Jika ada hal yang penting, datang saja ke rumah saya, kata Dato Emmer.
Kharlissa membuka fail di hadapannya dan mendapati ada beberapa keping cek yang perlu ditandatangi segera oleh Dato Emmer. Ada juga suratsurat penting yang akan dikirim pada hari itu juga. Memang Kharlissa harus pergi menemui Dato Emmer di rumah hari itu. Kharlissa mengambil keputusan untuk keluar selepas makan tengahari. Dia akan mendapatkan tandatangan Dato Emmer kemudian terus singgah di pejabat pos.
Kemudian dia tidak perlu datang lagi ke pejabat. Dia boleh terus pulang ke rumah. Bosnya tiada di pejabat, jadi dia boleh pulang awal.
Kharlissa mendapati Shamila juga tidak datang kerja hari itu. Biliknya gelap dan berkunci rapat. Entah apa yang berlaku di rumah Dato Emmer hingga memaksa Shamila mengambil cuti. Selalunya Shamila jarang mengambil cuti. Dia seorang yang rajin dan tekun bekerja. Tidak hairan Dato Emmer mempercayai anak perempuan itu hingga dilantik sebagai pengurus kewangan syarikat.
Setiap pagi, Kharlissa akan masuk ke bilik kerja Dato Emmer untuk memeriksa mesin fax. Terkadang ada surat-surat penting yang dihantar melalui fax. Semasa dia masuk dia mendapati di mesin tiada sebarang surat. Meja Dato Emmer nampak kemas dan bersih. Kharlissa memerhati sejenak sekeliling, seolah-olah mencari sesuatu.
Dia bergerak ke arah meja, menarik laci yang tidak berkunci. Di dalam laci itu terdapat kertas-kertas yang bersusun rapi. Dia membeleknya sekali imbas. Dia pun tidak tahu apa yang dicari. Namun dia yakin dia perlu mendapat sesuatu. Satu maklumat! Dia terus membuka laci demi laci.
Sedang dia terbongkok-bongkok membalikkan timbunan kertas, terdengar satu suara dari arah pintu.
Dia segera mengangkat wajah dan terpandang seraut wajah adik lelaki Dato Emmer, Encik Ismael Shafie. Dia bertugas di bahagian pemasaran. Orangnya tegas dan serius.
You buat apa dalam bilik Dato dia bertanya tegas.
Hmmm, I cari... cari surat.
Surat apa soalnya enggan percaya.
Ah, dah jumpa! Bohong Kharlissa sambil menarik sehelai kertas yang kononnya adalah surat yang dicari-carinya tadi.
Encik Ismael nak jumpa Dato Hari ni dia cuti.
Dia baru call tadi. Semua mesyuarat dibatalkan.
Encik Ismael kelihatan mengerutkan keningnya.
Kenapa dia tak datang hari ni Dia bertanya dengan nada ragu.
Langsung dia tak bagitahu I. Maaf, dia ada minta I sampaikan pada Encik Ismael tapi I tak sempat beritahu you dah muncul kat sini.
Hmmm, you ni lembab tak macam Saniah. Dia cekap. Apa-apa hal cepat je dia bagitahu I. Tak perlulah I naik ke sini, buang masa I saja, katanya sinis.
Jelas dia tidak menyukai kehadiran Kharlissa sebagai pembantu peribadi abangnya.
Mesti lah Puan Saniah lebih cekap dari I sebab dia dah lima tahun kerja dengan Dato sedangkan I baru dua bulan, balas Kharlissa tidak mahu kalah.
Encik Ismael hanya mencebikkan bibirnya yang kehitaman akibat tembakau. Dia perokok tegar. Di dalam poket kemeja terlihat kotak rokok. Dia berpaling hendak pergi tetapi kemudian dia kembali ke arah meja Kharlissa. Kharlissa baru sahaja duduk di kerusi, setelah meninggalkan kamar Dato Emmer dalam keadaan pintu yang bertutup rapat.
Ah, lupa. I naik atas ni sebab nak claim payment I kerja luar minggu lepas.
Dia meletakkan fail berisi beberapa borang claim. Kebanyakannya adalah claim kerja lebih masa dan claim perjalanan semasa melakukan kerja-kerja luar.
Okey. I akan sediakan cek. Petang ni I akan ke rumah Dato, minta dia sign. Pagi esok you boleh collect cek.
You hantar je ke bilik I awal pagi esok. I tak senang hari-hari nak kena naik ke sini, kata lelaki itu dengan angkuh sambil bergerak meninggalkan meja Kharlissa.
Kharlissa diam, hatinya mendongkol. Dia merungut dalam hati cuma. Dia tidak suka dengan sikap Encik Ismael. Sombong.
Sepanjang hari itu Kharlissa tidak begitu sibuk. Dia keluar makan tengahari tepat jam satu petang. Kemudian terus memandu ke rumah Dato Emmer. Dia meninggalkan kereta di luar pagar sahaja. Di perkarangan banglo, ada beberapa buah kereta. Kelihatan di rumah itu seperti ada keraian. Kharlissa sudah pun memberitahu Dato Emmer kedatangannya ke situ lebih kurang pukul dua setengah petang. Dato Emmer tiada halangan, dia membenarkan Kharlissa datang.
Kharlissa menjenguk melalui pintu utama yang terbuka luas. Terdengar suara perbualan dari dalam rumah. Gelak tawa lelaki dan wanita terdengar meriah. Kharlissa berdiri kaku di ambang pintu, sambil matanya memandang ke ruang tamu. Orang-orang yang berada di dalam rumah tidak menyedari kehadirannya.
Kharlissa berdehem agak kuat, berharap seseorang menyedari dia ada di ambang pintu.
Dato Emmer menoleh ke arahnya. Dia terus bangun. Wanita yang duduk di atas kerusi roda berdekatan dengan Dato Emmer memandang tajam padanya. Kharlissa melempar senyuman pada wanita itu. Mungkinkah dia adalah isteri Dato Emmer
Liss! You dah sampai
Kharlissa mengangguk. Dia berjalan masuk mendekati Dato Emmer. Dihulurkan salam pada seorang wanita yang ada bersebelahan dengan lelaki itu.
Ni isteri I, Datin Norsiah. Dato Emmer memperkenalkan wanita lumpuh itu kepada Kharlissa.
Kharlissa mengangguk dan memberitahu namanya dengan penuh santun.
Yah, Kharlissa ni pekerja sementara, ganti Saniah yang dah pun cuti bersalin.
Datin Norsiah sekadar mengangguk, tanpa suara. Senyuman pun langsung tidak terukir di bibir. Wajahnya kelihatan serius dan tegang.
Abang minta diri dulu kejap. Ada urusan pejabat sikit dengan Kharlissa, Dato Emmer meminta diri kemudian berpaling pada Kharlissa, Marilah ikut I ke bilik bacaan.
Kharlissa menurut sahaja. Dia berjalan perlahan mengikut lelaki itu menghala ke sebuah bilik bertutup. Dato Emmer terus menuju ke meja dan duduk di situ sementara Kharlissa berdiri di hadapan meja, lalu menghulurkan beberapa buah fail.
Dato Emmer meneliti isi fail satu per satu. Menurunkan tandatangan di tempat yang perlu. Kemudian dia meneliti cek yang harus ditandatangani. Dia terus menurunkan tandatangan satu demi satu cek yang ada. Kemudian dia terhenti apabila terlihat cek yang ditulis dengan nama Ismael Shafie.
Yang ni biar dulu. I akan sign kemudian, kata Dato Emmer.
Tapi dia minta I hantar cek tu awal pagi esok, ujar Kharlissa, memberitahu kehadiran Encik Ismael pagi tadi.
You bagitahu je I akan tandatangan kemudian. Kalau dia tak puas hati, minta dia call I atau datang jumpa
I di pejabat esok.
Kharlissa mengangguk. Dia terus mengambil failfail di atas meja. Dato Emmer memasukkan cek Encik Ismail ke dalam laci, kemudian dia bergerak keluar. Kharlissa turut keluar dari bilik bacaan dan menutup pintu di belakangnya. Dia berhasrat ingin keluar dari rumah itu sesegera yang mungkin dan meneruskan perjalanan ke pejabat pos. Jam hampir pukul empat petang. Satu jam lagi waktu kerjanya habis.
You nak ke mana Balik ke pejabat soal Dato Emmer.
I ingat nak singgah Medan Tuanku untuk pos
surat-surat ni. Lepas tu I akan terus balik.
Tunggulah kejap. Ada majlis pertunangan anak saya petang ni. Kalau tak nak tunggu sekali pun, makan dulu hidangan yang ada, pelawa Dato Emmer, Majlis tu akan dijalankan lepas asar.
Errr... I seganlah Dato. Ni kan majlis untuk keluarga Dato saja.
Tak apa. You pekerja I. Dan you juga girlfriend Kay.
Pembetulan Dato. I bukan girlfriend Kay. I cuma kawan dan jiran dia. Tu saja, Laju Kharlissa meningkah. Tapi entah mengapa dia terasa seperti mahu perbetulkan semula jawapannya itu.
Jadi, selama ni I salah sangka I ingatkan you
girlfriend dia.
Kharlissa menjilat bibirnya yang tiba-tiba menjadi kering. Alangkah baiknya jika dia benar-benar kekasih Khairul Rasheed. Pasti dengan bangga dia akan memberitahu Dato Emmer hakikat itu.
Anak Dato yang mana satu akan bertunang hari ni tanya Kharlissa ingin tahu.
Kakak Shamila. You tak kenal dia sebab dia kerja kat cawangan syarikat di JB.
Kharlissa mengangguk sahaja. Mereka kini berada di ruang tamu. Dari jauh terlihat Shamila sedang berbual dan melayani tetamu yang baru tiba. Ruang tamu makin ramai dengan tetamu yang baru datang bagi memeriahkan majlis pertunangan tersebut.
Hei, Kharlissa! Papa jemput you Nampaknya hanya you seorang staf di pejabat yang dijemput. Istimewa betul you ni, komen Shamila.
Taklah. I datang sebab ada cek dan surat yang perlu Dato tandatangan.
Oh, I ingatkan papa jemput you ke majlis tunang Kak Sara, kata Shamila nada suaranya yang sinis kini mulai mengendur, Dah terlanjur datang, janganlah cepat-cepat balik. Apa kata you turut serta majlis ni Dapat juga you join dengan orang-orang yang kaya, bergaya dan terkenal.
Hati Kharlissa meluat mendengar kata-kata Shamila. Berlagaknya! Macam keluarga dia sorang saja yang kaya-raya. Aku langsung tak hairanlah! Bentak Kharlissa dalam hatinya sahaja.
Tak apalah! I memang segan sangat nak datang ke majlis glamour macam ni. Tapi sebab dah tugas I kena jumpa Dato tadi terpaksalah I ke sini. Lagipun I main terjah je, tak tahu pula ada majlis.
Agh! Jangan seganlah. Buat muka tak malu je, Makin pedas sindiran Shamila. Dia gelak-gelak kecil apabila melihat wajah Kharlissa yang mulai merah padam seperti udang dibakar.
Hisy! Perempuan ni! Ikutkan hati aku tembak kepala kau sampai berkecai, rungut Kharlissa dalam hati. Dia merenung tajam wajah Shamila yang cantik bersolek. Bibir dicebikkan. Ada rasa benci kian menebal di hatinya terhadap Shamila. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merasa... Kharlissa teringat peribahasa Melayu. Shamila! Kau belum kenal siapa Kharlissa. Sayangnya I masih ada maruah dan harga diri. Excuse me! Kharlissa berjalan laju menghala ke pintu, tidak sedar dia melanggar bahu seseorang. Tetamu kian ramai memenuhi ruang tamu. Majlis akan bermula. Pihak bakal pengantin lelaki baru tiba. Terlihat ramai orang di muka pintu pagar rumah banglo besar itu.
Lissa! Dia terdengar suara Khairul Rasheed.
Terasa lengannya sedang dipegang kejap. Kharlissa menarik tangannya agar dilepaskan.
Kay... Serunya perlahan antara dengar dan tidak.
Tiba-tiba sahaja Shamila juga sudah berada di sebelah Kharlissa. Dia pantas menegur Khairul Rasheed.
Panjang pun umur abang. Mila dengan Kharlissa baru saja cakap pasal abang, kata Shamila sambil memandang tepat wajah Khairul Rasheed yang baru tiba bersama ibu bapanya.
Kharlissa memandang sekilas wajah ibu bapa Khairul Rasheed. Dia hilang tingkah. Rasa getaran di dadanya kian laju. Jika boleh dia mahu melarikan diri dari situ. Enggan bertemu dengan ibu bapa Khairul Rasheed. Tetapi mustahil. Lelaki itu sudah melihat dirinya bersama dengan Shamila.
Assalamualaikum, auntie dan uncle, tegur Shamila ramah sambil menyalami Datin Zora.
Dengan mesra Datin Zora melagakan pipinya dengan Shamila. Khairul Rasheed hanya memerhati sahaja. Dalam diam dia tersenyum ke arah Kharlissa dan wanita muda itu tidak membalasnya.
Lama tak jumpa Mila. Rindunya auntie. Ingatkan Mila yang nak bertunang hari ni tapi rupa-rupanya Sara.
Mana boleh langkah bendul, auntie, Shamila membalas mesra.
Ya tak ya juga, jawab Datin Zora sambil tersenyum.
Kenalkan ni PA baru papa, Kharlissa. Dia pengganti Puan Saniah yang cuti bersalin, Shamila memperkenalkan Kharlissa pada Datin Zora.
Oh ya ke Datin Zora memandang Kharlissa dari atas hingga ke bawah.
Rimas Kharlissa dibuatnya. Apalagi bila dia hanya berpakaian biasa sahaja. Seluar panjang hitam dan blouse biru muda dari kain sutera. Tiada sebarang perhiasan di leher.
Apa khabar, Datin tegur Kharlissa lembut sambil menghulur tangan.
Baik, Alhamdulillah, jawab Datin Zora dengan lembut. Spontan jarinya menyentuh dagu Kharlissa,
Comel dan cantiknya you ni.
Kharlissa membalas senyuman Datin Zora yang baru memujinya itu. Terasa ikhlas benar pujian Datin Zora. Sentuhan di dagunya yang walaupun sekilas cuma, terasa lembut dan mesra.
Auntie! Jom lah kita ke dalam, ajak Shamila dengan cepat sambil menarik Datin Zora masuk ke dalam.
Shamila ingin menjauhkan Kharlissa dari Datin Zora. Kini Kharlissa berdiri kaku di hadapan Khairul Rasheed. Sejak tadi lelaki itu berdiri di hadapannya, tidak berganjak. Dia bagaikan menghalang laluan Kharlissa yang ingin memboloskan dari diri situ.
Sungguh mengejutkan! Bisik hati Kharlissa. Aku fikir, Shamila akan bertunang dengan Khairul Rasheed. Mengapa hal itu pula yang melintasi benak dan fikirannya.
Lissa! Awak nak balik ke pejabat semula atau terus pulang ke rumah
Tak pasti. Saya masih banyak kerja, jawab Kharlissa dengan nada tegas dan meminta Khairul Rasheed ke tepi supaya dia dapat keluar.
Dia tidak mahu berada lebih lama di situ. Rimas apabila bergaul dengan orang-orang yang berdarjat tinggi belaka. Kebanyakannya bergelar Dato dan Datin, berpakaian glamour dengan perhiasan yang mahal. Bukan Kharlissa cemburu. Langsung tidak. Dia juga memiliki wang yang banyak di dalam bank sekiranya dia ingin membeli perhiasan berlian dan pertama. Cuma dia tidak menginginkannya sahaja.
Jumpa di rumah nanti, kata Khairul Rasheed seperti mengharap.
Tengoklah dulu, kalau saya tak penat sangat, Kharlissa tidak mahu berjanji apa-apa.
Dia bimbang Khairul Rasheed yang memungkiri janji yang dibuatnya sendiri. Kharlissa tidak mahu mengharap apa-apa daripada lelaki itu. Dia terasa betapa sakit dan seksa jiwanya apabila dia mulai belajar mencintai dan merindui lelaki itu di dalam diam.
Kharlissa, aku benar-benar geram bila kau menolak aku mentah-mentah! Bisik Khairul Rasheed di dalam hati. Matanya memandang tajam ke arah Kharlissa yang berjalan laju melintasi halaman yang luas lalu terus keluar mendapatkan kereta yang parkir di pinggir jalan.
Selepas mengepos surat, Kharlissa tidak terus pulang. Dia tergerak hati untuk ke Taman Tasik Titiwangsa. Entah mengapa dia ingin mencari ketenangan di sana. Pulang ke rumah, ketenangan hidupnya seperti dirampas dengan kejam. Dia tidak ingin pulang ke rumah yang kosong dan sepi. Khairul Rasheed juga tiada di rumah sekarang, pastilah dia akan menghabiskan sepanjang petang itu di rumah Dato Emmer. Mungkin juga majlis pertunangan kakak kepada Shamila itu akan berpanjang hingga ke malam.
Kharlissa pulang agak lewat. Dia duduk di tepi tasik hingga ke senja. Kemudian dia mencari restoran untuk makan malam. Selepas jam lapan baru dia pulang. Semasa tiba di hadapan pintu, rumah lelaki yang dicintainya itu gelap gelita menandakan yang dia belum pulang.
Bukankah aku sudah mengingatkan kau Kharlissa. Jangan terlalu mengharap pada dia! Hati Kharlissa berkata pada dirinya sendiri.
YOU tahu I memang harap cek tu dah ditandatangani. Kenapa you cakap, Dato tak sign lagi Atau you tak prepare langsung cek tu dan berikan pada dia petang semalam Suara Encik Ismael kedengaran keras.
Jangan buruk sangka, Encik Ismael. I dah buat apa yang dipinta. Cuma Dato yang tak sign lagi. Takkan I nak paksa dia sign cek tu, balas Kharlissa.
Dadanya hangat menahan marah. Dia tidak suka sikap Encik Ismael yang suka mendesak dan menuduhnya yang bukan-bukan.
Ni tengah bulanlah! I memang terdesak. Takkan tu pun dia tak faham-faham!
Lebih baik you cakap sendiri dengan dia, Encik Ismael. Hari ni Dato datang ke pejabat. Kejap lagi sampai la, kata Kharlissa enggan memanjang perkara itu lagi.
Dia tidak mempedulikan Encik Ismael lagi. Mata dituju ke arah skrin komputer. Dia membuka dan membaca emel daripada pelanggan. Biar Encik Ismael berbincang sendiri dengan abangnya. Kharlissa tidak ingin masuk campur.
Agh! Banyak soal pula dia. Macam itu lah kalau dah kaya-raya. Dengan darah daging sendiri pun berkira! bentak Encik Ismael marah.
Wajahnya merah padam. Dia meninggalkan meja Kharlissa lalu terus berjalan menghala ke lif. Sepuluh minit selepas Encik Ismael pergi, Dato Emmer muncul. Lalu Kharlissa menceritakan kedatangan Encik Ismael yang meminta ceknya dilunaskan.
Hmmm, minta claim dengan jumlah yang tak munasabah. Macam mana I nak luluskan. Dia selalu buat bil palsu, bukan I tak tahu, kata Dato Emmer.
Selalu ke dia buat macam tu
Selalu. I bukan bodoh. I tahu dia bukan buat kerja bersungguh-sungguh. Pemalas. Biarkan dia. Kalau dia datang lagi marah-marah kat you suruh dia datang jumpa I. Jangan hanya marah-marah kat belakang. Bila di depan I semuanya okey, kata lelaki itu sambil bergerak masuk ke dalam bilik.
Kharlissa menulis sesuatu di dalam diarinya. Encik Ismael tidak puas hati dengan abangnya Dato Emmer. Mungkinkah dia yang menginginkan abangnya mati supaya dia mendapat sedikit dari harta-harta Dato Emmer yang bertimbun Takkanlah perkara kecil begitu boleh menimbulkan rasa sakit hati dan dendam.
Bagaimana dengan isteri muda Dato Emmer. Mungkinkah dia berhasrat ingin membolot semua harta Kini ada dua orang senarai dalam buku catatan Kharlissa sebagai orang yang disyaki.
Pertama: Encik Ismael
Kedua: Isteri muda Dato Emmer, Suzanna.
Dia belum pernah bertemu dengan Suzanna. Menurut Nazri wanita itu cantik tetapi garang. Dia jarang datang ke syarikat itu. Suzanna bertugas sebagai pengurus di salah sebuah pasaraya milik Dato Emmer. Mungkin aku patut berjumpa denganya