Kristal Berdarah - 14
BAB 13

Mereka sudah berada di antara dua gunung yang menjulang di lembah di jalan yang menjadi laluan lori ba lak suatu ketika dahulu. Matahari sudah hampir terpa cak tepat atas kepala dan bahangnya semakin menyengat.

Kita berhenti sekejap, kata Salman sambil menepuk bahu Ramlan yang memandu semenjak malam tadi.

Masa dah semakin suntuk, Ramlan cuba menyang gah permintaan Salman.

enjin jip dah terlalu panas. aku takut kita tak dapat ke sana langsung. Salman seperti merasakan jip itu adalah kepunyaannya.

Ramlan menurut kata Salman. Mereka berhenti di pinggir sebuah tebing yang ditumbuhi pakupakis. bebeRapa batang pokok rendang kelihatan meneduhi jalan tersebut. Dan ke situlah Ramlan, Suhaili dan Saoud tuju untuk berehat.

Ramlan dan Suhaili memilih tempat berhampiran tebing curam, manakala Saoud pula berlingkar di atas seketul batu terhampar yang memanjang hingga ke jurang. Mereka cuba melelapkan mata dan menghilang kan kele tihan setelah sekian lama berada dalam jip yang bergerak terhoyonghayang melalui jalan berbong gol.

aku risau betul tengok Salman tu, kata Ramlan sambil melemparkan pandangan ke arah Salman yang sedang berdiri memeriksa tayar jip.

Kenapa pula Suhaili langsung tidak membuka mata.

Dia macam tak kisahkan tentang tujuan perjalanan kita. Dari semalam aku tengok, dia anggap perjalanan ini adalah satu ekspedisi, Ramlan menyuarakan rasa hatinya kepada Suhaili.

Kenapa kau risaukan tentang Salman Perjalanan ini sebenarnya tak memerlukan dia. aku hanya mengajak dia untuk menemani aku. Dan dalam masa yang sama, dia perlu mengenali ibu saudaranya yang sudah terpisah lama, balas Suhaili. Kali ini dia berpaling ke arah Ramlan. Wajahnya begitu serius.

Kau cakap macam semua ni mudah.

Dalam hidup kita, kita mesti selalu positif.

Yalah, sebab kau ibu dia.

Kau pun boleh. Kan kau peguam aku dan dia

Suhaili bangun sambil menyapu daun kering yang me lekat di punggung seluarnya. Senyum, kemudian berjalan me ninggalkan Ramlan yang mengekori dengan pan da ngan. beberapa langkah dia berjalan, dia berhenti dan ber paling. Kalau kau berasa keliru tentang Salman, apatah lagi aku. Dia banyak menimbulkan misteri. aku dah ber tahuntahun cuba meyakinkan diri aku. cuba menyelami dan memahami sifatnya tapi dia... ah! Dia terlalu banyak me warisi sifat ayahnya.

Dia sebenarnya seorang anak yang baik. Ramlan tergesagesa bangun. betul, tak Dia akan selalu menjadi anak yang baik dan kawan yang setia. aku harap dia tak akan memper olokkan kita atau lebih tepat lagi aku. bila dah jumpa dengan ibu saudaranya nanti, dia tak akan buat sesuatu yang bodoh.

Ramlan melemparkan pandangan ke arah Gunung Kemuning yang masih jauh. awan hitam kelihatan me nyelubungi puncaknya. Di suatu bahagian lain, kelihatan awan merah dan jingga membalikkan satu cahaya dari puncak gunung itu.

Saoud sedang bersenar. Dengkurannya jelas kedenga ran.

Saoud!

Saoud tersentak sekali gus membuka mata dan meman dang Ramlan.

cuba kau tengok tu

apa dia tanya Saoud tanpa memandang ke kemun cak Gunung Kemuning.

Macam ada kebakaran di puncak Gunung Kemuning.

Kebakaran Kebakaran apa pula

cuba kau tengok!

Saoud bingkas. Dia turut merenung. Melihat awan me rah yang berdenyut bagaikan degupan jantung, naik dan turun bersama satu cahaya lain.

apa benda tu apa yang berlaku

Tak ada apaapa. Wajah Saoud sudah berubah. Dia se per ti sedang menyimpan satu rahsia daripada penge tahuan Ramlan.

Saoud! benda apa tu

Saoud masih tidak menjawab pertanyaan Ramlan. Dia terpaku melihat pemandangan di hadapannya.

Saya tak tahu. Mungkin ada kebakaran seperti kata encik Ramlan.

Salman yang sedang berdiri di sebelah jip, mendapat kan mereka. Turut melihat kejadian yang ganjil itu.

Ramlan mendekati Salman.

Kau fikir apa

Tak ada siapa yang tahu. Dan kalau ada yang tahu pun, dia tak akan beritahu. Salman mengangkat kedua be lah bahunya, tetapi lirikan matanya mengarah ke arah Saoud.

Saoud tidak mengendahkan kelakuan Salman. Dia terus memandang. Mulutnya kumatkamit seperti sedang mem bacakan sesuatu. Suhaili begitu gelisah. Malah Ramlan juga tidak senang hati melihat keadaan itu.

Peristiwa itu hanya berlaku buat seketika sahaja. Saoud kembali menyandar pada tempatnya tadi. Salman berdiri di sisi jip. Memandang enjin jip seperti mahu memper li hatk an sikap kurang sabarnya. Ramlan berada di sebe lahnya. Mungkin untuk melihat apa yang dipandang oleh Salman.

Mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikirannya, Suhaili cuba beredar tetapi tindakannya itu disedari oleh Ramlan. Dia bingkas dan mengekori wanita tersebut.

Suhaili berpaling ketika Ramlan sudah berada di sebelahnya.

ada apa

Kau nak ke mana

Saja jalanjalan. Kau risau

Taklah! aku tahu kau takkan ke manamana.

Hmm...

buat seketika, mereka hanya melangkah tanpa menu turkan sepatah perkataan pun. Masingmasing melayani fikiran. Sedangkan Salman dan Saoud melemparkan pan dangan ke arah mereka. bagaikan ada sesuatu yang mena rik antara peguam dan anak guamnya.

aku teringin sangat nak jadi macam anak kau, Suhaili. entah mengapa. Tapi aku betulbetul kagumi dia.

ada sebab lain ke kau beritahu aku, Ramlan

Tak. Ramlan memandang hutan hujan yang meng hijau di hadapannya bukan ke arah Suhaili.

aku tak sangka pula kau ada perasaan macam tu. Setahu aku, tak ada siapa yang kagum dengan anak aku tu. Janganjangan ada benda yang dah rasuk kepala kau, tak

Jangan cakap macam tu. Salman sebenarnya mem buatkan semua orang kagum dengan dirinya. Kau percaya tak, kecantikan dan kejujuran adalah perkara yang se rupa

Suhaili berhenti melangkah. Tekun memikirkan per soalan itu.

Maksud kau

Dia ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah. Dia tak bergantung kepada orang lain. Tidak sebagaimana yang kau beritahu aku sebelum ini. cuba kau tengok. Ram lan menuding ke arah Salman yang masih memeriksa keadaan jip. Dia tak percaya kepada orang lain.

Kau tahu tak, masa dia menuturkan perkataan per tama dengan jelas, dia berumur tiga setengah tahun. Suhaili menoleh ke arah Ramlan. Dia tersenyum. entah mengapa. Mungkin bangga dengan anaknya sendiri.

Sukar untuk aku mengaku yang aku adalah ibu ke pada seorang anak yang tak dapat bercakap. Keadaan Salman sebe lum itu kerap mengganggu fikiran aku. aku malu kepada kawankawan aku. Tapi syukurlah. Segalagalanya selesai dengan baik. Selepas itu semua orang mula mengaguminya. bukan kerana kepintarannya, bukan juga kerana person alitinya tapi kerana bentuk tubuhnya. Pernah tak terlintas dalam fikiran kau, macam mana anak kau disayangi semua orang sedangkan kau sendiri...

inilah kali pertama aku dengan kau bercakap macam ni, Ramlan merendahkan suaranya.

Suhaili diam. namun dia masih meneruskan langkah nya. Sesekali dia menyepak daun kering di permukaan jalan tanah merah yang tidak rata itu. Manakala kedua belah tangannya dimasukkan ke kocek seluar. Seolaholah dia sedang menyimpan sesuatu yang tidak terlafaz untuk Ramlan.

Tanpa disedari oleh Suhaili dan Ramlan, mereka se benarnya sudah hampir setengah batu dari jip. Matahari se ma kin condong ke barat. Sinarannya tidak lagi seterik tadi. Tambahan pula apabila angin bertiup perlahan.

Mereka berhenti apabila terdengar enjin jip meraung. Suhaili menoleh. Ramlan juga menoleh. Kemudian me reka saling berpandangan antara satu sama lain.

Macam nak suruh kita balik je

Ya! Perempuan berumur macam aku ni mana layak berjalanjalan dengan seorang peguam muda yang kacak macam kau. Kalaupun aku sempat, anak lelaki aku pasti akan jadi orang tengah... maksud aku, pengacau.

Jangan cakap macam tu. Mungkin ada baiknya dalam keadaan kita sekarang. aku rasa kalau kita dah balik ke K.L nanti, dia takkan halang lagi. Jangan pandang dari sa tu sudut saja. Kau kena juga pandang dari sudut kebaikan.

Hmmm... maksud kau

Wanita macam kaulah yang membuatkan peguampeguam muda seperti aku menaruh sepenuh kepercayaan.

Suhaili berjalan beberapa langkah.

Kau mungkin cuba memuji aku. Muslihat mudah seorang peguam.

Suhaili ketawa.

Saoud dan Salman duduk di kerusi hadapan jip. Peru bahan mendadak ini membuatkan Ramlan terkejut.

aih! Kau dah mula bertukar fikiran nampaknya

aku dah ajar Saoud bahasa orang bandar. Dia cepat tangkap. err... apa yang kau dan ibu bincangkan tadi

Suhaili mengangkat bahu sambil tersenyum.

ah... ini tak lain daripada berbincang tentang pera saan. ada nada bosan ketika Salman menuturkan katakata itu.

Suhaili dan Ramlan bertukar pandangan dan senyu man. Mereka masuk dan duduk di bangku belakang jip.

Kau buatlah apa sahaja, Lan, tapi pastikan segala kerja ini berakhir dengan baik. aku tak mahu pulang keham paan.

Jip mula bergerak. Jauh terbentang di hadapan mereka, di sebalik bukit, awan merah yang mengambang ber cahaya, berdenyut dan bergelombang.