Angah Soyah kedengaran megah dengan keupayaannya itu. Pak Su Cik Leh ketawa kecil. Entah apa yang menggelikan hatinya, Angah Soyah sebenarnya tidak peduli langsung. Ada perkara yang lebih penting untuk dilakukannya selain daripada melayan lelucon Pak Su Cik Leh. Mungkin menyedari, leluconnya tidak menjentik hati Angah Soyah, Pak Su Cik Leh mendiamkan diri dan mula mengatur langkah mengekori Angah Soyah. Angah Soyah tidak membenarkan Pak Su Cik Leh berjalan mendahuluinya, sebaliknya Pak Su Cik Leh diarahkan supaya mengekorinya. Apatah lagi, Pak Su Cik Leh terlalu sibuk membetulkan daging pada setiap bahagian badannya daripada gugur ke bumi. Lagipun, Pak Su Cik Leh kelihatan sukar benar untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada perjalanan dengan keadaan tubuhnya yang rosak teruk itu.
Kau takut aku bawa kau ke tempat lain ke, Angah
Pak Su Cik Leh cuba berlawak lagi.
Tak! Aku tak percaya dengan diri aku sendiri,
jawab Angah Soyah dengan nada bersahaja. Kelam malam membalut alam. Cengkerik dan keridik berbunyi nyaring. Sesekali terdengar juga suara burung hantu yang entah di mana duduknya. Dan sesekali di kejauhan sayup-sayup kedengaran lolongan anjing sesat entah milik siapa. Bayu malam berhembus perlahan, sekali gus menggerakkan dedaunan yang kelihatan tersembunyi dibungkus kelam malam. Angah Soyah mengatur langkah dengan penuh hati-hati. Derik ranting patah dan kosek-kosek daun kering yang dipijak, tidak begitu ketara dek suara alam yang lebih mengatasi. Cuma sesekali dengus nafas Angah Soyah kedengaran di dalam gelap.
Kau nak ke mana dulu
Di belakang Angah Soyah, Pak Su Cik Leh bertanya, perlahan.
Aku nak pergi tengok rumah Tok Imam Tua.
Kenapa
Aku tak sedap hati.
Kenapa
Jangan banyak cakap, boleh tak Kau ikut sajalah. Kalau kau takut, kau tak payah ikut aku.
Pak Su Cik Leh barangkali tersentak dengan suara bernada keras Angah Soyah. Mungkin selama ini, Angah Soyah lebih banyak tersengih dengan air liur yang berlenja-lenja membuatkan Pak Su Cik Leh hilang kata-kata.
Kita ikut jalan belakang,
kata Angah Soyah tanpa memberi peluang kepada Pak Su Cik Leh untuk bersuara lagi. Sama seperti tadi, mungkin kesan terkejut Pak Su Cik Leh masih belum hilang. Jalan belakang yang dimaksudkan oleh Angah Soyah ialah lorong-lorong kecil dalam belukar yang bersambung dengan belakang rumahnya. Malah belukar itu juga bersambung dengan belukar yang dinamakan Belukar Tok Som yang kemudian berakhir di pekarangan jejawi tua yang sangat ditakuti oleh penduduk Kampung Sungai Teja. Pun begitu, menghala ke arah rumah Tok Imam Tua, belukar tersebut berakhir di kawasan masjid atau lebih tepat lagi di kawasan tanah perkuburan. Angah Soyah dalam usaha untuk mengelak daripada bertembung dengan orang kampung akan menggunakan lorong-lorong di dalam belukar tersebut untuk bergerak dari satu kawasan yang digunakan untuk memikat dan menggetah burung ke suatu kawasan lain. Soal ular kapak hayun, ataupun ular kapak yang suka bersembunyi di sebalik daun kering di atas tanah, tidak pernah menjadi masalah kepada Angah Soyah. Malah Angah Soyah tidak hairan langsung dengan kala jengking yang boleh dipegang dan dicabut satu persatu kaki haiwan berkenaan. Kalau ada tedung selar kuning yang menyembur-nyembur sambil memanggungkan kepala sampai tiga kaki tingginya, Angah Soyah tetap tidak hairan. Setakat ular tedung senduk yang jauh lebih kecil daripada tedung selar, Angah Soyah akan atasi dengan mata goloknya. Manakala tedung selar pula, Angah Soyah akan tangkap tengkuknya dan kemudian dihempas ke tanah sampai ular itu lembik dan tidak bermaya. Biasanya ular yang cuba mengganggu Angah Soyah, akan cepat-cepat melarikan diri. Masing-masing cuba mengelak daripada didurjanakan oleh Angah Soyah. Cuma satu sahaja yang kurang menyenangkan Angah Soyah. Berjalan pada waktu tengah malam atau pada waktu pagi, akan mengundang rasa sejuk yang bukan kepalang. Sebabnya, embun-embun yang berada di atas daun-daun tumbuhan yang membentuk belukar tersebut, akan melencunkan seluruh tubuhnya. Malah kadang-kadang kepalanya lokos dengan embun yang gugur setiap kali batang tumbuhan di belukar itu bergoyang.
Angah.
Dia berpaling biarpun Angah Soyah sedar, dia tidak mungkin akan melihat jasad Pak Su Cik Leh dalam kegelapan malam itu.
Aku sejuklah.
Kan aku dah kata tadi, kau tak payah ikut. Tunggu saja di rumah,
kata Angah Soyah dengan nada kesal.
Hehehe....
Ilaian itu membuatkan Angah Soyah berpaling.
Sekali lagi kau buat macam tu, kau takkan dapat bergerak ke mana-mana lagi. Aku akan tambat aku di perdu jejawi tua sampai bila-bila!
ancam Angah Soyah.
Maafkan aku. Aku tak dapat kawal diri.
Angah Soyah terus melangkah dengan penuh hati-hati. Dek kerana sudah terlalu biasa dengan persekitaran belukar itu, Angah Soyah sudah dapat mengagak di mana tempat yang dia harus tunduk, pada bahagian mana dia harus berhati-hati dengan tunggul kayu dan pada bahagian mana, terdapat simpang lorong belukar yang akan membawanya ke beberapa tempat di sekitar kampung itu.
Kau boleh pergi ke rumah Tok Imam Tua
Angah Soyah cuba mendapatkan kepastian daripada Pak Su Cik Leh.
Boleh. Tak ada masalah.
Bagus. Tapi pastikan tiada sesiapa pun yang nampak kau. Nanti kecoh pula satu kampung,
pesan Angah Soyah. Mereka terus berjalan meredah belukar itu menerusi lorong-lorong yang sudah lendap dek saban digunakan oleh Angah Soyah. Biarpun belukar tersebut di tengah-tengah kampung, namun mereka bagaikan sesat di tengah-tengah rimba raya. Seolah-olah loronglorong di dalam belukar itu tidak berkesudahan dan berpenghujung. Mujurlah Pak Su Cik Leh tidak langsung merungut-rungut keletihan atau kesukaran berjalan di dalam belukar berselimutkan kegelapan. Malah tatkala daun dan ranting kering mencucuk bahagian daging yang terdedah pada kepala, dahi, muka, lengan dan kakinya, Pak Su Cik Leh tetap juga tidak merungut. Cahaya dari sebuah rumah yang terletak hampir dengan masjid sudah kelihatan. Biarpun tidaklah secerah seperti ketika hampirnya hari raya, tetapi cahaya itu sudah cukup untuk dijadikan petunjuk oleh sesiapa pun yang terperangkap di dalam belukar itu tentang kewujudan perkampungan yang menjadi sempadannya. Tatkala Angah Soyah berada terlalu hampir dengan pangkal ke lorong belukar, telinganya menangkap suara orang berbual. Suara seorang lelaki dan seorang perempuan. Suara yang sangat dikenalinya.
Kenapa tengah-tengah malam macam ni Pak Syuaib dan Mak Limah keluar
bisik Angah Soyah. Mak Limah dan Pak Syuaib seperti sedang tergesagesa. Agak menghairankan Angah Soyah, mengapa pasangan tersebut tidak menggunakan kenderaan untuk bergerak ke mana-mana, sebaliknya sekadar berjalan. Apa pula yang mereka cuba selindungkan Masakan kedua-duanya tidak mahu pergerakan mereka diketahui oleh orang kampung Mungkinkah Pak Syuaib dan Mak Limah tidak mahu bunyi enjin motosikal mereka akan didengar oleh jiran tetangga seterusnya mengundang pertanyaan yang bukanbukan.
Kan senang kalau pergi esok pagi saja, Limah,
Pak Syuaib kelihatan enggan meneruskan langkah tetapi bucu bajunya ditarik oleh Mak Limah sekali gus membuatkan dia terpaksa mengikut rentak dan kehendak isterinya.
Kita mesti tengok sekarang juga. Saya dah pergi tadi dengan Salmiah. Saya risau dengan keadaannya.
Angah Soyah sudah dapat mengagak siapakah yang dimaksudkan oleh Mak Limah.
Tapi kan ke tengah malam ni. Lagipun buat apalah kita berjalan. Kan senang kalau kita tunggang motosikal saja. Lebih cepat sampai, lebih cepat habis. Lebih cepat habis, lebih cepat saya tidur.
Awak kena tengok juga. Benda ini ada kaitannya dengan kita,
Mak Limah besuara kalut.
Kaitan dengan kita
Pak Syuaib membalas. Ada nada sindiran dan cemuhan pada kata-katanya.
Yalah, benda ni memang ada kaitan dengan kita. Mahu tak mahu kita kena tolong juga si Ma Pah.
Saya tak fi kir benda ni ada kaitan dengan kita. Yang ada kaitan adalah awak, bukannya saya. Saya dah cakap lama dahulu, saya tak ada kaitan tapi awak.
Jangan cakap macam tu, bapanya.
Mak Limah ternyata tidak senang dengan kata-kata suaminya. Anehnya, kedua-dua orang suami isteri itu tidak menyedari kehadiran mereka di situ turut disertai olehnya. Padahal, setiap kali dia hadir di mana-mana tempat sekalipun, kehadirannya mudah dikesan. Terutama menerusi bau badannya yang sangat berlainan berbanding orang lain. Angah Soyah membatalkan niatnya untuk ke rumah Tok Melah sebaliknya memutuskan untuk mengekori Mak Limah dan Pak Syuaib. Pak Su Cik Leh bagaikan akur dengan janjinya sendiri. Dia tidak membangkang, apatah lagi mengengkari Angah Soyah. Lelaki yang sudah rosak sebahagian besar badannya itu, mengekori Angah Soyah dengan setia.
Bapanya perasan tak
Mak Limah bersuara perlahan. Dia berada rapat dengan Pak Syuaib.
Perasan apa
Pak Syuaib bertanya kembali.
Bau busuk.
Bau busuk Awak cium ketiak saya Teruk sangat ke bau ketiak saya
Tidak pula dapat dipastikan sama ada Pak Syuaib sekadar ingin bergurau atau sememangnya ketiak Pak Syuaib benar-benar berbau tengik seperti yang didakwa oleh Mak Limah. Angah Soyah segera mencari tempat untuk bersembunyi. Bunyi pergerakannya menarik perhatian Pak Syuaib dan Mak Limah. Mak Limah memeluk lengan Pak Syuaib. Dengan bersenjatakan lampu suluhnya, Pak Syuaib cuba mencari punca datangnya bunyi tadi.
Ah, malam-malam macam ni, banyaklah binatang keluar,
Pak Syuaib membuat keputusan mudah.
Binatang apanya... bau ni....
Mak Limah tidak mampu menerangkan apa yang sedang dirasakannya.
Awak jangan mengarutlah!
marah Pak Syuaib.
Tapi bau ni....
Sekarang kan waktu malam... macam-macam bau awak boleh hidu.
Perlahankan sedikit suara bapanya. Nanti didengar dek orang lain pula.
Awak tu yang bercakap yang bukan-bukan!
Pak Syuaib menyalahkan Mak Limah. Angah Soyah tahu, Mak Limah tidak berpuas hati. Dan Angah Soyah juga tahu, bau yang dicium oleh Mak Limah sebenarnya bukan bau badannya yang cukup terkenal di kalangan orang kampung. Kalau tidak, masakan Mak Limah tidak dapat mengecamnya. Mak Limah sebenarnya tercium bau badan Pak Su Cik Leh yang sudah mulai mereput.
Macam bau bangkai!
Mak Limah ternyata tidak dapat menahan mulutnya daripada bersuara. Pak Syuaib segera menyuluh ke muka Mak Limah.
Awak jaga mulut sikit. Jangan cakap yang bukanbukan. Awak tahu dan sedar tak, ke mana kita ni nak pergi
Pak Syuaib mengingatkan isterinya.
Saya tahulah.... tapi bau ni dekat sangat... kuat pula tu. Memang ada bangkai barangkali dekat-dekat kawasan ni.
Ini bukan bau bangkailah! Ini bau mayat manusia!
Angah Soyah tidak pasti apakah Pak Syuaib sebenarnya ingin menakut-nakutkan Mak Limah, sekali gus membuatkan isterinya itu tutup mulut dan tidak bertanya yang bukan-bukan atau sememangnya Pak Syuaib cukup arif dengan bau mayat yang sedang mereput. Ternyata kata-kata Pak Syuaib membungkamkan mulut Mak Limah. Dalam keadaan samar-samar itu, Angah Soyah dapat melihat bagaimana Mak Limah berjalan berkepit-kepit dengan Pak Syuaib. Biarpun Pak Syuaib kelihatan tidak selesa dengan tindakan Mak Limah, dia tidak pula menolak Mak Limah. Bahkan sesekali dia mentertawakan Mak Limah seolah-olah mengejek Mak Limah yang sedang ketakutan.
Dia orang nak ke mana tu, Angah
Pak Su Cik Leh yang masih berada di samping Angah Soyah segera bertanya.
Ke perdu jejawi tua.
Buat apa
Ada perjanjian yang hendak ditunaikan.
Siapa yang ada perjanjian
Mak Limah.
Maksudnya, Mak Limah pernah buat perjanjian dengan Tok Som
Tok Tom!
Apa-apalah. Sama saja!
Angah Soyah membiarkan pertanyaan Pak Su Cik Leh berlalu. Dan sememangnya Pak Su Cik Leh tidak perlu tahu pun jawapan daripada pertanyaannya itu. Kalaupun Angah Soyah menjawab, ia tidak akan memberikan sebarang kebaikan kepada Pak Su Cik Leh.
Kau nak ikut dia orang ke perdu jejawi tua tu ke, Angah
Pak Su Cik Leh bertanya lagi.
Ya.
Tak payahlah. Aku rasa, baik kita ke rumah Tok Imam Tua. Itu lebih baik.
Kau takut
Aku takut,
Pak Su Cik Leh tidak sedikit pun malu untuk mengakui kelemahannya. Angah Soyah tersengih biarpun di dalam gelap itu, tiada sesiapa pun yang dapat melihat sengihannya yang disertai dengan air liur berlenja.
Tak payahlah pergi,
Pak Su Cik Leh cuba memujuk Angah Soyah.
Tak boleh! Aku kena pergi tengok juga. Aku nak tahu apa janjinya Mak Limah dengan Tok Tom.
Tapi....
Kau takut Tok Tom tangkap kau dan kemudian letakkan kau di perdu jejawi tua tu
Tok Som!
Mana-manalah. Sama saja.
Dia takkan lepaskan aku begitu sahaja.
Sekarang pun kau dah terlepas.
Selagi dia tak nampak. Kalau dia tahu aku ada berdekatan dengannya, dia takkan lepaskan peluang tu.
Bukannya ada faedah apa pun dia tangkap kau.
Dia akan gunakan aku untuk kuasai kau.
Aku Tok Tom
Angah Soyah seperti mencabar Pak Su Cik Leh.
Itulah sebabnya dia selalu muncul di rumah kau. Kami nampak dia sebagai arwah nenek, sedangkan kau pula tak nampak dia.
Pak Su Cik Leh sebenarnya merujuk dirinya dan Pak Long Lateh yang sudah bersemadi di dalam perut ular sawa batik.
Apa dia nak buat dengan aku Dah ramai orang kampung ni yang jadi pengikutnya. Buat apa lagi dia nakkan aku
Manalah aku tahu.
Mak Limah dan Pak Syuaib masih melangkah menyusuri jalan tanah merah yang akan terpecah antara jalan lama yang melalui jejawi tua dengan jalan baru yang menghala terus ke jalan besar menuju ke pekan. Tidak kedengaran sebarang enjin kenderaan kecuali sayup-sayup enjin lori yang menderas di jalan besar. Itu pun cuma sesekali. Boleh jadi dek kerana pekan berhampiran jauh dari bandar utama dan tidak mempunyai sebarang kepentingan, maka tidaklah banyak kenderaan yang lalu lalang. Apatah lagi kilang-kilang yang bercambah wujudnya, berada di luar lingkungan pekan lama dan perkampungan, sebaliknya lebih dekat dengan bandar baru. Bunyi seretan tapak kaki mereka menjadi petunjuk kepada Angah Soyah. Kelam malam sedikit beransur kurang apabila berada di kawasan lapang. Pun begitu, keadaan itu menjadi masalah kepada Angah Soyah kerana dia tidak boleh berjalan hampir dengan pasangan suami isteri itu. Dia perlu bersedia kerana pada bila-bila masa sahaja, baik Mak Limah atau Pak Syuaib akan berpaling dan menyedari kehadirannya.
Bau tu makin kuat, bapanya,
bisik Mak Limah.
Jangan tegur!
tegah Pak Syuaib. Mak Limah tahan nafas.
Pura-pura macam tak ada apa-apa,
Pak Syuaib berbisik sekalipun bisikannya dapat didengar oleh Angah Soyah. Tegahan Pak Syuaib bagaikan meruntun Mak Limah untuk berpaling. Dan tatkala dia berpaling, langkahnya langsung mati. Di dalam gelap itu, matanya terbeliak besar. Mulutnya ternganga dan perlahan-lahan Mak Limah rebah ke tanah seolah-olah tempurung lututnya telah diketuk sehingga hancur.
Hantu!
Itu sahaja perkataan yang meluncur keluar dari mulut Mak Limah sebelum dia terkapar di atas tanah bagaikan ayam disembelih dengan pisau tumpul. Angah Soyah tahu, hantu yang dimaksudkan oleh Mak Limah bukanlah dirinya tetapi Pak Su Cik Leh yang bertubuh rosak dan reput!4