MY DARLING ANGEL - 14
LYN meletakkan handphonenya di atas meja. Dia dan Lisa yang baru pulang daripada rumah

Pak Long mereka sedang bersantai menikmati pemandangan malam hari di luar rumah.

Kak Lisa dah bercakap dengan El ke Adik tengok tadi El macam dah okey sikit sebelum dia mengamuk. Dah boleh bergelak sakan, tak macam dulu. Nak tengok dia senyum pun susah, macam plastik je, aju Lyn kepada Lisa.

Dah. Akak dah bercakap dengan El siang tadi. Akak dah nasihatkan dia. Dia tak boleh berterusan macam tu. Tu ha, Haziq tu pun perlukan kasih sayang dan perhatian. Alhamdulillahlah El boleh terima apa yang Akak nasihatkan dia tadi walaupun pada mulanya dia macam enggan nak terima, jawab Lisa.

Kiranya El dah okeylah ni Lyn bukannya apa, risaulah tengok dia, lagi-lagi kalau dia bersendirian duduk termenung, murung je. Takut dia terkena penyakit kemurungan pula. Tak pun penyakit mental.

Ish, apa cakap macam tu. Mengarut kau ni dik. Insya-Allah, El dah okey tu. Kita kena selalu berada dengan dia. Kena bagi dia lupa kejadian yang negatif.

Dah kak... selama ni kalau adik, Pak Long, Mak Long pujuk dia langsung tak nak dengar. Dia dalam dunia dia sendiri je.

El tu tak boleh nak bersendirian sebab dia masih belum cukup kuat nak lupakan apa yang berlaku. Kita senanglah cakap, tapi orang yang alami tu... berat. Memang sulit untuk dia lupakan lebih-lebih lagi perkara tu berlaku di depan mata dia. Kalau kita yang kena pun kita akan rasa sama macam El, mungkin lebih teruk daripada El sebab tu kita kena banyak bersabar, kena rajin main psikologi. Tapi, dalam masa yang sama kita kena tarik dia balik ke dunia realiti. Bak kata pepatah, nak tarik rambut dalam tepung kena perlahan-lahan supaya rambut tak putus dan tepung pun tak berselerakan.

Insya-Allah kak. Moga-moga El dapat terus kuat dan tabah nak besarkan Haziq sebab cabarannya memang hebat. jawab Lyn sambil mengganguk.

Maaflah, akak memang tak galakkan El jaga Haziq sebab jiwa dia rapuh. Haziq tu anak arwah dan wajah Haziq tu serupa macam arwah. Akak sendiri kaget bila jumpa dengan Haziq petang tadi. Sama sangat.

Tau tak pe. Memang sebijik Haziq dengan arwah Kak Fira.

Jadi kita tak boleh nak salahkan Elzaara kalau dia masih belum kuat untuk terima semua hakikat pahit tu.

Sebab tu akak usulkan supaya Pak Long kahwinkan El Semua tu untuk alihkan perhatian El Macam tu ke maksud akak tadi

Lisa mengangguk. Ya, kalau dah kahwin mesti nak fikirkan anak-anak dengan suami, nak fikirkan hal rumah tangga. Mesti tak ada masa nak fikirkan hal lain. Jadi, soal Haziq tu serahkan je pada Pak Long dan Mak Long, pandailah mereka nak uruskan cucu mereka tu. Haziq tu sebenarnya bukan tanggungjawab El. Tapi, Pak Long dan Mak Long faham keadaan El yang terkilan sebab tak dapat jumpa arwah buat kali terakhir sebab tu mereka biarkan El jaga Haziq. Lyn diam dengan wajah berkerut.

Lisa menyambung bicaranya, Mungkin kalau El kahwin dia boleh ubat rasa sedih dan rindu dia dekat arwah. Memang kita semua rindu juga dengan arwah, tapi yelah hidup kita ni kena diteruskan juga kalau tak sia-sia jelah kita hidup. Masa terbuang macam tu je.

Lyn terangguk-angguk kepala mengiakan kata-katakakaknya. Lisa memang pandai dalam memberikan nasihat dan bermain dengan psikologi seseorang. Mungkin sebab itu jugalah Pak Long dan Mak Longnya menaruh harapan yang tinggi kepada kakaknya untuk menasihati Elzaara yang kini jiwanya sudah separuh mati.

Lisa dan Lyn yang sedang melepak di luar rumah sambil menikmati kedinginan malam tiba-tiba menoleh apabila Puan Rahimah memanggil nama Lisa. Di tangan Puan Rahimah kelihatan handphone yang sedang berdering lalu dihulurkan kepada Lisa.

Nah, ni ada panggilan untuk Lisa. Dah beberapa kali berbunyi, tapi tak ada orang angkat. Mak nak angkat tadi, tapi rasa macam tak manis pula. Takut ada urgent call je, lapor Puan Rahimah.

Terima kasih, Mak.

Lisa mencapai handphone yang dihulurkan oleh emaknya dan menjawab panggilan yang sudah menjerit buat sekian kalinya. kaki Lisa laju menuju ke arah buaian yang berhampiran dengan air pancut emaknya.

Puan Rahimah pula melabuhkan punggungnya di kerusi yang baru sahaja dikosongkan oleh Lisa sebentar tadi, Hah, ni apa pula termenungnya ni. Teringatkan buah hati ke apa. Tegur Puan Rahimah.

Ish, tak adalah Mak. Adik mana ada buah hati. Kalau buah fikiran adik adalah. Yang dah ada buah hati tu, Akak. Adik ni sebenarnya baru je nak berangan dapat kahwin dengan anak raja tapi Mak pula dah kacau daun, seloroh Lyn.

Amboi, gatalnya anak dara Mak ni. Dah sampai seru nak kahwin ke dik Kalau nak kahwin sangat pun janganlah sampai berangan nak kahwin dengan anak raja. Anak raja mana yang kenal adik Puan Rahimah galak mengusik anak bongsunya.

Amboi, dari jauh pun boleh dengar gelak tawa. Nak kahwin ni dah ada calon ke, dik Beria-ria bagai ni... Perli Lisa.

Lisa yang tadinya sedang bergayut di telefon kini sudah kembali menyertai adik dan emaknya di halaman rumah. Dia menarik sebuah kerusi dan meneguk baki air milonya yang kini sudah sejuk.

Hai buah hati call ke Akak Berseri-seri wajah tu adik tengok. Untungnyalah hai orang tu ada buah hati, kan mak... ejek Lyn.

Aah! Kenapa Jealous ke Lisa menjelirkan lidahnya ke arah Lyn.

Aii, tadi yang Akak tengok dok mesej-mesej tu bukan mesej dengan pakwe ke

La, tu tadi El lah Kak. Dia ajak jumpa dekat McD esok. Adik mana ada pakwe. Kalau Akak nak rekomenkan seorang dekat adik bolehlah.

Oh! Bibir Lisa membentuk seperti huruf O.

Tapikan Mak, tak lama lagi Mak dapat menantulah jawabnya. Tak sabar rasanya nak makan nasi minyak Kak Lisa. Cepat sikit adik dapat anak buah, Mak pun dapat cucu. Lyn masih lagi membahaskan soal buah hati Lisa. Lyn yang begitu teruja menepuk meja sehingga mug tergolek di atas meja.

Ya Allah, bertuah punya budak. Habis tergolek gelas tu. Nasib baik tak ada air. Ni kalau Mak Mertua tengok adik macam ni, confirm kena reject. Cubalah bersopan sikit adik oii... Puan Rahimah sengaja menyakat Lyn.

Lisa sudah tergelak besar mendengar lawak emaknya yang sedang menyakat Lyn. Puan Rahimah hanya tersengih-sengih.

Alah Mak, bukan Mak Mertua adiklah tapi Mak Mertua Akak ni. Dia kan dah ada buah hati. Adik ni calon pun tak ada macam manalah nak ada Mak Mertua. Kalau Raja Kapoor tu nakkan adik, barulah adik ada Mak Mertua...

Erm, tulah excited sangat, Mak sendiri pun tak cakap apa-apa lagi. Padan muka kan dah kena sembur dengan Mak. Akak ni baru nak kerjalah. Tapi, kalau kalau adik dah gatal merenyam nak kahwin juga, Akak tak kisah bagi laluan dekat adik dulu. Boleh adik dulu bagi cucu dekat emak, giliran Lisa mengenakan Lyn.

Hah, lupa Mak nak tanya. Lisa ada cakap dengan El Okey tak dia

Dah, Lisa dah cakap dah dengan dia. Mulanya dia macam tak nak terima, tapi bila lama-lama dia macam okey. Kita kena banyak bersembang dengan dia, kena banyak selami hati dia. Lisa cuba buatkan untuk dia meluahkan apa yang terpendam dalam hati dia dan Alhamdulillah Lisa nampak beban yang dia tanggung selama ni dah pun berkurangan sikit lepas dia cerita tadi. Selama ni El memang tak ada cerita apa-apa yang dia pendam selama ni dekat sesiapa ke, Mak

Tak ada. Lepas kejadian tu sampailah sekarang ni El tak pernah nak ceritakan apa-apa pun dekat sesiapa. Dia cuma cerita masa dia dipanggil jadi saksi utama, tu je. Lepas tu dia tak ada cerita apa-apa pun. Dekat Pak Long dengan Mak Long pun dia senyap je padahal Mak Long dengan Pak Long dah berkali-kali tanya dia, cuba ajak dia bersembang tapi dia cuma diam membisu je... luah Puan Rahimah.

Kami pun risau, Akak... celah Lyn.

Bukan setakat Pak Long dengan Mak Long kau orang aje yang risau. Tapi, mujurlah doktor cakap El cuma kemurungan je. Sepanjang enam tahun yang lepas macam-macam perkara yang El buat sampai Pak Long dengan Mak Long kau orang hampir-hampir nak kurung El dekat rumah. Bayangkanlah sampai macam tu sekali. Nasib baik sekarang ni dah ok sikit. Puan Rahimah memberikan laporan kepada Lisa smengenai keadaan Elzaara yang dahulu.

Lisa bagaikan mengerti hanya mengangguk kerana dia faham dengan apa yang Elzaara alami. Elzaara mengalami tekanan emosi yang hebat akibat penderitaan yang harus dia tanggung sendirian tanpa ada sesiapa disisinya.

Mungkin dia belum bersedia nak bercerita ataupun dia masih belum kuat nak percayakan orang lain kot. Yelah, dalam keadaan dia macam tu memang patut untuk dia rasa berhati-hati. Kita tak boleh nak salahkan dia juga. Tak apalah, nanti Lisa akan tengoktengokkan dia lepas ni. Harap dia akan berubahlah lepas ni. Komen Lisa.

Puan Rahimah dan Lyn hanya bersetuju dengan komen yang diberikan oleh Lisa.

Eh, sudahlah, Mak nak masuk dulu. Dah nak tengah malam ni karang ayah cari Mak pula. Jangan duduk lama sangat dekat luar ni Lyn, Lisa. Duduk berembun ni tak elok, karang demam pula.

Baik Mak. Selamat malam Mak. Jawab Lisa dan Lyn bersama-sama.

Puan Rahimah menggangukkan kepalanya.