SEOUL LOVE STORY - 14
Keadaan di Kims Store agak sepi siang itu. Abriel menghabiskan masanya dengan menyusun barang-barang di rak dan melekatkan tanda harga. Dia melakukannya sambil duduk di lantai dan menyanyi-nyanyi kecil. Tibatiba dia melihat ada sepasang kaki berkasut tumit tinggi warna merah di sebelahnya. Agak terkejut kerana dia tidak mendengar bunyi loceng yang menandakan ada orang masuk ke dalam kedai.

Abriel segera bangkit, mahu mengucapkan selamat datang pada pelanggan itu. Namun riak wajahnya berubah saat melihat wajah perempuan berkasut tumit tinggi itu. Segera dia memasang senyum palsu dan membongkokkan tubuhnya sedikit saja.

Selamat datang, ujar Abriel dengan nada paling sopan untuk menutup perasaan kurang senangnya melihat kehadiran Chaekyong di situ.

Chaekyong tidak menyahut, sebaliknya memandang Abriel dengan renungan benci dan jengkel. Bibirnya dicebikkan, seolah-olah jijik melihat Abriel. Kemudian dia merosakkan susunan barang-barang di atas rak, seakan sengaja mahu membakar kemarahan Abriel.

Abriel hanya diam, cuba meredam marahnya. Dia masih ingat pesanan Nenek Kim semasa dia sedang bekerja. Pelanggan harus dilayan dengan baik walaupun tingkah laku mereka menjengkelkan. Dia tidak mahu akan ada pergaduhan pula di dalam kedai ini. Jangan sampai Nenek dan Datuk Kim sakit jantung melihat keadaan kedai mereka yang ranap kalau tiba-tiba Chaekyong bertindak ganas.

Aku ingat kau gadis yang hebat kerana berjaya memikat Jaejoong oppa. Rupa-rupanya kau cuma pelayan kedai runcit. Adakah Jaejoong oppa tak beri kau duit yang cukup supaya kau tak perlu bekerja soal Chaekyong dengan nada mengejek.

Abriel tidak menjawab walaupun dadanya terasa panas. Dia hanya memandang Chaekyong selamba dengan segaris senyuman di wajahnya. Tetapi melihat reaksi Abriel tidak seperi yang diharapkannya, kemarahan Chaekyong semakin membara.

Apa lagi yang kau tahu pasal kehidupan Jaejoong selain dari kejayaannya sebagai penyanyi Kau pasti tahu yang Jaejoong anak orang kaya dan berpengaruh di Korea kan Kau rasa apa reaksi keluarganya kalau mereka tahu yang kekasih anak lelaki kesayangan mereka adalah seorang perempuan penjaga kedai yang juga bukan orang Korea soalnya.

Kata-kata Chaekyong itu sangat mengejutkan Abriel sehingga tangannya yang sedang menyusun semula susunan barang yang disepahkan oleh Chaekyong terhenti. Melihat reaksi Abriel, senyuman Chaekyong semakin lebar. Terpulanglah apa pendapat kau tentang aku, tapi kau harus sedar siapa diri kau. Beli cermin yang besar dan lihatlah diri kau di dalamnya. Layak atau tak kau bergandingan dengan dia Apa harapan kau dalam perhubungan ni Berkahwin dengan dia dan hidup bahagia selamanya Jangan mimpi, ya Kau tak layak untuk jadi perempuan simpanan dia sekalipun. Untuk bersama dia satu malam pun kau tak layak!

Abriel menghentikan kerjanya dan menoleh ke arah Chaekyong. Kalau tak berminat nak beli barang dan datang ke sini cuma nak bercakap-cakap kosong, aku persilakan kau keluar dari kedai ini. Kalau kau tak suka hubungan kami, dan kau rasa kau lebih layak untuknya, lebih baik kau meyakinkan dia daripada datang ke sini dan berceramah dengan aku, getus Abriel dengan nada terkawal.

Heh! Jangan berlagak! sengit Chaekyong. Di depan aku kau kata begini, tapi di belakang aku kau menggoda dia agar dia datang bermalam di rumahmu, bahkan mengajak kawan-kawannya makan malam di rumah! ujarnya marah. Apa yang aku lakukan dan dengan siapa dan di mana, itu urusan peribadiku. Kau tak berhak masuk campur.

Chaekyong membeliakkan matanya. Kemudian dia kembali mengukir senyum mengejeknya. Baiklah, kalau kau cakap begitu. Kita tengok, sama ada kau sanggup atau tak kata benda yang sama di depan orang tuanya.

Dengan itu, Chaekyong bergegas keluar meninggalkan kedai itu. Abriel kembali duduk di lantai dengan perasaan marah dan kecewa. Perempuan gila! Di mana dia belajar budi bahasa Sepatutnya dia menghabiskan wangnya untuk belajar tentang adab sopan daripada menghabiskan wang membeli kasut dan baju mahal! Sambil menyiapkan kerjanya, Abriel terkenang kata-kata Chaekyong. Dia tahu dari majalah-majalah dan tabloid yang pernah dibacanya tentang anggota Blue itu berasal dari keluarga berada. Tetapi dia tidak tahu sejauh mana kekayaan Jaejoong atau keluarganya kerana hal-hal sebegitu memang tidak pernah membuatkannya tertarik dengan sesiapa.

jjj

Selesai kerjanya, Abriel mengeluarkan laptop dan mula melayari Internet. Dia mula mencari maklumat tentang keluarga Jaejoong di Internet. Dalam masa yang singkat, kebenaran sudah diketahuinya. Keluarga Jaejoong bukan saja berada, tetapi kaya-raya! Mereka mempunyai empayar perniagaan yang begitu besar dan terkenal sehingga ke Wall Street. Ada pendapat yang mengatakan kejayaan kumpulan Blue juga adalah akibat pengaruh dari kekayaan serta sokongan kewangan keluarga Park, selain daripada bakat mereka yang besar.

Agak susah sebenarnya mempercayai lelaki yang kerap kali dilihatnya memakai pakaian biasa sahaja adalah seorang pewaris salah sebuah empayar perniagaan terbesar di Korea. Dompet lelaki itu dilihatnya biasa saja, tidaklah penuh dengan wang atau kad kredit hitam yang bersusunsusun. Walaupun dia yakin lelaki itu memiliki wang yang banyak kerana kejayaan kariernya, tetapi tidak ada apa-apa tanda menunjukkan lelaki itu antara orang muda paling kaya di Korea.

Ting! Bunyi loceng pintu berdenting. Abriel menutup laptopnya dan bangun membuka pintu. Ternyata Jaejoong yang muncul dengan senyuman. Abriel cuba berlagak biasa namun dengan mudah Jaejoong boleh menangkap riak wajahnya yang kelihatan gugup.

Awak kenapa soal Jaejoong. Suaranya agak serak.

Abriel menggeleng. Tak ada apa-apa. Kenapa dengan suara awak

Banyak sangat menyanyi. Tadi ada rakaman untuk OST sebuah drama. Kami perlu nyanyikan tiga lagu, satu daripadanya ciptaan saya sendiri.

Abriel bertepuk tangan riang, cuba menunjukkan kegembiraannya. Jaejoong tersenyum lalu membelai rambut gadis itu.

Kenapa gembira sangat ni Sebab lepas ni saya boleh belanja awak ke

Abriel menggeleng lalu memuncungkan mulut. Jaejoong mengajuk gayanya dengan sempurna sebelum mencubit pipi gadis itu. Saya penat. Bekerja mencari wang sangat memenatkan, ujarnya perlahan. Dia melabuhkan punggung di sofa dan memejamkan mata. Abriel tersenyum dan melabuhkan punggungnya di sebelah Jaejoong. Membiarkan lelaki itu berehat. Lama dia duduk di situ, memerhatikan Jaejoong yang nampaknya sudah terlena. Patutkah aku beritahu dia pasal Chaekyong Tapi dia nampaknya kepenatan. Nanti aje lah!

Abriel merendahkan kepalanya dan mengucup pipi lelaki itu. Saat mahu bangun dari kerusi, tangannya ditarik.

Ingatkan tidur, ujar Abriel. Dia membiarkan Jaejoong merangkul tubuhnya. Kepalanya disandarkan ke dada bidang lelaki itu.

Tadi tidur. Sekarang tak, ujar Jaejoong sebelum mencium Abriel. Dada Abriel berdebar kencang. Inikah masanya

Ternyata ia berakhir di situ kerana tidak lama kemudian, Jaejoong tertidur kembali. Abriel menghela nafas lega. Mujur lelaki itu terlalu letih untuk melanjutkan apa yang dilakukannya.

jjj

Saya nak bawak awak jumpa ibu bapa saya

Abriel yang sedang meneguk teh di dalam cawan terhenti. Gelasnya diletakkan kembali ke atas meja. Dia tidak tahu apa yang perlu keluar dari mulutnya. Ermm.. bila

Sekarang.

Sekarang Tak nak lah, bantah Abriel. Gila!

Kenapa Kening Jaejoong berkerut.

Saya tak sedia.

Jaejoong mengeluh. Kalau tak dipaksa, awak takkan pernah sedia. Ibu bapa saya bukan macam saya, boleh menunggu sampai awak sedia.

Abriel tertunduk. Cuba mencari kekuatan. Dia tahu dia seorang yang pengecut namun pastinya itu agak wajar. Gadis mana pun akan takut saat pertama kali diajak bertemu orang tua kekasihnya. Lebih-lebih lagi kalau orang tua kekasihnya itu konglomerat yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Saya tak nak, akhirnya dia menjawab tegas.

Awak tak ingin jumpa ibu dengan ayah saya

Bukan tak ingin

Tapi

Bukan sekarang.

Jaejoong terdiam seketika. Kemudian mencuba memujuk lagi. Ayah saya baru pulang dari Amerika. Dia akan hanya ada di rumah sampai hujung minggu nanti. Kalau bukan sekarang, entah bila saya boleh bawak awak jumpa dia. Saya cuma nak kenalkan awak pada mereka sebelum mereka dapat tahu melalui tabloid atau rancangan gossip. Tapi berita kita tak akan muncul di tabloid atau rancangan gossip, kan

Jaejoong mengeluh. Awak ingat saya nak bercinta dengan awak diam-diam ke

Abriel mengangguk laju. Lebih baik macam tu.

Saya tak nak! Saya tak nak ada alasan untuk awak melarikan diri daripada saya, ataupun beri peluang dengan lelaki lain untuk mendekati awak.

Abriel menggeleng. Siapa yang nak mendekati janda macam aku Namun ayat itu tidak dituturkan di hadapan Jaejoong. Saya tak nak publisiti apa-apa pasal hubungan kita. Saya tak nak mati dibunuh peminat-peminat awak. Mereka semuanya menakutkan. Jadi lebih baik awak rahsiakan hubungan kita, ujarnya tegas.

Tapi mungkin juga mereka boleh tahu dari mulut orang lain. Macam masa parti hari jadi Kibum dulu, ramai yang bertanya pasal awak. Saya kata awak cuma kawan saya. Tapi awak rasa sampai bila kita perlu bersembunyi Lambat laun semua orang pasti akan tahu, kan

Kalau macam tu cakap dengan kawan-kawan awak, suruh diam. Ini masalah kehidupan saya!

Jaejoong berdengus. Hey, awak tak menghargai kehadiran saya ke Saya boleh jaga awak, tahu tak Dan tak ada orang yang boleh sentuh awak selagi saya ada.

Dan kalau ada soal Abriel, tiba-tiba teringatkan Chaekyong yang pernah menamparnya.

Saya akan berhenti jadi artis! sahut Jaejoong tegas. Ketegasan yang membuat Abriel tersentak. Lelaki yang sangat mencintai dunia nyanyian itu sanggup berkata begitu Akhirnya Abriel mengangguk setuju. Dia harus mengalah.

Pergilah bersiap. Lepas ni kita akan ke sana.

jjj

Dua jam kemudian, Abriel sudah duduk di sofa besar yang mewah di tengah-tengah rumah keluarga Park. Dia tidak mahu kelihatan seperti seorang yang jakun jadi dia hanya menundukkan kepalanya dan tidak menikmati keindahan dekorasi rumah yang kelihatan benar-benar mewah itu. Bukan sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Ibu Jaejoong melangkah turun tangga daripada tingkat atas selepas setengah jam mereka tiba. Orangnya kelihatan anggun dengan sentuhan mewah pada rambut, mekap dan pakaiannya. Wajahnya nampak licin, hasil rawatan pusat kecantikan yang pasti memakan ratusan ribu won setiap bulan. Atau mungkin pembedahan plastik! Wanita yang cantik tetapi kelihatan tidak ramah itu agak menakutkan Abriel. Betulkah perempuan yang nampak dingin ini ibu kandung Jaejoong

Puan Park memandang Abriel dengan wajah tidak beriak, sementara Abriel memberikannya senyuman paling manis. Ayahmu tak ada di sini. Dia ke Busan. Ada apa kau datang soal Puan Park sambil hanya memandang anak lelakinya. Abriel di sebelah Jaejoong tidak dipedulikan sama sekali.

Aku nak perkenalkan

Aku dah tahu. Ada yang memberitahuku, potong Puan Park. Aku tahu kau melakukan ini semua cuma untuk membuat Chaekyong cemburu dan ini strategi kau untuk mendapatkan kembali. Tapi perlu ke kau bawa orang ni ke rumah kita Dan sampai sanggup pilih orang yang bukan di kalangan kita, bukan bangsa kita Bagi kau mungkin benda ini satu permainan yang menyeronokkan tapi bagi aku, ini sudah keterlaluan!

Abriel menelan air liur yang terasa pahit. Perempuan garang ini langsung tidak menunggu Jaejoong memperkenalkannya sampai habis, kemudian menyebutnya sebagai ini, seolaholah Abriel itu barang yang tidak ada perasaan. Namun dia memaksa dirinya agar tetap tersenyum.

Ibu, aku tak mencari Abriel kerana aku mahu membuat Chaekyong cemburu, tukas Jaejoong agak emosi.

Jadi sebab apa Cinta Kau lupa tanggung jawab kau pada keluarga ini soal Puan Park keras. Aku tak suka dengan perempuan yang tak tahu asal usulnya yang nak masuk ke dalam keluarga ini.

Abriel tertunduk. Air matanya mengalir membasahi pipi.

Mungkin Jaejoong melihatnya kerana lelaki itu menarik tangannya, mengajaknya berdiri. Aku tahu tanggung jawabku pada keluarga, tapi kalau ibu suruh aku pilih antara keluarga dan dia, aku pilih dia!

Mata Puan Park terbeliak. Apa bagusnya perempuan ni Cuba kau cakap Dia cuma pelayan kedai! Pelayan kedai! Dari situ saja kau patutnya sudah tahu latar belakang keluarganya! semburnya marah.

Terpulang apa ibu nak cakap. Aku pergi, kata Jaejoong. Dia menarik tangan Abriel dan membawanya pergi tanpa mempedulikan teriakan ibunya memanggil-manggil namanya. Mereka masuk ke dalam kereta dan terus meninggalkan perkarangan rumah agam itu.

Sepanjang perjalanan, Abriel senyap. Hanya air mata yang membasahi pipinya. Jaejoong menghulurkan kotak tisu pada Abriel yang kemudiannya disambut tanpa kata. Dia mengesat air matanya namun air mata itu seperti tidak mahu berhenti. Lama-lama semakin deras. Abriel boleh mengabaikan hinaan dan kejian pada dirinya tetapi tidak boleh menerima jika keluarganya dihina.

Saya minta maaf. Ibu memang keras dan kasar seperti itu. Sepatutnya saya sudah jangka yang Chaekyong akan melaporkan hal kita pada ibu. Saya minta maaf, ujar Jaejoong lirih. Kalau ayah, dia pasti sukakan awak. Dia tak kisah sangat soal-soal remeh begitu.

Soal remeh Soal saya jadi pelayan kedai Soal saya bukan orang Korea Atau asal-usul saya yang dibangkitkan Awak tahu maksud saya kan

Abriel menoleh ke arah Jaejoong. Tak, saya tak faham. Mungkin betul kata Chaekyong, saya kena beli cermin besar untuk diri saya sendiri.

Skrettt! Jaejoong menekan brek. Mujurlah jalan itu lengang dan tidak ada kereta lain di belakang. Sekejap. Bila Chaekyong cakap macam tu dengan awak

Abriel membisu. Dia tahu itu silapnya kerana terlanjur menyebut tentang ugutan Chaekyong tempoh hari. Namun dia sedang marah dan mahu melampiaskan kemarahannya. Dia datang jumpa awak ke Kenapa awak tak pernah cakap dengan saya Jadi saya boleh melindungi awak.

So what Apa yang akan berubah Kalau Chaekyong tak beritahu ibu awak pun awak rasa ibu awak akan sukakan saya

Jaejoong membisu. Dia tidak ada jawapan untuk soalan Abriel. Tidak lama kemudian, mereka sampai di apartmen Abriel. Abriel membuka kunci pintu dan masuk, tetapi dia berdiri di depan pintu. Saya rasa lebih baik awak balik.

Kenapa Supaya awak boleh memikirkan alasan untuk meninggalkan saya soal Jaejoong lirih.

Abriel tidak menjawab, sebaliknya hanya menunduk. Kemudian dia masuk dan menutup pintu, meninggalkan Jaejoong berdiri di luar pintu dengan perasaan celaru.