Les Criaturas - 14
PAST 6

Susuk tubuh misteri yang berotot mendukung Makhluk Gelap Bersayap menghampiri pondok Patimae. Ia melangkah bulatan kayu berduri tanpa sebarang kecelakaan. Patimae turun dari pondok dalam keadaan berjaga-jaga. Susuk tubuh misteri itu meletakkan Makhluk Gelap Bersayap ke tanah.

Apa dah jadi

Makhluk Gelap Bersayap cuma mengeluarkan rintihan halus. Rintihan itu didengari oleh bayi perempuan tersebut. Dia keluar bertatih menuju ke arah tangga. Langkahnya songsang menyebabkan dia tersadung. Kepalanya hampir mencecah tanah sewaktu Makhluk Gelap Bersayap terbang dan menyambutnya. Makhluk Gelap Bersayap mengaduh kesakitan. Luka di kaki kirinya semakin melarat manakala luka di sayap kanannya mulai membesar.

Bodoh! Kamu mahu keadaan kamu bertambah teruk

Herdik makhluk tersebut.

Kamu yang bodoh, Raja Mawas! Naluri seorang ibu tidak pernah bodoh walau sesaat. Ini namanya kasih sayang. Apa kau terlalu buta untuk melihat Atau terlalu tuli untuk menerima Patimae mempertahankan tindakan Makhluk Gelap Bersayap. Patimae memapah Makhluk Gelap Bersayap menaiki pondoknya.

Sebentar.

Langkah Patimae terhenti.

Aku pohon maaf. Aku buta dengan semua ini. Aku cuma

seekor makhluk, bukan manusia.

Patimae meletakkan Makhluk Gelap Bersayap di atas pangkin pondok. Dia turun semula ke tanah menghadap Raja Mawas.

Kau ini makhluk istimewa. Kau bukan makhluk jahat.

Kalau tidak, sudah lama kau mati dengan pendinding sialku. Kau juga boleh berkata-kata. Memahami gerak-geri kami. Lekas,

jelaskan segera niat kau kemari!

Patimae mendepakan kedua belah tangannya. Dia terkumat-kamit membaca mantera. Tanah disekelilingnya meretak dan perlahan-lahan bersatu menjadi bongkah-bongkah tanah bersaiz sederhana besar. Kelihatan sekumpulan kelawar terbang laju menghampiri mereka dari jauh. Kumpulan binatang itu berpusingpusing di udara menanti arahan daripada Patimae. Lekas jelaskan niatmu sebelum engkau aku hancurkan! Sekali lagi Patimae memberi amaran.

Raja Mawas masih berdiam diri. Ia enggan memberitahu niatnya kerana ragu-ragu jawapan yang bakal diberi membawa maksud songsang.

Sekarang! Patimae memberi arahan kepada kumpulan kelawar itu. Binatang tersebut mula menyerang Raja Mawas. Seekor kelawar menggigit lengannya manakala seekor lagi menggigit bahagian kepala manakala yang lain berpusing-pusing mengelilinginya.

Aku.. Tak.. Berniat.. Jahat..! Suaranya tersekat. Ia menepis kelawar yang terbang hampir dengan wajahnya. Raja Mawas melompat tinggi setelah bebas daripada pusingan kumpulan kelawar itu . Banyak yang mati manakala baki yang hidup masih setia menunggu arahan daripada Patimae.

Kau degil.

Patimae menghentakkan kakinya ke tanah. Dia menampar bongkah-bongkah tanah ke arah Raja Mawas. Bongkah demi bongkah dilayangkan ke arah Raja Mawas tetapi ia masih bertahan. Malangnya, bongkah terakhir terkena kepalanya. Ia tersembam jatuh ke tanah. Lelehan darah keluar daripada mulutnya. Patimae menghampirinya. Mulutnya terkumat-kamit membaca mantera. Selesai membaca mantera, ribuan ular berbisa dari penjuru kiri dan kanan mula menghampiri mereka berdua. Seekor ular tudung gergasi turut menyusur megah. Patimae tersenyum.

Ratu, aku tidak perlukan pertolonganmu. Ratu boleh beredar. Ini bukan gelanggang lawanmu. Maafkan aku atas seruan tadi. Ular Tedung gergasi itu menunduk dan menjalar perlahan meninggalkan mereka. Ribuan ular yang lain masih tidak berganjak. Raja Mawas masih belum bangun sepenuhnya. Gegaran pada otaknya masih dirasai. Ular-ular itu menyusur dan membelit tubuh Patimae. Patimae dalam posisi menyerang. Dia tidak mahu melepaskan Raja Mawas begitu sahaja kerana masih ragu-ragu dengan niatnya.

Kalau ini yang kau pilih, getus Patimae.

Patimae berpusing laju seperti puting beliung tetapi bezanya pusingan Patimae dikelilingi oleh beribu-ribu jenis ular berbisa yang sedia untuk mematuk dan melepaskan bisa ke dalam badan si mangsa. Raja Mawas berusaha sekuat hati untuk bangun. Patimae mendepakan tangannya. Beribu ekor ular melilit lengannya membentuk pangkal kepala seekor ular gergasi. Taringnya sedia untuk mematuk Raja Mawas.

Makhluk Gelap Bersayap mengeluarkan bunyi apabila menyedari dirinya berada terlalu hampir dengan pangkal kepala ular gergasi tersebut. Patimae sempat menghentikan langkahnya.

Bodoh! Apa yang kau cuba lakukan

Aku tahu dia ada niat disebalik ini. Minggir dan biarkan aku habiskan riwayat hidupnya. Sambung Patimae.

Patimae memandang ke bawah. Bayi perempuan itu ketawa kecil sambil membelai kepala salah seekor daripada ribuan ular yang melilit tubuhnya. Jika mengikut hukum alam, bayi itu sudah lama mati dipatuk. Patimae mengalah. Ular yang melilit tubuh Patimae berundur. Dia mendukung bayi perempuan itu dan meletakkan kepala bayi tersebut di dadanya.

Aku minta maaf. Aku terlalu mahukan jawapan. Aku tidak semestinya berlaku kejam begini. Suara Patimae mulai mengendur.

Makhluk Gelap Bersayap mengangkat tubuh Raja Mawas. Ia menggunakan baki kudrat yang ada untuk untuk mengangkat tubuh Raja Mawas yang kental dan berotot.

Tunggu.

Patimae memetik jarinya. Permukaan tanah tiba-tiba dipenuhi dengan semut api dan semut hitam. Jumlahnya yang terlampau banyak menyebabkan Makhluk Gelap Bersayap terpaksa terbang naik ke pangkin pondok. Patimae turut menuruti langkah Makhluk Gelap Bersayap. Tangannya masih mendakap kemas bayi perempuan itu. Ribuan semut api dan semut hitam mula mengangkat tubuh Raja Mawas. Kumpulan semut itu berhenti di kaki tangga pondok.

Terima kasih. Kamu terlalu handal dan ampuh, Patimae. Raja Mawas akhirnya bersuara.

Aku benci apabila makhluk mengetahui namaku.

Maafkan aku. Sekarang, boleh kau berterus terang Raja Mawas membetulkan posisi agar lebih selesa di kaki tangga pondok. Ia berdehem dua tiga kali.

Aku tahu mengenai cengkerang siput yang Makhluk Gelap Bersayap sembunyikan di belakang telinganya. Aku juga tahu yang dia bakal mati kerana melindungi cengkerang siput itu. Jadi, aku menawarkan diri untuk melindunginya kerana dia yang terakhir daripada jenisnya, terang Raja Mawas. Pandangannya silih berganti memerhati reaksi Patimae dan Makhluk Gelap Bersayap.

Apa pada hemat kau aku tidak mampu untuk

melindunginya

Kau memang handal. Tetapi, aku rasa Makhluk Gelap

Bersayap perlukan yang lain. Jantan misalnya.

Patimae tersenyum dan ketawa besar. Dia menghentakhentakkan kedua belah tangan ke lantai pangkin pondok.

Apa yang lucunya

Hebat rupanya kuasa cinta pandang pertama. Patimae kembali ketawa besar sehingga keluar air mata.