terlebih ambil berat dan bermulut manis macam yang awak cakap, dia sambung kunyah nasi di dalam mulut.

Qaireen menggigit straw minumannya. Tahu dia tersilap. Tak sepatutnya dia timbulkan isu itu. Setiap orang punya sejarah silam. Dia sendiri pun ada. Siapalah kita untuk pertikaikan perancangan Dia untuk kehidupan hamba-hamba-Nya.

Sorry, mata tak berkalih memandang Adwan.

Percaya pada saya, Qaireen. Saya serius bila berkawan dengan awak. Tak ada niat untuk main-main. Hanya Allah yang tahu. Adwan kerdip sekali matanya. Berharap Qaireen tidak meragui diri dia.

Tadi kata nak suruh saya teka. Teka apa Qaireen mencapai seekor udang goreng mentega dan mengupas kulitnya. Malas nak cakap lagi pasal isu yang tak sengaja dia timbulkan.

Lari topik nampak Bibir Adwan herot ke tepi. Kedua-dua keningnya terangkat.

Mana ada lari. Topik tadi dah tamat. Kesimpulannya saya percayakan awak dan saya harap sangat awak tak persiakannya. Qaireen tersengih. Udang yang sudah dicicah sos cili disumbat ke dalam mulut.

Kenyang ke makan itu aje Tak nak ambil nasi Pelik Adwan dengan selera Qaireen. Nasi tak dimakan tapi meratah lauk dan sayur. Penuh satu pinggan pula tu.

Diet. Qaireen senyum. Pagi tadi dia dah ambil makanan berat. Pagi tadi dia dah makan nasi lemak. Jadi, tengah hari ini memang dia elak untuk mengambil nasi.

Adwan menggeleng. Perempuan. Tak habis dengan diet, diet, diet.

Cepatlah. Apa yang awak nak saya teka Qaireen bertanya lembut. Risau juga kalau-kalau mood Adwan berubah.

Kali ini betul-betul dah boleh teka Tak game over Adwan mengusik.

Perlahan-lahan Adwan menyumbat udang yang sudah dikopek kulitnya ke dalam mulut. Qaireen yang letak dalam pinggan dia tadi. Pandai betul Qaireen ambil hati dia.

Qaireen menggeleng laju. Nak menjawab tapi mulut dia penuh dengan makanan.

Ada orang datang rumah semalam. Bawa hajat. Adwan diam. Muka Qaireen dipandang. Nak tengok reaksi si dia.

Kunyahan Qaireen terhenti. Dia tegakkan badannya. Ritma jantung sudah berubah rentak. Hati dah mula rasa lain. Takkanlah ada orang meminang lelaki di depan dia ni.

Merisik Amanda.

Terdengar helaan nafas lega keluar dari mulut Qaireen. Adwan jongketkan sebelah keningnya.

Apa Qaireen turut buat perkara yang sama.

Awak tu, kenapa Risau ada orang masuk meminang saya ke Adwan menebak.

Takkanlah orang perempuan nak meminang lelaki, kan Qaireen berdalih. Kenapalah dia boleh bereaksi macam tu. Kan Adwan dah nampak. Buat malu aje.

Tak mustahil. Sayakan Playboy Malaya.

Poyo! Qaireen mencebik. Tapi kalau betullah ada orang masuk meminang Adwan memang dia akan meraung tak ingat dunialah. Berani betul perempuan tu potong jalan dia!

Adwan ketawa. Tahulah dia kedudukannya dalam hati gadis ini.

Amanda kan dengan Akid sekarang. Awak tak beritahu orang tua awak ke Adwan menggeleng.

Poor Amanda. Susah juga jadi anak orang kaya ni, kan. Semuanya kena ikut cakap mak ayah. Qaireen termenung.

Agaknya inilah penyebab wajah temannya itu monyok. Rupa-rupanya Amanda tengah berduka. Dia bakal menjadi tunangan orang dan yang pasti bukan Akid orangnya.

Saya belum habis cerita lagilah, sayang. Adwan tersenyum.

Tengok dari riak wajah Qaireen dia tahu gadis ini pasti berfikir yang bukan-bukan. Maklumlah adik diakan teman baik Qaireen. Sudah tentu Qaireen sedih mendengar khabar yang baru dia sampaikan.

Hesy, awak ni. Selagi belum lafaz akad. Tak maulah panggil sayang-sayang tu.

Kenapa tak boleh panggil macam tu Saya memang dah jatuh hati kat awak ni.

Hai, nasib badan. Kekasih hati Playboy Malaya yang memang sweet talker. Reda ajelah... Qaireen pura-pura mengeluh sebelum tawa menghiasi bibirnya.

Adwan ketap gigi. Bukan main lagi si dia ni. Dalam diam Qaireen asyik bahankan dia aje. Dia berdehem,

Enough. Now back to my story.

Hmmm

Tawa Qaireen turut terhenti. Sambil memberi perhatian pada sambungan cerita Adwan dia mencubit sedikit ikan siakap stim limau di depannya.

Orang tua Akid yang masuk meminang. Amanda tak tahu.

Tersedak Qaireen. Rasa macam duri ikan tersangkut dikerongkongnya. Kalut dia mencapai gelas berisi air suam. Diteguknya laju.

Seriously Orang tua awak dengan orang tua Akid tahu ke pasal mereka berdua Qaireen bertanya selepas berasa selesa rasa perit itu hilang. Berdebar hatinya menanti cerita selanjutnya.

Nope. Amanda dengan Akid pun tak tahu pasal hal ni. Janji dengan saya, Qaireen. Jangan beritahu Amanda. Keep it as secret, pinta Adwan.

Qaireen terkebil-kebil. Kenapa dia nampak macam ada tanduk tumbuh atas kepala Adwan Ini hal masa depan Akid dan Amanda. Bukan hal yang boleh dibuat gurauan.

Tak nampak macam kejam ke Dia bertanya lagi. Kali ini jemarinya mencapai ketam pula. Perlahanlahan digigitnya.

Adwan menggeleng, Taklah. Surprise sikit. Ni kenapa makan macam budak-budak Comotlah, sayang. Tak payah makanlah lagi ketam ni. Dia tarik ketam dari tangan Qaireen. Napkin di ribanya diambil. Dengan gerakan perlahan dia mengelap pipi Qaireen. Kiri dan kanan.

My favourite. Qaireen dah muncung mulut sedepa.

Okey, okey. Saya keluarkan isi dia. Lepas tu baru awak makan. Adwan mengalah. Kalau itu yang boleh menggembirakan Qaireen dia dengan rela hati melakukannya untuk si dia.

Napkin diletakkan semula di ribanya. Berhatihati dia mengeluarkan isi ketam dan kemudiannya diletakkan ke dalam pinggan Qaireen.

Qaireen terpaku. Rahangnya rasa macam nak jatuh mencecah lantai. Mana mungkin dia menolak lelaki di depan dia ini. Hati dah cair secair-cairnya. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk dia dan Adwan.