Bibir kuketap dan mataku sesekali tepat memandang wajah Mukhriz, Faiz dan Damia.
Kakak, bagi peluang Faiz nak jelaskan dulu. Dan jangan salahkan Kak Sha. Semua ni kami rancang berempat dan bukan rancangan Kak Sha seorang. Mukhriz menyelamatkan keadaan kekok kami berlima.
Saya tak nak dengar apa-apa penjelasan dari awak. Dua kali saya nampak awak dengan perempuan ni. Kali pertama, makan dekat restoran, tapi saya boleh maafkan. Kali kedua, awak pegang pinggang dia. Yang tu dah melampau sangat. Dengan agak kasar Munirah membangkitkan kembali isu itu. Dia bangun dan matanya tepat merenung Faiz dan Damia silih berganti.
Semua tu salah faham. Tolong bagi peluang pada saya dan Damia untuk jelaskan semua ni. Awak akan terkejut bila awak tahu hakikatnya. Faiz kedengaran tegas. Mungkin sabarnya semakin tergugat dek kedegilan cik tunang sendiri.
Terkejut sebab awak dengan dia ni memang ada hubungan Munirah masih belum puas hati.
Mun, janganlah macam ni. Aku beranikan diri untuk campur tangan. Lengan Munirah kupaut lembut. Jangan buat keputusan terburu-buru yang akan buat kau menyesal di kemudian hari. Aku dah tahu hakikatnya, tapi Faiz nak jelaskan sendiri pada kau. Faiz terlalu sayangkan kau. Macam nak gila dia cari kau masa kau hilang dan kau kena hargai dia.
Sekarang pun kau nak menangkan dia juga Munirah menyoal laju.
Aku bukan nak menangkan Faiz. Aku cuma nak menangkan kebenaran. Kau cuba bertenang dan dengar. Aku dengan Riz tunggu dekat sana. Selembut mungkin aku memujuk. Renunganku tepat ke mata Munirah dan akhirnya dia kalah.
Anggukan Munirah mengundang legaku. Aiskrim di tangan Munirah kuambil dan aku buat isyarat mata pada Mukhriz agar kami memberi ruang pada Munirah, Faiz dan Damia untuk berbicara.
Minta-mintalah hal ni selesai petang ni juga kak. Tak larat dah saya nak fikir. Mukhriz mulakan bicara setelah kami duduk di kerusi bermeja.
Insya-Allah Riz. Pandailah Faiz nak memujuk. Ni, tolong makan aiskrim kakak Riz ni. Dah nak cair dah. Sempat aku hulurkan Cornetto perisa Vanilla yang semakin cair.
Mukhriz terus ambil dan suakan ke mulutnya. Aku pula membuka pembalut aiskrimku dan duduk bertentangan dengan Mukhriz . Kadang-kadang mata mencuri pandang Munirah, Faiz dan Damia yang berada kira-kira 10 meter dari kami.
Berdasarkan apa yang Mukhriz maklumkan padaku ketika di Coffee Planet tempoh hari, semua yang berlaku hanyalah salah faham Munirah. Memang Faiz dan Damia ada makan di restoran, tapi hanya untuk membincangkan hal berkaitan Munirah. Kemudian kisah Faiz pegang pinggang Damia pula sebenarnya kerana Damia hampir jatuh jadi Faiz hanya membantu. Waktu itu ditakdirkan Faiz terserempak dengan Damia di hadapan lot kedai.
Lagi pula, mustahil Faiz dan Damia punya hubungan kerana Damia sendiri sudah bertunang. Hakikatnya ialah Damia merupakan event planner yang diupah untuk menjayakan kejutan majlis hari lahir Munirah. Sengaja Faiz ingin buat besar-besaran kerana pada malam itu juga Faiz akan melamar Munirah.
Walaupun mereka sudah setahun bertunang, namun tarikh perkahwinan masih belum ditetapkan. Jadi Insya-Allah, malam itu akan menjadi penentu kepada tarikh perkahwinan mereka. Tetapi, lain pula yang jadi. Nampak gayanya kejutan bukan lagi kejutan kerana petang ini Faiz akan menjelaskan segala-galanya. Kurang dua minggu lagi ulangtahun kelahiran Munirah.
Kak Sha, jauhnya termenung. Teguran Mukhriz mematikan lamunanku yang agak panjang.
Tak adalah. Fikir pasal kakak Riz tu lah. Riz lepas ni balik bengkel ke tak Sengaja aku lari dari topik Munirah.
Baliklah kak. Dah berapa hari saya tutup bengkel sebab kakak kesayangan saya tu. Bisnes tak jalan, tak masyuklah poket saya ni.
Aku tergelak kecil mendengar penerangan Mukhriz, Kuat sangat kerja ni, ke tengah kumpul duit nak kahwin. Sengaja aku mengusik Mukhriz.
Ish, mana adalah Kak Sha. Siapalah yang nak dekat saya ni. Asyik comot dengan minyak hitam aje. Kata-kata Mukhriz diselangi dengan tawa kecilnya.
Aku ikut ketawa tetapi lebih kuat dari Mukhriz.
Riz yang memilih kut. Lagi usikan dariku.
Pandai aje akak ni. Akak tak ada calon ke untuk saya Suara Mukhriz kedengaran sedikit nakal ketika menyoal itu.
Amboi, gatal juga rupanya adik Munirah ini. Sebelum ini aku tidaklah rapat sangat dengannya. Tetapi disebabkan peristiwa Munirah hilang kami jadi rapat kerana sering berhubung dan berbincang.
Housemate akak seorang dah ada boyfriend, seorang lagi dah bertunang jadi tak adalah nampak gayanya.
Senang-senang Kak Sha ajelah yang jadi girlfriend saya. Spontan aku tergelak mendengarkan kata-kata Mukhriz.
Haaa yang itu kelakar. Siap dengan gelengan aku berikan Mukhriz.
Kak Sha ni jenis yang payah juga dengan lelaki ya Kalau saya ada abang, mesti saya dah pinang jadi kakak ipar saya. Makin nakal Mukhriz mengusik.
Haaa yang itu berganda-ganda kelakar. Mainmain pula dia. Eh, aiskrim akak ni dah nak cair habis. Tolonglah makan. Hai, lama lagi ke kakak Riz tu nak bagi maaf dekat Encik Tunang dia Aku sempat lemparkan pandangan pada Munirah, Faiz dan Damia setelah aiskrimku dihulurkan pada Mukhriz.
Kelihatan Damia duduk di bangku manakala Munirah dan Faiz pula berdiri menghadap tasik. Wajah Munirah masih tegang. Nampak macam lambat lagi perbincangan mereka akan tamat, atau mungkin juga akan ditangguhkan pula. Aku dan Mukhriz terus menanti dengan sabar.
AIR paip kubiarkan mengalir perlahan ketika aku menyabun pinggan. Senyuman tidak lekang di bibir. Lega kerana masalah Munirah dan Faiz telah selesai. Hampir ke jam 7 malam tadi barulah aku sampai ke rumah.
Satu persatu masalah yang melanda telah selesai. Mujur ianya tidak berpanjangan. Jika tidak, memang gawatlah jawabnya. Petang tadi Munirah terus pulang dengan Faiz. Keretanya tinggal di perkarangan syarikat kerana aku ajak Munirah naik sekali denganku untuk ke tasik. Esok pagi pula pastinya tunang kesayangan yang akan menghantar Munirah ke pejabat. Untunglah orang ada tunang. Tetapi yang tak untungnya bila berperang.
Sha. Panggilan Kak Zila mencuri perhatianku. Terus kepala kukalih ke kanan.
Bekas ni akak letak dalam kabinet ya Nanti bila nak pulangkan pada Mak Cik Ruqayyah, Sha ambil kat sini. Jangan lupa tempat pula, beritahu Kak Zila sambil membuka salah satu pintu kabinet dapur. Kelihatan bekas puding jagung di tangannya. Serentak itu aku teringat sesuatu.
Sha naik atas dulu. Usai meluahkan aku terus berlari anak keluar dari dapur.
Ya Allah, Sha tak payahlah berlari bagai macam tu! Kedengaran jeritan kecil Kak Zila namun aku tidak mengendahkannya.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Galaxy A di atas meja sisi katil kucapai. Nombor Mak Cik Ruqayyah terus kucari dan butang call kusentuh. Panggilan tidak berjawab pula. Mungkin sedang sibuk mengemas sebelum berangkat ke Tanah Suci tengahari esok.
Aku pun satu hal, boleh pula lupa tentang hal ini. Maklumlah fikiran asyik pada hal Munirah. Sepatutnya awal-awal tadi lagi aku menelefon Mak Cik Ruqayyah. Tapi, yalah, sudah lupa apa boleh buat.
Kak Sha, Miza nak minta tolong boleh Soalan Miza benar-benar mengejutkanku.
Mujur juga Galaxy A tidak terpelanting dari tangan. Entah bila Miza terpacak di pintu bilikku.
Tolong apa sayang Aku tersenyum manis.
Miza nak beli tiket flight secara online tapi tak reti. Akak tolong belikan untuk Miza boleh Miza dah buka website dia dekat dalam laptop. Wajah Miza sedikit sugul.
Ketika makan malam tadi Miza sudah nyatakan hasrat untuk bercuti ke Sabah dengan kawan-
kawannya. Yang lain sudah membeli tiket dari awal dan Miza pula lambat buat keputusan. Katanya bimbang duit gaji tidak mencukupi tetapi alang-alang hari ini ada promosi harga jadi cepat-cepat Miza ingin merebut peluang itu.
Oh, perkara kecil aje tu. Jom. Tanpa perlu berfikir panjang, aku terus menarik tangan Miza.
Selesai menolong Miza, aku terus kembali ke bilik. Jam sudah ke angka sepuluh malam. Terkejut apabila tertera misscall dari Mak Cik Ruqayyah di skrin telefon.
Ada SMS juga darinya.
Mak Cik Ruqayyah:
Assalamualaikum Aliya, maaf mak cik ke tandas masa Aliya call. Fitri bagitahu ada call dari Aliya, tapi dia segan nak tolong angkatkan.
Spontan terhenti kerdipan mataku saat nama Fitri dibaca. Teringat apa yang berlaku antaraku dan Niel. Pastinya Niel bukan segan untuk menjawab panggilanku, tetapi dia masih marah atau merajuk atau kecil hati. Haih, biarkan sahaja budak kecil itu. Yang penting sekarang Mak Cik Ruqayyah dan Inayah. Tapi, macam dah terlalu lewat untuk menelefon Mak Cik Ruqayyah.
Aliya Shaqina:
Waalaikumussalam mak cik, tak apa. Aliya nak sampaikan salam selamat jalan sebab tu call. Rasa tak puas jumpa mak cik dengan Inayah tempoh hari. Insya-Allah, moga semuanya berjalan lancar di sana. Jangan lupakan Aliya ya.
Akhirnya hanya SMS yang kuhantar. Tidak dilupakan smiley senyuman lebar. Moga hasrat hati dan kasih sayangku pada Mak Cik Ruqayyah yang kian mekar dapat disampaikan melalui SMS ini.
AMBOI, sedapnya lauk bekal orang tu. Riuh Munirah menegur aku yang baru membuka
penutup tupperware. Ingatkan sudah turun ke lobi, rupa-rupanya sibuk mengintai orang di pantri.
Cepatlah turun, nanti Encik Tunang merajuk pula, balasku dengan mulut yang dimuncungkan sedikit.
Eleh, kau sengaja bawa bekal sebab tak nak makan tengahari dengan aku, kan Munirah tarik muncung juga.
Eh, patutnya bersyukur aku bagi peluang kau makan berdua dengan Faiz tahu. Tapi, bawa bekal ni sebenarnya sebab tak nak membazir. Semalam Kak Zila dengan Miza masak banyak sangat, sayanglah nak buang. Kalau simpan dalam fridge pun sah-sah malam nanti kita orang tak makan dah, bebelku.
Yalah cik kak oi. Okeylah, aku turun dulu. Enjoy your meal. Bye. Munirah sempat menghadiahkan flying kiss padaku.
Aku hanya mampu gelengkan kepala. Kemudian perhatianku kembali pada gulai lemak sardin dan nasi putih. Baru sahaja hendak menyua sesudu nasi ke mulut aku ditegur lagi.
Tak keluar lagi hari ni Macam kenal sahaja suara itu. Aku mendongak seraya dengan mulut yang kembali ditutup.
Ya, Encik Fitri. Aku senyum paksa. Paksa yang agak lebar. Andai ikutkan hati memang kurang berkenan dengan kehadiran anak big boss ini, tetapi aku cuba menerimanya kerana Munirah.
Boleh saya join
Aku agak kaget dengan soalannya.
Eh, saya makan ikan sardin aje, Encik. Seganlah nak kongsi. Encik pergilah makan dekat luar dengan orang lain. Jujur luahanku.
Jangan risau, saya pun bawa bekal. Fitri alihkan tangan yang dari tadi disorok di belakang. Kelihatan plastik Secret Recipe.
Tetapi, muastahil kami hendak makan berdua sahaja. Apa pula kata orang lain nanti. Bimbang mengundang fitnah.
Kalau macam tu Encik makanlah dekat sini, saya makan dekat meja saya di luar. Tupperware sudah kuangkat dan kerusi juga sudah kutolak.
Awak takut nak makan dengan saya Jangan risau, saya tak makan oranglah. Kata-kata Fitri diiringi dengan tawa kecilnya.
Namun, aku kaku tidak ketawa mahupun senyum.
Boleh pula buat main-main.
Atau awak takut orang lain salah faham Pandai pula Fitri teka.
Tahu tak apa. Lancar aku membalas. Terlepas brek mulut. Fitri ketawa lagi.
Apa salahnya kalau orang salah faham. Ayat Fitri membuatkan mataku membulat. Lain macam sangat bunyi ayatnya.
Lagi satu yang lain macam ialah kekerapan Fitri datang ke sini. Biasanya paling tidak seminggu sekali sahaja batang hidungnya muncul di sini dan selalunya atas urusan kerja atau ingin berjumpa dengan ayahnya.
Tetapi, sejak akhir-akhir ini macam-macam alasannya sengaja ingin berjumpa denganku. Bukannya aku hendak perasan, tetapi sudah terang lagi bersuluh muslihatnya itu.
Jangan risaulah. Itu kat luar ada Nisa. Saya sempat bertegur-sapa dengan dia tadi. Katanya puasa sunat hari ni, sebab tu tak keluar.
Terangguk-angguk aku mendengar penerangan Fitri. Aku sempat menoleh ke luar dan menerusi cermin pantri yang sedikit gelap aku dapat melihat Nisa sedang melambaiku. Aku balas juga dengan lambaian.
Walaupun cermin ni tinted, tapi aras tinted masih rendah dan Nisa pun boleh nampaklah apa yang kita buat dekat sini. Tak ada peluangnya saya nak dekat dengan awak. Makin nakal pula ayat Fitri.
Sebenarnya aku lebih selesa dengan Fitri yang dahulu. Yang sedikit malu-malu dan lebih bersopan. Lelaki memang aneh ya, boleh bertukar-tukar sifat dalam waktu yang singkat. Dasar sesumpah.
Aku akhirnya mengangguk sambil tersenyum nipis. Tupperware kuletak ke atas meja semula dan aku sambung niatku untuk makan. Bimbang andai dilayan Fitri, mahu sampai jam dua nanti sardin belum selamat masuk dalam perut.
Sebenarnya saya belikan nasi goreng ni untuk awak sebab takut awak tak keluar makan macam hari tu. Tapi, awak bawa bekal pula, so saya ajelah yang makan nampak gayanya. Cuma, kek ni saya nak awak makan boleh Panjang sekali penerangan Fitri.
Aku hanya mampu mendengar tanpa berkelip. Kotak mengandungi sepotong kek Crme Brulee yang memang kegemaranku sudah dibuka.
Makan aje Encik. Lagipun dah beli, rugi kalau tak dimakan. Kek ni kita makan sama-sama ya. Kalau saya makan seorang tak habis. Terima kasih banyakbanyak, ucapku selembut mungkin.
Cair sedikit hatiku melihatkan Crme brulee. Tahutahu pula Fitri tentang kegemaranku ini. Keharuman nasi goreng Secret Recipe menyinggah sejenak hidung. Kami kembali senyap dan fokus dengan makanan masing-masing.
Hai, Encik Fitri. Boleh kami join makan Kedengaran suara diikuti oleh bunyi seretan kerusi yang ditarik.
Aku mendongak dan kelihatan dua orang rakan sepejabatku, Zira dan Safira yang telah selamat duduk. Zira di sebelah Fitri dan Safira di sebelahku. Lega kerana mereka muncul. Tidaklah kekok sangat situasi aku dan Fitri nanti.
Kami pergi restoran makanan berlauk dekat tepi 7E tu. Ramai sangat orang sampai tak ada meja kosong. Itu yang tapau aje. Tak sangka boleh jumpa Encik Fitri dekat sini. Safira ramah berbual.
Oh. Pendek sekali jawapan Fitri diselangi tawa kecil yang kedengaran sengaja dibuat.
Encik Fitri dah lama sampai Giliran Zira menyoal.
Baru lagi. Baru nak makan.
Jauhnya datang sini semata-mata nak makan dekat pantri. Atau Encik Fitri cari Datuk Safira mula mengorek jawapan.
Tak, sebenarnya saya nak makan dengan A..
Ayah Encik Fitri Maksudnya Datuklah. Tapi, Datuk tak ada, jadi Encik Fitri singgah makan dekat pantri kita. Cepat-cepat aku cantas ayat Fitri. Bimbang terlepas pula Aliya Shaqina di depan Zira dan Safira.
Mengundang syak wasangka pula nanti.
Oh, tahu-tahu aje akak ya.
Tadi sempat berbual pendek. Jomlah kita makan ya, nanti tak sempat pula nak kejar lunch hour dan solat zuhur. Aku terus beri jawapan selamat dan kembali khusyuk dengan nasi putih berlaukkan sardin masak lemak.
Zira dan Safira pula sambung berbual dengan Fitri dan aku malas hendak masuk campur. Kek juga dihabiskan oleh mereka berdua. Hilang seleraku untuk makan. Nantilah, habis kerja aku akan singgah di Secret Recipe untuk beli sendiri. Bimbang kempunan pula.
MAMA! Aku terjerit kecil. Spontan kaki mengundur setapak ke belakang. Dadaku urut.
Ya Allah. Saya buat awak terkejut ke Fitri kedengaran kaget.
Agaklah juga. Tiba-tiba muncul kotak kek depan mata mestilah terkejut. Aku cuba mengawal nada geramku. Yalah, elok sahaja baru hendak capai pintu kereta, terus muncul kotak kecil kek Secret Recipe.
Crme brulee untuk awak. Tengahari tadi awak langsung tak makan jadi petang ni saya bawakan ganti.
Encik Fitri ni janganlah susahkan diri untuk saya. Segan saya dibuatnya. Rasa bersalah pun ada. Kali ini aku benar-benar jujur. Macam tiada kerja lain pula Fitri ini walhal sibuk yang teramat.
Kalau awak tak nak rasa bersalah, awak kena ambil kek ni. Fitri seakan memujuk dengan senyumannya yang semanis tebu.
Okey, terima kasih banyak-banyak Encik Fitri. Tak tahu macam mana nak balas jasa Encik. Senyumanku terukir jua.
Jasa saya tak besar mana pun, tapi kalau awak nak balas ada satu aje caranya. Fitri merenungku dengan senyuman yang sedikit pelik. Senyuman kuganti dengan kerutan dahi.
Stop calling me Encik. Fitri should be better. Suara Fitri kedengaran sedikit menggoda atau lebih tepat sebenarnya sedang mengayatku.
Oh, yang tu saya tak mampu tunaikan. Tapi, kalau belanja Encik Fitri makan rasanya lebih mudah. Alamak aku terlepas cakap. Hendak tarik balik, memang sudah terlambat.
Okey, saya pegang kata-kata awak tu. Kata-kata balas dari Fitri benar-benar membuatkan jantung hatiku tidak senang duduk. Haih! Ini semua salah mulut sendiri yang tak ada filter.
Tak tahu kenapa, tapi saya perasan dalam dua tiga hari ni awak layan saya lebih baik dari sebelum ni. Jujurnya saya gembira, sambung Fitri berserta senyuman lebar. Nampaknya dia juga perasan akan perubahan layananku terhadapnya.
Sebab saya terhutang budi dengan pertolongan Encik pada Mun. Lagi sekali aku terlepas cakap. Bimbang pula nanti Fitri kecil hati. Nanti dia fikir aku buat baik padanya bersebab dan bukan kerana ikhlas.
Fitri terdiam beberapa saat dengan wajah yang sedikit bingung. Rasanya dia sedang fikir samada hendak kecil hati atau tidak. Namun terkejut juga aku apabila dia tiba-tiba ketawa perlahan. Biul pula dah agaknya
Walau apa pun, saya tetap gembira dengan perubahan awak. Kata-kata Fitri mengundang tawa kecilku.
Ingatkan apalah tadi. Kotak Secret Recipe sekali lagi dihulurkan dan aku mengambilnya.
Saya balik dulu ya, Encik. Assalamualaikum. Dengan sopan aku meminta diri. Dapat kek, terus balik. Elok sangatlah perangai Aliya Shaqina. Tapi, lebih elok dari terus berbual dengan Fitri di tempat letak kereta ini.
Waalaikumussalam, balas Fitri sambil berganjak ke belakang beberapa tapak. Memberi laluan untuk Iriz hijauku keluar dari tapak letak kereta.
HARI Jumaat seperti biasa waktu rehat agak panjang berbanding hari biasa. Jadi, aku dan Munirah ambil peluang ke mall berhampiran. Niat di hati hendak makan tengahari sekaligus dengan shopping. Kami pilih untuk makan di Kenny Rogers Roaster terlebih dahulu. Maklumlah perut masingmasing pun sudah berdendang sayang.
Sha, aku peliklah tengok kau ni. Munirah tibatiba menyoal setelah menghirup caramel latte.
Apa yang peliknya pula Soalku dengan kening yang sedikit terangkat. Milk tea sempat kuhirup sebelum memandang Munirah semula.
Kenapa tiba-tiba mood kau nampak baik dengan Encik Fitri Selama ni kau macam acuh tak acuh aje. Tapi, dalam dua tiga hari ni elok sangat pula aku tengok. Takkan dah terfall in love akhirnya Nada suara Munirah kedengaran curiga. Renungannya tepat ke anak mataku.
Aku tergelak kecil sebelum menjawab.
Aku layan dia elok sebab aku rasa terhutang budi dengan dia. Sengaja aku tekankan perkataan budi. Rasanya Munirah akan mampu menangkap maksudku.
Eh, selama aku hilang dua hari tu ada apaapa yang jadi ke dekat kau Sebaliknya Munirah menyoalku balik. Lenganku dicapainya. Wajahnya serius benar. Jari telunjukku mula menggaru dahi. Apa pula dekat aku Dekat kaulah. Aku bersyukur sangat dia berjaya pujuk bestfriend aku ni balik. Walaupun aku tak tahu cara apa yang dia guna. Mungkin dia upah spy atau dia sendiri yang pergi cari kau sampai jumpa. Tak pun dia terserempak dengan kau. Yalah, kau kan sampai sekarang tak sempat nak cerita detail dekat aku. Asyik postpone aje. Nak selesaikan masalah kau dengan Faiz lagi. Aku mula membebel siap dengan tangan yang terawang-awang.
Hello, apa benda yang kau merapu ni Bila pula dia pujuk aku Makin pelik aku dengan kata-kata Munirah.
Kau cakap dekat aku, Fitri yang pujuk kau, kan Wajahku kini berkerut. Macam ada yang tidak kena.
Kau ni apa hal pula sampaikan nama adik angkat sendiri pun tak boleh nak tangkap. Selamba Munirah memberitahu dengan kepala yang digeleng. Aku pula hampir lima saat ternganga.
What Mak sud kau, bu kan Encik Fitri Dengan suara yang tersekat-sekat aku menyoal.
Bukanlah. Kalau ya dia, mestilah aku cakap Encik Fitri. Tapi, aku cakap Fitri kan Takkanlah aku sengaja pula nak cicirkan Encik tu.
Hakikat yang terluah di bibir Munirah benarbenar membuatku sesak dada. Aku bagaikan terkena renjatan eletrik saat ini.