Sedang angsa-angsa Mak Lang berbunyi kencang, itik-itik putih kuning menyudu di gigi air dan pepatung berkejaran di suasana pinggir Semantan, Raslan berenang seorang diri. Anak jati Kampung Gantok ini sememangnya boleh dicontoh sebagai jaguh renang. Boleh sahaja beliau membuat aksi berenang dengan sebelah tangan, atau membiarkan kakinya sahaja mengayuh badan tegap beliau terus meluncur laju membelah sungai.
Anak kepada pembekal bot tegar kepada nelayan Sungai Pahang sudah tidak asing lagi di Kampung Gantok. Hidupnya memang di sungai. Dari mandi-manda hinggalah menyelam hingga dasar, Raslan tetap bersahaja ke sana ke mari di dalam air.
Sungguhpun beliau sudah ketahui lawannya nanti bukanlah lawan yang sebenar, Raslan tetap berusaha dan membanting tenaga untuk mendapatkan stamina yang secukupnya. Dicuba berlawan dengan arus Semantan yang sememangnya tenang dari Getuk ke Pasir Rawa, Raslan masih tidak tercungap-cungap.
Hebat.
Entah mengapa hari itu dia boleh mencabar lawannya untuk bertanding berenang ke Kerayong sedang dia tahu lawannya itu bukanlah setanding dirinya. Kadang-kadang mahu sahaja dia menghantar pesanan untuk batalkan sahaja dan tak perlu membuang masa. Tetapi ego demi kawan-kawan yang tidak suka diketawakan menetapkan hati Raslan untuk terus berjuang hingga menang.
Petang itu Raslan menyudahkan renangnya hingga ke jeti berhampiran. Kemudian dia memecut pulang. Bahari yang sedang melalui jalan tepi kampung bersama kereta ayahnya melihat dengan penuh tekun.
Itu Raslan, aduh... Macam mana Leman nak berlawan dengannya
Bahari memandang tubuh Raslan yang kekar dan besar. Lengannya sudah cukup membuktikan yang budak itu akan mengayun sekuatnya dan meninggalkan Leman jauh berbatubatu nanti. Dadanya bidang, kakinya panjang, sudah pasti renangnya juga begitu. Bahari meletakkan tangan di dahi. Bimbang.
Sampai sahaja di rumah, Bahari berlari anak menuju ke rumah Faduli. Ditinggalkan beg dan terus dicapai selipar. Melalui rumah Nurul dan kemudiannya berlari melalui jambatan gantung. Habis berayun jambatan ke kiri dan kanan. Bergegar sedikit hingga ikan-ikan di air juga berselerak berlari menyorok. Diceritakan pada Faduli tentang apa yang dilihatnya dan Faduli menggeleng kepala. Dia tahu natijahnya tidak baik.
Apa kata kita jumpa Raslan nak Kita beritahu dia batalkan sahajalah pertandingan buang masa ni, kata Faduli.
Aku okey, jom sekarang!
Faduli dan Bahari berlari anak menyusuri denai Pasir Rawa menuju ke Kampung Gantuk. Perjalanan dengan berlari kecil begitu juga memakan masa lebih kurang dua puluh minit. Sampai sahaja di kawasan pembinaan bot ayah Raslan, kelihatan Raslan masih tercegat berdiri bersembang dengan rakanrakannya di situ.
Raslan terkejut. Ditanya kepada Faduli apa yang dimahukan dan Faduli meminta untuk bersembang sendirian.
Raslan, boleh tak kita batalkan saja pertandingan ni, Leman akan kalah juga kot macam mana pun. Kau tahu kan
Ha, ha, ha. Aku dah agak dah, pengecut macam kau tak akan berani punya!
Yalah, aku pengecut. Tapi kau setuju ke tidak nak batalkan
Tak setuju! Kalau aku batalkan, aku kalah! Aku tak akan kalah dengan budak-budak kecil macam kau!
Faduli terdiam. Tapi kalau kau menang pun apa yang kau dapat
Kalau aku menang, kau jadi hamba aku! Siap! Aku akan tunggu kau setiap kali kau balik sekolah. Jadi baik kau pastikan kawan kau menang! Baru aku tak akan kacau kau sampai kiamat!
Bahari berundur. Tak terkata dengan apa yang diluahkan oleh Raslan. Faduli menggeleng kepala dan juga berundur. Terus mereka kembali ke kampung.
Sedang dalam perjalanan dan mahu berpisah di jambatan gantung, Faduli meminta kepada Bahari untuk pergi memujuk Raslan sekali lagi. Mana tahu Raslan akan berubah hati. Bahari menyambutnya dengan menggeleng. Sudah tak mahu berdepan dengan makhluk besar itu lagi.
Faduli longlai melangkah ke rumah Leman. Sedang Leman sudah pun mahu bersiap ke surau untuk bersama Cikgu Muhammad menunaikan solat Maghrib, Faduli sudah pun duduk di tangga rumah.
Eh, kau tak balik lagi Duli Kenapa ni
Aku nak baliklah ni, Leman. Kau batalkan pertandingan tu boleh Air mata Faduli bergenang-genang. Entah kenapa dengan kawannya yang seorang ini. Leman berteka-teki di dalam kepala.
Kau kenapa Duli Baliklah, esok kita sambung di sekolah ya. Leman Siapa tu tanya Mak Cik Vijaya.
Duli mak, dia singgah kejap ja, dah nak balik dah ni.
Faduli melangkah keluar dari persempadanan rumah Cikgu Muhammad. Leman memandang sambil berkerut-kerut. Elok sahaja Cikgu Muhammad tergesa-gesa turun mencapai selipar, kemudian mengangkat basikal dan memusingkannya menghadap keluar. Leman terus menaiki tempat duduk belakang dan mereka menuju ke surau.
Sedang dalam perjalanan, Leman masih boleh melihat Faduli berjalan perlahan ke rumahnya.
Sampai sahaja di surau, Cikgu Muhammad dan Leman sudah kelewatan masbuk dua rakaat. Maka berlari anak Cikgu Muhammad mendapatkan saf sedang Leman baru mahu mengambil wuduk.
Assalamualaikum warahmatullah Assalamualaikum warahmatullah.
Leman bangun meneruskan solat. Cikgu Muhammad juga begitu. Mereka melunaskan janji dengan Tuhan sebaik-baiknya. Malam itu Leman menanti solat Isyak dengan duduk di tangga surau memerhati pemandangan luar yang sudah pun gelap gelita.
Tiada kanak-kanak lain selain dirinya. Sesekali ditegur oleh Pakcik Yus yang baru sahaja mahu memukul beduk menandakan masuk waktu Isyak. Kemudian Leman bangun dan mengambil wuduk sekali lagi. Kali ini matanya terpandang Faduli yang sedang berjalan menuju ke surau. Demam apa Duli mahu solat di sini
Assalamualaikum! Faduli memberi salam dengan wajah paling ceria di dunia.
Waalaikumussalam! Ha, ha. Tak percaya aku kau ni Duli, kau jangan buat hal. Ini rumah Tuhan!
Ha, ha. Aku mahu ikut sama kaulah Leman. Rajin solat, Tuhan sayang!
Leman dan Faduli ketawa bersama. Untuk kali pertama dalam sejarah Surau Pasir Rawa, ada dua orang budak belum masuk Jawi di saf paling belakang.